Amman tersedar dari tidurnya apabila terdengar jam
loceng miliknya berbunyi. Dia bangun daripada berbaring lalu menggeliat lembut.
Rasa segar pula.
“Adik,
bangun. Solat subuh...” kejut Amman dengan nada suara yang perlahan. Memang
tugasnya akan mengejutkan Ammar setiap pagi kerana Ammar selalu tidur lewat
menyelesaikan masalah di pejabat. Dia akan tidur lebih awal daripada adiknya.
“Dah
pagi ke?” Ammar membuka matanya perlahan. Dia juga menggeliat seperti abangnya
tadi. Kembarlah katakan...
Mereka
akan bersiap lebih awal kerana majikannya, Putra Huzaiman akan pergi ke tempat
kerja awal pagi.
“Masa
tidak menunggu kita. Kitalah kena mengejar masa.” Itulah kata-kata Putra
Huzaiman selalu katakan kepada mereka.
Ammar
rebah kembali atas katil. Dia masih mengantuk. Semalam dia menyediakan minit
mesyuarat untuk pagi ini. Putra Huzaiman memberitahunya lepas Maghrib semalam
yang dia mahu adakan mesyuarat. Terpaksalah dia berjaga malam tadi.
Amman
sudah siap mandi.
“Adik
ni!” dia berasa geram melihat Ammar masih membuta.
“Bangunlah
adik!”
“Abang
ganti adiklah hari ini. Mengantuk ni!” jawab Ammar dengan malasnya.
“Mana
boleh! Selagi bos kita tu tak tengok muka kita berdua, selagi itu dia akan
membebel. Dah! Pergi mandi!” arah Amman. Dia tahu yang bos mahu melihat mereka
berdua ada didepannya. Bosnya tidak suka salah seorang sahaja yang cuti.
Ammar
dengan malasnya bangun dan menuju ke bilik air.
“Apocot!”
Ammar terkejut. Mata yang mengantuk terus menjadi terang. Dia terkejut melihat Putra
Huzaiman berada dalam bilik airnya.
Ni
bilik air ke? Ammar tertanya-tanya.
Putra
Huzaiman kaku. Dia hanya memandang Ammar dan kemudian terus berlalu ke
biliknya.
Oh!
Aku salah bukak pintu bilik pula. Memang dia benar-benar terkejut. Boleh demam
macam ni.
Kini,
Ammar sudah berada dalam bilik air. Sejuknya air! Mereka berdua sudah biasa
mandi air yang sejuk-sejuk ni.
Selepas
selesai mandi dan solat subuh, Ammar terasa tubuhnya panas.
“Abang,
adik rasa macam nak demam.” Ammar mengadu. Dia terus berbaring atas katil. Lemah
pula badan ni. Penat semalam pun tidak hilang lagi. Di tambah dengan terkejut
dipagi hari. Memang boleh membuat dia rasa mahu demam.
Amman
menghampiri adik kesayangannya itu. Dia sudah lengkap berpakaian pejabat.
“Panas
ni. Abang bagitau bos sekejap!”
Amman
pantas keluar dari biliknya. Dia menuju ke ruang makan. Ketika itu Putra
Huzaiman dan Wafa Natasha sedang bersarapan.
“Bos,
Ammar demam. Tak dapat nak bangun.” Kata Amman dengan berani. Tak pernah pula
kami demam sepanjang berkhidmat dengan bosnya ini.
“Demam!
Macam mana boleh demam? Hari ni kan ada meeting besar. Dia kena pergi juga. Kamu
berdua kena ada dalam mesyuarat tu.” Putra Huzaiman naik angin tiba-tiba.
“Sabar
abang...” pujuk Wafa Natasha. “Abang Ammar demam. Kalau macam tu, biar Sha jadi
setiusaha abang hari ini, boleh tak?” Wafa Natasha kasihan pada abang angkatnya
itu. Dia cuba memujuk suaminya.
“Apa?
Jadi Setiausaha abang hari ni?” hati Putra Huzaiman berdebar hebat. Dia suka
kalau isterinya dapat menemaninya.
“Boleh
tak abang? Biar abang Amman cuti jaga abang Ammar yang tak sihat tu.” Makin lembut
suara Wafa Natasha memujuk suaminya itu.
“Baiklah!
Abang setuju. Amman, kamu beritahu apa yang isteri saya kena baik.”
“Baiklah
bos! Terima kasih bos! Sha!” Amman rasa terharu sangat.
Selepas
memberitahu Wafa Natasha apa yang perlu dilakukan, majikannya terus menuju ke
pejabat. Amman hanya mampu pandang dari jauh pemergiannya.
“Adik...”
panggil Amman apabila melihat adiknya seperti tidak sedarkan diri.
Tiba-tiba
pintu biliknya di ketuk. Amman membukanya. Alangkah terkejutnya dia. Lantas air
matanya mengalir deras. Dia rasa terharu.
p/s: kenapa pula si amman ni menangis? Ish susah
betul nak jumpa lelaki menangis sebab terharu ni. Siapa yang datang ni? banyak
betul persoalan...apa2 pun tunggu part 2 pula hihihihihi selamat menunggu. Jangan
sampai jadi penunggu setia pula hihihi.