Home Novel Cinta Cinta Tanpa Syarat
Bab 29

PENATbersanding belum lagi habis, tetapi apakan daya. Jika sudah ada suami, haruslah mengikut suami. Hannah memandang dirinya di cermin. Cantik baju ini. Dia jatuh cinta dengan rekaan baju ini.Walaupun dia tidak tahu acara apa yang bakal mereka hadiri, dia tahu dia harus menjaga air muka suaminya. Itulah pesan papa semasa dia selesai akad nikah tempoh hari.

Aril kelihatan segak dengan sut hitamnya. Rambut yang didandan rapi membuatkan Aril tampak classy. Melihat Hannah masih lagi bersiap, Aril bercadang untuk turun ke bawah dahulu. Hendak membancuh kopi katanya.

“Awak nak saya buatkan?” pelawa Hannah.

“Eh tak apalah, awak siap dulu. Saya okey.”

Aril mendail nombor seseorang. Gigih ke perkarangan rumah kerana tidak mahu Hannah mendengar perbualan mereka. Bukan hendak berselindung tetapi ada perkara Hannah tidak boleh tahu. Bukan masanya untuk Hannah tahu lagi.

“Iffah.” Sebut Aril sebaik sahaja talian itu telah disambungkan.

“Ya Encik Zafril,”

“Awak jangan lupa pesanan saya hari tu. Ucapan pembukaan majlis tu biar Dato Faruk ataupun abang saya yang cakap. Dan tolong ingatkan emcee pada hari ni, jangan sebut status saya. Saya serius tentang perkara ni Iffah. Jangan ambil remeh ya. Faham?” Tegas Aril memesan.

“Faham Encik Zafril. Nanti saya sampaikan pada emcee.” Balas Iffah takut-takut.

“Bagus. Macam mana persiapan dekat sana? Semuanya okey? Hadi dah sampai?”

“Sudah Encik Zafril. Encik Hadi tengah periksa sound system.”

“Ok, terima kasih Iffah.” Ucap Aril, mengakhiri perbualan itu.

Baru sahaja dia mahu masuk kembali ke rumah, dia melihat Hannah turun dari tingkat atas. Dia mengorak langkah menuju Hannah. Penuh hati-hati Hannah turun tangga agar tidak terpijak kain sendiri.

“Hannah, awak tahu tak kadang-kadang saya rasa macam nak simpan awak dalam rurmah saja.” luah Aril tiba-tiba.

Dahi Hannah berkerut. Apa kena dengan Aril ni? Apa maksudnya berkata begitu? Ingat dia ni binatang ke yang boleh dikurung-kurung? Agak-agaklah Aril ni pun.

“Kenapa? Teruk sangat ke saya ni?” Hannah cuba memeriksa penampilan diri. Tudungnya rapi dililit, mekapnya tidaklah sememeh mana. Jadi apa masalahnya?

“Sebab awak terlalu cantiklah saya nak simpan. For keep’s sake.” Ujar Aril, melegakan Hannah. Pandai Aril membuatnya gentar.

“Cantik itu letaknya pada hati, Aril. But Aril, you’re so sweet. Too much of sugar can cause me diabetes. I’ll get sick in a matter of time.”

Aril meledak ketawa mendengar kata-kata Hannah itu. Kedengaran sangat comel dan tulus. Kalau dia memuji gadis lain, pasti sudah pengsan kerana cair mungkin. Maka dengan itulah Hannah adalah gadis istimewa padanya. Dia memimpin Hannah keluar dari rumah.

Hannah terdetik. Inikah lelaki yang dia kenal suatu ketika dahulu? Yang sering menyakitkan hatinya, yang sering mencari silap dengannya setiap kali bertemu? Bagaimana Aril boleh berubah dalam sekelip mata? Atau mungkin Aril hanya bersikap begini kepada orang yang dia kenal dan rapat sahaja. Lantaran dengan itu, peluang untuk berkenalan dengan suami sendiri pada tempoh masa ini adalah amat penting baginya.

SAAT Hannah memasuki ballroom hotel tersebut, dia terpegun melihat hiasan dan dekorasi di bilik itu. Nampak sangat gah. Bagaikan majlis untuk orang-orang koperat. Tadi ketika di dalam kereta, Aril hanya memberitahunya bahawa ini adalah acara syarikatnya tetapi tidak mungkin sehebat ini?

Mereka didatangi seorang lelaki yang kemudiannya menunjuk jalan ke meja mereka Telinga Hannah menangkap bisikkan orang-orang sekeliling ketika mereka melalu meja-meja di situ. Sebuah kertas tertera VVIP di atas meja itu membuatkan Hannah semakin tertanya-tanya. Bukannya Aril hanya seorang arkitek? Mengapa mereka berada di meja VVIP?

Kerusi Hannah ditarik bagi membolehkan Hannah duduk. Hannah memandang Aril tersenyum. Aril semakin pelik. Adakah sebab mereka berada di tempat sebegini, Aril harus menunjukkan lagak gentlemannya?

“Kenapa senyum macam tu?” tanya Aril.

“Tak adalah, saya cuma terkejut sebab awak tak pernah buat macam tu pun selama ni.” Jawab Hannah.

“Ya ke? Saya minta maaf tapi saya seriuslah. Awak fikir apa? Saya ikhlas okey.” Balas Aril, melihat wajah Hannah yang tidak yakin itu.

Perbualan mereka terhenti apabila Aril melihat kelibat Iffah yang lalu di hadapan pentas.

“Awak tunggu sini sekejap ya.” Pesan Aril lalu bangun untuk mendapatkan Iffah.

Dari jauh Hannah hanya memerhati. Seperti serius saja perbualan mereka nampaknya. Mungkin gadis itu adalah salah satu daripada pekerja Aril. Maka dengan itu mereka begitu formal.

“Encik Zafril, Encik Fahmi oustation dan Dato Faruk suruh Encik Zafril yang beri ucapan tu.”

Aril menguak rambut. “Hadi tak boleh ke?”

Iffah diam, tidak berani beri kata putus.

“Tak apalah kalau macam tu, cuma jangan buat silap ya.”

“Baik Encik Zafril.” Iffah mengganguk serba-salah.

Apa kena dengan bosnya hari ini? Jika acara lain, boleh saja mereka dedahkan statusnya kepada orang ramai. Entah mengapa dia berahsia sangat pun Iffah tidak tahu. Sudahnya, dia yang tersepit seraya orang tengah. Kusut!

MAJLIS itu bermula tidak lama kemudian. Seorang gadis naik ke pentas untuk memberi sepatah dua kata.

“Tanpa membuang masa, dipersilakan yang kami hormati, CEO Faruk Creative Works, Encik Zafril Reza ke atas pentas untuk memberi ucapan pembukaan majlis sempena ulangtahun syatikat ke 20 ini. Silakan Encik Zafril.”

Jantung Hannah bagai berhenti berdetak. Nama lelaki itu sama seperti nama suaminya tetapi adakah mereka orang yang sama? Tidak mungkin. Aril hanya seorang arkitek. Bukannya CEO seperti disebutkan emcee tadi. Hannah dan Aril memandang sesama sendiri.

Aril sudah tidak tentu arah. Dia berasa bersalah melihat wajah Hannah yang jelas terkejut dengan pernyataan ini. Di dalam hati, berbakul-bakul marah dilontarkan kepada Iffah kerana tidak mengambil pesanannya serius. Rasanya daripada mula mereka mesyuarat tentang acara ini, dia sudahpun mengingati Iffah tentang statusnya.

“Pergilah, orang ramai tunggu awak.” Suruh Hannah, melakar senyuman.

Setelah mendapat respons daripada Hannah, Aril bangkit dan ditemani dua orang lelaki yang mengiringinya sehingga ke pentas. Di atas pentas, matanya melekap ke arah Hannah. Hannah seorang wanita yang hebat. Hebat mengawal emosi.

“Assalamualaikum semua. Sebenarnya saya tak layak nak berdiri di atas sini sebab Dato Faruk ada dekat bawah tu tengah pandang saya. Dan saya masih ada abang yang jauh lebih berpengalaman daripada saya. Habislah saya kalau saya salah cakap ni.” Kata-kata Aril dibalas dengan gelak tawa orang ramai.

Hannah semakin keliru. Dato Faruk? Memanglah nama abah Faruk tetapi...tunggu. Adakah ini bermakna Faruk Creative Works adalah empunya keluarga Zafril Reza? Bodohnya dia kerana tidak pernah terfikir langsung tentang perkara itu. Mengapalah ia tidak pernah terlintas di dalam fikirannya? Kesal dengan diri sendiri, Hannah mengetap bibir.

“Tujuan kami mengumpulkan kesemua staf Faruk Creative Works adalah untuk mengucapkan beribu-ribu terima kasih ke atas tenaga kerja anda semua. Anda mungkin tidak memegang posisi besar di dalam syarikat ini tetapi tanpa anda juga kertas kerja Faruk Creative Works tidak akan berjalan. Maka semua staf di dalam syarikat ini adalah penting kepada kami.”

Ucapan Aril berpanjangan selama 15 minit. Daripada pandangan Hannah, Aril seorang bos yang tegas tetapi mengambil berat tentang kebajikkan para pekerjanya. Yang telah melakukan kerja luar biasa, Aril memuji di atas pentas. Meski rasa tertipu dengan Aril, Hannah memujuk diri untuk bersabar.

Untuk keluar dari ballroom ini, rasanya seperti tidak sopan dan sangat kebudak-budakkan. Sebaik sahaja Aril tamat dengan ucapannya, dia diberi tepukkan yang gemuruh. Malah ada yang berdiri, memberi sokongan. Aril sempat bersalaman dengan staf lelaki ketika hendak ke meja mereka.

“Saya tahu saya salah.” Bisik Aril saat sudah kembali duduk.

Hannah hanya tersenyum, berlagak tenang selagi mampu. Dato Faruk dan Datin Liza menghampiri meja mereka. Melihat ibu bapa mertuanya, Hannah bangun untuk bersalaman. Dia musykil mengapa semalam umi tidak menyebut sama sekali tentang majlis ini.

Jauh di sudut hati, dia terasa hati. Dia merasakan dirinya tersisir dan tertipu dengan semua orang. Ikutkan hati, memang dia ingin meninggalkan Aril sekarang juga. Mahu saja dia lari keluar dan menahan teksi. Tidak betah dia berada di majlis ini.

USAI majlis itu selesai, Aril tidak terus mengajak Hannah pulang. Dia tahu, jika dia mengajak Hannah pula, kemungkinan Hannah untuk mengurung diri di dalam bilik adalah besar. Maka dengan itu, dia memandu ke pantai untuk menyelesaikan masalah mereka ini.

“Kenapa kita ke sini?” tanya Hannah, memeluk badan. Sudahlah angin malam bersepoi-sepoi basah, kelihatan seperti hanya ada mereka saja di pantai ini. Mujur ada lampu kereta mereka yang menerangi tempat itu.

“Untuk menjawab segala yang tidak terjawab.”

Hannah mendengus kasar.

Aril mempimpin tangan Hannah untuk duduk di kayu besar di pantai itu.

“Awak memang hebat bab-bab kejutan ni kan?” sindir Hannah.

“Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak tipu awak.”

“Atau awak nak uji saya kalau saya ni pisau cukur? Awak takut kalau awak beritahu awak CEO syarikat, saya akan habiskan harta awak?” halus tetapi tajam kata-kata Hannah itu.

“Ok, sekarang ni bagi saya pula jelaskan ya.” Aril menggengam erat tangan Hannah. Walaupun enggan, Aril tetap menggengamnya.

“Ingat tak awak pernah cakap dengan saya yang kita perlu percayakan satu sama lain? Jadi sekarang ni, awak harus percaya kalau saya cakap saya tak terlintas untuk menguji awak seperti awak katakan. Saya tak beritahu awak sebab saya tak rasa perkara itu penting. Saya terima awak kerana siapa diri awak Hannah.” Jelas Aril dengan harapan ia dapat menyingkir buruk sangka Hannah terhadap dirinya.

“Tapi awak tak jujur bila saya tanya awak kerja apa.”

“Saya cuma nak kita terima satu sama lain seadanya. Sekarang ni, boleh tak kalau kita teruskan hubungan ni sayang? Dengan cinta?” Aril bersuara.

Lama Hannah mendiamkan diri, memikirkan jawapan untuk diberi Aril.

“Boleh kita cuba?” tanya Aril buat kali kedua.

Hannah menarik nafas dalam sebelum mengganguk.

“Terima kasih, sayang. Ia amat bermakna untuk saya. Saya janji untuk taburkan baja cinta, curahkan kasih dan pancarkan sayang untuk awak. Agar cinta kita subur dan mekar.” Luah Aril, penuh perasaan. Itulah ikrar kasih mereka, di bawah saksian bulan dan bintang.

Hannah memandang Aril, tersenyum. Semua orang melakukan kesilapan di dalam hidup mereka dan kita tidak adil untuk menghukum mereka. Jika dia sebagai isteri tidak memberi Aril peluang, siapa lagi yang akan memberinya? Dia tidak mahu mengingati kesalahan Aril ini untuk jangka masa yang panjang. Sudah tentu ia tidak sihat untuk hubungan mereka. Hubungan cinta mereka tidak akan sihat tanpa kepercayaan. Setiap hubungan ada cacat celanya kerana kita sebagai manusia, tiada yang sempurna.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.