Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
Bab 13

Dato Ismail sedang berehat di kamarnya. Hatinya rasa tenang melihat langit yang cerah. Dia tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi yang berada di atas katil. Segera Dato Ismail mengambil lalu menjawabnya.

“Hello Dato, saya dah buat apa yang Dato suruh.” Kata seorang perempuan di hujung talian.

Datin Ismah yang duduk di meja solek segera menghampiri suaminya. Dia duduk di birai katil sambil merenung wajah suaminya yang sedang menjawab panggilan.

“Bagus! Macam mana dengan air muka bakal menantu saya tu? Dia cemburu tak?” soal Dato Ismail. Dia bagaikan tidak sabar untuk mengetahui. Dia berharap semua rancangannya berjalan dengan lancar.

“Ya, Dato.” Jawab Ju.

“Bagaimana dengan anak saya pula? Dia layan kamu tak?” tanyanya lagi.

“Anak Dato okey, dia tak tergoda pun dengan saya. Malah dia kata jangan ganggu dia dan isterinya yang dicintai,” lapor Ju.

“Bagus! Bagus!” Dato Ismail tersenyum. Setelah berbincang beberapa prosedur, talian ditamatkan.

“Abang, Sha cemburu ke?” teruja Datin Ismah mahu mengetahuinya.

“Cemburu sayang. Maknanya Sha sayang betul-betul pada Man. Memang jadilah mereka kahwin.” Dato Ismail gembira.

“Kan Mah dah kata. Mereka berdua tu sangat sepadan.” Datin Ismah memuji. Dia benar-benar gembira. Anak lelakinya sudah berusia 29 tahun. Sepatutnya sudah mendirikan rumahtangga. Ini tidak, masih membujang.

“Abang pun setuju juga.” Dato Ismail sependapat dengan isterinya. Dia memandang isterinya. Rasa sedikit lega apabila Huzaiman suka pada Natasha.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi.

“Kejap ya sayang, Amman call.” Dato Ismail menjawab. “Hello, kenapa ni Amman?”

“Papa, Putra hilang jejak.” Amman berkata.

“Apa?!” Dato Ismail terkejut. “Amman, relaks dulu.” Kata Dato Ismail. Padahal diri sendiri yang tidak dapat bertenang. Ke mana pula anaknya menghilang.

Dato Ismail tahu yang Amman dan Ammar sering dibuli oleh Huzaiman, anaknya sendiri. Lagi pun si kembar itu sudah berusaha bersungguh-sungguh menjaga Huzaiman. Dia perlu menghargai Amman dan Ammar agar mereka berdua tidak mengkhianati keluarganya. Itu motif dia melayan Amman dan Ammar dengan baik. Dia masih memikirkan anaknya yang hilang ke mana.

Tiada siapa pun tahu yang Amman dan Ammar adalah anak angkat Dato Ismail. Tanpa mereka sedari, hubungan anak dan ayah itu begitu rapat dan mesra. Cuma di hadapan Putra Huzaiman sahaja tidak dipamerkan.

“Amman dan Ammar cuba cari di mana-mana. Jejak walaupun ke mana saja, okey?”

“Baiklah papa.” Jawab Amman. ‘Nasib baik papa tak marah.’

“Apa-apa, call papa.” Talian ditamatkan.

“Kenapa ni, abang?” soal Datin Ismah.

“Man dah hilang. Pandai pula dia main sorok-sorok.” Dato Ismail gelisah. Apa yang perlu dia lakukan. Dia berdiri. Sekejap bergerak ke beranda rumah, kejap ke katil.

Datin Ismah rasa pening melihat suaminya itu.

“Ala, biar je la. Lagi pun dia dengan Sha tu. Tak ada apa-apa akan berlaku.” Pujuk Datin Ismah.

“Harap-harap.” Dato Ismail tetap bimbang. “Sayang, buatkan abang air.” Arah Dato Ismail. Begitulah dia kalau tak tenang, kerjanya akan mengarah orang sahaja.

Dia berjalan-jalan memantau keadaan rumah.

“Kenapa kereta ni tak cuci lagi?” soal Dato Ismail pada pemandunya.

“Saya dah cuci pagi tadi, Dato.”

“Macam mana kamu cuci, masih ada kotor ni. Aku nak kau cuci sekarang.” Arah Dato Ismail. Hatinya benar-benar tak tenang.

“Baiklah Dato.”

*****

Huzaiman masih berlegar-legar di masjid. Sudah setengah jam dia menunggu. Tiba-tiba Natasha muncul. Terus dipeluk gadis itu.

“Awak gila ke? Ni depan masjid, nak buat maksiat je dia tahu.” Marah Natasha. Tadi dia ke tandas. Perutnya sakit pula. Mesti kes makan maggie pedas semalam.

Huzaiman meleraikan pelukan tersebut.

“Kau ke mana? Aku tunggu kau. Nyawa aku ni nak separuh jadinya.” Huzaiman tidak puas hati. Natasha tidak mahu memberitahunya apa yang dibuat oleh gadis ini.

“Kenapa separuh pula?” Natasha rasa pelik. ‘Orang tengah sakit perut ni, boleh pula cakap benda pelik-pelik. Kang aku terkentut kat sini baru tau.’

“Yelah, kau tak ada di depan mata aku. Aku rasa nyawa aku melayang,” jelas Huzaiman. Dia melihat wajah comel Natasha.

“Kalau nyawa awak melayang. Maknanya awak akan mati la?” tanya Natasha untuk kepastian.

“Boleh jadi begitu.” Huzaiman mengangguk.

‘Eloklah kalau kau mati. Senang sikit kerja aku.’ bisik hatinya. Natasha tersengih.

“Kau ke mana ni?” Huzaiman masih tidak tahu ke mana Natasha menghilang sebentar tadi.

“Saya pergi tandas. Sakit perut la.” Natasha masih memegang perutnya. Terasa sakit pula. Seperti dipulas-pulas perutnya.

“Kau makan apa sampai sakit perut ni? Ini mesti sebab makan KFC tadi kan?” teka Huzaiman. ‘Aku dah cakap, makan KFC tak elok untuk kesihatan.’

“Tak ada kaitan dengan KFC la.” Bantah Natasha. Dia sendiri tidak tahu mahu menerangkan.

Perutnya makin terasa sakit. Peluh mula keluar. Natasha cuba menahan sakit tersebut. Makin lama makin terasa teruk sakitnya. Dia memegang perutnya. Wajahnya berkerut.

“Huzaiman...” Natasha memanggil nama lelaki itu.

“ Sha, kenapa dengan kau ni?” Huzaiman risau.

“Saya sakit perut lagi! Saya pergi tandas jap.” Natasha bergerak ke tandas. Dia berlari perlahan meninggalkan Huzaiman tanpa membuang masa.

Huzaiman rasa bimbang dengan keadaan Natasha. Dia berdoa agar Natasha tidak sakit lagi. Dia rela menggantikan tempat Natasha daripada melihat wajah berkerut gadis itu.

Selepas 10 minit, Natasha kembali.

Tanpa membuang masa, Huzaiman menarik tangan Natasha masuk ke dalam kereta miliknya, Toyota Camry berwarna putih.

“Kenapa ni, Huzaiman?” soal Natasha. Nasib baik perutnya tidak sakit lagi. Kalau tidak, makan penampar juga si GK ini. Yalah, tiba-tiba sahaja tarik orang macam ni.

“Kita ke klinik sekarang juga. Tak sanggup aku tengok kau sakit macam ni.” Huzaiman mula memandu.

“Saya dah okey. Awak tak payah nak susah-susah.”

“Tengok kau sakit pun aku dah rasa susah.”

“Susah ke?” lagi sekali Natasha rasa pelik. ‘Tengok orang sakit pun rasa susah?’ keliru Natasha.

“Susah hati tau tak?” keras sedikit nada suara Huzaiman.

“Saya dah okey. Jangan risau.” Natasha cuba memujuk Huzaiman. “Lagipun normal la sakit perut. Awak ni macam tak pernah sakit perut je. Macam tak pernah sakit sembelit lagaknya,” kata Natasha sambil merenung wajah Huzaiman yang pucat lesu itu. ‘Macam dia pula yang sakit. Pelik dan pelik!’

“Aku tak pernah ada masalah perut.” Penuh bangga Huzaiman berkata.

“Tipu!” Natasha tidak percaya.

“Betul, kalau aku sakit je, doktor peribadi papa akan rawat aku dengan segera.” Huzaiman teruskan pemanduannya. Akhirnya mereka tiba di sebuah klinik.

Rupa-rupanya Natasha keracunan makanan. ‘Mungkin maggie semalam dah tamat tempoh. Aku pun main makan pula.’

“Aku nak saman KFC tu,” kata Huzaiman ketika mereka masuk ke dalam kereta.

“Bukan salah KFC la.”

“Lepas tu salah siapa?”

“Salah saya. Saya makan maggie yang dah tamat tempohnya.” Jelas Natasha.

“Apa Maggie?!” Huzaiman terkejut. “Makanan tu tak berkhasiat la.” Huzaiman terus membebel.

“Dah nak tunggu dapat gaji hujung bulan ni, lama sangat. Saya tak ada duit dah. Jadi saya makan la maggie dulu.” Natasha tersengih.

“Kalau kau tak ada duit. Minta dengan aku. Aku boleh sara kau.” Huzaiman masih fokus pada pemanduannya.

“Kita ni nak kahwin 3 minggu lagi. Sabar-sabar la sikit kalau nak jadi suami tu.”

“Tak faham...”

“Yalah, sibuk nak sara saya. Saya ni belum sah lagi jadi isteri awak. Saya ni bukan tanggungjawab awak,” kata Natasha.

Huzaiman berhentikan keretanya di tepi jalan.

“Kenapa berhenti ni?” Natasha mula rasa seram.

“Wafa Natasha, walaupun kita belum kahwin lagi tapi aku harap aku dapat tolong kau, bantu kau takat yang aku mampu.” Dia merenung tepat ke wajah Natasha. “Kalau boleh aku nak kau makan-makanan yang berkhasiat. Nanti elok untuk kesihatan baby kita. Kalau nak baby sihat, mamanya kena sihat dulu.”

Terbeliak mata Natasha mendengar kata-kata Huzaiman.

“Baby?” Natasha menarik nafas dan menghembusnya perlahan. ‘Belum kahwin,dah fikirkan tentang anak. Kau tak kan dapat anak dengan aku la, GK!’ bisik hatinya.

“Ya, baby. Mesti babynya comel macam mamanya. Kalau boleh aku nak semua anak perempuan yang pastinya cantik macam kau.” Huzaiman mula berangan.

“Semua?” Natasha tidak habis-habis terkejut.

“Semua tu mungkin dalam sepuluh atau dua puluh orang.”

“Baik awak bunuh je saya ni.”

“Kenapa?”

“Awak ingat saya ni kilang anak?” geram Natasha. Makin dilayan makin terus si Huzaiman. Hanya perintahnya kena turuti.

“Eh, aku tak anggap pun kau kilang anak, aku angap kau seorang wanita yang amat mulia.”

“Tak faham...”

“Aku hanya membantu kau hapuskan dosa-dosa...”

“Hebatnya awak boleh hapuskan dosa saya...” Natasha ketawa.

“Ada satu hadis yang aku baca bermaksud apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya,” kata Huzaiman sambil merenung wajah Natasha. Dia suka kalau dapat melihat air muka Natasha.

Tepat sekali! Air muka Natasha terus bertukar. Dia terkesima dengan kata-kata Huzaiman.

Kereta milik Huzaiman mula bergerak.

Natasha pula dia tidak mahu memikirkan apa yang Huzaiman katakan. Dia memejamkan matanya seketika.

“Sha... Sha bangun...” kejut Huzaiman.

Natasha pula, baru sahaja dia lelapkan mata, Huzaiman sudah bangunkan dia.

“Ada apa awak? Saya penat la.” Jujur Natasha.

“Sembahyang maghrib. Lepas sembahyang kita pergi makan dan aku hantar kau balik.” Ikutkan hati memang Huzaiman tak sanggup mahu kejutkan Natasha tetapi tuntutan pada Illahi juga dia perlu lakukan.

Ada satu ayat Al-quran yang menerang tentang tanggungjawab lelaki terhadap perempuan berbunyi seperti beriku.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34).

‘Jadi, aku harus menjaga perempuan comel ini yang selalu buat aku rasa bimbang.’ Detik hati Huzaiman.

“Oh, ye ke?” barulah Natasha perasan yang mereka sudah di masjid. “Okey!” mereka berdua berpisah di situ untuk bersembahyang.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.