Natasha mengeluh berat.
Berat lagi apa yang dihadapinya. Berdepan dengan Huzaiman sememangnya
memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Nampaknya dia terpaksa berhati-hati
pada masa akan datang.
“Cukuplah
tu awak...” Natasha berkata. Kakinya rasa mahu patah.
“Banyak
lagi kedai nak pergi ni. Tak sangka pula shopping
ni seronok.” Huzaiman tersenyum gembira. Air mukanya lain benar dalam pandangan
mata Natasha.
“Baru
tahu ke seronok? Tapi sekarang dah pukul 3 petang. Kita tak lunch lagi. Tak
sembahyang lagi. Kalau awak nak buat dosa, awak buat la sorang-sorang. Jangan
nak ajak saya.” Sinis Natasha. Akhirnya dia duduk di kerusi yang ada di depan
sebuah kedai.
“Kau
pun berdosa juga.”
“Kenapa
pula?”
“Sebab
kau tak tegur orang yang buat dosa. Kau pentingkan diri sendiri.” Balas
Huzaiman. Natasha terdiam.
‘Tahu
pula dia menjawab.’ Bisik hati Natasha.
“Okey-okey.
Kalau macam tu, marilah kita bersembahyang sebelum orang lain sembahyangkan
kita.” Ajak Natasha. Dia benar-benar tidak larat. Dia tidak suka berjalan tanpa
arah tujuan. Dia cepat penat tetapi kalau dia mendaki gunung langsung tak penat.
“Lain
macam je ayat kau ni? Jom!”
Mereka
berdua sembahyang. Selepas itu mereka mencari lunch walaupun ketika itu jam
sudah menunjukkan 3.30 petang.
“Kita
makan KFC je la.” Cadang Natasha. Dia tak larat mahu berjalan lagi. Tenaganya
perlu di kumpul semula.
“Kita
cari restoran mewah sikit.” Cadang Huzaiman pula.
“Kalau
awak nak cari, silakan... tapi saya nak pergi KFC yang ada depan mata ni.”
Tanpa menunggu jawapan dari Huzaiman, Natasha terus berjalan.
“Kalau
macam tu, aku tak nak kahwin dengan kau la.” Huzaiman memeluk tubuh.
Langkah
Natasha terhenti. Saat ini, Natasha rasa mahu bunuh lelaki itu sebab sepanjang
hari dia menemani Huzaiman untuk membeli barang-barang kahwin, boleh pula tak
jadi kahwin. Rasa mahu mencekik Huzaiman menguasai diri.
“Putra
Huzaiman, awak nak apa sebenarnya ni?” Natasha bertanya.
“Aku
nak kau la...” Huzaiman cuba mengenakan Natasha dengan ayat yang Natasha
sendiri pernah lafaz pagi tadi. Nampak sangat Huzaiman seorang lelaki yang
cepat belajar. Belajar kenakan orang lain.
“Jom
la makan. Saya lapar sangat. Tak larat nak jalan.”
“Baiklah
tapi kita buat perjanjian.”
“Nak
makan pun ada perjanjian?” dahi Natasha berkerut. ‘Layan je la...’ bisik hati Natasha. “Apa dia? Cepat lah!”
“Kau
suapkan aku dengan tangan kau sendiri, okey?” pinta Huzaiman. Dia yakin yang Natasha
akan mengikutnya.
Natasha
sudah menjangka yang Huzaiman akan meminta yang bukan-bukan.
“Kalau
aku suap kau tangan kiri, kau nak makan tak?” lagi sekali Natasha mengenakan
Huzaiman.
Huzaiman
menaikkan keningnya sebelah.
“Kalau
kau cuba-cuba nak suapkan aku dengan tangan kiri, aku cium kau, masa tu juga.”
Ugut Huzaiman.
Natasha
menelan liur. ‘Sejak bila mamat gila kuasa ni suka main ugut-ugut?’ Natasha
mengeluh. “Yalah! Jom kita makan!” Natasha tidak kisah itu semua. Janji dia
dapat makan. Isikan perutnya yang kosong ini.
Mereka
berdua beratur. Agak ramai juga orang ketika itu.
“Sha,
kau jangan di belakang aku,” kata Huzaiman. Dia tidak selesa apabila melihat
lelaki di belakang Natasha begitu dekat dengan buah hatinya itu.
“Tak
apa, awak yang nak bayar nanti, awak depan la.”
Huzaiman
menghampiri telinga Natasha. “Sebenarnya, ini kali pertama aku makan KFC. Aku tak
reti nak order.” Bisik Huzaiman. Perkara ini terpaksa juga Huzaiman memberitahu
Natasha.
“What!”
Natasha terkejut. ‘Mamat ni duduk planet mana ni?’
Tangan
Huzaiman menarik tangan Natasha supaya berada di hadapannya. Entah mengapa saat
ini Natasha rasa berdebar. Berdiri di depan Huzaiman dalam masa yang agak lama
membuat dirinya gelisah.
Natasha
berpaling melihat Huzaiman.
Huzaiman
tersenyum pada Natasha. Pantas gadis itu memandang ke hadapan semula. Hati
Huzaiman rasa tercuit melihat Natasha. Dia gembira kerana tiada lelaki yang boleh
rapat dengan Natasha kecuali dia seorang.
Selepas
order...
“Biar
aku bawa.” Tawar Huzaiman. Natasha hanya membiarkan.
“Awak
pergi basuh tangan dulu.” Natasha memilih tempat dekat dengan cermin lutsinar. Boleh
melihat orang lalu-lalang.
“Dah,
kau pergilah basuh tangan pula.”
“Baiklah.”
Giliran Natasha pula yang membasuh tangan. Apabila dia kembali semula tempat
yang menjadi pilihannya itu, dia terkejut. Huzaiman tiada di situ.
“Wafa
Natasha!” panggil Huzaiman.
Natasha
mengeluh. Tempat yang agak tersorok menjadi pilihan Huzaiman. Natasha hanya
mampu menggelengkan kepala.
Mulanya
Natasha mahu marah atau membebel tetapi perutnya terlalu lapar jadi dia biarkan
sahaja.
Natasha
melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan Huzaiman. Tubuhnya hampir dengan di
dinding. ‘Rasa sejuk pula di dinding ni.’
Tiba-tiba
Huzaiman bangun.
“Awak
nak ke mana?”
Huzaiman
diam. Dia bergerak ke tempat Natasha lalu duduk di sebelahnya. Natasha
terperangkap. Dia tidak dapat bergerak langsung kerana dia sentiasa berada aras
bawah ketiak Huzaiman. Malang betul!
“Awak
ni...” Natasha geram. “Duduk tu jauh-jauh sikit.” pinta Natasha.
“Seorang
isteri tak boleh bagi arahan pada suami.” Kata Huzaiman.
“Ini
bukan arahan tapi permintaan,” balas Natasha.
“Permintaan
anda tidak ditunaikan. Cepatlah suapkan ayam tu? Macam sedap je.” HUzaiman
mengubah topik. Dia suka duduk rapat-rapat dengan Natasha.
‘Sejak
bila lelaki gila kuasa ni jadi miang keladi? Gatal!’ geram Natasha.
“Awak
tak pernah makan KFC ke? Macam tak percaya?” soal Natasha lalu memandang
Huzaiman. Dia tersentap kerana wajah Huzaiman begitu hampir dengannya. Huzaiman
tersenyum.
“Betullah.
Papa tak bagi saya makan benda-benda macam ni. Katanya tak elok untuk
kesihatan.” Huzaiman bercerita manakala Natasha melantak makan burger.
‘Burger
cepat kenyang sikit. Nanti ke suap si GK ni.’ Bisik hatinya.
“Tak
elok ke? Saya makan okey je. Yang tak elok tu bila makan tiap-tiap masa,” jelas
Natasha.
“Papa
akan awasi semua pergerakkan aku. Aku buat apa. Aku makan apa. Aku kawan dengan
siapa. Disebabkan pengawalan yang ketat oleh papa, aku tak dapat nak berkawan
dengan orang yang aku suka dan orang pun takut nak berkawan dengan aku,” luah
Huzaiman. Dia merenung kosong Natasha yang sedang leka makan itu.
Hati
Huzaiman rasa sedih.
“Sejak
tu, aku jadi gila kuasa. Aku nak akan kuasa. Dengan kuasa orang lain akan
pandang aku. Orang lain akan beri perhatian pada aku dan orang lain akan bercakap-cakap
dengan aku. Aku tak akan sunyi.” Huzaiman tertunduk. Pertama kali dia meluahkan
apa yang dirasanya.
Natasha
simpati. Terbantut dia mahu menyambung makan apabila wajah mendung Huzaiman
dipandangnya.
“Sabarlah...”
Natasha menyentuh bahu Huzaiman. Dia gagahi
juga untuk memandang Huzaiman. Ditepuk-tepuk bahu Huzaiman.
“Sabarlah!
Nanti awak tak kan sunyi lagi...” pujuk Natasha.
Huzaiman
memandang Natasha. Dia merenung tajam wajah yang comel itu. ‘Gadis ini sentiasa
buat aku bahagia. Buat aku rasa dihargai. Buat aku rasa diberi prihatin. Mana mungkin
aku lepaskan Wafa Natasha.’ Serentak itu, dia terus memeluk tubuh Natasha yang
kecil itu.
“Gila!”
amuk Natasha. Dia menolak tubuh Huzaiman.
“Aku
gilakan kau!” Huzaiman tidak mahu melepaskan Natasha. Tubuh Natasha yang kecil
itu buat dia benar-benar rasa selesa memeluk.
“LELAKI
GILA SEKS...” bisik Natasha perlahan sahaja.
Pantas
tangan Huzaiman meleraikan pelukannya. Natasha tersenyum puas. ‘Tahu takut!’
“Janganlah
kata aku macam tu. Tak suka la.”
“Dah
hakikatnya awak macam tu.” Natasha menyambung semula burgernya yang masih
bersisa itu.
“Bila
kau nak suapkan aku ni? Lapar juga ni?” pinta Huzaiman.
“Yelah,
saya suap ni.”
Huzaiman
tersenyum. Dia suka Natasha melayannya seperti itu. Selepas makan mereka masuk
sebuah kedai cenderahati.
“Mak
ai, banyaknya teddy bear,” ujar Natasha
. Sejak kecil dia hanya mampu melihat patung-patung beruang sahaja. Dia tidak
kemampuan untuk membeli patung tersebut sehingga sekarang dia tidak mahu
membelinya. Dia harap suatu hari nanti ada orang yang sudi hadiahkan teddy bear
untuknya.
“Kau
suka teddy bear?”
“Suka
tengok je.” Natasha merenung satu teddy bear yang bersaiz agak besar. Dia leka
seketika. Dia tersenyum.
Huzaiman
memerhati Natasha. Entah mengapa perasaannya tidak dapat dikawal apabila melihat
wajah Natasha yang comel itu. Sebentar tadi Natasha sudah tenangkan dan memujuknya. Dia rasa benar-benar gembira.
Dia ingin mencium pipi gadis itu sebagai tanda terima kasih. Perlahan-lahan dia
menghampiri Natasha.
Makin
lama, makin dekat...
Chup!
Ciuman
Huzaiman terkena pada patung beruang yang paling kecil yang sempat Natasha
capai. Nasib baik Natasha tersedar akan tindakan Huzaiman.
‘Bahaya
betul berada dekat dengan lelaki ni.’
Huzaiman
tersengih.
“Kau
yang dapat first kissaku?” Huzaiman
mengeluh. “Disebabkan kau dah merampas first
kiss aku, aku terpaksa la beli kau ya.” Huzaiman mengambil patung beruang
yang saiznya besar tapak tangan Huzaiman. Sungguh comel.
“Nak
beli ke?” soal Natasha. Entah mengapa dia rasa patung beruang itu comel sangat.
“Ya,”
Huzaiman sudah di kaunter. Natasha hanya menjeling sahaja.
“Jom
balik!” ajak Huzaiman. Dia rasa penat sekali hari ini.
“Baiklah!”