Wafa Natasha termenung
melihat bunga di taman hospital. Memang dia akui yang dia tidak pernah cuba
memujuk Putra Huzaiman jika lelaki itu merajuk. Ini kali pertama. Rasa macam
nak putus asa sahaja.
“Huh!” Keluhan kecil
kedengaran.
Tiba-tiba air matanya
mengalir. Putra Huzaiman tidak kisah walaupun dia tidak memujuk. Suaminya masih
melayannya dengan baik. Tetap menghargai apa yang dirinya lakukan walaupun
tidak bercakap.
Air mata yang mengalir
di lap sendiri. Dia harus kuat. Dia masih ada tanggungjawab iaitu menjadi
isteri Putra Huzaiman. Aku mesti memujuk. Jangan putus asa!
Wafa Natasha berdiri
tegak. Dia baru sahaja bersemangat tetapi menjadi lemah tiba-tiba. Dia ternampak
Putra Huzaiman sedang merenung tajam ke arahnya.
Wafa Natasha menelan
liur. Buat seketika mata mereka saling merenung antara satu sama lain. Akhirnya
dirinya kalah lalu menundukkan wajah.
“Kenapa nangis?” soal
Putra Huzaiman dengan tegas apabila dia menghampiri Wafa Natasha yang terkaku
itu.
“Sha...” Wafa Natasha
buntu. Dia tidak tahu ayat yang sesuai untuk diterangkan pada suaminya itu.
Putra Huzaiman tidak
mampu untuk menunggu lebih lama. Dia bukan jenis yang sabar untuk menanti
jawapan yang lambat. Lantas dia menarik Wafa Natasha dalam pelukannya.
“Abang...” tersentak Wafa
Natasha dengan apa yang dilakukan oleh Putra Huzaiman. “Abang, tolonglah!”
“Tolong apa? Tolong
peluk lebih erat ke?” bisik Putra Huzaiman. Dia tidak peduli dengan orang
sekeliling yang melihat mereka berdua.
“Okey! Okey! Sha minta
maaf pada abang sebab cakap kasar dengan abang. Tak ada niat pun nak cakap
macam tu. Abang Ammar betul-betul tak sihat. Sha kasihan kat abang Ammar.” Panjang
lebar Wafa Natasha berkata.
Putra Huzaiman
meleraikan pelukannya. Dia duduk di kerusi yang Wafa Natasha duduk sebentar
tadi.
“Tak apa la. Abang faham.”
Perlahan suara Putra Huzaiman menuturkannya. “Abang maafkan Sha.” Putra
Huzaiman menghulurkan tangannya sambil tersenyum.
Wafa Natasha tidak
menunggu lama. Pantas tangannya menyambut huluran tangan suaminya dengan
senyuman yang manis.
“Nakal!” Putra Huzaiman
menarik pipi yang makin tembam itu.
Wafa Natasha tersenyum
bahagia.
Manakala Amman dan
Ammar di wad. Ammar akan pulang petang nanti selepas dia pulih sepenuhnya.
“Nanti Sha masak untuk
abang ye?” suara riuh Wafa Natasha kedengaran dalam bilik mereka.
“Okey.” Putra Huzaiman
tersenyum manis.
Wafa Natasha dan Putra
Huzaiman rasa pelik kerana Ammar dan Amman sedang termenung. Terkaku.
“Kenapa ni?” bisik
Putra Huzaiman. Dekat sangat dengan telinga Wafa Natasha.
Wafa Natasha tersenyum.
“Mungkin si kembar ni dah jatuh cinta kot.”
“Mana Sha tahu?” Mereka
berdua masih berbisik.
“Sebab dulu, masa abang
jatuh cinta dengan Sha, abang banyak termenung dan suka tanya soalan yang tak
munasabah.” Wafa Natasha mula mengusik suaminya itu.
“Ye ke? Soalan apa tu?”
Putra Huzaiman sendiri sudah lupa.
“Betul ke Sha dah jatuh
cinta dengan saya? Sebelum kahwin lagi. Abang asyik tanya soalan tu je. Naik jemu
nak jawap.” Wafa Natasha membuat muka. Dia duduk di kerusi yang ada dalam bilik
tersebut.
“Ala, itu untuk
kepastian je.” Putra Huzaiman tidak mahu dimalukan. Egonya mesti diutamakan. Mana
boleh Sha kenakan aku macam ni.
Belum sempat Wafa
Natasha menjawab, Amman terlebih dahulu berkata. “Bila bos dan Sha sampai sini?
Tak perasan pula.”
“Betul tu! Memang tak
perasan.” Ammar menyambung pula.
Putra Huzaiman dan Wafa
Natasha saling pandang memandang. Akhirnya mereka berdua ketawa.
“Hahahaha!!!” Putra
Huzaiman ketawa bagaikan dunia ini dia yang punya. Tidak pernah dirinya ketawa
begitu. Amman dan Ammar memang kelakar saat ini.
Kini, giliran Amman dan
Ammar pula saling pandang memandang. Mereka tidak faham apa yang terjadi. Tidak
tahu punca Putra Huzaiman dan Wafa Natasha ketawa. Mereka pun tersenyum sahaja.
p/s : semoga terhibur...ikuti kisah percintaan amman dan ammar dalam novel nanti...insya allah....nantikan tema seterusnya iaitu SERAM PART 1