Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
Bab 29

Huzaiman berasa lega apabila melihat Natasha dalam pelukannya. Selama tiga bulan dia memikirkan tentang Natasha, hampir gila dibuatnya. Amman dan Ammar yang selalu menjadi mangsa kemarahan Huzaiman kalau Natasha masih tidak diketemui.

Selepas Huzaiman pengsan beberapa bulan yang lalu, Ammar dan Amman yang pergi tenangkan Huzaiman. Dia menjadi seorang yang pemarah, serius dan sebagainya. Dia bekerja tanpa henti sehingga semua projek yang dilakukannya mendapat kejayaan. Disebabkan desakan perasaan itu yang terjadi.

Dia terlalu rindukan Natasha. Dia mahu bersama Natasha tetapo isterinya hilang tanpa kata. Hilang begitu sahaja tanpa jejak. Dia sendiri tidak tahu mahu mencari di mana lagi. Hampir seminggu dia menjadi Huzaiman yang pendiam.

Kini, Huzaiman telah berjumpa kembali dengan Natasha sedikit sebanyak menenangkan hatinya yang bergelora.

Huzaiman membaringkan tubuh Natasha. Dia sudah meminta bantuan orang gajinya untuk menukar pakaian Natasha kepada baju tidurnya. Terasa malu apabila teringat peristiwa itu.

“Tuan, baju tidur tuan ni besar sangat. Tubuh Puan Natasha kecil sahaja. Mak cik nak kena pakaikan juga ke?” orang gaji tersebut bertanya. Mereka berada di kondominium miliknya.

“Ye ke? Pakaikan sahaja. Kasihan dia, tak ada baju lain yang lebih selesa.” Pinta Huzaiman. Wajahnya merah. ‘Yalah, badan aku ni lebih besar dan tinggi dari Sha. Tinggi Sha pun hanya tahap bawah ketiaknya sahaja. Kasihan Sha.’

Selepas mengucapkan terima kasih, Huzaiman kembali semula ke bilik itu. Dia kembali menatap wajah Natasha. Wajah wanita itu begitu pucat tetapi dia tahu Natasha banyak menderita selama tiga bulan.

Huzaiman memandang wajah lembut itu lagi. Rasa tidak puas. Lama dia merenung Natasha yang masih tidak sedarkan diri.

Dia mengambil telefon bimbitnya.

“Ammar, saya tak nak diganggu malam ini. Apa-apa masalah, kamu berdua uruskan, faham?” pesan Huzaiman.

“Baiklah bos!” kata Ammar. Dia berasa lega. Pertama kali Huzaiman tidak mahu diganggu oleh kembar tersebut.

Huzaiman tukarkan telefon bimbitnya dalam mood senyap. Dia menghampiri Natasha yang sedang terbaring itu. Rambut Natasha sudah dipotong pendek sedikit. Sebelum ini rambut tersebut panjang dan dia memang sukakan rambut itu. Sayang sekali ia sudah dipotong.

Tapi...

Wajah Natasha tetap cantik dalam pandangan Huzaiman. Dia menanggalkan kot dan longgarkan tali lehernya. Dia terasa rimas pula.

Huzaiman duduk di birai katil. Hampir dengan Natasha. Nafas Natasha begitu hangat menyapa pipi Huzaiman. Dia tersenyum. Rasa tenang apabila Natasha berada di sisinya. Dia menyentuh lembut dagu Natasha supaya mendonggak supaya memandangnya.

Bibir Natasha begitu menggodanya. Makin lama, makin hampir Huzaiman dengan Natasha. Liur yang ditelan terasa payah. Sejengkal lagi Huzaiman akan mencium Natasha tetapi terbantut.

Natasha bergerak-gerak membuat tindakan Huzaiman ingin mencium Natasha tidak dapat di eruskan. Dengan pantas dia berdiri tegak.

Perlahan-lahan Natasha membuka matanya. Kepala dia terasa berat. Dia benar-benar lemah.

“Natasha, kau okey?” ada satu suara yang Natasha dengar. Dia tidak yakin suara siapa tapi dia tahu itu suara orang yang telah selamatkan dia. Selamatkan dia dari pengsan di depan kedai tadi. Harap-harap Azlin ada sama.

“Huzaiman!” terkejut Natasha melihat lelaki yang berdiri di hadapannya. Makin terkejut Natasha di buatnya kerana dia sekarang ini dia sedang memakai baju tidur Huzaiman. Dia yakin yang dia berada di kondominium milik lelaki itu.

“Kau rehatlah. Biar aku ambilkan kau minuman.” Huzaiman ingin bangun. Dia serba salah. Sebenarnya dia ingin berbahasa ‘abang’ tetapi terasa janggal pula. Lagi pun kali terakhir dia bercakap dengan Natasha berbahasa ‘aku’ ‘kau’. So, lebih baik dia menggunakan bahasa itu dulu.

Natasha rasa bersalah kerana sebelum ini dia bertindak kasar terhadap lelaki itu tetapi kini, lelaki itu juga yang selamatkan dia. Tapi bukan sahaja kasar tapi yang sangat teruk. Emosi Natasha mula tidak stabil apabila teringat peristiwa yang telah dia lakukan terhadap Huzaiman.

Kepalanya bertambah sakit. Natasha memegang kepalanya yang dirasainya makin berat.

Huzaiman duduk di birai katil lalu menyentuh dahi Natasha. “Nasib baik kau tak depan.’ Dia sudah berkira-kira mahu berdiri semula tetapi pantas tangan Natasha menarik tali leher Huzaiman. Hampir tercekik dibuat oleh Natasha.

Bagi Huzaiman pula tidak terasa tercekik malah terasa seperti Natasha ingin mengajaknya bermesra. ‘Ish, over pula aku ni!’

Pergerakan Huzaiman terhenti. Saat ini mata mereka bertentangan. Bagaikan ada sesuatu perasaan meresap masuk ke dalam hati Natasha.

“Ada apa?” soal Huzaiman. Dia memandang tepat wajah Natasha yang sudah lama mencuri hatinya. Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Natasha. Isterinya. Dan Natasha akan kekal isteri dia selamanya.

Lama Natasha terdiam. Dia tidak pasti mahu membahasakan apa tapi bila mendengar Huzaiman berkata begitu, dia rasa, dia patut guna bahasa yang sama.

“Maaf! Aku nak tanya, bagaimana aku boleh berada di sini?” Wajah Natasha berubah. Dia malu. Malu dengan apa yang sudah dia lakukan terhadap Huzaiman sekeluarga. Tetapi hanya itu sahaja dia mampu bertanya. Dia keliru dengan apa yang berlaku. Bukankah dia bersama dengan Azlin?

What wrong with me? Bukankah aku rasa ada banyak benda aku nak cakap dengan Sha tapi kenapa lidah ni kelu. Aku malu! Apa dah jadi dengan kau ni, wahai Huzaiman?’ Hati Huzaiman tertanya-tanya. Dulu dia boleh sahaja jadi lelaki yang tak tahu malu tetapi kini... Lidahnya benar-benar kelu untuk berkata.

“Ada orang nak jual kau. Nasib baik Ammar nampak kau yang dah tak sedarkan diri,” jelas Huzaiman.

“Apa jual?” Natasha terkejut. “Terima kasih selamatkan aku...” perlahan suara Natasha.

Huzaiman tersenyum. Senang hatinya mendengar ucap terima kasih itu.

“Setelah apa yang aku dah buat pada keluarga kau, kau masih sudi nak selamatkan aku. Aku minta maaf pada kau.” Lagi sekali perkataan maaf hadir di bibir Natasha. Dia benar-benar rasa bersalah kerana dendam membuat dia lupa segalanya.

Huzaiman hanya memandang sahaja wajah Natasha. Gadis itu tertunduk.

‘Kenapa? Kenapa aku tak dapat nak berkata apa-apa ni? Sejak bila aku bersikap macam ni?’ Huzaiman masih bermonolog dalam hatinya. Dia berdiri tegak di tepi katil.

“Tak apa. Janji kau masih ingat pada aku dan tak berdendam lagi.” Huzaiman berkata lembut.

“Ingat?” tiba-tiba Natasha teringat akan seseorang. Sahabatnya, Azlin!

Terburu-buru Natasha cuba bangun dari terus berbaring. Sebaik sahaja kakinya mendarat ke lantai, dia dapat rasakan tubuhnya begitu lemah sehingga dia tidak dapat menampung berat badannya. Bila-bila masa sahaja dia akan rebah.

Huzaiman yang melihat pergerakan Natasha, segera dia memeluk pinggang gadis itu supaya tidak rebah di lantai. Tangan Natasha berpaut pada lengan Huzaiman. Kukuh.

“Maaf! Aku teringat kawan baik aku, Azlin. Dia... Dia tak apa-apa kan, Huzaiman?” soal Natasha sambil mendongak memandang Huzaiman.

Huzaiman hanya mendiamkan diri.

Natasha teringin untuk mendengar kata-kata Huzaiman yang menyatakan Azlin selamat.

Perlahan-lahan Huzaiman meleraikan pelukannya di pinggang Natasha dan memegang bahu gadis itu supaya duduk di birai katil.

Natasha berasa pelik.

“Kenapa Huzaiman? Ada yang tak kena ke?” soal Natasha. Entah mengapa dia berasa bimbang tentang Azlin. Mungkin selama tiga bulan dia bersama dengan Azlin, gadis itu melayan dia dengan baik sekali. Tidak pernah melukai hatinya. Malah menjaganya dengan baik.

Huzaiman duduk di sofa yang ada di dalam bilik tersebut yang berhampiran dengan beranda rumahnya. Dia merenung ke luar.

“Azlin kan namanya?” Huzaiman memulakan bicara.

“Ya, Azlin namanya. Macam mana kau tahu ni? Kau pun kawan dengan dia?” Natasha gembira. Sejak dia fikir yang dirinya adalah pembunuh, Azlin datang menenangkan jiwanya. Dia tiada sesiapa pun atas dunia ini.

“Nah, tengok gambar ni? Kau akan faham semuanya.” Huzaiman mencampakkan satu sambung surat pada Natasha. Pandangannya ke luar tingkap semula.

“Apa ni Huzaiman? Aku tak faham.” Natasha berasa pelik sebab gambar-gambar Azlin dalam keadaan selamat sahaja.

“Azlin nak jual kau pada lelaki yang ada dalam gambar tu. Bila aku sedar yang kau adalah perempuan yang aku kenal, aku sudah buat perjanjian dengan dia yang dia akan bagi kau pada aku dan aku bayar dia dengan nilai yang lebih tinggi.” Panjang lebar Huzaiman menerangkan.

“Jual?” Natasha tidak percaya. Azlin melayan dia dengan baik. Tidak pernah pun melukakan hatinya. Natasha memeluk tubuh. Dia mencengkam kuat lengannya sendiri. Tubuhnya menggigil apabila mendengar kata-kata Huzaiman.

“Aku dah selamatkan kau dengan membeli kau dengan harga yang kau sendiri tidak jangka.” Huzaiman tersenyum bangga tapi tidak Natasha.

“Tapi Azlin... Aku kena bantu dia. Dia je yang aku ada. Aku dah tak ada sesiapa pun dalam dunia ni kecuali dia. Selama beberapa bulan aku hidup dengan dia. Dia tak pernah tipu aku.” Natasha bagaikan tidak percaya. Sahabatnya sendiri menipu dia.

Huzaiman yang mendengar kata-kata Natasha mula panas hati. Dia geram. Hatinya makin panas bila Natasha menyatakan dia sudah tiada sesiapa.

‘So, aku ni apa? Bukan suami kau ke?’ Soal Huzaiman sekadar dalam hati. Entah mengapa dia terasa berat untuk memberitahu Natasha begitu.

Disebabkan terlalu geram, Huzaiman mencengkam sebelah tangan Natasha. Natasha tidak pula menolak sentuhannya.

“Kau ni bodoh ke? Dia dah jual kau! Kau sedar tak!” marah Huzaiman. ‘Apa dah jadi dengan Natasha. Dulu gadis ini amat kuat dan tidak selemah ini? Apa yang sudah berlaku dengan kehidupannya selama tiga bulan ini? Tak kan kerana dendamnya itu. Kerana rasa bersalah? Tidak mungkin. Selama ini tidak pulih ke perasaannya?’ Huzaiman tertanya-tanya. Mana wajah ceria Natasha?

“Tapi aku cuma ada dia je.” Kata Natasha dengan lembut dan perlahan. Tubuhnya masih lemah. Dia masih setia memandang Huzaiman.

“Terimalah hakikatnya yang dia dah jual kau! Jual kau untuk kepentingan diri sendiri!” tengking Huzaiman. Kesabarannya tiada.

Natasha tergamam!

Natasha menepis tangan Huzaiman dari terus menggenggamnya.

“Tidak!” jerit Natasha. Dia sudah tidak peduli dendamnya pada Huzaiman lagi. Dia hanya mengharap ada orang sudi bersamanya dan sentiasa ada untuknya di kala sedih dan gembira. Dan Azlin sahaja yang berada di sampingnya.

Huzaiman tersentap! Dia memegang semula lengan Natasha.

“Tu tak betul. Azlin tak kan jual aku. Dia sayang aku!” jerit Natasha lagi. Dia meronta-ronta dari terus dipegang oleh Huzaiman. Dia menepis sebelah tangan Huzaiman yang hinggap di tangan Natasha.

Natasha menangis.

“Lepaskan aku! Kau tak tahu apa-apa tentang aku! Kau tak tahu!” makin kuat esakan Natasha.

Huzaiman berasa geram. Dia menolak tubuh Natasha yang masih lemah itu ke katil. Natasha rebah.

Natasha terkejut dengan tindakan Huzaiman.

“Aku tak tahu apa-apa tentang kau?” kata Huzaiman sambil baju yang dipakai oleh Natasha direntapnya.

“Apa kau nak buat ni? Lepaskan aku!” jerit Natasha.

“Aku nak ajar kau sesuatu. Tentang orang yang dah selamatkan kau. Orang yang selamatkan kau ni suami kau sendiri. Kau dah lupa?” kata Huzaiman sambil mendekatkan wajahnya di telinga Natasha.

“Aku suami kau...” Huzaiman berbisik lembut.

“Suami aku?” mata Natasha masih bulat. Ya! Dia hampir lupa yang Huzaiman adalah suaminya. Mereka belum bercerai lagi. Hati Natasha berdebar hebat.

Tiada lagi kata-kata yang keluar dari mulut Huzaiman. Hanya pergerakan sahaja yang menunjukkan Huzaiman gila kuasa. Kuasa untuk menguasai tubuh Natasha. Itu yang Natasha rasa. Dia tidak berdaya untuk melawan lagi segala perbuatan lelaki itu. Dia pasrah lalu memejamkan matanya serapat yang mungkin. Dia ingin melupakan apa yang berlaku.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.