PUTRA HUZAIMAN
-
Seorang
yang gila kuasa sejak kecil
Sejak kecil lagi Huzaiman mempunyai sikap gila
kuasa. Semasa di sekolah menengah, semua aktiviti dan program akan diceburi.
Yang pasti dia akan menjadi nombor satu. Pengerusi, ketua pelajar, ketua
pengawas. ‘Kalau boleh ketua pengawas pusat sumber pun dia nak tibai tapi tak
boleh sebab pihak sekolah tak bagi. Tak pasal-pasal aku yang kena panggil pergi
sekolah. Anakku oh anakku.’ Dato Ismail menggelengkan kepalanya.
-
Tidak
pandai masak
Huzaiman berlari ke dapur.
Dia perlu masakkan sesuatu untuk Natasha makan. Natasha tidak makan apa-apa
sejak semalam.
“Kejap! Kejap! Aku ni
pandai ke masak?” Huzaiman tertanya-tanya. Selama ini pun dia tidak pernah
memasak pun. Tidak seperti lelaki kaya yang lain yang anggap memasak satu
perkara yang perlu.
Ada juga yang menyatakan
lelaki yang pandai masak ialah lelaki yang romantik. Betul ke? Memasak untuk
orang yang disayangi.
“Aku mana ada masa nak
belajar memasak ini. kehidupan aku penuh dengan urusan kerja. Rehat aku apabila
dating dengan Allah sahaja.”
-
Suka
pada Wafa Natasha
Natasha terharu sebenarnya dengan cara layanan Huzaiman
terhadapnya.
“Kenapa
abang layan Sha baik sekali?” soal Natasha. Dia tidak dapat menahan air matanya
dari terus mengalir. Sebak rasa di hati.
“Sebab
Wafa Natasha adalah isteri Putra Huzaiman. Jadi, lelaki yang gila kuasa ini
akan terus melindungi sampai nyawanya terakhir. Faham?”
Huzaiman
tersenyum.
-
Tidak
suka ucap terima kasih
“Baiklah. Saya luluskan produk ini. Sila serahkan
pada jabatan pemasaran dan yang berkaitan dengan kadar segera. Saya tidak mahu
ada sebarang masalah. Kamu boleh pergi.” Huzaiman menyambung semula kerjanya
yang tertangguh.
Natasha terkebil-kebil mendengar arahan itu. ‘Lelaki
ini ada perasaan atau tidak? Ucaplah terima kasih. Sedaplah juga nak dengar.’
Natasha masih berdiri di situ.
“Ada apa lagi ni? Kamu nak saya ucap terima kasih?”
soal Huzaiman.
‘Macam mana dia tahu isi hati aku?’ sedikit mushkil
dalam hati Natasha. Natasha hanya mengangguk kepala.
“Natasha, kamu dibayar gaji untuk membuat rekaan
ini. Maka, itu memang tugas kamu. Tak perlu untuk saya ucap terima kasih.
Sekarang kamu boleh pergi. Saya banyak kerja mahu buat.” Tegas sekali suara
Huzaiman menerangkan hal sebenar.
Tersentak hati Natasha. Sombong benar lelaki bernama
Huzaiman. Siap kau!
-
Selalu
mengharap bantuan dari Ammar dan Amman
-
Tidak
suka makan di kedai mamak
-
Pemarah
dan tidak suka tersenyum
- Ramai musuh