BAB 35
Didi Khalisha menghentak kaki di
apartmentnya. Panggilan yang diterima membuatkan dia sakit hati. Sejak dia
berkahwin rupa - rupanya Remy bermain kayu tiga. Badan direbahkan di atas sofa
ruang tamu. Gambar-gambar Remy bersama perempuan lain yang dihantar rakannya
dilihat semula melalui telefon bimbit. Hatinya terlalu sakit. Jam di dinding
sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Dapur masih lagi tidak berasap. Dalam
sakit-sakit hati pun kakinya segera bangun ke dapur. Takut Zalif mengamuk.
Makan tengah hari yang ringkas. Telur
goreng mata dan sayur kangkung goreng. Loceng kedengaran menandakan Tengku Zalif
sudah pulang untuk makan tengah hari. Didi melajukan langkah membuka pintu.
Tangan suaminya disalam. Tengku Zalif sudah melangkah terus ke dapur. Didi
mengikuti dari belakang.
“Kau masak telur apa ni? Kau goreng telur
tembelang ke? Dengan sayur layu macam ni, kau kutip tepi jalan ke?.”
Soal Zalif setelah melihat makanan yang
ada di dapur. Memang hari-hari macam ni pun. Sabar lah Didi Khalisha. Didi diam
tak membalas. Nasi dicedokkan ke pinggan Tengku Zalif. Air sirap sejuk dituang
ke dalam gelas.
“Apasal kau diam? Masa kau masak tadi kau
tercekik senduk ke?”
Nasi dan lauk yang dimasak isterinya sudah
berada di dalam mulut. Didi rasa terhibur sedikit, walaupun Tengku Zalif
mengutuk masakannya, dia tetap akan makan.
“Aku rasa memang dalam rumah ni ada hantu,
betul cakap Erin. Hantu cangkung tu dah melekat dalam mulut kau, sebab tu kau
diam kan?”
Sambung Zalif lagi bila melihat Didi diam.
Selalu ada sahaja yang dibangkang. Didi masih lagi teringat pasal Remy, hatinya
geram. Malas nak menghadam apa yang Zalif bebelkan dihadapanya.
“Tak pun kau excited sebab tinggal
seminggu je lagi kan, kau jangan risau lah. Aku ni tak lah kejam sangat.
Lagipun kau tak membantah cakap aku, kira ok lah tu”
Tengku Zalif masih bersuara. Air sirap
diminum. Kakinya sudah mula melangkah keluar dari meja makan dan terus laju
keluar dari rumah.
‘Kenapa tiba-tiba aku rasa sekejap,
padahal dulu aku rasa lama gila nak tunggu?’
Bicara Didi sendirian. Tangannya sibuk
mengemas pinggan-pinggan yang berselerak di dapur.
‘Remy dah main kayu tiga dengan aku. Nanti
kalau mat sentul tu ceraikan aku, lepas tu aku jadi janda, Semua dah tak nak
dekat aku. Kurang ajar punya Remy kau main kayu tiga dengan aku!’
Didi
sambung membebel sendirian. Dah kau tu bini orang, kau ingat Si Remy nak bekas
orang. Baik dia cari perempuan lain. Dia nak duit kau je!
######################################################
Erin membuat panggilan pada Iffah. Risau
dengan keadaan Tengku Zaim. Badannya panas.
“Tapi dia tak nak makan ubat ni ibu, Encik
abang ni degil. Saya suruh dia makan pun dia tak nak. Oh macam tu ye ibu.
OK..ok. Bye”
Talian dimatikan semula. Kaki bergegas menuju
ke dalam bilik. Tengku Zaim sudah terbaring di atas katil. Bubur segera yang
diletakkan air panas oleh Erin dimasukkan ubat demam. Lantas Tengku Zaim
dikejut. Otak ligat mencari ayat untuk memaksa Tengku Zaim makan.
“Encik! Encik! Bangun.”
Kejut Erin. Tak tahu nak lembut-lembut.
Terpisat-pisat Zaim membuka mata. Erin disebelah ditenung bersama semangkok
bubur. Muka Erin tersengih.
“Makan ni. Saya tak tahu masak, ni bubur
segera saya letak air panas. Encik janganlah sakit-sakit macam ni, saya risau”
Sambung Erin lagi bila melihat Tengku Zaim
hanya termenung memandang dirinya.
“Awak risau pasal saya? Kenapa?” Soal
Zaim.
‘Entah-entah dia dah suka dekat aku,
cepatlah cakap awak suka dekat saya’ Bicara Zaim dalam hati. Badannya masih
direbahkan di atas katil.
“Risau lah, sebab Encik tak boleh nak
layan saya cakap. Dah-dah, Encik makan ni, kalau Encik tak makan saya panggil
Bomba!” Eh..hehehe saya panggil ambulance. Saya dah lama tak naik ambulance ni.
Dulu masa mak sakit selalu lah naik….”
Bebel Erin panjang. Bubur sudah diletak
tepi. Zaim hanya memandang Erin, butirannya langsung tak dihadam dalam kepala. Badan
digagahkan bangun, Erin dipeluk sekuat hati.
“Saya boleh baik, kalau awak yang layan
saya. Saya tak perlu pun bubur segera tu” Balas Tengku Zaim. Mungkin ini
masanya. Dah lama nafsunya berkocak pada insan yang bernama Erin Fasha. Erin
terdiam sekejap.
“Encik…kenapa suara sedih macam ni, buat
lah apa Encik nak buat pun, sebab saya isteri upa…”
Belum
habis Erin berbicara dahinya sudah dikucup Zaim. Erin terdiam. Ada getaran
dihati Erin. Bermulalah kehidupan gadis comel yang berusia 18 tahun tu.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Tengku
Zaim keluar dari bilik air. Rambut yang basah dikeringkan. Pipi tersenyum
sampai ketelinga. Hampir satu jam Zaim menunggu Erin keluar dari bilik air,
tapi tak muncul-muncul.
‘Selalu mandi koboi, ni apasal pulak lama’
Bicara Zaim sendirian. Lama sangat
menunggu Erin, Solat asar dilakukan sendirian. Usai sahaja solat asar, Erin
masih lagi berada dalam bilik air. Pintu bilik air diketuk.
Erin membuka sedikit pintu dan hanya
menampakkan matanya.
“Kenapa awak tak keluar-keluar?” Soal Zaim
hairan.
“Ni semua Encik punya pasal, selalu saya
niat mandi wajib perempuan datang bulan, mana saya pernah mandi junub.”
Erin membalas. Zaim sudah menepuk dahi.
Nak gelak kesian pulak. Zaim terus mengajar isterinya cara-cara mandi selepas
bersetubuh. Makin dilayan sampai malam tak keluar bilik air tu. Erin sudah
melipat telekung dan disangkut pada penyangkut tepi almari. Zaim duduk di atas
sofa. Erin dipanggil duduk bersebelahannya.
“Awak jangan bagitahu sapa-sapa tau pasal
ni”
Bicara Zaim pada Erin yang polos tu. Erin
sudah meletakkan kepala di atas riba Zaim.
“Apa lah Encik ni, tu kan cerita dalam
selimut, mana boleh bagitahu dekat orang.’’
Erin membalas. Matanya sibuk memandang
cincin perkahwinan yang tersemat dijari.
“Hemhh awak bukannya betul!”
Balas Tengku Zaim lagi. Alat kawalan jauh
disebelah diambil. TV dihadapan dihidupkan.
“Ye saya janji…tapi kalau ter…..Ok,ok tak.”
Erin membalas sambil tersengih bila suaminya
membulatkan mata. Erin bangun dari riba Tengku Zaim.
“Saya nak masak meggie lah Encik, Encik
nak?”
Soal Erin.
“Kenyang dah makan awak.” Zaim membalas
separuh berbisik.
“Apa tak dengar, saya masak jelah 2 bungkus.”
Balas
Erin seraya melangkah keluar dari bilik. Tengku Zaim tersenyum bahagia. Puas
dia meluahkan perasaan tempoh hari pada Iffah berkenaan hatinya sudah melekat
pada Erin. Iffah pulak tak habis-habis She’s 18. She’s 18. Tak pelah. Yang
penting dah halal.