Home Novel Cinta Cinta Tanpa Syarat
Bab 38

MALAM itu, hujan bersertakan guruh memandikan bumi ini. Hannah memusing ke kiri dan ke kanan. Semuanya serba tidak kena. Mendengar bunyi guruh yang kuat berdentum itu, dia jadi takut. Walaupun berada di dalam cadar yang tebal, dia tetap boleh dengar bunyi guruh itu. Selalunya kalau di rumah, dia akan masuk ke dalam bilik mama dan papanya. Papalah yang akan menjadi pelindungnya di masa-masa dia takut.

Sekarang ini papa tiada. Tidak mungkin dia menyuruh papa datang ke sini. Habislah nanti papa tahu mereka tidak tidur sebilik. Daripada meminta pertolongan, nanti meleret ke perperangan. Hannah berkira-kira untuk ke bilik belajar Aril. Tiba-tiba kakinya rasa berdenyut. Dalam banyak-banyak waktu, kenapa sekaranglah dia hendak berdenyut.

Kenapa tidak siang atau petang tadi? Hannah mengurut-ngurut lembut kakinya. Sekali lagi guruh yang berbunyi membuatkannya tersentak. Langsir di bilik sudah pun ditarik. Bilik ini bukannya soundproof.

Aril mencoret apa yang baru ditulis. Semuanya serba tidak kena. Mengapa hatinya seperti merasakan sesuatu yang tidak kena. Lenakah tidur Hannah atau dia juga terjaga pada waktu ini? Haruskah dia pergi memeriksa Hannah?

Perlahan-lahan Hannah turun dari katil. Pintu itu diketuk sekali, dua sebelum dibuka. Baru sahaja dia mahu membuka tombol pintu itu, ia sudah dibuka oleh Aril.

“Kenapa ni? Kaki awak sakit ke?” tanya Aril prihatin melihat Hannah memegang-megang kakinya. Balutan yang ada di kaki juga sudah terbuka.

“Aril, boleh tak awak teman saya tidur? Saya takut dengar bunyi guruh.” Pertanyaan Aril diendahkan. Sebaliknya, dia memberitahu hasrat sebenar dia ke bilik Aril.

Aril diam untuk seketika. Melihat wajah Hannah yang bersungguh-sungguh meminta bantuan itu, dia menyuruh Hannah masuk kembali ke bilik. Kedua-duanya sekarang sudah terduduk di atas katil.

Biar betul perempuan ni nak tidur dengan aku hari ni? Dah habis fikir ke?

“Kenapa buka balutan ni?” Aril mengalihkan fokusnya ke kaki Hannah. Dia tidak mahu perkara itu membelenggu fikirannya.

“Gatal...lepas tu berdenyut-denyut.” Hannah memicit-micit kakinya yang sakit.

Aril memangku kaki Hannah di pehanya dan mula memicit perlahan-lahan. Hannah memejam matanya. Tadi, tidak pula dia berasa takut tatkala ingin mengetuk masuk bilik Aril. Sekarang ini, jatungnya berdegup kencang minta ampun. Berdua di dalam bilik bersama Aril, tidak

Bunyi guruh yang tiba-tiba itu mengejutkan Hannah. Laju saja Hannah bersandar di bidang dada Aril. Itulah tindakan refleksnya. Aril yang terpampan berhenti memicit kaki gadis itu. Perlahan-lahan, dia memeluk bahu Hannah, mendekatkan Hannah kepada dirinya. Dia tersenyum.

Lama mereka dalam keadaan begitu. Berada di dalam dakapan Aril membuatkan Hannah terasa terlindung. Dia tidaklah setakut tadi. Sekurang-kurangnya, dia tahu Aril ada di sisinya.

“Awak, saya rasa awak pun tahu kan cinta tu tak boleh dipaksa, tapi kita boleh jadi kawan kan? Or best friends that share everything together.” Hannah memecahkan keheningan suasana. Cinta memang memerlukan masa. Jadi buat sekarang ini, biarlah mereka berkawan dahulu, mengenal hati budi masing-masing.

“Cinta memang tak boleh dipaksa tapi kita boleh cuba. Cuba memahami dan cuba mengenali pasangan kita. Perlahan-lahan ya, Hannah. ” Balas Aril.

Hannah sedikit gusar dengan kata-kata Aril. Kata orang, dari kawan boleh terbit rasa sayang dan cinta. Semoga pintu dia dan Hannah sama-sama terbuka untuk menyayangi masing-masing sebagai kekasih dan suami isteri.

“Selalunya papa akan peluk saya bila saya takut dengar bunyi guruh,” Hannah membuka mulut, bercerita.

“Oh, kira awak sengaja nak saya peluk awaklah ni?”

“Jangan poyo sangat boleh tak?” Hannah menjeling. Lelaki ini memang tidak sudah-sudah menyakat dirinya.

“Tapi awak yang peluk saya dulu...”

“Dah, dahlah tu. Aril, perempuan kelmarin tu perempuan istimewa dalam hidup awak ke?” Hannah bertanya. Rasanya, tidak salah untuk dia tahu. Di antara mereka pun bukannya ada cinta, jadi tiada apa yang harus dicemburukan.

“Kenapa tak tahu?” Aril menyambung mengurut kaki Hannah.

Best friends share everything together.” Hannah cuba bersikap optimis. Aril masih belum mahu membuka ccerita tentang kisah hidupnya.

Kalau bab-bab sebegini, memang susah mahu mendengar Aril berceloteh tetapi kalau Aril sedang marah atau membebel, Hannah terpaksa menyerah. Bebelnya, kalah papa! Kadang-kala main ugut-mengugut pula tu.

“Ni saya nak tanya. Haikal tu nak apa dari awak eh?” kalau tadi Aril hanya mendiamkan diri, kini Aril mengeluarkan satu soalan yang bagaikan peluru menembak ke dada.

“Ok bye, saya mengantuk ni. Nak tidur!” Hannah pura-pura menguap, kononnya mengantuk. Hakikatnya, dia tidak mahu bercerita tentang Akim. Selimut di kaki ditarik menyelubungi muka.

Best friends share everything together.” Aril menarik kembali selimut itu dan memulangkan paku buah serpih.

Hannah tergelak manja. Aril memang tahu mencari sudut kelemahannya. Sebolehnya dia tidak mahu mencari masalah. Kalau dia beritahu Aril, habis direbuslah dia jika Aril terlepas cakap pada papa. Hannah mencari idea untuk mencari topik baru.

“Besok awak kerja tak?”

Belum sempat Aril menjawab, sekali lagi bunyi guruh yang kuat mengejutkan Hannah. Laju saja dia memeluk Aril. Aril tertawa kecil. Lagak macam budak kecil. Dia membalas pelukkan Hannah, membawa Hannah lebih dekat pada dirinya.

“Kerjalah. Kenapa, awak nak saya berkepit dengan awak 24 jam ke?”

Hannah menolak badan Aril kasar.

“Awak kalau bagi jawapan, bagi yang tak menyakitkan hati tak boleh eh?”

“Boleh aje. Tapi saya suka tengok awak marah.” Aril menjawab selamba.

“Senget. Otak awak memang senget.” Tanpa insurans, Hannah mengutuk Aril.

Hujan besertakan guruh tidak memberikan tanda yang ia akan berhenti. Bermakna, malam ini dia benar-benar harus tidur bersama Aril. Dia berpasrah akan apa yang bakal terjadi.

Sudah sebulan dia menjadi isteri kepada Zafril. Dan sepanjang satu bulan ini, ada sedikit sebanyak tentang sifat Aril yang dia pelajari. Pertama, lelaki ini hantu kopi. Memang jika satu hari tidak minum kopi, maka tidak sah. Kedua, Aril seorang yang pembersih. Lihat saja biliknya, Hannah sudah boleh tahu orangnya pembersih dan rapi.

Malah daripada cara dia mengemas rumah juga menunjukkan sifat-sifat itu. Baju perlu digosok dengan kemas. Ketiga, dia tidaklah pendiam mana. Kalau tidak kenal Aril, memang orang akan fikir lelaki ini serius memanjang. Dengan wajahnya bagai tiada ekspresi, Aril kelihatan sedikit sombong. Namun apabila sudah kenal dia, memang jauh berbeza dengan kali pertama melihat dia.

Keempat, walaupun mereka sering bergaduh, Aril masih menunjukkan sikap prihatin ke atas dirinya. Namun untuk faktor keempat ini, hanya kadang-kala saja. Selebihnya, dia tidak kuasa apa yang Hannah buat.

“Esok boleh tak saya keluar? Bosanlah duduk rumah sorang...”

“Keluar? No.” Tegas Aril memberi jawapan. Kaki masih sakit, ada hati nak keluar.

“Alah please?

“Awak ni, jalan masih belum betul jangan nak berangan nak keluar ya. You’re not going anywhere tomorrow. Final!

Fine.” Hannah menjawab acuh tak acuh.

Selimut itu ditarik dan bantalnya dicapai untuk menutupi muka. Dia ingin tidur. Daripada bergaduh terus dengan Aril, lebih baik dia mematikan diri.

“Eh apa ni selebung sampai macam ni sekali!” Aril merentap selimut itu.

Kalau ya pun marah kerana tidak diizinkan keluar, tidak usahlah mendera diri sehingga tidak boleh bernafas.

“Aril!! Saya nak tidur.” Rengek Hannah. Geram apabila setiap kali dia menarik selimut itu, Aril akan merentap kembali. Bantalnya pula disembunyikan.

“Taulah awak marah tapi tak payahlah selebung lepas tu tutup muka tu sampai tak boleh bernafas macam ni.”

“Encik Zafril, ini memang cara saya tidur. Jadi, tolong jangan kacau saya lagi!”

Aril mengerut dahi melihat Hannah di sebelahnya berselubung.

“Apa pelik sangat tidur macam ni?” Aril mengerut kening.

Bagaimana hendak bernafas jika dia ada bantal menutupi wajahnya? Memang Hannah pelik bin ajaib.

Ingin tahu, Aril mencuba cara Hannah tidur. Tidak sampai lima saat, dia sudah tercungap-cungap ingin bernafas. Hebatlah Hannah ni. Tidak pernah dia lihat orang tidur sebegini rupa. Nakal, Aril menyertai Hannah di bawah selimut itu dan berbisik sesuatu di telinga Hannah. Dan apa yang terjadi pada malam itu, menjadi rahsia mereka berdua.

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.