Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
PUASA KEDUA

PUASA KEDUA

Semalam Wafa Natasha memaksanya Putra Huzaiman minum air dua botol. Naik kembung perutnya. Lepas minum dia terus tertidur tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Wafa Natasha tersenyum. Dia berharap yang suaminya akan bangun sendiri 4 pagi nanti. Dia sudah merancang semua ini.

Putra Huzaiman rasa tidurnya sedikit terganggu. Sudah lama dia menahannya kerana malas mahu ke tandas tetapi kali ini dia sudah tidak mampu menahannya.

“Tandas!” Putra Huzaiman bergegas ke tandas. Dia melepaskan segalanya. Selepas itu, dia membuka paip untuk membasuh tangan.

“Sejuk!” terjerit Putra Huzaiman. Dia yakin ini semua dah dirancang oleh isterinya. Tahulah aku susah sangat nak bangun sahur.

“Abang...” Wafa Natasha tersedar mendengar jeritan suaminya.

“Sha, jangan buat suami awak macam ni...” geram Putra Huzaiman.

“Ala, bulan puasa je. Abang nak makan apa?”

“Boleh order ke ni?”

“Tak boleh! Makan lauk semalam je...” Wafa Natasha tersenggih.

“Sayang ni, pagi-pagi dah kenakan abang. Jom ke dapur...”

Sebaik sahaja mereka tiba di dapur. Kelihatan Amman dan Ammar sudah siapkan makanan.

“Awalnya kamu berdua bangun...” sapa Putra Huzaiman. Dia duduk di kerusi makan yang berada di dapur.

“Bos lupa ke yang bos bagi kami banyak kerja. Sampai tak boleh tidur.” Ammar duduk di sebelah majikannya. Dia biarkan Amman yang memasak. Lagi pun abang je yang paling pandai memasak.

“Banyak sangat ke?” soal Putra Huzaiman tanpa rasa bersalah.

“Abang, tak baik cakap macam tu. Abang Ammar, nak makan apa berbuka nanti. Kau orang mesti balik lambat. Dah nak azan baru sampai rumah macam semalam.”

“Sha, kami ni mengikut arahan sahaja.” Amman menjawab sambil dia mengacau sayur kailan goreng. Ayam goreng sudah lama siap. Mereka makan ringkas sahaja.

“Apa kata, sediakan buah kurma dalam kereta. Mana tahu tak sempat sampai rumah, boleh berbuka dalam kereta sahaja.” Cadang Wafa Natasha.

“Okey juga.” Ammar setuju. “Tapi...”

“Tapi apa abang Ammar?” Wafa Natasha rasa pelik.

“Bos kita ni tak makan buah kurma...” kata Ammar.

“Tak makan?” Wafa Natasha sedikit terkejut. Patutlah semalam ketika berbuka, suaminya hanya minum air manis sahaja. Buah kurma tidak disentuhnya langsung.

“Sha, tak payahlah buat muka terkejut tu...” geram Putra Huzaiman. Banyak rahsianya sudah terbongkar.

“Abang, buah kurma tu banyak kebaikannya. Lagi pun itu sunnah Rasulullah. Apasalahnya abang makan walaupun sebijik.” Wafa Natasha mula membebel.

“Makan!” Putra Huzaiman menukar topik. Entah mengapa dia rasa penat mendengar bebelan Wafa Natasha. Sejak isterinya meluahkan rasa cinta padanya, gadis ini tidak pendiam seperti dulu.

“Abang...” Wafa Natasha perasan dengan perubahan Putra Huzaiman. Dia harus bersabar. Lagi pun dia tidak sedar sejak bila dia suka membebel.

Amman dan Ammar hanya memerhati dan diam. Laki bini gaduh, jangan sesekali campur. Selepas makan mereka terus berlalu pergi tetapi Putra Huzaiman dan Wafa Natasha masih di situ.

Walaupun makan sudah lama habis dalam pinggan, mereka berdua masih kaku di situ. Begitu juga apabila azan subuh berkumandang, mereka masih begitu.

Wafa Natasha cuba menahan rasa sebak di hati. Dia tidak suka dengan sikap Putra Huzaiman yang dingin padanya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bangun dan meninggalkan suaminya di situ.

Dia pun berdiri dan ingin melangkah tetapi tangan Putra Huzaiman terlebih dahulu menyambar pergelangan tangannya.

“Sya, maafkan abang. Abang tekanan. Sya, asyik membebel sahaja. Dulu Sya tak macam ni. Sya faham dengan sikap gila kuasa abang. Sya faham yang abang gilakan kerja. GK abang dah sebati dalam diri.” Jelas Putra Huzaiman. Dia merenung tepat ke mata Wafa Natasha.

Wafa Natasha tersentak. Dia tidak menyangka yang bebelannya memberi tekanan pada suaminya. Rasa bersalah mencengkam hatinya. Perlahan tangannya yang satu lagi mencapai tangan suaminya agar meleraikan pegangan itu.

“Sya...” Putra Huzaiman rasa bersalah kerana berkata begitu yang mungkin buat hati Wafa Natasha terasa. Sya, maafkan abang. Jangan tinggalkan abang. Rintih hatinya.

“Maafkan Sya, abang!” Tangan suaminya disalami penuh tertib oleh Wafa Natasha. “Sya terlalu risaukan keadaan abang. Abang asyik kerja. Ini kan bulan puasa. Sya harap abang ada masa untuk kerja, isteri, dan ALLAH. Sya tahu abang ni gila kusa. GK abang memang tak boleh diubah. Itulah penyebab Sya jatuh cinta pada abang. Cuma, bulan mulia ini, kita bahagikan masa dengan sebaiknya. Biar seimbang kerja dunia dan akhirat. Sya tak nak Sya seorang je yang beribadah. Sya nak juga ajak abang. Sya nak sama-sama dengan abang ingat pada yang lebih Berkuasa.” Air mata Wafa Natasha mengalir. Dia rasa terharu sebab suaminya sudi meluahkan apa yang dirasai.

Putra Huzaiman tersentak. Sungguh! Dia tidak pernah berfikir sejauh itu. Dia bersyukur dikurniakan isteri yang sentiasa mengingatkan dia mengenai Kuasa yang Maha hebat. Dia Maha Berkuasa. Insaf seketika.

“Terima kasih Sya. Abang akan berubah.”

“Sama-sama. Jom kita solat subuh. Lebih elok kan kita solat di awal waktu...”

“Itu semestinya. Jom sayang!” pantas Putra Huzaiman mengangkat tubuh isterinya.

“Abang!” terkejut Wafa Natasha.

“Tak apa. Waktu pagi abang masih bertenaga nak angkat sayang! Jom!” Putra Huzaiman terus menuju ke bilik air untuk berwuduk.

“Semoga hari-hari seterusnya bahagia ada untuk diriku dan suami di bulan yang mulia ini. Amin...” doa Wafa Natasha.

“Amin? Siapa Amin? Nama lelaki mana sayang sebut ni?” Tiba-tiba Putra Huzaiman cemburu.

Wafa Natasha tersenyum lebar. Itulah suamiku.

P/S: SELAMAT BERPUASA...kini dah puasa ke empat. cepat masa berlalu....semoga di bulan baik ini, kita perbanyakkan amalan kebaikan..insya allah...

Previous: PUASA PERTAMA GK

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.