Natasha memandang kosong kad yang kini berada di
tangannya. Kad jemputan perkahwinan antara dia dan Huzaiman. Tema yang menjadi
pilihan mereka berdua adalah hitam putih. Huzaiman terlalu sukakan warna putih
manakala Natasha sukakan warna hitam. Maka, Datin Ismah berpendapat memilih
warna Hitam Putih.
Natasha
mengeluh. Tinggal beberapa hari lagi dia akan diijab kabul oleh lelaki yang
didendami itu.
Natasha
membuka kad tersebut. Dia begitu tertarik dengan kata-kata yang ditulis.
Sabda Rasullah SAW:-
“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia
Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya
untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..”
‘Adakah
Huzaiman ditakdirkan untuk aku? Akukah rusuknya? Tidak. Dendam tetap dendam.
Huzaiman kena rasa apa yang aku rasa.’ Bisik hatinya. Dia perlukan kekuatan
mental dan fizikal untuk menghadapi Huzaiman selepas kahwin nanti.
*****
Inai dijari Natasha dipandang sepi olehnya. Dia
merenung tajam. ‘Betulkah tindakannya?’ hati Natasha tidak tenang. Dia akan
terikat dengan Huzaiman selama-lamanya tetapi PK menjanjikan mereka akan
bercerai.
Natasha
hanya jalankan apa yang telah dirancang. Perkahwinan ini harus diteruskan.
Natasha
kini berada di rumah Huzaiman. Kemeriahan jelas kelihatan walaupun tidak di
hati Natasha sendiri. Hanya senyuman paksa yang dipamerkan.
Sudah
dua jam dia menjadi isteri Huzaiman tetapi
lelaki itu masih sibuk di dalam bilik kerjanya. Tetapi Natasha lebih tenang
seperti ini. Tidak perlu dia berkepit dengan Huzaiman sahaja.
Huzaiman
terpaksa menguruskan satu dokumen penting kerana ia sesuatu projek yang besar.
Yang boleh mendatangkan keuntungan pada syarikatnya.
Selepas penat melayan tetamu,
Natasha ingin melepak di dalam bilik sahaja.
“Eh, sayang nak ke mana tu?” Huzaiman tiba-tiba
muncul lalu menegur Natasha.
Natasha berpaling.
Natasha mengeluh. Sejak mereka sah menjadi suami
isteri, Huzaiman asyik memanggilnya sayang tidak kira depan sesiapa pun. ‘Ish,
tak tahu malu betul mamat ini. Aku yang malu tau.’
“Penat! Nak rehat kat bilik sekejap!” lemah suara
Natasha.
“Sayang tak boleh jauh dengan abang tau.”
Huzaiman ingatkan Natasha. Dahi Natasha berkerut. Pelik dengan apa yang dikata
oleh Huzaiman.
‘Bukankah kau yang jauh dengan aku. Aku baru dua jam
jadi bini kau, kau dah lepak kat bilik kerja kau. Macam aku ni apa entah.’ Amuk
Natasha sekadar dalam hati.
“Jauh?”
“Ya, jauhlah. Sha kan isteri abang.” Huzaiman
tersenyum.
“Eh, bukan abang ni gila kuasa dalam syarikat
atau organisasi je kan?” soal Natasha.
“Yalah. Itu pasti. Tapi yang ini pun masuk list
abang juga. Gila kuasa dalam rumahtangga.” Huzaiman tersenyum lagi. Entah
mengapa dalam pandangan Natasha senyuman itu amat menakutkan.
“Bukan ke abang tak suka Sha?” soal Natasha. Dia
memandang tepat ke dasar mata Huzaiman walaupun mata itu menakutkan.
“Eh, kalau abang dah kahwin dengan Sha. Abang
kenalah suka Sha.”
“Kena?” pelik Natasha.
“Tunggu abang malam ni. Abang nak ke pejabat
sekejap dengan Amman dan Ammar.” Kata Huzaiman sambil menghadiahkan ciuman di
pipi NAtasha.
Natasha benar-benar kaku.
Huzaiman tersenyum melihat wajah kemerahan
Natasha. Dia yakin yang Natasha malu dengan tindakkannya tetapi dia terpaksa ke
pejabat kerana ada urusan penting.
Huzaiman menghulurkan tangan pada Natasha. Natasha
tersentak dan pantas menyambut tangan Huzaiman. Dia salam Huzaiman.
‘Sejuknya tangan Sha... Dia takut dengan aku ke?’
detik hatinya.
Huzaiman kini di pejabat dan sedang membaca
dokumen penting sebelum menandatangani.
“Puteri, biar betul kau ni?” soal Huzaiman
bagaikan tidak percaya.
“Betullah. Pelaburan ni aku buat sebab kita ni
kawan. Dan aku perlukan syarikat yang berpotensi macam syarikat kau ni.” Balas
Puteri. Puteri adalah seorang ahli perniagaan yang menjual aksesori yang
berjenama.
Sudah banyak kali Puteri batalkan temu janjinya
dengan Huzaiman tetapi Huzaiman mahu berjumpa hari ini pula. Tidak sedarkan
hari ini adalah hari paling bermakna bagi seorang perempuan.
‘Lelaki ini memang tak ada perasaan. Tinggalkan
Natasha sendirian.’
Selesai juga temu janji tersebut.
“Huz, aku nak tanya ni.” Puteri berkata. Dia
berdiri dan mengikut langkah Huzaiman.
“Apa dia?” Huzaiman memandang Puteri. ‘Kali
pertama aku tengok minah ni tak gedik dengan aku. Mungkin hikmah aku
perkahwinan aku dengan Sha kot.’ Teka Huzaiman. Dia tersenyum.
“Tak apa ke kau tinggalkan isteri kau macam tu je?”
soal Puteri.
“Aku tinggal kejap je.” Balas Huzaiman. Wajahnya
yang tersenyum tadi kini serius kembali.
“Banyaklah kau sekejap, dah separuh hari kau tinggalkan dia. Kalau aku,
dah mengamuk dah.” Puteri buat muka geram. Dia membayangkan dia berada di
tempat Natasha. Ditinggalkan semasa hari pertama perkahwinan.
“Nasib baik dia bukan kau.” Kata Huzaiman sambil
ketawa. Dia gembira dengan perkahwinan ini dalam diam. Tambahan pula perasaan
cinta memang tersimpan jauh ke dalam sudut hatinya. Dia ingin melahirkan rasa
cinta yang tak terhingga ini pada Natasha.
Puteri hanya mengeluh.
‘Sha, nantikan abang pulang...’ bisik hati
Huzaiman.
*****
Badan Huzaiman betul-betul penat. Baju melayu
masih melekat di tubuhnya. Amman dan Ammar menuju ke dapur. Mungkin lapar.
Sebelum pergi ke pejabat mereka belum sempat makan lagi.
Dia ternampak kelibat Datin
Ismah.
“Mama, mana Sha?” soal Huzaiman sambil melabuhkan
punggungnya dia atas sofa. Tetamu yang hadir sudah berkurangan.
“Ada tu layan tetamu. Kamu ni, hari pertama
kahwin pun sibuk nak ke pejabat. Macam dah tak boleh tunggu esok.” Bebel Datin
Ismah. “Memang anak mama ni gila kuasa,” Datin Ismah mengeluh.
“Dah memang anak mama gila kuasa. Nak buat macam
mana lagi.” Jawab selamba Huzaiman dengan menggunakan ayat yang sama.
“Sorang gila kuasa, sorang lagi anak mama tu gila
berlakon. Baguslah korang berdua ni. Memeningkan kepala mamaaje. Mujur adik
kamu tu nak kerja dengan kamu, kalau tak. Kerjanya berlakon... Berlakon...”
Bebel Datin Ismah makin panjang lebar. Selepas itu dia terus menghilang entah
ke mana. Kelibat Natasha pula yang kelihatan.
“Sayang...” Dari jauh Huzaiman memanggil Natasha.
“Abang....” tersentak dia melihat lelaki itu di
situ. ‘Awalnya mamat ni balik. Baru nak berehat sikit.’
“Nak ke mana tu?” Soal Huzaiman. Wajah Natasha
ditatap lembut. Entah mengapa sejak melafazkan akad nikah pagi tadi, dia
bagaikan sudah berjanji akan melindungi dan menyayangi wanita di hadapannya ini
seumur hidupnya.
“Nak mandi dan solat maghrib.” Jawab Natasha. ‘Ya
Allah, kenapa dia pandang aku macam ni? Janganlah! Aku bagi penumbuk sulung ni
baru tau.’ Tanpa Huzaiman tahu, Natasha baru sahaja lepas berbual dengan PK. PK
memberitahu Natasha mengenai rancangan baru untuk menjatuhkan Huzaiman.
“Jom!” Huzaiman sudah berdiri. Dia berjalan
menghampiri Natasha dan terus menyambar tangan Natasha.
Huzaiman menarik tangan Natasha dan menuju ke
bilik pengantin mereka. Tema hitam putih menjadi pilihan mereka.
“Jom mandi.” Ajak suaminya. Badannya pun terasa
melekit.
“Eh! Eh! Sabar dulu. Bukan ke kita ni kahwin
paksa?” soal Natasha. Dia menarik kembali tangannya. Debaran di hati mula
menapak perlahan-lahan. Dia cuba bertenang.
“Kahwin paksa? Ada yang terpaksa ke sekarang ni?”
soal Huzaiman kembali. Dia terasa pelik dengan pertanyaan isterinya. ‘Aku
cintai kan Natasha. Mana ada terpaksa...’ Dia
pun mendekati Natasha yang semakin ke belakang.
“Sayang terpaksa ke?” soal Huzaiman lagi apabila
Natasha tidak memberi sebarang jawapan. Huzaiman merenung wajah Natasha. Wajah
itu cantik sangat!
Natasha menelan liur.
‘Aku memang terpaksa wahai Putra Huzaiman.’ Kata
Natasha sekadar dalam hati. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan sebab dia
bersetuju dengan perkahwinan ini.
Natasha memang sepupu kepada
Huzaiman tetapi ibu dan ayahnya ditindas oleh keluarga sendiri. Ibunya iaitu
adik kepada mama Huzaiman, Datin Ismah. Dia setuju dengan perkahwinan ini ialah
untuk membalas dendam dan merampas semula apa yang sepatutnya menjadi hak
keluarga Natasha.
Keluarga Huzaiman rasa bersalah
dengan kematian kedua ibu bapa Natasha menjadi punca perkahwinan ini terjadi.
Tambahan pula Natasha hanya sebatang kara. Ibu bapa Natasha meninggal dunia
dalam kemalangan jalan raya setahun yang lain. Baginya, untuk bertindak lebih
senang tetapi dia tidak menyangka yang Datin Ismah mempunyai anak yang gila
kuasa dan......
Kata-kata itu terhenti di situ.
Dan..... lelaki yang
sememangnya Natasha benci.
Chup! Ada ciuman singgah di
pipi Natasha.
“Abang tau abang kacak sangat
tapi janganlah renung macam tu. Tak apa kejap lagi kita layari bahtera
bersama-sama.” Gurau Huzaiman.
“Layari bahtera?” Natasha
menelan liur. Makin terkejut dirinya. Dia memang tidak terfikir sampai ke situ.
Huzaiman ingin menyentuh
pipinya. Pantas Natasha mengelak. Dia memang tidak suka lelaki menyentuhnya.
Peristiwa hitam itu mula bertandang di fikirannya. Hatinya lemah.
“Aduh! Aduh!” tiba-tiba Natasha
mengaduh. “Sha nak berak ni. Abang pergi mandi bilik air lain ya?” pantas
Natasha mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Dia sengaja berkata begitu
supaya Huzaiman tidak menyukainya.
Natasha menutup pinti bilik
air.
Lega, selamat! Walaupun Natasha
berasa lega tetapi seketika. Peristiwa hitam itu sudah menghantuinya sepenuh
jiwa Natasha. Dia tidak kuat untuk berdiri lama. Akhirnya, dia terduduk
perlahan sambil memeluk tubuh. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Masih setia
menemaninya setia masa.
Selepas bersolat, Natasha
berasa lebih tenang dan bersemangat. Matlamat utamanya harus dilaksanakan. Dia
cuba berbaik dan melayan Huzaiman dengan baik. PK baru sahaja menghantar mesej
ke telefon bimbitnya dengan tugasan baru.
‘Membuat huzaiman jatuh cinta
pada aku?’ Dahi NAtasha berkerut. ‘Tak ada tugas yang lagi susah dari ini ke?’
marah Natasha. Dia benar-benar rasa payah mahu melaksanakan arahan ini. ‘Sememangnya
Huzaiman tu dah suka pada aku tetapi aku. Susah aku nak melayan sikap dia yang
miang tak kira tempat. Bagaimana ni?’ pening kepala Natasha memikirkannya.
‘Ibu! Ayah!’ Apabila nama
panggilan itu diseru. Bagaikan ada semangat baru datang ke dalam jiwa Natasha.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk teruskan rancangan itu.
Lama Natasha merenung telefon
bimbitnya sehingga dia tidak perasan akan kehadiran Haikal yang masuk ke dalam
bilik tersebut. Nasib baik dia sudah lengkap bertudung.
“Jemput makan kak Sha.” Haikal
mengajak Natasha. Natasha hanya tersenyum sahaja memandang Haikal. Entah
mengapa dia senang dengan adik Huzaiman itu.
“Jangan nak mengada-ngada dengan
isteri abang. Adik pergi cari orang lain.” Tiba-tiba muncul Huzaiman di
belakang Haikal. Natasha terkejut. Jelas sekali kedengaran nada cemburu.
“Ala abang ni. Dah la gila
kuasa. Dengan isteri pun nak gila sekali ke?” kata Haikal selamba. “Lagi pun
adik ajak makan je. Mama dan papa dah tunggu tu.” Tambahnya lagi. Haikal
menarik muka masam.
“Kejap lagi abang turun dengan
kak Sha.” Kata Huzaiman dan menarik tangan Natasha masuk ke dalam bilik semula.
Gara-gara Natasha mandi terlalu lama, dia terpaksa menggunakan bilik lain.
Tambahan waktu solat maghrib tadi sudah mahu penghujung.
“Sayang sengaja nak kenakan
abang kan?” soal Huzaiman sambil mengunci pintu bilik. Dia menghampiri Natasha
yang sedang duduk di birai katil. Natasha benar-benar takut saat ini. Dia cuba
bertenang. Selalu dia nasihatkan diri, Huzaiman tidak akan buat dia macam
perogol tu. Takkan!
“Saya lapar. Jom la kita makan,”
kata Natasha. Dia tidak menjawab persoalan Huzaiman. Natasha mula berdiri. Dia
melalui Huzaiman.
“Sebelum Sha makan, Sha nak
abang makan Sha dulu ke?” persoalan kedua yang diutarakan oleh Huzaiman membuat
Natasha tergamam.
“Jom makan!” sengaja Natasha
menarik tangan Huzaiman untuk keluar dari bilik yang Natasah mula rasa rimas.
Sentuhan itu spontan. Natasha benar-benar tidak sedar akan perbuatannya.
Hatinya berdebar kuat. Pertama kali dia sendiri yang memegang tangan lelaki. ‘Betul
ke aku ni?’
Tetapi tangan Natasha pula
ditarik oleh Huzaiman. Dia tergamam. Huzaiman menarik kuat sehingga dia rapat
ke tubuh lelaki itu.
“Jangan nak tipu abang?”
Persoalan Huzaiman untuk ketiga kalinya.
“Tipu apa?” Natasha tidak
berani memandang mata Huzaiman. Dia hanya memandang lantai sahaja.
“Tipu yang Sha suka abang...”
“Betul la tipu....” Selamba
Natasha berkata walaupun pandangan matanya masih dibawah. ‘Masih tanya soalan
sama. Awat la GK ni tak reti-reti bahasa lagi.’ Natasha tidak perasan apa yang
dikatakannya.
“What?” mata Huzaiman membulat. Terkejut.
“Eh! Eh, betullah tak tipu.”
Natasha membetulkan semula. Dia mendongak memandang Huzaiman dan saat ini lah
mata mereka saling bertentangan mata. Bagaikan dunia ini hanya ada mereka
berdua tetapi Natasha cepat tersedar. Dia menolak tubuh Huzaiman. Natasha mula
melangkah.
Huzaiman tidak berpuas hati.
Dia menarik semula tangan wanita itu.
“Ti.................” belum
sempat Huzaiman menyebut perkataan tipu lagi sekali. Natasha mencium mulut
suaminya.
“Puas hati!” soal Natasha.
Huzaiman terdiam. “Jom makan. Lapar la!” sengaja Natasha berkata manja sambil
menarik tangan Huzaiman.
“Okey jom!” Huzaiman berpuas
hati dengan cara Natasha memujuknya.
Huzaiman asyik tersenyum sahaja
di meja makan. Dia masih teringat akan tindakan spontan Natasha. Bagaikan impiannya
sudah termakbul. Dulu dia ingin mencium Natasha tetapi kini dia yang mulakan
dulu. Mantap!
“Kejap ye? Nak basuh tangan.”
Natasha ke dapur.
‘Alamak! Kiss aku yang pertama.’
Dia menggosok-gosok bibirnya. Terasa lain macam sahaja. Dia tidak suka tapi
Huzaiman mendesak dia buat begitu. Aneh! Dia tidak lagi dihantui dengan kisah
silam itu ketika dia berada rapat dengan Huzaiman. Dia rasa bebas mahu
melakukan apa sahaja tanpa halangan. Memang aneh! ‘Mana pergi kisah silam yang
menakutkan itu. Huzaiman ni ada aura apa ya sehingga aku boleh lupa seketika
tentang kisah silam itu saat lelaki menyentuh aku?’
“Lamanya sayang basuh tangan.”
Huzaiman muncul dari belakangnya.
“Sha ambil air sembahyang
sekali.” Natasha membuat lawak. Huzaiman tersenyum.
“Loyar buruk dengan abang ya?”
kata Huzaiman sambil menghadiahkan ciuman di pipi kanan milik Natasha.
Dahi Natasha berkerut.
‘Daripada seorang lelaki yang amat serius, boleh jadi seromantik ini? Aku tak
caya dan takkan percaya.’ Natasha berasa geram kerana pipinya selalu menjadi
mangsa ciuman Huzaiman. ‘Gatal dalam diam mamat ni.’
“Jom makan!” Huzaiman menarik
tangan Natasha.
Mereka semua makan dengan penuh
selera.
Selepas berbual seketika, mama
dan papa masuk ke kamar. Begitu juga dengan Haikal. Tinggallah Natasha dan
Huzaiman di ruang tamu.
“Jom tidur!” ajak Huzaiman.
“Tak nak! Nak tengok movie ni
sampai habis dulu.”
Huzaiman rasa geram.
“Dengan kuasa yang ada pada
abang, kuasa seorang suami. Abang mengarahkan Wafa Natasha masuk tidur sekarang
juga!” tegas sekali nada Huzaiman. Tergamam seketika Natasha mendengarnya.
“Sah!” kata Natasha.
“Sah apa?” soal Huzaiman.
“Sah abang ni gila kuasa!”
“Jangan nak banyak cakap. Jom!”
Huzaiman menarik tangan Natasha selepas menutup tv.
Tetapi Natasha menarik semula
tangannya. Dia tidak suka dipegang.
“Kenapa?” soal Huzaiman.
“Tak biasa orang pegang-pegang
macam ni.” Jelas Natasha sebaik sahaja mereka berdua sampai di kamar.
“Kenalah biasa-biasa. Sha kan
dah ada suami.” Kata Huzaiman. Dia benar-benar mahu bersama Natasha. Matanya
tidak lepas memandang isterinya.
Natasha pula, asyik memandang
ke tempat lain.
Tiba-Tiba.....
“Abang!!!!” jerit Natasha.