Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
Bab 32

Huzaiman tersenyum. Bubur yang dibuatnya menjadi cuma agak comot sedikit dari cara penyediaannya.

Apron yang sedang dipakainya, dipandang. Dia menuju ke cermin panjang yang ada di dapur miliknya. Tanpa Huzaiman sedari hampir setiap sudut rumahnya terdapat cermin seperti itu. Ini kerana dia suka melihat penampilan dirinya.

“Aku pakai apron? Bunyinya macam hebat. Seorang lelaki yang gila kuasa masuk ke dapur untuk memasak.” Huzaiman tersenyum.

Pantas dia menanggalkan apron berwarna biru gelap itu. Dia memakai kembali baju kemejanya.

Dengan senang hati Huzaiman membawa makanan tersebut ke bilik tetapi dia tersentap melihat Natasha sedang tidur.

Wajah Natasha sungguh comel.

‘Sebab kau la aku kena masak walaupun tak pernah masak selama aku hidup ni. Tak apa! Ini yang dipanggil gila kuasa.... Gila kuasa cinta...’Huzaiman tersenyum.

Huzaiman suka melihat wajah Natasha tidur. Sangat menarik minatnya. Dia tidak tahu cara terbaik untuk mengejut Natasha.

Dia duduk di birai katil sambil memerhati seraut wajah yang pucat itu. Bubur yang berada atas dulang di letak di meja lampu tepi katil. Tiba-tiba telefon bimbit Huzaiman berbunyi kuat. Huzaiman gelabah. Dia tidak mahu bunyi yang kuat itu mengganggu tidur Natasha.

Pantas Huzaiman menekan butang Off. ‘Inilah masalah kalau guna touch skrin. Susah betul nak tekan butang Off. Tak sensitif betul dengan jariku ini.’ amuk Huzaiman dalam hatinya.

Natasha tersedar. Kepalanya sedikit pening. Dia memandang seketika wajah Huzaiman.

Setelah menekan butang off. Huzaiman memandang Natasha yang sedang memandangnya. Beberapa detik Huzaiman dapat rasakan mukanya membahang. Dia malu pada Natasha.

Huzaiman mengambil dulang lalu diletakkan atas riba Natasha.

Natasha hanya mampu melihat sahaja bubur yang di masak oleh Huzaiman.

“Makanlah! Kertas tu cakap, kena makan dulu baru telan ubat.” Huzaiman duduk di birai katil. Dia mengambil sesuatu dalam poketnya. Sehelai kertas. Dia membacanya semula.

“Kertas tu cakap? Kertas boleh bercakap ke?” Soal Natasha bodoh. Dahi Natasha berkerut. ‘Huzaiman ni betul ke tidak?’ Natasha berasa was-was.

Huzaiman tersentap dengan pertanyaan Natasha. Dia tidak mahu menjawabnya. ‘Buat malu je!’

Natasha memandang pelik bubur yang ada di depannya itu. Terkebil-kebil matanya. Ada dua kepak ayam dalam bubur tersebut.

Huzaiman terasa ada sesuatu. ‘Sha tak suka ke?’

“Wei! Yang kau buat muka pelik tu kenapa? Kau ni! Aku dah masak, makan je la.” Marah Huzaiman.

Natasha masih merenung bubur itu tetapi kini dengan wajah yang sedih pula.

‘Mesti Sha tak ada selera nak makan bubur ni. Tambah-tambah aku yang masak.’ Hati Huzaiman sedih juga.

“Kau tak makan sejak semalam lagi kan? Makan la dulu. Baru telan ubat.” Arah Huzaiman tapi masih nada yang lembut. Dia tidak mahu Natasha terasa.

‘Huzaiman gila kuasa ni betul la. Ini pun nak bagi arahan ke? Dengan muka serius pula tu.’ Akhirnya Natasha mengeluh.

“Sebenarnya ini kali pertama orang jaga aku masa aku demam sejak mak ayah aku meninggal dunia.” Perlahan suara Natasha. Dia tertunduk.

“Oh, macam tu. Aku pun. This the first time for me. You know, aku kena masak. Aku ni tak pernah masak seumur hidup aku,” kata Huzaiman sambil pandang ke tempat lain. Sambung Huzaiman lagi. “And to do things like this for some one.”

Natasha memandang Huzaiman yang kini memandang ke tingkap. ‘Tak sangka Huzaiman seorang lelaki yang boleh bertolak ansur seperti ni.’

Huzaiman malu.

‘Biar betul lelaki gila kuasa ni boleh jadi seorang yang pemalu pula?’ Natasha merenung semula bubur yang dibuat oleh Huzaiman

“Kau makan je la. Tak payahlah nak tengok-tengok macam tu. Kau makan!” tiba-tiba suara Huzaiman menjadi tinggi. Dia geram pada Natasha kerana Natasha seperti mengejek-ejek bubur yang di masaknya itu.

Natasha pun mencapai sudu yang ada lalu merasa sedikit bubur tersebut. Makin lama makin laju suapannya.

Ketika itu hati Huzaiman berdebar hebat. Asyik sekali dia melihat Natasha makan bubur tersebut.

“Okey ke aku masak? Sedap?” Huzaiman benar-benar ingin tahu pendapat Natasha mengenai masakannya itu. Pada masa yang sama perasaan bimbang hadir. Dia bimbang sangat jikalau tidak sedap. Tetapi hatinya lega apabila melihat senyuman Natasha.

“Terima kasih, Huzaiman!” ucap Natasha. Ada senyuman yang meniti di bibir Natasha.

Dup Dap Dup Dap

Hati Huzaiman berdebar melihat senyuman Natasha. Perasaan Huzaiman saat ini tidak terkawal. Dia ingin sekali memeluk Natasha saat ini. Wajah yang tersenyum itu cukup menarik perhatiannya untuk mendekati gadis yang begitu misteri itu.

Selepas itu, Huzaiman memberi panadol lalu Natasha menelannya.

“Nah!” Natasha hulurkan sesuatu pada Huzaiman.

Dahi Huzaiman berkerut.

“Plaster luka?” kata Huzaiman.

“Ya. Aku tengok dalam kotak kecemasan tadi ada banyak. Aku rasa kau sangat memerlukannya.” Perlahan suara Natasha. Dia masih setia memandang Huzaiman yang sedang berdiri itu.

Huzaiman melihat jari Natasha yang sudah berplaster itu. Pantas juga dia melihat jarinya. Ada beberapa kesan luka. Itu pun masa dia memotong bawang dalam berbentuk dadu. Terhiris sedikit jarinya. Tapi tidaklah teruk sangat. Dia kan lelaki.

“Tak apa. Tak sakit pun.”

“Kalau kau sudi, biar aku tolong plaster kan luka kau.” Tawar Natasha. Entah mengapa ada perasaan malu pula saat ini.

Apabila mendengar tawaran Natasha, Huzaiman terus bersetuju.

“Sudi!” pantas Huzaiman menjawabnya. Huzaiman suka kalau Natasha ambil tahu mengenainya. Perhatian Natasha begitu dia dambakan.

‘Alamak! Sejak bila pula aku jadi manja macam ni?’ Huzaiman makin tidak faham dengan dirinya sendiri.

Selepas sahaja jari yang luka di tampal dengan plaster luka, Huzaiman terus memeluk tubuh Natasha.

Natasha tergamam. Dia cuba meronta.

“Lepaslah!” sedikit keras suara Natasha. Dia tidak suka diperlakukan sedemikian.

“Shhhh!” Huzaiman meletakkan jari telunjuknya di mulut Natasha sebagai tanda diam. “Aku nak rehat kejap. Penat cari kotak kecemasan dan masak tadi.” Kata Huzaiman. Dia memeluk Natasha makin erat.

“Kalau kau penat, kau baringlah kat sana. Tak payah la nak peluk-peluk aku.” marah Natasha sambil menolak tubuh yang besar itu.

Huzaiman terusan memeluk Natasha. Dia gembira.

Tiba-tiba telefon di tepi katil berbunyi. Dahi Huzaiman berkerut kerana jarang telefon itu berbunyi.

Huzaiman menjawabnya sambil satu tangan lagi memeluk tubuh isterinya itu.

“Hello...” ada suara perempuan.

Natasha tergamam. Dia dapat mendengar suara Azlin.

“Azlin....” kata Natasha.

“Huzaiman! Itu Azlin kan? Betul kan?” Natasha begitu bimbang dengan keadaan Azlin. Itulah satu-satunya teman yang boleh dipercayai.

Lagi sekali Natasha lupa yang Huzaiman adalah suaminya. Huzaiman terasa darah kemarahannya naik sampai ke muka. Dia benar-benar terasa cemburu dengan tahap kebimbangan Natasha pada orang lain berbanding dirinya.

“Kenapa kau call?”

“Aku cuma nak ucap terima kasih je.” Kata Azlin di hujung talian. ‘Manalah tau boleh buat duit lagi.’ Azlin bagaikan dapat meneka perasaan Huzaiman saat lelaki itu memandang Natasha semalam.

Natasha tidak mampu untuk berdiam diri.

“Azlin!” Natasha cuba merampas ganggang telefon itu. Pantas tangan kanan Huzaiman mencengkam kedua-dua belah pergelangan tangan Natasha. Pergerakan tangan Natasha terkunci.

“Aku rasa tak perlu! Jangan telefon aku lagi!” Huzaiman tamatkan panggilan tersebut.

“Azlin!” panggil Natasha lagi.

“Diam!”

“Tak nak! Azlin!” panggil Natasha lagi kuat.

Huzaiman benar-benar geram dengan tindakan Natasha yang melebihkan orang lain berbanding dirinya. Betul-betul tercabar.

Natasha terdiam. Dia takut perkara semalam berlaku lagi jika dia melawan. Hanya air mata yang mengalir.

Air mata Natasha disapu oleh tangan Huzaiman.

“Aku ni suami kau. Kenapa kau masih ingat pada perempuan yang nak jual kau! Kau faham tak? Berapa kali aku nak beritahu kau?” Huzaiman cuba bercakap dengan nada yang lebih lembut.

“Lepaskan aku! Aku nak jumpa Azlin. Kau ceraikan aku aje! Buat apa simpan perempuan macam aku ni! Aku ni pembunuh keluarga kau! Aku ni tak guna! Biar aku jadi orang tak guna selamanya!” Natasha benar-benar sudah putus asa dengan hidupnya.

Apabila terpandang wajah Huzaiman, pasti Natasha teringat akan masa silamnya. Kejahatan yang pernah dilakukannya.

“Aku peduli apa. Kau isteri aku! Aku dah beli kau dengan Azlin!” tinggi suara Huzaiman. Dia merenung tajam mata Natasha.

“Ceraikan aku!” Natasha tidak mahu mengalah.

From the day I bought you.... Your everything became mine. Milik aku!” Bisik Huzaiman di telinga Natasha. Tegas sekali.

Faham sudah Natasha jika Huzaiman mula bercakap dalam Bahasa Inggeris. Keputusan itu adalah titik. Tidak boleh di ubah!

“Aku....” tidak terkata Natasha dibuat oleh Huzaiman. Wajahnya mula dicium oleh Huzaiman.

“Tolong Huzaiman! Jangan buat macam ni lagi...” rayu Natasha.

Tiba-tiba telefon bimbit Huzaiman pula yang berbunyi. Huzaiman mengeluh. ‘Siapa pula yang call ni?’ Huzaiman melepaskan Natasha. Dia berdiri tegak lalu menjawab panggilan itu.

“Ammar? Memang nak kena ni!” marah Huzaiman. Natasha hanya tertunduk sahaja.

“Ada apa?”

“Tengku Shariff Fairy, bos!”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia tak nak pergi dari syarikat kita selagi urusan Garden Love tak diselesaikan pada hari ini juga. Bagaimana ni bos?” Ammar tidak pasti cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

“Okey, saya balik ke pejabat sekarang juga!” kata putus dari Huzaiman.

Huzaiman keluar dari bilik tersebut.

Natasha menarik nafas lega tetapi hanya seketika kerana Huzaiman kembali membawa sesuatu.

“Kau pakai baju ni. Kita akan keluar!” arah Huzaiman. “Aku tunggu kau kat luar. Jangan lambat!” pantas Huzaiman keluar dari bilik tersebut.

“Itu baju aku!” kata Natasha. Segera dia pakai. Nasib baik pening di kepala sudah berkurangan.

Perlahan-lahan Natasha keluar dari bilik tersebut. Kelihatan Huzaiman sibuk menghadap telefon Samsung miliknya itu.

“Dah siap ke?” tegur Huzaiman apabila melihat Natasha hanya terkaku di satu sudut di ruang tamu.

“Dah... Dah siap!” teragak-agak Natasha menjawabnya.

“Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha tetapi pantas Natasha menarik semula.

“Maaf!” pohon Natasha apabila melihat jelingan tajam Huzaiman.

Tangan Natasha dicapai semula dengan genggaman yang lebih kukuh. Terpaksa Natasha merelakan sahaja.

Mereka berdua menuju ke syarikat milik Huzaiman. Baru sahaja sampai di lobi syarikat, kelihatan Tengku Shariff Fairy sedang tersenyum memandangnya.

“Kau jangan buat hal dengan aku, Shariff!” marah Huzaiman.

Tengku Shariff Fairy hanya tersenyum.

“Buat hal? Aku cuma nak menguntungkan kau. Aku nak beli jenama Garden Love tu dengan harga yang hebat.” Lelaki itu tersenyum.

‘Garden Love? Itu bukan aku yang cipta ke?’ detik hati Natasha yang menjadi pendengar saat itu.

Huzaiman duduk di sofa yang ada di ruang lobi itu. Tengku Shariff Fairy pun sama. Cuma Natasha sahaja yang berdiri.

“Duduk sini!” ajak Huzaiman. ‘Nanti pengsan, aku juga yang gila jadinya.’ Sempat lagi Huzaiman melayan perasaan.

Natasha hanya mengikut sahaja arahan Huzaiman. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Huzaiman.

Pantas Huzaiman memeluk bahu Natasha rapat ke tubuhnya.

Tengku Shariff Fairy baru perasan kehadiran gadis yang berwajah lembut dan mulus itu.

“Siapa ni?” soal Tengku Shariff Fairy.

“Isteri aku.”

“Cantik!” puji Tengku Shariff Fairy.

“Kau nampak ni?” Huzaiman buat penumbuk ke arah Tengku Shariff Fairy. “Aku seorang sahaja boleh puji dia!” Huzaiman mula menunjukkan sikap gila kuasanya.

Natasha mengeluh dalam hatinya.

Tengku Shariff Fairy masih memandang Natasha.

“Kalau dia jadi model syarikat aku, boleh tak?” tawar Tengku Shariff Fairy. Wajah itu begitu menarik minatnya untuk membuat tawaran tersebut.

No! Tak boleh!” Huzaiman naik angin. ‘Bini aku yang cun ni bukan untuk tatapan lelaki lain. Dia hanya untuk aku. Ada faham?’ hati Huzaiman cemburu.

‘Model? Gila ke lelaki ini?’ Natasha juga tidak suka.

“Kalau macam tu, kau jual je Garden Love.” Kata Tengku Shariff Fairy.

“Garden Love adalah produk syarikat aku. So, aku tak kan jual. Tak payah nak berangan,” Huzaiman mula berdiri. Dia menghulurkan tangan pada Natasha. Pantas Natasha menyambutnya. “Sampai sini sahaja perbincangan kita. Aku tak rugi apa-apa kalau kau tak beli Garden Love.”

Tengku Shariff Fairy terasa terhina lalu meninggalkan syarikat tersebut.

Ammar yang hanya memerhati dari jauh berasa lega. ‘Nak kena bos juga yang buat baru selesai.’ Ammar mengeluh.

“Puan Natasha.” Kata Ammar apabila melihat wanita itu turut sama ada.

Natasha tertunduk malu.

“Saya tak masuk pejabat lagi hari ni. Saya ada hal dengan Sha. Apa-apa hal, kamu uruskan ya?” pesan Huzaiman.

“Tapi bos...” Ammar rasa ingin pengsan pula apabila mendengar pesanan majikannya itu. ‘Again?!’ detik hati Ammar.

“Jom Sha...” Huzaiman menarik tangan Natasha lalu meninggalkan Ammar.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.