SELAMA
perjalanan ke restoran makan, Hannah hanya membisu. Aril juga begitu. Had
kelajuan Aril semakin mengingkat. Kecut perut Hannah berada di dalam kereta
Aril. Tiba-tiba dehemannya membuat Hannah terkejut. Itulah, ralit memandang
Aril bukannya reti nak usha-usha dulu. Padan muka kau Hannah! Sampai saja
restoran, Hannah yang pertama keluar dari kereta. Tidak tahan rasanya lama-lama
berlakon seperti orang bisu.
“Siapa
perempuan tadi? Dia yang langgar saya, dia yang sentap sendiri.” Setelah lama
mendiamkan diri, barulah Hannah berani bersuara.
“Jadi awak
diam ni sebab dia ke? Cemburu dengan dia?” duga Aril.
“Mana ada.” Nafi Hannah. Cemburu? Tidak mungkin.
“Dia tu tak
penting pun. Pedulikan dialah...” ujar Aril. Benar, Sofea bukan sesiapa di
dalam hidup mereka. Daripada memikirkan tentang Sofea, lebih baik mereka fikir
tentang hubungan mereka ini.
“Kekasih awak
ke tu?”
“Kalau tu
kekasih saya, dah lama saya kahwin dengan dia. Buat apa tunggu awak?” ujar
Aril, menyatakan fakta.
Hannah
mengekori Aril dari belakang. Dia yang mahu makan, biar dialah yang pilih
tempat dan segalanya. Aril memilih tempat yang agak hujung. Namun, suasananya
amat menenangkan. Hannah suka dengan pilihannya. Aril menyelak-nyelak menu yang
diberikan. Hannah tidak kuasa pun ingin membukanya. Sengaja menunjukkan tanda
protes walaupun perutku sudah bermain orkestra.
“Tak nak
makan?” soal Aril.
Hannah
menggeleng.
“Dah makan?”
“Dah,”
bohongnya. Ah, sesungguhnya mulut dan hati tidak serupa.
“Makan apa?”
Aril menolak tepi menu itu dan mennumpukan perhatian kepada Hannah.
“Makan hati.
Dengan awak.” Hannah melahirkan rasa hati. Semoga saja Aril terasa.
“Dengan saya?
Wah, romantiknya!” Aril menyindir sambil tersenyum.
Hannah
mengecilkan mata mendengar sindirannya. Apa Aril sebenarnya tidak punya perasaan?
“Kot ya pun
nak tipu, janganlah bagi saya dengar orkestra cina dalam perut awak tu.”
Selamba Aril mengata.
Mata Hannah
membulat. Lantas dia terus memegang perutnya. Adakah Aril mendengarnya? Setahu
Hannah selama dia duduk di sini, perutnya tidak bergendang. ‘Ah pasti dia
sengaja mengenakan aku lagi.’
“Suka hati
sayalah.” Ngomel Hannah.
Aril memanggil
pelayan restoran itu. Dia membuat pesanan makan dan minumnya kemudian dia
memandang Hannah. Dia hanya memandang sekilas. Tanpa menanya apa yang Hannah
mahukan, dia terus membuat pesanan sesuka hati dia.
Sejurus
pelayan itu pergi, Hannah memandang Aril menantikan jawapan. Namun Aril hanya
menjongket bahu tanda tidak tahu. Sementara menunggu makanan sampai, Aril
kembali serius.
Hannah
tersenyum melihat makanan yang sampai. Macam tahu-tahu saja apa yang Hannah
suka makan. Aril memilih beef steak
untuknya dan untuk Hannah, dia memesan chicken
chop. Mulanya Hannah malu untuk makan. Tadinya kata kenyang sekarang nak
makan pula.
“Awak nak saya
suapkan atau nak saya makankan?” soal Aril.
Berkerut dahi
Hannah mendengar soalan tidak masuk akal Aril.
“Sebelum saya
suap awak, baik awak makan sekarang.” Arahnya tegas.
Matanya
terbeliak. Tanpa banyak bicara, Hannah menyuapkan diriku potongan ayam dengan
Bismillah. Kenapa tiba-tiba dia berasa takut terhadapnya Aril ya? Sempat Hannah
memarahi diri sendiri. Begitu mudah dia mengalah. Perbualan mereka terhenti
tatkala mereka didatangi dua orang lelaki di meja kami. Hannah sememangnya
tidak kenal tetapi melihat Aril bersalaman dengan mereka, semestinya Aril
kenal. Kawannya mungkin.
“Takkan tak
nak kenalkan dengan kita? Patutlah aku ajak kau dinner kau tolak kan. Kita tak cukup lawa kot.” Salah seorang
daripada pemuda itu bersuara. Hannah menjadi bahan usikkan. Kononnya Aril lebih
memilih untuk keluar makan dengan perempuan cantik berbanding dengan mereka.
Gulp.
Balik-balik, dia juga dijadikan mangsa.
“Tulah pasal.
Kau orang nak kena handsome sikit,
baru aku dinner dengan kau orang.”
Selamba Aril mengutuk. Hannah mendengus, suka sangat perasan kacak.
“Hannah, macam manalah you boleh sangkut
dengan kawan kita sorang ni?” lelaki yang diperkenalkan sebagai Hadi, menanya
Hannah. Ini bukan soalan cepumas, ini soalan melemaskan!
“I sebenarnya
tak heran pun dengan kawan you ni tapi dia yang beria-ia, siap buat drama depan
rumah I nak pikat hati mak ayah I. Jadi sekarang ni, dia dah terkenal dekat
seluruh kawasan rumah I. I kesian jadi I terima lah...” Hannah tersenyum.
Sengaja Hannah mereka-mereka cerita. Kalau dia boleh kenakan Hannah, mengapa
tidak Hannah?
Lucu melihat
muka Aril yang sedikit tercenggang. Hadi dan Hadi sudah menggelakkan dia. Pasti
dia malu. Hannah menjongket bahu sebagaimana dia lakukan itu ke Hannah tadi.
Tidak lama selepas itu, kedua–dua pemuda itu beredar. Katanya tidak mahu kacau
daun.
“Suka?” Aril
bersuara.
“Suka.”
Aril menjeling
mendengar jawapan Hannah. Entah bagaimana dia boleh terserempak dengan Hadi dan
Irfan pula. Mereka berdua merupakan teman satu pejabatnya dan Aril sudah
berkawan rapat dengan mereka dari kecil lagi. Sudah dianggap seperti adik
beradik.
“Buat muka
macam tu lagi, memang nak kena tu kat rumah.” Gertak Aril.
“Kena apa?”
Aril tergelak
kecil. “Adalah, rahsia.”
“Mulalah tu
nak merapu.”
Sebal, Hannah
malas berbual dengan Aril. Hannah meneruskan dengan sesi makannya. Lagipun
tidak manislah jika bergaduh di hadapan rezeki. Kalau hendak bergaduh pun,
tunggulah di rumah. Boleh dia lepuk-lepuk Aril dengan bantal. Barulah seronok!
USAI makan, Aril membuat bayaran. Hannah
terlebih dahulu keluar dari restoran itu dan menunggu Aril di luar. Dia melihat
skrin telefonnya. Tiba-tiba, Hannah seperti terndengar kucing mengeow. Hatinya
sudah tidak sedap. Andai betul ada kucing, dia sudah bersiap sedia untuk
berlari.
Lama pula Aril
membuat bayaran. Akhirnya, Hannah berjalan-jalan di kawasan berdekatan dengan
restoran itu. Lima minit merayau, Hannah kembali ke restoran itu. Takut pula
Aril meninggalkannya seorang diri. Sudahlah dia tiada kereta. Bulat mata Hannah
melihat adegan di hadapannya. Setapak Aril maju, setapak Hannah berundur.
“Please Aril, letak kucing tu dekat
bawah. Lepaskan dia. Jangan datang dekat dengan saya.” Hannah merayu. Dia
seperti orang kehilangan arah. Andai kata Aril ingkar, Hannah akan lari.
“Takut dengan
kucing?” Aril memprovok.
“Ya!” jawab
Hannah pantas sambil berundur lagi.
“Betul takut
dengan kucing?” tekan Aril sekali lagi.
“Ya Aril ya!”
Hannah
separuh terjerit apabila dia mara dekat dengannya.
Namun, malang
tidak berbau, kaki kanan Hannah terpelecok dan termasuk ke dalam longkang
kecil. Hannah terjerit kecil. Melihat apa yang terjadi, Aril serta-merta melepaskan
kucing itu dan mendapatkan Hannah. Aril mula panik
. Hannah pula, menahan sakit,
tetapi sempat menahan macho
. Tidak
mahu menangis di hadapan Aril.
Hannah cuba
untuk bangun, tetapi gagal. Kakinya terasa berdenyut-denyut. Apabila dia
melihat keadaan kakinya, dia mulai resah. Darah yang mengalir dari kakinya
membuatnya tambah panik. Sememangnya, Hannah kalah dengan darah. Berilah dia
apa saja, tetapi janganlah beri dia lihat darah. Boleh pengsan jadinya.
“Sakit...”
Hannah merengek, menahan sakit.
“Saya tahu,
sini saya tolong.” Aril menghulurkan tangan untuk membantu Hannah bangun.
Namun, Hannah tidak percaya. Dia fikir Aril akan mempermainkannya. Cepat
tangannya menepis tangan Aril.
“Awak boleh
tak jangan degil. Dah sakit macam ni pun nak degil-degil. Saya tahulah apa saya
nak buat,” Aril menegas, naik angin dengan kedegilan Hannah. Tahulah dia yang
dia sering menyakat Hannah tetapi waktu-waktu serius begini, dia tiada masa
untuk berlawak.
Akhirnya
Hannah menyerah. Hannah membiarkan Aril mendukungnya sehingga ke kereta. Dia
tidak tahu bagaimana hendak menggamnbarkan perasaannya tatkala berada di dalam
dukungan Aril. Di dalam kereta, Hannah hanya diam menahan sakit. Fikir Hannah
mereka mahu pulang ke rumah, tetapi dia salah. Aril membawanya ke klinik. Jujur,
dia tidak suka menjejakkan kaki ke klinik. Tetapi sekarang ini, kakinya sudah
tidak tertahan lagi. Semoga saja doktor
tidak memberinya sebarang suntikkan.
Dia rela pulang daripada terkena suntikkan!
Aril kini
diburu rasa bersalah. Andai saja dia tidak menakut-nakutkan Hannah dengan
kucing itu, pasti
ini semua tidak akan terjadi. Melihat wajah Hannah yang
menahan sakit itu, dia semakin gelisah.