MALAM
itu, hujan bersertakan guruh memandikan bumi ini. Hannah memusing ke kiri dan
ke kanan. Semuanya serba tidak kena. Mendengar bunyi guruh yang kuat berdentum
itu, dia jadi takut. Walaupun berada di dalam cadar yang tebal, dia tetap boleh
dengar bunyi guruh itu. Selalunya kalau di rumah, dia akan masuk ke dalam bilik
mama dan papanya. Papalah yang akan menjadi pelindungnya di masa-masa dia
takut.
Sekarang ini
papa tiada. Tidak mungkin dia menyuruh papa datang ke sini. Habislah nanti papa
tahu mereka tidak tidur sebilik. Daripada meminta pertolongan, nanti meleret ke
perperangan. Hannah berkira-kira untuk ke bilik belajar Aril. Tiba-tiba kakinya
rasa berdenyut. Dalam banyak-banyak waktu, kenapa sekaranglah dia hendak
berdenyut.
Kenapa tidak
siang atau petang tadi? Hannah mengurut-ngurut lembut kakinya. Sekali lagi
guruh yang berbunyi membuatkannya tersentak. Langsir di bilik sudah pun
ditarik. Bilik ini bukannya soundproof.
Aril mencoret
apa yang baru ditulis. Semuanya serba tidak kena. Mengapa hatinya seperti
merasakan sesuatu yang tidak kena. Lenakah tidur Hannah atau dia juga terjaga
pada waktu ini? Haruskah dia pergi memeriksa Hannah?
Perlahan-lahan Hannah turun dari katil. Pintu
itu diketuk sekali, dua sebelum dibuka. Baru sahaja dia mahu membuka tombol pintu
itu, ia sudah dibuka oleh Aril.
“Kenapa ni?
Kaki awak sakit ke?” tanya Aril prihatin melihat Hannah memegang-megang
kakinya. Balutan yang ada di kaki juga sudah terbuka.
“Aril, boleh
tak awak teman saya tidur? Saya takut dengar bunyi guruh.” Pertanyaan Aril
diendahkan. Sebaliknya, dia memberitahu hasrat sebenar dia ke bilik Aril.
Aril diam
untuk seketika. Melihat wajah Hannah yang bersungguh-sungguh meminta bantuan
itu, dia menyuruh Hannah masuk kembali ke bilik. Kedua-duanya sekarang sudah
terduduk di atas katil.
Biar betul
perempuan ni nak tidur dengan aku hari ni? Dah habis fikir ke?
“Kenapa buka
balutan ni?” Aril mengalihkan fokusnya ke kaki Hannah. Dia tidak mahu perkara
itu membelenggu fikirannya.
“Gatal...lepas
tu berdenyut-denyut.” Hannah memicit-micit kakinya yang sakit.
Aril memangku
kaki Hannah di pehanya dan mula memicit perlahan-lahan. Hannah memejam matanya.
Tadi, tidak pula dia berasa takut tatkala ingin mengetuk masuk bilik Aril.
Sekarang ini, jatungnya berdegup kencang minta ampun.
Berdua di dalam bilik bersama Aril, tidak
Bunyi guruh
yang tiba-tiba itu mengejutkan Hannah. Laju saja Hannah bersandar di bidang
dada Aril. Itulah tindakan refleksnya. Aril yang terpampan berhenti memicit kaki
gadis itu. Perlahan-lahan, dia memeluk bahu Hannah, mendekatkan Hannah kepada
dirinya. Dia tersenyum.
Lama mereka
dalam keadaan begitu. Berada di dalam dakapan Aril membuatkan Hannah terasa
terlindung. Dia tidaklah setakut tadi. Sekurang-kurangnya, dia tahu Aril ada di
sisinya.
“Awak, saya
rasa awak pun tahu kan cinta tu tak boleh dipaksa, tapi kita boleh jadi kawan
kan? Or best friends that share everything
together.” Hannah memecahkan keheningan suasana. Cinta memang memerlukan
masa. Jadi buat sekarang ini, biarlah mereka berkawan dahulu, mengenal hati
budi masing-masing.
“Cinta memang
tak boleh dipaksa tapi kita boleh cuba. Cuba memahami dan cuba mengenali
pasangan kita. Perlahan-lahan ya, Hannah. ” Balas Aril.
Hannah sedikit
gusar dengan kata-kata Aril. Kata orang, dari kawan boleh terbit rasa sayang
dan cinta. Semoga pintu dia dan Hannah sama-sama terbuka untuk menyayangi
masing-masing sebagai kekasih dan suami isteri.
“Selalunya
papa akan peluk saya bila saya takut dengar bunyi guruh,” Hannah membuka mulut,
bercerita.
“Oh, kira awak
sengaja nak saya peluk awaklah ni?”
“Jangan poyo
sangat boleh tak?” Hannah menjeling. Lelaki ini memang tidak sudah-sudah
menyakat dirinya.
“Tapi awak
yang peluk saya dulu...”
“Dah, dahlah
tu. Aril, perempuan kelmarin tu perempuan istimewa dalam hidup awak ke?” Hannah bertanya. Rasanya, tidak
salah untuk dia tahu. Di antara mereka pun bukannya ada cinta, jadi tiada apa
yang harus dicemburukan.
“Kenapa tak
tahu?” Aril menyambung mengurut kaki Hannah.
“Best friends share everything together.”
Hannah cuba bersikap optimis. Aril masih belum mahu membuka ccerita tentang
kisah hidupnya.
Kalau bab-bab
sebegini, memang susah mahu mendengar Aril berceloteh tetapi kalau Aril sedang
marah atau membebel, Hannah terpaksa menyerah. Bebelnya, kalah papa!
Kadang-kala main ugut-mengugut pula tu.
“Ni saya nak tanya. Haikal tu nak apa dari
awak eh?” kalau tadi Aril hanya mendiamkan diri, kini Aril mengeluarkan satu
soalan yang bagaikan peluru menembak ke dada.
“Ok bye, saya mengantuk ni. Nak tidur!”
Hannah pura-pura menguap, kononnya mengantuk. Hakikatnya, dia tidak mahu
bercerita tentang Akim. Selimut di kaki ditarik menyelubungi muka.
“Best friends share everything together.”
Aril menarik kembali selimut itu dan memulangkan paku buah serpih.
Hannah
tergelak manja. Aril memang tahu mencari sudut kelemahannya. Sebolehnya dia
tidak mahu mencari masalah. Kalau dia beritahu Aril, habis direbuslah dia jika
Aril terlepas cakap pada papa. Hannah mencari idea untuk mencari topik baru.
“Besok awak
kerja tak?”
Belum sempat
Aril menjawab, sekali lagi bunyi guruh yang kuat mengejutkan Hannah. Laju saja
dia memeluk Aril. Aril tertawa kecil. Lagak macam budak kecil. Dia membalas
pelukkan Hannah, membawa Hannah lebih dekat pada dirinya.
“Kerjalah.
Kenapa, awak nak saya berkepit dengan awak 24 jam ke?”
Hannah menolak
badan Aril kasar.
“Awak kalau
bagi jawapan, bagi yang tak menyakitkan hati tak boleh eh?”
“Boleh aje.
Tapi saya suka tengok awak marah.” Aril menjawab selamba.
“Senget. Otak
awak memang senget.” Tanpa insurans, Hannah mengutuk Aril.
Hujan
besertakan guruh tidak memberikan tanda yang ia akan berhenti. Bermakna, malam
ini dia benar-benar harus tidur bersama Aril. Dia berpasrah akan apa yang bakal
terjadi.
Sudah sebulan
dia menjadi isteri kepada Zafril. Dan sepanjang satu bulan ini, ada sedikit sebanyak tentang sifat
Aril yang dia pelajari. Pertama, lelaki ini hantu kopi. Memang jika satu hari
tidak minum kopi, maka tidak sah. Kedua, Aril seorang yang pembersih. Lihat
saja biliknya, Hannah sudah boleh tahu orangnya pembersih dan rapi.
Malah daripada
cara dia mengemas rumah juga menunjukkan sifat-sifat itu. Baju perlu digosok
dengan kemas. Ketiga, dia tidaklah pendiam mana. Kalau tidak kenal Aril, memang
orang akan fikir lelaki ini serius memanjang. Dengan wajahnya bagai tiada
ekspresi, Aril kelihatan sedikit sombong. Namun apabila sudah kenal dia, memang
jauh berbeza dengan kali pertama melihat dia.
Keempat,
walaupun mereka sering bergaduh, Aril masih menunjukkan sikap prihatin ke atas
dirinya. Namun untuk faktor keempat ini, hanya kadang-kala saja. Selebihnya,
dia tidak kuasa apa yang Hannah buat.
“Esok boleh
tak saya keluar? Bosanlah duduk rumah sorang...”
“Keluar? No.” Tegas Aril memberi jawapan. Kaki
masih sakit, ada hati nak keluar.
“Alah please?”
“Awak ni,
jalan masih belum betul jangan nak berangan nak keluar ya. You’re not going anywhere tomorrow. Final!”
“Fine.” Hannah menjawab acuh tak acuh.
Selimut itu
ditarik dan bantalnya dicapai untuk menutupi muka. Dia ingin tidur. Daripada
bergaduh terus dengan Aril, lebih baik dia mematikan diri.
“Eh apa ni
selebung sampai macam ni sekali!” Aril merentap selimut itu.
Kalau ya pun
marah kerana tidak diizinkan keluar, tidak usahlah mendera diri sehingga tidak
boleh bernafas.
“Aril!! Saya
nak tidur.” Rengek Hannah. Geram apabila setiap kali dia menarik selimut itu,
Aril akan merentap kembali. Bantalnya pula disembunyikan.
“Taulah awak
marah tapi tak payahlah selebung lepas tu tutup muka tu sampai tak boleh
bernafas macam ni.”
“Encik Zafril,
ini memang cara saya tidur. Jadi, tolong jangan kacau saya lagi!”
Aril mengerut
dahi melihat Hannah di sebelahnya berselubung.
“Apa pelik
sangat tidur macam ni?” Aril mengerut kening.
Bagaimana hendak bernafas jika dia ada bantal
menutupi wajahnya? Memang Hannah pelik bin ajaib.
Ingin tahu,
Aril mencuba cara Hannah tidur. Tidak sampai lima saat, dia sudah
tercungap-cungap ingin bernafas. Hebatlah Hannah ni. Tidak pernah dia lihat
orang tidur sebegini rupa. Nakal, Aril menyertai Hannah di bawah selimut itu dan
berbisik sesuatu di telinga Hannah. Dan apa yang terjadi pada malam itu,
menjadi rahsia mereka berdua.