Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
Bab 17

Natasha cuba bertenang. Melihat Huzaiman yang merenung tajam padanya membuat tubuh Natasha rasa seram sejuk. Terasa takut pula dengan kemarahan seorang lelaki yang gila kuasa ini.

“Cepat Sha!” arah Huzaiman. Dia duduk di birai katil. Telefon bimbit miliknya masih utuh dalam genggam Huziman. Telinga Huzaiman betul-betul merah.

‘Ini marah ke malu? Eh, dia tengah marah! Mana ada malu macam ni?’ bisik hati Natasha.

“Sebenarnya.... Sha....” Natasha teragak-agak apabila bercakap. Terasa payah betul mahu bercakap. Natasha menelan liur.

Huzaiman menaikkan sebelah keningnya. Masih setia menanti jawapan daripada isterinya.

Natasha terkaku dalam keadaan berdiri.

“Sebenarnya saya dah lama rasa macam tu pada abang,” jelas Natasha perlahan. ‘Ya betul! Sejak zaman sekolah lagi aku tidak suka dan berdendam Huzaiman .’

“Apa dah lama? Syukurlah!” tiba-tiba Huzaiman gembira. Rupanya telinganya merah bukan menahan marah tetapi menahan perasaan malu.

Sejak Natasha menyatakan mengenai perasaan suka padanya, sememangnya hati Huzaiman tidak tenang. Ada sahaja yang mengganggu dan menggugat perasaannya terhadap Natasha. Hal ini berlaku kerana ini adalah kali pertama ada seorang gadis meluahkan perasaan suka padanya. Tambahan pula, perempuan itu berjaya membuat Huzaiman jatuh cinta dalam tidak sedar.

Huzaiman merenung wajah Natasha yang jelas nampak serba salah.

‘Kenapa dengan mamat ni? Sawan ke? Tadi bukan main marah lagi. Macam nak bunuh orang pun ada. Sekarang tersengih macam kerang busuk ni kenapa pula?’ Natasha terasa pelik dengan respons yang ditunjukkan oleh Huzaiman.

Tangan Natasha dicapai oleh Huzaiman.

“Terima kasih sayang. Abang ingat abang bertepuk sebelah tangan. Rupanya sayang pun suka pada abang,” jelas Huzaiman. Dia benar-benar bahagia dengan pengakuan Natasha.

“Maksud abang?” Dahi Natasha sudah berkerut. Dia keliru.

“Ni... Mesej ni yang abang baca.” Huzaiman menghulurkan pada Natasha mesej yang dibaca olehnya.

-Katakan aje kau cinta pada Huzaiman-

Terbeliak mata Natasha. Itu mesej daripada PK yang mengarahkan Natasha buat Huzaiman jatuh cinta padanya. Nasib baik mesej yang sebelum ini sudah dipadam olehnya.

“Tapi siapa PK? Lelaki ke perempuan?” Soal Huzaiman sambil memeluk Natasha.

“Piah Klang sebab dia duduk kat klang abang.” Sangkal Natasha. Dia harus merahsiakan segalanya daripada pengetahuan Huzaiman. PK mengarahkannya buat Huzaiman jatuh cinta padanya tetapi tanpa dia perlu usaha apa-apa, lelaki itu sudah sedia jatuh cinta padanya. Mudah juga!

Natasha berasa lebih lega apabila Huzaiman tidak bertanya lagi.

“Selesai. Abang nak ke pejabat. Sha duduk je kat rumah memandangkan Sha cuti dua minggu.” Kata Huzaiman.

“Eh, kan kita nak pergi honeymoon hari ni?” Natasha mengingatkan Huzaiman.

Lelaki itu hanya menepuk dahi. Dia hampir terlupa. Mendapat tahu mengenai perasaan Natasha padanya hampir membuat dia lupa segalanya. Tetapi mengenai urusan kerja ingat pula.

“Lupa...” Huzaiman tersengih.

Akhirnya mereka berdua sudah bersiap-siap bertolak. Selepas bersalaman dengan Datin Ismah dan Dato Ismail, mereka berdua masuk ke dalam kereta Toyota Camry milik Huzaiman. Natasha yang akan memandunya.

“Sha, kita boleh minta Amman hantar ke KLIA.” Cadang Huzaiman.

“Tak apa. Sha boleh pandu sendiri.” Yakin Natasha. “Terima kasih sebab izinkan Sha guna kereta ni.” Ucap Natasha.

“Tak apa. Harta abang, semua sayang punya tapi harta sayang abang punya. Saya sendiri pun tak ada hak atas diri sendiri.” Huzaiman tersenyum.

“Tak ada hak atas diri sendiri?” Natasha rasa pelik. Dia sudah memulakan pemanduannya.

“Sebab sayang tu milik abang selamanya.” Huzaiman cuba romantik.

Natasha pula rasa bagaikan dicekik lehernya. Nasib baik boleh kawal lagi pemanduannya.

“Terima kasih,” ucap Natasha dengan sengihan.

“Nanti sayang penat memandu, biar abang yang pandu,” cadang Huzaiman.

“Tak apa, Sha boleh pandu.”

“Nanti penat...” pujuk Huzaiman lagi.

“Tak apa, tak jauh pun...” Natasha tersenyum ada makna.

Sudah sepuluh minit Natasha memandu. Bermula dari Shah Alam. Ada beberapa papan tanda jalan di lihat oleh Huzaiman.

“Sha, kita nak ke mana?” Huzaiman rasa pelik kerana Natasha tidak menuju ke jalan KLIA.

“Kita nak pergi Honeymoon la.” Jawab Natasha main-main.

“Tapi di mana?”

“Di Melaka!” Natasha bersorak kegembiraan. “HUhUHuhu!”

“What!” Huzaiman terkejut. “Melaka!” air muka terkejut Huzaiman tidak dapat disembunyikan lagi.

Natasha hanya mampu ketawa tetapi dalam hati sahaja. Dapat juga dia kenakan si gila kuasa ini.

“Yalah! Honeymoon sambil belajar tentang sejarah negara.” Natasha tersenyum lebar apabila melihat wajah mencuka Huzaiman.

Entah mengapa Natasha rasa kasihan pula.

“Abang pernah pergi Melaka?” sengaja Natasha bertanya.

“Tak pernah.” Walaupun Huzaiman rasa sedih, dia tetap menjawab pertanyaan isterinya itu.

‘Teruskan bersedih Huzaiman. Aku suka tengok kau sedih.’ Akhirnya Natasha biarkan Huzaiman melayan kesedihannya.

Chup!

Ada satu kucupan mesra di pipi Natasha. Huzaiman menciumnya.

“Abang...” merah muka Natasha. Darah mula naik sampai ke muka.

“Arrghhhh!” Huzaiman menjerit dalam kereta.

Mata Natasha terkebil-kebil apabila Huzaiman menjerit seperti itu. ‘Dah macam king kong gayanya.’ Bisik hati Natasha.

“Abang tak sihat ni. Baik Sha hantar abang ke tanjung rambutan je.” Cadang Natasha.

“Eh, tak lah! Lepas abang cium sayang tadi, abang dapat balik semangat abang. Tak apa! Melaka pun Melaka asalkan Sha ada di sisi abang.” Huzaiman tersenyum. Dia melihat raup wajah Natasha yang comel itu.

Hati Natasha bagaikan disiat-siat. Sakit rasanya. ‘Tak menjadi rancangan aku nak buat dia sedih. Ish!’ geram Natasha.

“Baguslah la macam tu.”

Selepas dua jam perjalanan, Natasha berhenti di suatu tempat.

“Betul ke kita nak pergi sini?” soal Huzaiman berkali-kali.

“Betullah. Sha teringin nak datang sini. Abang belanja Sha tau.”

“Serius sayang!”

“Serius la ni!” Natasha tahu yang Huzaiman tidak rela. ‘Yalah, saat ini, mamat gila kuasa ni sedang pakai t-shirt putih dan jaket kulit warna hitam di luar. Dipadankan dengan seluar jeans hitam. Memang nampak bergaya dan kasut kulit. Sah! Memang tak sesuai datang sini pakai macam tu.’

“Betul-betul la Sha.”

‘Awat susah benar si GK ni nak faham. Kena guna teknik suara menggoda.’ Bisik hati Natasha. ‘”Ya sayangku yang kacak lagi bergaya,” sindir Natasha.

Huzaiman naikkan keningnya sebelah. Geram dengan kata-kata Natasha.

“Tapi ni zoo!” lagi sekali Huzaiman menjerit dalam kereta yang sudah diparking oleh Natasha.

‘Aku rasa macam nak tinggal jem amat ni dalam sangkar. Dah macam spesies haiwan suka menjerit dah aku tengok. Ish ish ish!’ Natasha tersenyum puas.

Mereka berdua kini di Zoo Melaka.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.