Huzaiman duduk dengan
selesa di atas kerusi. Dia hanya melihat Natasha bersiap-siap memakai tudung.
“Itu
tudung semalam kan? Rumah sayang ni tak ada tudung lain ke?”
“Tak
ada, semua kat rumah abang. Sebab masa tu Sha baru mula pakai tudung.” Natasha
berkata. Pandangannya masih di cermin.
“Hmmm...”
Huzaiman hanya merenung belakang isterinya. Semua kekalutan dan masalah yang
wujud sudah berjaya di selesaikan.
“Kenapa
abang tak siap lagi ni?” Natasha berpaling. Dia bercekak pinggang. Ketika ini
Huzaiman hanya mengenakan kain batik dan berbaju hitam lengan pendek. Itulah baju
yang paling besar yang dia ada. Sungguh comel suaminya pakai begitu.
“Kalau
abang tak pergi, tak apa kan?” Huzaiman merenung Natasha dengan lebih mendalam.
Dia menghulurkan tangan supaya Natasha duduk di sebelahnya.
Natasha
menyambut huluran suaminya itu.
“Ala,
abang teman Sha, kat sini tak ada Tesco atau Gaint. Kalau tak kita kebulurlah
pagi ni. Rumah sewa Sha ni tak ada apa-apa?” pujuk Natasha. Tangannya melingkari
leher Huzaiman.
“Kita
makanlah rumah jiran sebelah ni? Dia orang kan baik dengan Sha,” Huzaiman masih
cuba memujuk. Ini siapa pujuk siapa?
“Abang
ni kenapa?” soal Natasha. Dia yakin yang Huzaiman tidak mahu mengikutnya.
“Eh,
mana ada apa-apa!” Huzaiman serba salah. Dia memandang ke tempat lain. Tidak mahu
Natasha menerokai apa yang dirasai saat ini.
“Betul
ni?” Natasha tidak percaya. Mesti ada yang tidak kena. Puas dipujuknya sejak
semalam lagi. Dia memegang pipi Huzaiman supaya suaminya itu memandang tepat ke
wajahnya. “Kenapa ni? Bagi tahulah Sha...”
“Ala
Sha, abang mana pernah pergi tempat-tempat macam tu.” Akhirnya Huzaiman
mengalah. Dia tidak dapat menipu Natasha apabila melihat renungan mata Natasha
yang ikhlas dan paling dia suka lihat.
“Tak
pernahlah Sha nak bawa.” Natasha tersenyum. Berjaya mengesan ketidakselesaan
Huzaiman.
“Tapi...”
“Jomlah!”
Natasha menarik tangan Huzaiman. Dia sudah berdiri tegak.
“Ala,
malas.” Huzaiman tidak mahu berdiri. Dia keraskan batang tubuhnya.
“Sampai
hati abang tak nak teman Sha. Kalau macam tu, Sha pergi dengan anak lelaki
jiran sebelah ni. Dia boleh teman Sha bila-bila masa sahaja.” Natasha
meleraikan pegangannya dan ingin melangkah meninggalkan Huzaiman.
Huzaiman
tergamam. Apabila Natasha menyebut tentang lelaki lain, api cemburunya bernyala
dalam hatinya.
“Eh,
mana boleh!” Huzaiman mengeluh. “Ya lah! Abang teman Sha pergi pasar,” akhirnya
dia mengalah.
“Yes!” Natasha gembira. Dia suka melihat
mimik Huzaiman yang cuba memaksa dirinya. Mungkin dulu dia lakukan kerana
dendam tetapi sekarang, dia sedar yang Huzaiman seorang yang sangat comel.