Huzaiman dan Natasha pulang
pada pukul 11 malam selepas makan malam. Badan mereka berdua terlalu penat.
Penat mengenakan satu sama lain. Huzaiman tidak habis-habis dengan GKnya
manakala Natasha pula dengan dendamnya.
Natasha menyangkut tudungnya
berwarna coklat gelap itu di penyangkut. Dia terus berbaring di atas katil
dengan baju t-shirt biasa dan seluar jeans biru.
Huzaiman menguap. Dia
menggeleng melihat tingkah laku isterinya.
“Sha, pergilah tukar pakaian
tu. Miang nanti katil ni.” arah Huzaiman. Lagaknya seperti orang tua.
“Penat...” mata Natasha
dipejamkan rapat.
Huzaiman sudah lengkap
berpakaian baju tidur berwarna biru. Itulah pakaiannya tiap kali tidur.
“Penat ya...” ada suara yang
berbisik di telinga Natasha.
Terbeliak mata Natasha. Dia
terus bangun dan serentak itu dia menolak tubuh Huzaiman yang begitu hampir
dengannya.
Bukk!
Huzaiman jatuh katil. Saat itu
Natasha tidak dapat menahan gelaknya. Dia ketawa sekuat hatinya.
“Oh, sedapnya orang tu ketawa.”
Huzaiman bangun dan berpura-pura bagaikan tidak berlaku apa-apa.
Huzaiman menghampiri Natasha.
Makin lama, makin dekat.
Natasha terdiam.
“Sha nak pergi tukar baju
tidur.” Natasha terus berlari masuk ke bilik air selepas mencapai baju tidur
yang sama dengan Huzaiman. Warna biru satu Malaysia.
“Cantik juga baju ni?” dia perhatikan
tubuhnya pada cermin besar yang ada dalam bilik air. Kainnya selesa.
“Sha, buat apa lama sangat
dalam bilik air tu?” Huzaiman ketuk pintu bilik air.
Natasha tersenyum.
“Sha nak tidur dalam bilik air.”
“Kenapa? Kenapa tak nak tidur
dengan abang?” Huzaiman rasa pelik. ‘Sha tak nak tidur dengan aku? Kenapa? Aku
busuk ke? Rasanya dah pakai minyak wangi.’ Huzaiman keliru.
Natasha hanya mendiamkan diri. Sengaja
dia seksa perasaan Huzaiman. Suaminya itu terus merayu. Kali pertama dia rasa
puas kerana seorang gila kuasa merayu padanya. Hati jahat Natasha muncul.
“Sha sakit hati dengan abang.” Makin
lebar senyuman Natasha.
“Kenapa pula?”
“Sebab paksa Sha tukar baju ni.
elok-elok je Sha mengantuk tadi. Sekarang dah tak mengantuk jadinya.” Jerit Natasha
dari dalam bilik air. “Hati Sha terluka dengan sikap abang.” Sengaja Natasha
membuat nada yang sedih.
“Kenapa dengan sikap abang?”
Natasha tidak menjawapnya.
Huzaiman mencapai telefon
bimbitnya lalu menghubungi Amman.
“Bos!” dia serba salah.
“Amman, tolong saya.”
“Kenapa bos?” Hati Amman
berdebar-debar. Amman dan Ammar menginap di hotel yang sama dengan Huzaiman.
“Sha... Hati dia terluka tetapi
tak nak beritahu kenapa?” Huzaiman binggung.
“Bos, wanita yang terluka
hatinya kadang kadang memang dia tak kan bagitau apa sebabnya. Namun di dalam
hatinya, dia berharap agar orang lain faham isi hatinya.” Penuh tersirat
kata-kata Amman.
“Okeylah abang.” Talian terus
dimatikan.
Amman membuat muka pelik.
“Kenapa Putra call?” soal Ammar
pula. Dia baru sudah mandi. Rasa segar.
“Entah la. Mungkin Sha buat hal
kot.”
“Kan Sha tak suka Putra. Abang tak
tahu ke?”
“Tak tahu pun.” Amman memandang
adiknya itu penuh minat.
“Tengok muka Sha pun dah tahu
dia tak suka Putra.”
“Mesti Putra boleh atasi
masalah ni.” Amman yakin. Dia sudah menuju ke bilik air. Gilirannya pula
membersihkan diri.
“Hati perempuan macam Spongebob, abang. Walaupun
hati dia basah kerana tangisan, hati dia tetap lembut-selembut macam span basuh
pinggan, kan kan ?” Ammar mula berpuitis.
‘Apa adik aku mengarut ni?
Spongebob? Ini mesti dah terpengaruh dengan cerita kegemaran dia.’ Akhirnya Amman
hanya angguk kepala dan terus masuk ke dalam bilik air.
*****
“Apa maksud Amman ni? Satu apa
pun aku tak faham. Nampaknya aku kena guna kuasa GK aku,” Huzaiman sudah boleh
tersenyum.
“Kalau Sha tak keluar bilik air
sekarang dan tidur dengan abang atas katil ni, abang akan pastikan Sha akan
dapat tiga orang anak dalam masa setahun,” Huzaiman terlepas cakap. ‘Macam tak
logik dalam setahun dapat tiga orang anak?’
Natasha dapat mendengar dengan
jelas kata-kata. ‘Gila ke si GK ni?’ Hatinya berdebar hebat.
“Abang boleh guna alasan yang
Sha terperangkap dalam bilik air, dan masa tu, abang tak kan lepaskan Sha.” Ugut
Huzaiman lagi.
Natasha tersentap. Dia terus
buka pintu dan berlari ke katil. Dia berbaring atas katil dengan membelakangi
Huzaiman.
Huzaiman tersenyum kemenangan.
Dia peluk Natasha dari belakang dan terus terlelap.
Natasha pula tidak dapat tidur.
Dia berjaya sehingga pukul 6 pagi. Waktu itu sudah masuk subuh.
Huzaiman bangun untuk
menunaikan solat subuh. Barulah Natasha boleh lelap. ‘Dia sedap je tidur tapi
aku memang tak boleh tidur kalau ada orang peluk macam tu.’
Huzaiman tahu Natasha tak tidur
semalaman. ‘Boleh tahan juga mata isteri aku ni.’ Dia biarkan Natasha tidur
seketika. Pukul 6.30 pagi Huzaiman kejut isterinya bangun.
“Sayang, bangun. Solat dulu dan
baru tidur semula.”
“Mengantuk la...” Natasha masih
memejamkan mata.
“Tak baik cakap macam tu. Lepas
dating dengan Allah, sayang kena dating dengan abang pula.” Penuh makna
kata-kata Huzaiman.
Mata Natasha sedikit segar. Dia
segera menunaikan solat selepas mandi. Huzaiman asyik dengan telefon canggihnya
itu. ‘Mesti urusan kerja. Pergi honeymoon pun sibuk dengan kerja. Sah GK!’
Natasha pejamkan mata. Dia
perlukan tidur yang secukupnya untuk membalas dendam.