Huzaiman sedang berjalan sambil
memegang tangan Natasha. Sungguh indah perasaan itu. Natasha tersenyum manis
padanya. Cantik sekali. Tetapi Huzaiman melepaskan pegangannya itu.
“Abang!”
panggil Natasha sambil cuba mencapai semula tangan Huzaiman. Tetapi Huzaiman
semakin jauh.
Huzaiman
pula hanya mampu melihat dirinya melangkah jauh dari Natasha. Huzaiman meninggalkan
Natasha sendirian. Gadis itu hanya menangis.
Huzaiman
tersedar!
“Ya
Allah!”
‘Kenapa
aku tinggalkan Natasha sedangkan aku begitu sayangkan dia? Kenapa? Apa makna
mimpi ni?’ Huzaiman cuba bertenang tetapi hanya seketika. Dia berpaling
sebelahnya. Natasha!
Natasha
sudah tiada di sebelahnya mahupun dalam bilik tersebut.Tergesa-gesa dia
memakai baju sambil menghubungi Ammar.
“Ammar,
kita cari Natasha sekarang juga.” Terkial-kial Huzaiman memakai seluar dengan
keadaan telefon Samsungnya di kepit antara bahu dan telinga.
“Aduh!”
Huzaiman terjatuh apabila tubuhnya tidak stabil.
“Bos!”
panggil Ammar apabila mendengar sesuatu jatuh.
“Aku
tak apa-apa. Aku nak kau dan Amman pergi cari dia sekarang juga. Aku yakin dia
tak pergi jauh. Kalau tak jumpa, tolong jangan tunjuk muka kau orang depan aku
lagi!” tegas Huzaiman. Masa pertama kali
dulu, Natasha hilang. Inilah perasaan yang dia rasai.
‘Kenapa
perempuan tu beri kesan pada aku sampai macam ni sekali? Perasaan bersama Sha
sesuatu yang indah bagi aku. Dapat melihat senyuman dia bagaikan sinar baru
dalam hidup aku. Ahh! Sha, mana sayang pergi? Jangan tinggalkan abang
sorang-sorang.’ Rintih Huzaiman dalam hatinya.
Dia
bergegas keluar dari kondominiumnya.
“Adik,
kenapa Putra telefon?” soal Amman yang baru lepas mandi. Sudah menjadi
kebiasaan bagi mereka adik beradik mandi empat pagi.
“Adik
kita hilang lagi.”
“Natasha?”
“Ya!”
“Aduh!”
Amman mengeluh. “Mesti Putra mengamuk sekarang ni kan?” teka Amman.
“Lebih
kurang la. Dia kata kalau tak jumpa, jangan tunjuk muka lagi depan dia.” Kata
Ammar sambil bersiap-siap dengan pakaian rasminya iaitu baju kot.
“Macam
kejam je bunyinya, adik.” Ammar juga bersiap. Sekejap sahaja mereka sudah siap
dan keluar dari kondominium tersebut untuk mencari kekasih hati Putra Huzaiman
itu.
*****
‘Aku
nak ke mana ye? Pagi-pagi buta macam ni mana ada kedai yang buka...’ Natasha
mengadu sendiri.
Krooookkk!!!
Perut
Natasha berbunyi. Terasa lapar pula apabila melarikan diri dari dua orang
makhluk yang cukup menakutkan. ‘Yang halal sentuh aku tak la takut sangat tapi
yang haram sentuh aku yang buat aku
takut. Dia ni susah nak ramal. Tersengih je dari tadi. Menyeramkan.’ Natasha
teruskan perjalanannya.
“Nak
pergi mana?” Natasha berfikir. Dia duduk di perhentian bas. ‘Nak naik bas tapi
tak ada duit. Tak kan nak mencuri pula. Dosa. Biar tak ada duit tapi jangan
sesekali curi duit orang.’
*****
Huzaiman ternampak Natasha
diperhentian bas. Baru sahaja dia mahu turun dari kereta, gadis itu dah naik
bas. Segera dia masuk semula dalam kereta. Memang jodohnya dengan Natasha kuat.
Mesti Huzaiman yang terjumpa dulu.
Huzaiman
menghubung Ammar untuk memberitahu yang dia sudah bertemu dengan Natasha dan
tidak masuk ke pejabat hari ini.
“Again!”
Ammar mengeluh.
“Kenapa
adik?”
“Bos
tak masuk kerja hari ni.” Tidak bermaya suara Ammar.
“Apa?
Susahlah macam ni...” Amman pula yang susah hati.
“Maksud
abang?” Ammar tidak faham.
“Dato
Ismail akan adakan mesyuarat tergempar dengan pemegang-pemegang saham yang lain
hari ni.” Jelas Amman.
Ammar
terkejut. “Jika Putra tak ada, susah dia nanti. Habislah Putra kita tu.” Ammar
sendiri dapat meneka apa yang akan berlaku jika Huzaiman tiada dalam mesyuarat
itu nanti.
“Macam
mana ni abang? Apa kita nak buat? Putra kita tu macam nyawa kita juga. Jika susah
dia, susah juga kita.” Ammar sudah
gelabah.
Itulah
dia Ammar, yang cepat gelabah.
“Sabar
adik. Abang kena tenang, baru boleh fikir.” Amman diam seketika dengan wajah
yang berkerut. “Kejap! Abang call Putra.” Segera dia menekan punat-punat
telefonnya.
“Alamak!”
“Kenapa
abang?” Ammar makin gelabah
“Bos
tak jawap panggilan kita. Habislah!”
“Apa
kita nak buat ni abang?”
“Abang
rasa, adik pergi cari bos dan abang try cover-cover dekat sini. Pukul berapa
mesyuarat tu?” soal Ammar.
“Pukul
tiga,”Amman cuba bertenang. “Adik pergi cari Putra dan abang uruskan perkara
kat sini, okey?”
“Baiklah!”
“Mana
Sha nak pergi? Suka tinggalkan aku. Memang nak kena ni.” Huzaiman tidak berpuas
hati. Tiba-tiba bas itu berhenti dan Natasha keluar dari bas tersebut.
Huzaiman
berhentikan kereta dan menuju ke Natasha.
Natasha
pula tidak menyedari kehadiran Huzaiman terpana ketika melihat lelaki itu di
hadapannya kini.
“Huzaiman...”
“Kau
janji nak setia dengan aku. So, ikut aku sekarang juga.” Huzaiman menarik
tangan Natasha.
“Lepaslah!
Aku ikut kau.” Balas Natasha apabila dia ternampak kelibat Hamdan. Dia rela
bersama dengan Huzaiman daripada bersama dengan Hamdan. Dia pasti yang Hamdan
mengekorinya.
“Cuba
cakap elok-elok sikit. Panggil aku abang ye?” pesan Huzaiman.
“Baiklah
cik abang.” Natasha cuba tersenyum. Dia yakin yang emosinya sekarang ini tidak
baik. Pagi tadi dia mahu melarikan diri dari Huzaiman tetapi kini dia rela hati
mengikut Huzaiman. Apa dah jadi dengan dia?
Huzaiman
terasa pelik kerana Natasha hanya mengikut apa yang dipintanya. Apa-apa pun dia
sudah tidak peduli. Janji Natasha ada bersamanya.
Sebelum
dia menghidupkan enjin keretanya, dia memeriksa telefon samsung dia.
“Amman?”
terkejut Huzaiman. ‘Kalau mamat ni call, mesti ada hal penting.’ Pantas
Huzaiman menghubungi setiausaha a.k.a. pengawal peribadinya.
Natasha
pula hanya memerhati sahaja tetapi makin lama makin layu matanya lalu dia
tertidur.
“Kenapa
ni?”
“Bos,
hari ini ada mesyuarat dengan lembaga-lembaga syarikat. Kehadiran bos ke
mesyuarat itu amat penting.” Jelas Amman. Dia berasa lega kerana Putra
menghubunginya.
“Ya
ke? Kenapa hari ni pula? Baiklah! Saya balik pejabat sekarang juga.” Huzaiman
tamatkan panggilannya. Dia memandang Natasha tetapi gadis itu sudah tertidur.
Akhirnya, Huzaiman mengambil keputusan hanya menghantar Natasha pulang ke kondominium
dan dia akan ke tempat kerja.