Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk. Amman membukanya.
Alangkah terkejutnya dia. Lantas air matanya mengalir deras. Dia rasa terharu.
“Encik
Huzaiman minta saya ke sini. Memberi rawatan.” Seorang doktor masuk ke dalam
bilik mereka.
“Jemput
masa doktor.” Air mata yang mengalir dengan pantas Amman mengelapnya. Dia cuma
tersenyum manis.
Selepas
pemeriksaan, doktor itu tersenyum.
“Bagaimana
dengan keadaan adik kembar saya ni, doktor Hana?” Ammar rasa sangat bimbang.
Jarang sekali mereka demam.
“Oh,
encik Amman tak payah risau. Encik Ammar demam biasa je. Ini ubatnya. Jika tak
kebas lagi, bawa ke klinik ayah saya ye?”
“Baiklah
doktor Hana.”
Selepas
menghantar Doktor Hana ke pintu luar,
Amman kembali ke biliknya semula. Dia basahkan tuala kecil lalu dikeringkan dan
diletakkan atas dahi Ammar.
“Adik
nak makan apa ni?” soal Amman. “Nanti abang masakkan.”
“Nak
makan chicken Chop...” lemah suara Ammar.
“Ini
demam ke tak demam ni? selera besar benar...” marah Amman pada adiknya.
“Hahaha
adik gurau je. Adik nak bubur ayam yang selalu abang buat untuk adik...” Ammar
pejamkan matanya. Terasa berat kepalanya.
“Baiklah!
Abang pergi cari ayam yang segar kat pasar. Adik tunggu.” Amman terus keluar.
Dia memandu kereta menuju ke pasar. Selepas membeli seekor ayam dan beberapa
jenis sayur yang sesuai di masukkan dalam bubur, dia segera pulang.
Buk!!
Kereta
yang dipandu oleh Amman di langgar dari belakang. Kedua-dua kereta berhenti di
bahu jalan.
“Habis
kereta aku..” Amman merenung keretanya yang kemek di bahagian belakang kereta.
Janganlah Putra marah aku. Walaupun kereta ni bukan dia punya, tapi dia akan
membebel mengalahkan tuan kereta punya. Sabar ajelah.
“Encik!
Maaf! Saya baru dapat lesen. Saya tak sengaja. Maaf! Saya akan bayar ganti
rugi.”
“Betul
nak bayar ganti rugi ni?” Amman baru sedar yang seorang perempuan yang
melanggar keretanya.
“Betullah!”
perempuan itu kelihatan bersungguh-sungguh.
“Baiklah!”
Amman setuju sahaja.
“Okey.
Ini kad saya. Nama Saya Nurul Izzah. Panggil Izzah sahaja.” Perempuan itu
memperkenalkan diri.
“Saya
Amman.”
“Baiklah,
jom pergi ke bengkel kereta.” Izzah sudah bergerak ke keretanya untuk membawa
Amman ke bengkel yang dimaksudkan olehnya.
“Nanti
dulu! Lain kalilah. Adik saya tidak berapa sihat. Saya kena segera pulang ke
rumah.” Tolak Amman.
“Okey
je...”
Sebaik
sahaja Amman sampai di rumah dia terus menjenguk adiknya di bilik.
“Adik!”
jerit Amman apabila melihat Ammar terbaring atas lantai. Wajahnya benar-benar
pucat.
Amman
bergerak pantas menghantar Ammar ke klinik Doktor Hana. Dia menunggu dengan
sabar di luar bilik rawatan. Dia sendiri tidak pasti sebab Ammar sakit begitu. Belum
pernah dia sakit seperti itu. Perasaan bimbang tidak dapat dibendung lagi.
“Baiklah
abang Ammar, Sha faham.”
“Terima
kasih Sha!” Ammar tersenyum di hujung talian.
“Siapa
call?” muncul Putra Huzaiman di belakang Wafa Natasha. Dia duduk di sofa. Mata
asyik memandang dokumen yang dipegangnya.
Belum
sempat Wafa Natasha menjawab, Putra Huzaiman berkata. “Pakwe baru ye?”
sindirnya.
Wafa
Natasha mengeluh.
“Ha’ah!
Pakwe baru. Dia sakit pula. Kasihan. Boleh Sha pergi hospital teman dia kejap?”
Wafa Natasha meminta izin. Dia sudah berada di pintu. Belum sempat dia membuka
pintu, Putra Huzaiman memeluknya dari belakang. Dia bisikan sesuatu.
“You're
mine! Yesterday!Now! Tomorrow! And forever!” tegas sekali bisik Putra Huzaiman.
Wafa
Natasha tersenyum. Faham sudah dia jika Putra Huzaiman bercakap dalam Bahasa
Inggeris. Maknanya dia sedang marah.
“Tapi
pakwe Sha tengah sakit ni...”
“Sha...”
Geram Putra Huzaiman. Kata-kata aku tadi tak berbekas kat hati dia ke? makin
geram dirasainya.
“Betul
la! Pakwe Sha yang sangat Sha sayangi dan cintai tengah sakit!” Wafa Natasha
masih mahu mengusik Putra Huzaiman.
Putra
Huzaiman meleraikan pelukannya. Dia berpaling dari terus melihat isterinya. Sakit
hatinya mendengar Wafa Natasha memuji orang lain.
“Ish
abang ni, betul la. Buah Sha sedang sakit tapi sakit hati. Betul kan?” Wafa
Natasha memeluk Putra Huzaiman dari belakang.
Wafa
Natasha maksudkan sakit itu adalah dirinya. Memang nakal betul Sha. Sakit hati
ni tau fikir yang bukan-bukan.
Kini,
giliran Wafa Natasha pula berbisik.
“Tanpa
Putra Huzaiman, hidup Wafa Natasha sentiasa dalam kegelapan. Sha cintakan
abang...” Akhirnya Wafa Natasha melafazkan kata-kata cinta pada Putra Huzaiman.
Putra
Huzaiman terlalu gembira. Dia berpaling lalu memeluk erat tubuh Wafa Natasha
yang kecil itu. Dia ingin mencium wajah Wafa Natasha tetapi di tolak oleh Wafa
Natasha.
“Kenapa?”
Putra Huzaiman tidak mengerti sebab Wafa Natasha menolak sentuhannya.
“Saja...
Nak kenakan abang!” Wafa Natasha ketawa kecil sambil melarikan diri dalam bilik
pejabat Putra Huzaiman yang besar itu.
“Sha!”
geram Putra Huzaiman. Dia hampir lupa pada Amman dan Ammar.