Tengku Shariff Fairy gembira
dengan pertemuan dengan Natasha. Ini kali kedua mereka bertemu dalam sehari.
‘Memang jodoh kot.’
‘Jodoh
kebendanya, perempuan tu isteri Huzaiman. Sah! Sah la bukan jodoh kau.’ Ada
suara lain yang menyatakan begitu.
Tengku
Shariff Fairy mengangguk kepala. Kecantikan Natasha begitu menyerlah dengan
wajah yang lebih berseri.
Huzaiman
membuat muka serius. Dia tidak suka Shariff Fairy memandang Natasha begitu. Dia
rasa mahu dicungkil biji mata dan masak bubur. Mentang-mentanglah baru pandai
masak bubur.
“Kita
makan kat kedai lain la.” kata Huzaiman apabila melihat musuhnya turut berada
dalam kedai tersebut. Dia menarik tangan Natasha. Sememangnya dia tidak suka
pada Tengku Shariff Fairy kerana lelaki itu sering sahaja membuat dia sakit
hati dan gila kuasanya tidak dapat dipamerkan.
“Okey...”
Natasha hanya mengikut langkah suaminya itu.
“Relaks
bro...” Tengku Shariff Fairy menghalang langkah Huzaiman. Walaupun petang tadi
Huzaiman telah menghina dia, tetapi dia tidak kisah asalkan dapat melihat
Natasha yang cantik ini.
“Apa
relaks-relaks? Aku tak suka kau. Aku bersyukur setiap hari sebab kau tak pernah
jadi pelanggan syarikat aku.” kata Huzaiman.
“Bersyukur?
Ooo.... Lepas ni kau kena buat kenduri kesyukuran sebab aku sudi nak beli
Garden Love syarikat kau.” Akhirnya Tengku Shariff Fairy membuat keputusan.
“Sorry,
tawaran ditutup.” Huzaiman terus berlalu.
Tengku
Shariff Fairy tersentap. Pelik dengan sikap Huzaiman. Akhirnya dia membiarkan
sahaja mereka berdua berlalu. Entah mengapa dia suka melihat perempuan itu
berpasangan dengan Huzaiman. Nampak sesuai!
Akhirnya
mereka mengambil keputusan untuk makan kedai biasa sahaja.
“Sha
nak makan apa?”
“Bagi
nasi goreng tom yam dan air kosong sahaja.” Kata Natasha perlahan.
“Sedap
ke nasi goreng tom yam?” bisik Huzaiman perlahan di telinga Natasha. Al-Maklumlah.
Ini adalah kali pertama dia buat pesanan di kedai biasa-biasa.
“Kena
cuba dulu baru tahu.” Sengaja Natasha berkata begitu. Dia rasa selesa kalau
Huzaiman tidak memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
“Baiklah!”
Huzaiman pesan makanan yang sama.
Mereka
makan dengan penuh selera terutamanya Huzaiman. Lelaki itu baru tahu ada nasi
yang begitu sedap di dunia ini selain nasi goreng biasa.
‘Kasihan....’
kata hati Natasha.
Selepas
mereka makan, mereka bertolak pulang. Hati Natasha sudah tidak tenang. Dia
takut apabila ke kondominium tersebut.
Di
tempat letak kereta, Azlin sudah lama menunggu mereka.
“Hai!”
tegur Azlin.
Bulat
mata Natasha melihat Azlin sedang tersenyum manis. Bagaikan tiada apa-apa. Hati
Natasha terasa sakit. Betapa dia bimbang akan keadaan Azlin.
Natasha
ingin merapati Azlin tetapi pantas tangan Huzaiman mencengkam lengannya.
“Kita
akan bincang nanti. Kau tunggu sini!” arah Huzaiman. Azlin hanya tersenyum.
“Huzaiman,
lepaskan aku! Aku nak jumpa Azlin!” jerit Natasha.
Huzaiman
pura-pura tidak mendengarnya sehingga mereka masuk ke dalam kondominium milik
Huzaiman.
Dia
mengunci pintu tersebut.
“Lepaskan!”
marah Natasha. Dia tidak akan berputus asa. Dia berusaha menarik tangannya dari
terus dicengkam oleh Huzaiman.
Huzaiman
menahan hati dan perasaannya. Betapa sakitnya apabila wajah bimbang Natasha
hanya untuk seseorang yang tidak menghargainya.
“Lepaskan!
Aku nak jumpa Azlin! Lepaskan!” cengkaman Huzaiman amat kuat. Wajah lelaki itu
tiada riak atau perasaan. Hanya setia memandang Natasha dengan pandangan yang
kosong.
Natasha
beranikan diri menggigit tangan Huzaiman yang mencengkamnya.
Huzaiman
hanya menahan sahaja. Untuk melepaskan Natasha, tidak sama sekali!
“Lepas!”
jerit Natasha sambil menarik tangannya tetapi Huzaiman masih kaku. Akhirnya
Natasha terduduk atas lantai dengan lengannya masih dipegang kukuh oleh
Huzaiman.
“Lepas.....”suara
Natasha semakin lemah. Dia menangis bersunguh-sungguh. Dia mahu berjumpa dengan
Azlin. Mahu bertanya banyak soalan. Betul ke Azlin ingin menjualnya? Dia masih
tidak mempercayainya.
Azlin
melayannya dengan baik. Selalu memberi kata-kata semangat. Selalu menasihati
dirinya agar menjaga kesihatan diri.
“Azlin...”
Natasha masih menyeru nama itu.
Baru
kini Huzaiman terasa tangannya sakit akibat gigitan Natasha sebentar tadi. Dia
duduk mencangkung depan Natasha lalu mencengkam bahu Natasha.
“Kalau
Sha nak jumpa dia juga, Sha kena janji dengan abang yang Sha akan terus setia
dengan abang selamanya. Boleh?” kata Huzaiman. Dia hanya mahu Natasha terus
setia padanya. Setia dan setia. Itu sahaja yang dia mahukan dari Natasha. Terus
berada di sisinya walaupun Natasha tidak menyintainya.
Natasha
mendongak.
Natasha
mencari sesuatu dalam pandangan
Huzaiman. Dia hanya mahu penjelasan daripada Azlin. Itu pun cukup.
“Baiklah!”
Natasha bersetuju tanpa berfikir panjang.
“Tunggu
sini...” Huzaiman berlalu pergi.
“Ammar,
bawa Azlin ke apartment kamu.”Huzaiman menghubungi Ammar. Mereka berdua akan
ditemukan di situ.