ARIL
yang baru pulang dari kerja tersandar di sofa. Kepulangannya langsung tidak
disedari Hannah. Kusyuk sangat menghadap laptop sambil meniarap di atas sofa.
Patutlah tidak dengar bunyi enjin kereta, dia memasang earpiece rupanya. Aril sengaja tidak memanggil Hannah. Dia hendak
Hannah sedar sendiri.
Habis sudah
episod ke 16 Boys Before Flowers
lakonan Lee Min Ho. Inilah kali ke sepuluh dia menonton drama ini. Walaupun
ditonton berulang-ulang kali, dia tetap tidak jemu. Hebat betul aura Lee Min
Ho. Sekarang sudah jam berapa, Aril tidak pulang-pulang lagi? Baru saja dia
mahu melihat jam di laptop, dia terlupa yang dia sudah mematikan laptop itu.
Hannah bangkit
untuk melihat jam. Apabila dia pusing, terkejut beruk dia melihat Aril duduk
berpeluk tubuh di sofa sebelah.
“Arghhh!”
Aril ini tak
habis-habis nak beri dia serangan jantung. Tahulah Aril malas mahu melihat muka
dia tetapi tidak perlu rasanya membuat kejutan seperti ini selalu.
“Awak ni
agaknya nak saya mati cepat kan! Suka sangat terperanjatkan orang.” Marah
Hannah, mengurut dada.
“Hey, awak
yang tak sedar saya balik okey. Layan sangat lelaki mata sepet tu.” Aril
melawan.
“Dah lama ke
awak balik?”
“Kalau buat
kek, dah siap agaknya.” Aril menjawab degan riak yang tidak puas hati. Biar
Hannah tahu yang dia tidak berapa senang.
“Nak makan
ke?”
“Awak masak
ke? Eh saya lupa, awak tengok drama tu boleh kenyang kan. Lupalah...lupa.”
Sindir Aril, menepuk-nepuk dahi sendiri.
Hannah
mengambil kusyen di sebelahnya lalu mencampak ke muka Aril. Dia tersenyum puas
melihat bantal itu mengena ke muka Aril. Padan muka. Sindir aku lagi.
“Apa ni main
campak-campak bantal? Masak apa?” perutnya sudah bergendang sedari tadi.
Hannah tidak
menjawab. Dia bingkas ke dapur untuk memanaskan sup nasi ayam yang telah
dimasak petang tadi. Hari ini dia memasak nasi ayam yakni ayam teriyaki. Inilah
kali pertama dia mencuba masak ayam teriyaki. Tadi dia sudah merasanya, rasanya
enak. Tidak tahulah pada tekak Aril yang cerewet itu. Balik kerja muka masam,
nak sindir-sindir orang. Sewel sangat!
“Eh saya cakap
dengan awak ni...”
Aril juga
bangun untuk ke meja makan. Setiap kali dia memandang wajah Hannah, dia akan
teringat kejadian tadi. Menyakitkan hati betul. Sebab itulah angin dia tidak
betul sikit hari ni. Lagi-lagi apabila meningati Hadi yang tergelak sakan.
“Sedap tak?”
tanya Hannah tatkala melihat Aril menambah ayam teriyaki yang dimasaknya.
“Bolehlah.
Biasa-biasa aje.” Jawab Aril acuh tak acuh.
Ego! Ego tahap
maksima. Tambah nasi sudah dua kali, ambil ayam sudah tiga porsi tetapi kata
biasa-biasa saja. Memang dia tidak mahu memuji masakkan Hannah sedap. Seperti
dikatakan tadi, Aril angin satu badan.
Selesai makan
malam, masing-masing membuat hal sendiri di bilik. Hannah membaca novel dan
Aril? Entahlah, di bilik belajarnya. Apa kena dengan Aril agaknya hari ini.
Malas dia mahu ambil tahu. Sudahlah tadi sindir-sindir orang. Ah geram! Rasa
macam nak cepuk saja mukanya yang kacak tak seberapa itu.
Tiba-tiba dia
terdengar bunyi petikan gitar. Adakah Aril yang memetik? Malam-malam begini
hendak bermain gitar?
Ku membenarkan jiwaku untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu
Dan dirku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu
Semua itu telah berlalu , harapan ku palsu
Dan mungkin hari yang satu terus ku tertunggu
Di hatiku masih
kamu...
Belum pernah ku ingin terus ku terus menunggu
Tercenggang
Hannah mendengar suara Aril. Tidak percaya dengan kenyataan di depan mata. Tak
depan sangatlah apabila ada tembok sebagai pemisah. Hebatlah suara lelaki ini. Boleh dibuat
dodoian untuk tidurnya. Sangat merdu! Untuk seketika, Hannah terleka. Terleka
kerana terkesima.
“Arghhhh!”
Mendengar
jeritan Aril yang tidak semena-mena, lamunan Hannah terhenti. Tadi elok saja
dia bernyanyi, sekararang ini terjerit-jerit pula. Aril menjerit sekali lagi,
kali ini lebih kuat. Panik, Hannah terus naik dan bergegas ke bilik Aril.
Apabila dia sudah memasuki bilik Aril, dia terlihat lelaki itu berdiri di atas
katil sambil memeluk gitar. Sudah kenapa?
“Kenapa ni?”
pelik Hannah melihat Aril terloncat-loncat di atas katil. Sudah seperti cacing
kepanasan.
“Tu! Tu! Bawa
dia keluar cepat!” gesa Aril sambil menunding jari pada sesuatu.
Gila ke apa
Aril ni? Gaya seperti dirasuk saja.
“Ada apa?
Cakap betul-betul boleh tak?” Hannah sudah naik angin.
“Arghh!
Cepatlah tolong! Yang tercegat dekat situ buat apa!” Aril menjerit-jerit.
Curiga, Hannah
ke arah yang ditunding Aril. Melihat ‘makhluk’ yang menghantui Aril sampai ketakutan
sebgitu sekali, dia tertawa. Itulah, lain kali cakap besar lagi.
“Bawa
keluarlah lipas tu cepat Hannah!!” Aril semakin tidak tahan.
Dia geli!
Berilah dia apa saja asalkan bukan lipas. Boleh lari satu kampung dia jika
diberi lipas.
“Kalau saya
tak nak?” cabar Hannah. Akhirnya, Aril kalah di tangan lipas yang kecil molek.
Kalau dibandingkan dengan Aril, memang lebih dari 100 kali besarlah Aril itu.
“Alah
tolonglah. Arghhh! Dia makin dekat! Cepatlah! Hentak dia ke apa ke. Tendang dia
keluar. Cepat Hannah!”
Hannah tertawa
terkekeh-kekeh. Sungguh, reaksi Aril tidak boleh dijual beli. Memang lucu.
“Can you stop laughing and get moving?”
Aril semakin geram dengan Hannah yang langsung tidak menolong. Sudahlah lipas
itu mendekat. Andai lipas itu terbang, dia tidak akan teragak-agak untuk
terjun. Terjun ke mana? Terjun dari katil! Hah, herolah sangat.
“Eii saya pun
gelilah. Nak buat apa ni?” Hannah bertanya.
“Ambil...hah
surat khabar tu! Hentak dia ke tolak dia keluar dari bilik saya!” Aril
terjerit-jerit memberi arahan apabila lipas itu mulai mendekati katil.
Dengan tiga
kali hentak, lipas itu mati dan berjaya dibawa keluar oleh Hannah. Sebenarnya
dia juga geli tetapi melihat Aril sebegitu, telinganya jadi sakit. Kata saja
lelaki, badan besar, jiwa kecil. Memang tidak sepandan!
“Aril lipas!”
Hannah menayangkan pemadam Aril yang kebetulan di atas meja di hadapan muka
lelaki itu.
Apa lagi? Aril
terjerit bagai nak rak. Jika anak tekaknya boleh terkeluar, agaknya sudah lama
ia terkeluar. Tidak tahan dengan Aril yang aksi mengalahkan perempuan.
“It’s not funny! You watch out!” Aril
memberi amaran.
Kini, pecah
tembelangnya kerana Hannah sudah tahu kelemahannya. Benggang! Apa lah nasibnya
harus terjerit-jerit meminta tolong di hadapan Hannah. Seorang wanita. Memang
malu teramat sangat. Mana hendak letak muka ini?
“Whatever.” Balas Hannah tidak kuasa.
Yang dia tahu, dia seronok menggelakkan Aril hari ini.
“Eh tunggu,
ambilkan Nescafe saya dalam peti ais.” Pinta Aril apabila Hannah berdiri di
pintu, mahu keluar.
Apabila sudah
memastikan Hannah sudah turun ke bawah, Aril masuk ke dalam bilik Hannah.
Remote control penghawa dingin itu diambil dan direndahkan suhunya daripada
24 kepada 18 degrees celcius. Biar mati
kesejukkan Hannah ni di dalam. Rasakan!
Tatkala Nescafe itu bertukar tangan, Aril
terus keluar dari bilik untuk mengunci pintu bilik Hannah dari keluar. Selamat
malam sayang. Ini baru namanya perang dingin! Sanggup dia tidur di bilik
sebelah kerana mahu membalas dendam.