Huzaiman
tersenyum manis. Dia segera bergerak ke sofa kecil yang ada dalam biliknya lalu
mencapai sebuah buku.
“Abang, baju apa abang bagi ni?”
soal Natasha. Dia tidak sanggup untuk memakainya. ‘Seksi sangat la.’ Bisik
hatinya. Dia merenung tajam pada Huzaiman. Lelaki itu sedang berpura-pura
membaca.
Natasha berasa geram kerana Huzaiman
tidak mempedulikannya. Pantas tangannya menarik buku yang dibaca oleh Huzaiman.
Pantas lagi tangan Huzaiman menarik Natasha ke pangkuannya. Natasha tersembam
ke dada bidang lelaki itu.
‘Aduh! Kemek la hidung aku macam
ni.’ Natasha mendongak memandang Huzaiman. Lelaki itu hanya tersenyum nakal
sahaja.
Pantas tangan Natasha mencubit
pinggang Huzaiman. Lelaki itu mengaduh. Disebabkan tidak tahan, tangan Huzaiman
mencengkam tangan Natasha yang nakal itu.
“Lepaslah!”
“Sayang nak abang tolong pakaikan
ke?” soal Huzaiman. Lelaki itu tidak habis-habis tersenyum. Mungkin terlalu
gila kot.
“Sha boleh pakai sendiri.” Jawab Natasha.
“Lepaslah!” marah Natasha pula.
Huzaiman melepaskan Natasha. Gadis
itu terus menghilang ke bilik air. Dia pun melangkah keluar dari biliknya.
“Dah siap ke Amman, Ammar?” soal
Huzaiman. Mereka berdua masih terburu-buru menghias meja makan itu.
“Sudah!” jawab Amman. “Bos, ini
mancis. Nanti bos nyalakan api pada lilin ni ya?” arah Amman.
“Baiklah.” Mereka berdua pun berlalu
pergi. Lampu diruang itu ditutup buat sementara waktu. Dia pun pergi menukar
baju di bilik lagi satu.
Natasha memaksa diri memakai baju
pemberian Huzaiman. Dadanya agak terdedah sedikit. Labuhnya pula tidak berapa
labuh. Takat di lutut sahaja. Dia cuba tarik-tarik kain itu dengan harapan agar
labuh sedikit tetapi ternyata itu tidak mungkin akan berlaku.
Perlahan-lahan dia keluar dari bilik
air dengan perasaan berdebar. Dia malu dengan Huzaiman.
“Alhamdulillah.” Dia mengucap syukur
apabila kelibat Huzaiman tiada dalam bilik tersebut. Natasha segera ke katil.
Dia menarik selimut agar menutupi tubuhnya. Dia pura-pura tidur.
Peluh mula mengalir apabila Natasha
terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Dia bimbang Huzaiman akan memaksanya
melakukan sesuatu yang dia tidak suka seperti malam-malam yang lalu.
Natasha kaku.
Huzaiman pula rasa sangat geram
melihat tingkah laku Natasha yang tidak matang itu. ‘Sedap hati kata orang tak
matang.’ Bisik hatinya.
Huzaiman menghampiri Natasha yang
sedang berselimut itu.
“Abang tahu sayang pura-pura tidur.
Pakai tak baju yang abang suruh pakai tu.” Soal Huzaiman sambil bercekak
pinggang di tepi katil.
Natasha pura-pura tidak
mendengarnya.
“Kalau sayang tak nak pergi makan,
abang nak makan sayang la. Boleh?” sengaja Huzaiman berkata begitu.
Sebaik sahaja Natasha mendengarnya,
dia terus membuka matanya. Huzaiman sedang merenungnya.
“Malas nak pakai.” Bohong Natasha.
“Kenapa malas? Ooo... Nak abang yang
pakaikan? Mari abang pakaikan!” sejurus itu, Huzaiman menarik selimut yang
menutupi tubuh Natasha.
Huzaiman tersenyum dalam kemenangan.
Natasha nampak sungguh cantik dan seksi. ‘Sejak bila aku suka orang seksi ni?
Aku suka Wafa Natasha seorang je.’ Hati lelakinya berkata.
“Mari sini sayang. Abang nak bagi
denda pada orang yang menipu?”
“Denda apa?”
“Tak boleh makan!” gurau Huzaiman.
“Itu namanya nak bunuh bini tu.”
Selamba Natasha berkata begitu.
Huzaiman tersentap. Kasar sungguh bahasa
Natasha itu. ‘Lupa pula, dulukan isteriku aku ni bekas tomboi. Tomboi-tomboi
pun, cantik.’ Puji Huzaiman dalam hati.
“Abang gurau je.” Katanya.
“Okey , tak apa. Nak tanya, kita nak
makan kat mana? Tergamak ke abang biarkan lelaki lain pandang Sha pakai macam
ni? Sampai hati abang pentingkan diri sendiri.” Rajuk Natasha.
“Kita makan di tempat yang ada kita
berdua.”
“Walaupun berdua, tetapi mesti ada
pelayan. Pelayan itu mesti lelaki kan?”
“Dan lelaki itu, abang juga. Jom!”
Huzaiman menarik tangan Natasha supaya perempuan itu turun dari katil.
“Kita ke ruang tamu.”
Mereka berjalan beriringan. Natasha
baru tersedar yang Huzaiman memakai Tuxedo. Sungguh kacak! ‘Jarang sekali
melihat lelaki gila kuasa pakai macam ni.’
Natasha tersentap. Dalam kesamaran
cahaya, dia dapat melihat segenap ruang yang mendebarkan perasaannya.
Sungguh romantik suasana yang
Natasha rasakan. ‘Makan malam ala ‘Candle Light Dinner’ tapi mana lilinnya? Oh,
belum pasang lagi!’ bisik hati Natasha.
“Kejap abang nyalakan api.” Huzaiman
mengeluarkan mancis. Banyak kali dia cuba nyalakan mancis itu tetapi gagal.
Dahinya sudah berpeluh. ‘Kenapa kau tak nak hidup wahai manci?’ Huzaiman cuba
bertenang. Dia hampir lupa yang selama ini Amman dan Ammar yang selalu
melakukan kerja-kerja remeh seperti ini.
Sudah lima batang mancis patah.
Natasha memerhati Huzaiman yang
dalam kegelabahan itu. Dia merenung kosong pada lelaki gila kuasa itu. Dia rasa
terharu. Dulu dia menaruh dendam pada lelaki yang begitu menyayanginya ini.
Kasihan Huzaiman.
Pada mulanya, Natasha sukar untuk
menerima kehadiran Huzaiman setelah dirinya bersalah atas segala dendam
kesumatnya tetapi apabila melihat kesungguhan suaminya itu, sedikit demi
sedikit hatinya terbuka.
Huzaiman melihat wajah Natasha yang
sedang merenungnya.
“Mari Sha nyalakan.” Natasha terus
merampas kotak mancis di tangan Huzaiman. Hanya sekali gores sahaja, mancis itu
dapat menyala dengan baik.
Kini dua batang lilin sudah
dinyalakan.
Huzaiman rasa tergugat sebagai
seorang lelaki kerana dia tidak berjaya menyalakan mancis itu. Dia pun merenung
tajam pada Natasha. ‘Natasha juga yang jadi mangsa aku.’
Natasha rasa gugup apabila Huzaiman
merenungnya begitu. ‘Dahlah pakai baju macam tak cukup kain. Sekarang direnung
oleh seekor singa yang gila kuasa pula. Memang menakutkan.’ Bisik hati Natasha.
Huzaiman pula rasa tenang dapat
melihat Natasha yang berada di hadapannya ini gelabah. ‘Biar dia pula yang
gelabah. Pada muka!’ dalam diam Huzaiman menyimpan dendam. Walaupun wajahnya
nampak bagaikan tiada perasaan tetapi dalam hatinya tiada yang tahu.
‘Aku seorang lelaki yang ada kuasa,
berkaliber tapi lemah dan gusar apabila di depan seorang wanita yang begitu
lemah lembut ini. Sayangku Sya, sayang dah sihir abang ke? Sampai sakit-sakit
dada abang menahan getaran yang amat hebat.’ Bisik hatinya. Dia sendiri tidak
pasti.
Huzaiman menarik tangan Natasha lalu
menarik kerusi supaya isterinya itu boleh duduk. Walaupun makan di rumah.
Suasananya nampak mewah dan begitu romantis. Natasha hanya menurut segala
kehendak Huzaiman. Suite mewah itu sangat cantik membuatkan hati Natasha
terusik.
“Suka tak?” soal Huzaiman. Dia dapat
meneka yang Natasha sukakannya tetapi sengaja mahu bertanya lagi. Hatinya
gembira sangat. ‘Saja mahu bermanja dengan isteri yang tersayang.’
“Suka tapi banyak soalan yang timbul
dalam kepala otak ni.”
“Soalan apa pula?”
“Siapakah yang pergi beli bunga ros
merah ni? Siapa yang buat semua ni? Beli makanan ni kat mana? Siapa...” belum
sempat Natasha bertanya lebih baik, jari telunjuk Huzaiman sudah berada di
mulutnya.
“Boleh jangan tanya soalan macam tu?”
“Kalau tak tanya soalan tu, nak
tanya apa pula?”
“Tanya la kenapa abang sanggup
siapkan semua ini. Barulah romantis sikit.” Huzaiman tersenyum.
“Okeylah. Sha nak tanya soalan tu.”
“Tanya la...”
“Kan dah tanya. Abang kan tahu apa
yang Sha nak tanya.”
“Auh! Pening kepala abang dibuat
Sha.” Huzaiman terasa pening dengan pertanyaan
Natasha. Perempuan itu bagaikan tidak mengerti apa yang dipintanya.
Natasha terharu sebenarnya dengan
cara layanan Huzaiman terhadapnya.
“Kenapa abang layan Sha baik
sekali?” soal Natasha. Dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.
Sebak rasa di hati.
“Sebab Wafa Natasha adalah isteri
Putra Huzaiman. Jadi, lelaki yang gila kuasa ini akan terus melindungi sampai
nyawanya terakhir. Faham?”
Huzaiman tersenyum.
Natasha tersentap.