Putra Huzaiman pengsan.
“Mama…” Wafa Natasha dapat mengecam wajah Datin Isma
walaupun ibu mertua itu memakai bedak sejuk penuh muka.
“Mama la. Yang si Man ni pengsan awatnya?” Datin Isma
rasa pelik.
“Dia ingatkan mama ni hantu.”
“Subahanallah… budak bertuah ni.” Mengucap dibuatnya. “Mama
memang tiap-tiap malam pakai bedak sejuk ni. Biasanya terus tidur tapi malam
ni, papa kau tu mengada-ngada nak mama buatkan air untuknya. Terpaksa keluar
dengan muka macam ni,” jelas Datin Isma.
Ammar dan Amman hanya mampu tersengih. Kasihan Putra.
“Abang Amman dan Abang Ammar, tolong angkat suamiku GK
ni ke bilik ye?” pinta Wafa Natasha. Punya la terkejut sampai macam ni sekali.
“Mama, nak minta bedak sejuk sikit.” Wafa Natasha
tersenyum nakal.
“Boleh. Meh ke bilik mama…” Datin Isma sudah siap
secawan air milo panas dan menuju ke biliknya.
Putra Huzaiman tersedar. Kepalanya terasa pening. Dia memaksa
matanya melihat jam di dinding. Sudah pukul 3 pagi.
Dia melihat Wafa Natasha membelakanginya. Rasa rindu
pula untuk menatap wajah isteri tercinta. Dengan harapan rasa peningnya hilang
di bawa bayu.
Dipalingkan tubuh Wafa Natasha agar menghadapnya.
Putra Huzaiman sedikit tersentak tetapi dia yakin itu
Wafa Natasha.
“Sha…” kejut Putra Huzaiman dengan rasa geram.
“Ye, abang…”
“Sejak bila pakai bedak sejuk ni?”
“Sejak abang pengsan tadi…” Wafa Natasha ketawa kecil.
Tiba-tiba bahu Wafa Natasha di cengkam kuat oleh Putra
Huzaiman.
“Abang nak cakap ni. Muka Wafa Natasha memang cantik. Bersih.
Putih. Abang rasa tak perlulah sayang pakai benda alah ni. Lagi pun abang
terima sayang seadanya walaupun sayang gelap ke? Hodoh ke? Sebab abang nak Sha
tahu yang abang cintakan Sha sebab sikap Sha, peribadi Sha, keturunan Sha,
agama Sha dan kerana Sha mencintai abang jadi abang wajib balas cinta Sha kan? Kan?”
ada senyuman yang terukir di wajah Putra Huzaiman.
“Eh, bila masa Sha cakap Sha cintakan abang?”
sebenarnya Wafa Natasha ingat-ingat lupa tetapi dia terharu. Lelaki yang
dibencinya sepenuh hati kini dicintai sepenuh jiwa ini.
“Tak habis-habis nak mengusik abang ye?” makin geram Putra
Huzaiman pada isterinya. Pantas tangannya memeluk tubuh Wafa Natasha seperti
memeluk bantal peluk.
“Abang, janganlah peluk macam ni. Lemas la!”
“Biarlah. Malam ni abang nak tidur dengan Sha muka
putih-putih melati ni.” Geram Putra Huzaiman. Dia melepaskan geramnya dengan
mencium pipi Wafa Natasha.
“Eh, nak peluk tu tak kisah sangat tapi ada aktiviti
lain ini yang tak sedap ni.” Sengaja Wafa Natasha berkata begitu.
“Itu aktiviti kasih sayang.” Putra Huzaiman tersenyum
bahagia.
Akhir Wafa Natasha hanya membiarkan sahaja perlakuan Putra Huzaiman terhadapnya.
“Kenapa diam?” soal Putra Huzaiman apabila isterinya
tidak memberi sebarang respons.
“Sedang menikmati pelukan abang..”
“Ye ke ni? Jauh aje termenung tu…”
“Ye lah!”
“Sayang, jom pergi bercuti.”
“Bercuti? Okey gak tapi nak pergi mana? Jepun? Korea?
Australia?” sengaja Wafa Natasha bertanya.
“Kita pergi Melaka!” Hati Putra Huzaiman sudah jatuh
cinta dengan Melaka.
“Alahai abang, kat Malaysia ni banyak tempat menarik. Melaka
juga dia nak pilih.”
“Abang rasa Melaka satu negeri yang sangat istimewa
bagi abang…”
“Sebab?”
“Sebab di situ ada kenangan indah abang bersama Sha.” Nada
Putra Huzaiman serius. Dia merenung tajam pada Wafa Natasha.
Wafa Natasha sedikit tergamam dengan pengakuan itu. Tiada
sebarang tindak balas yang diberinya.
p/s: Tamat juga bab Seram FINAl..huhuhu harap2
terhibur walaupun tak seram…hihihih maaf juga sebab pendek je....jangan marah...kalau marah tak comel la hihihi...oh….agak-agak lepas ni tema apa pula?
Tunggu Tema HOLIDAY part 1…….huhuhu semoga terlaksana…insya allah…