Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
Bab 19


Akhirnya Natasha berjaya memandu sampai ke hotel yang mereka akan menginap iaitu hotel Farmosa Garden. ‘Tiba-tiba pula teringat loket rantai Garden Love.’ Natasha ketawa sendirian.

Badannya terasa penat. Di pukul perlahan belakangnya.

“Abang...” kejut Natasha. Huzaiman masih lena. Sekarang jam di tangannya baru menunjukkan angka tiga petang. Mereka masih belum menunaikan solat. ‘Boleh jamak sahaja.’

“Sha...” Huzaiman bagaikan seorang kanak-kanak yang baru bangun tidur dan sedang mencari ibunya.

Natasha mengeluh. “Kita dah sampai...”

“Hotel apa ni? Warna hijau pula tu.” Huzaiman menjadi pengkomen pula.

Natasha pula hanya merenung wajah Huzaiman. Dia terkaku di tempat duduk pemandu.

“Kenapa pandang abang macam tu?” Huzaiman berkata dengan nada yang romantik.

“Atau sebab abang ni...” Huzaiman mendekatkan wajahnya dengan Natasha.

Natasha rasa berdebar sehingga dia tidak dapat bergerak. Dia kaku. Dia hanya mampu memandang Huzaiman semakin dekat dengan wajahnya. Hanya satu inci yang memisahkan wajahnya dengan Huzaiman.

Huzaiman senyum menggoda.

“Sha penat ya?” tangan Huzaiman bergerak ke belakang Natasha. Dia membuka pintu sebelahnya. Rupa-rupanya Huzaiman mahu membuka bonet. Dia terus keluar dari kereta. Dia menggeliat.

Huzaiman membukan bonet dan mengeluarkan dua beg pakaian.

“Sha, okey ke tidak ni?” soal Huzaiman yang kini di sebelah tempat pemandu. Dia membuka pintu kereta lebih luas.

‘Apa kena dengan aku ni? Kenapa aku tergamam?’ Natasha sendiri tidak pasti.

Dia keluar dari kereta. Hakikatnya dia memang penat. Rasa mengantuk pula.

“Abang tolong check-in ya?” pinta Natasha. Saat dia tidak mahu fikirkan dendam atau apa-apa pun. Dia mahu berehat.

“Sekejap ya encik.” Orang di kaunter sedang memeriksa sama ada mereka ada buat tempahan atau tidak.

Natasha betul-betul tidak tahan. Dia memaut lengan Huzaiman yang besar dan panjang itu lalu di letakkan kepala. Rasa selesa dan hangat sekali. Natasha betul-betul suka apa yang dirasai saat ini. Matanya terpejam seketika.

“Encik, tolong angkat beg saya boleh tak? Isteri saya tak sihat pula.”

“Baiklah, encik.” Kata pekerja di situ. Dia mendahului Huzaiman dan Natasha.

Natasha yang rasa selesa memeluk lengan Huzaiman mula hairan. Pelukan lengan Huzaiman terlerai. ‘Kenapa badan aku terangkat ni?’

Rupa-rupanya Huzaiman mengangkat tubuh Natasha. Huzaiman kasihan melihat seharian Natasha memandu.

Natasha mencelikkan matanya. Dia merenung wajah Huzaiman yang pandang ke depan.

Pekerja yang membawa beg mereka berdua itu membantu membukakan pintu. Pantas Huzaiman meletakkan tubuh Natasha atas katil dan menutup pintu. Sempat Huzaiman memberi tips pada pekerja itu tetapi untuk mengucapkan terima kasih, tidak akan sesekali dia lakukan.

Natasha bangun dari pembaringan. Mata yang letih tadi kembali cerah. Dia lebih teruja untuk mengetahui pandangan Huzaiman mengenai hotel ini. Dia dapat menjangka apa yang Huzaiman rasa saat ini.

Selepas menutup pintu, Huzaiman menuju ke bilik air. Dia hampa. Tub mandi pun tiada. Dia suka mandi dalam tub mandi. Dia mengeluh.

“Kenapa Sha tempah hotel yang tak mewah ni?” wajahnya sedih. Baru sebentar tadi dia bayangkan sesuatu yang indah. Dia bersama Natasha mandi bersama dalam tub mandi. Nampaknya hancur musnahlah.

“Tak cukup bajet.” Sengaja Natasha berkata begitu. Motifnya untuk menyakitkan hati Huzaiman dengan cara halus.

“Tak cukup bajet? Abang boleh bayarkan. Sha ingat kahwin dengan abang, menyusahkan Sha?” soalnya.

“Memang pun...” perlahan suara Natasha.

“Lepas Sha kahwin dengan abang, Sha dah jadi tanggungjawab abang. Abang kena jaga Sha. Jom sekarang kita pergi hotel yang mewah sikit.” Huzaiman mula ingin menguasai keadaan.

“Tapi kita dah sampai sini, membazirlah. Membazirkan amalan syaitan. Abang nak jadi syaitan ya?” tanya Natasha dengan nada yang lembut.

Huzaiman terdiam. Dia merenung tepat ke wajah Natasha. Gadis itu masih berbaring. Dia pula berdiri tepi bilik air.

Bilik hotel ini tidaklah luas mana. Ada bilik air, katil besar dan tv.

“Ya lah. Abang nak keluar sekejap. Nak tengok kawasan sini macam mana.” Huzaiman terus keluar dari bilik hotel itu.

Natasha pula bersorak kegembiraan. Bilik ini miliknya sekarang. Kerana terlalu gembira, dia terlena dalam keletihan.

Natasha tidak pasti sudah berapa lama dia tertidur. Dia melihat sekelilingnya. Huzaiman tiada. ‘Mungkin belum balik lagi.’

Natasha menuju ke bilik air. Dia ingin membersihkan badan yang terasa melekit ini. Dia tanggalkan satu persatu pakaian dan kini hanya berbalut tuala putih di badannya.

Dalam bilik air itu ada tirai putih yang membahagikan tempat pancutan air. Dia menarik tirai tersebut.

“Arrgghhhhh!” Natasha menjerit.

Jantungnya berdegup kencang. Matanya yang masih mengantuk sebentar tadi bagaikan di siram air. Cerah kembali.

“Hai!” Huzaiman tersengih. Mukanya merah padam. Dia bertuala juga.

Natasha terus keluar dari bilik air tersebut. Dia tidak pasti mahu berkata apa. ‘Dia nampak ke? Nak marah dia ke? Nak marah sebab apa? Dia kan laki aku. Dia boleh je tengok tapi aku tak rela. Aku tak rela! Tolonglah faham.’ Hati Natasha berperang dengan perasaan terkejut, dendam dan keliru.

“Kenapa Sha?” soal Huzaiman. Sebentar tadi, dia masuk bilik air itu. Dia baru sahaja ingin memulas paip air untuk mandi, dia terdengar pintu bilik air dibuka dari luar. Dia memang sengaja tidak mengunci pintu bilik air itu.

Dia terkejut melihat Natasha yang masuk. Perlahan-lahan dia mengintai Natasha. ‘Sha ni tak perasan ke aku dalam bilik air juga,’ detik hatinya.

Mata Huzaiman membulat. Tubuhnya mula rasa panas. ‘Sha... cantiknya dia...’ puji Huzaiman dan akhirnya jeritan Natasha kedengaran.

“Sha marah abang?” soal Huzaiman lagi apabila Natasha mendiamkan diri.

“Sha nak tanya, abang nampak ke?” merah padam muka Natasha. ‘Kenapa aku tanya soalan tu? Mestilah dia nampak.’

“Nampak la juga.” Sengaja Huzaiman jawab begitu. Sekarang giliran Huzaiman pula mengusik Natasha. Sejak sampai melaka, Natasha tidak habis-habis kenakan dia. Huzaiman tersenyum.

“Nampak sikit je kan?”

“Nampak full la. Tak main la sikit-sikit.” Huzaiman menghampiri Natasha tetapi gadis itu menjauhi darinya.

“Kenapa tak kunci pintu bilik air?” tanya Natasha lagi.

“Sebab abang memang tak nak kunci. Abang ingat Sha tahu abang dalam bilik air.” Huzaiman dekatkan lagi dirinya.

Kini Natasha sudah bersandar di dinding. Wajahnya jelas keliru.

Kasihan Huzaiman melihat keadaan Natasha. ‘Macam tu sekali kesannya. Adakah Sha ada sejarah hitam yang buat dia begitu?’

Natasha terduduk. Terbayang wajah lelaki yang bertopeng yang hampir meragut kesuciannya. Air matanya mengalir. Dia cuba mengawal dirinya. Selagi bayangan itu ada dalam dirinya, selagi itu tiada lelaki yang boleh sentuh dia.

Huzaiman mengusap kepala Natasha.

Natasha mendonggak.

“Sha pergilah mandi dulu. Biar badan tu segar sikit.”

Natasha mengikut sahaja arahan GK tanpa bantahan. Dia mahu tenangkan diri. Itu sahaja. Dia menangis sepuas hati dalam bilik air supaya hatinya puas!

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.