Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
PASAR part 3

“Apa dia abang?” hati Wafa Natasha masih sakit dengan sikap Putra Huzaiman yang membuli seorang mak cik. Dia tidak suka cara Putra Huzaiman.

“Sha marah pada abang?” Putra Huzaiman bertanya. Mimik wajah isterinya itu ditilik. Dia tidak mahu perasaan marah ada dalam diri Wafa Natasha.

Wafa Natasha tidak menjawab. Dia terus berpaling dan berjalan.

Putra Huzaiman tidak berpuas hati. Dia meletakkan semua barang-barang yang dibelinya di lantai jalan lalu menghubungi Amman.

“Hello, cukup-cukuplah makan tu. Mari tolong angkat barang-barang ni.” arah Putra Huzaiman. Dia tahu yang Amman dan Ammar sedang makan di gerai yang ada dalam pasar tersebut.

Tersedak Amman. Dia ingat majikannya itu tidak perasan. Amman terbatuk-batuk. Jadi, Ammar menyambung perbualan itu.

“Baiklah bos!”

Ammar dahulu menghampiri Putra Huzaiman yang berdiri di tengah pasar.

“Bos, kami pakai baju biasa pun bos boleh kenal ke?” soal Ammar lalu mengambil beg plastik yang banyak itu.

“Mestilah kenal. Cara penyamaran kau orang berdua tak real! Saya nak kamu berdua...” kata-kata Putra Huzaiman terhenti apabila melihat kelibat Amman tiada.

“Mana abang kamu?”

“Abang?”

“Ya... Abang kamu la...”

“Abang tersedak. Dia ambil masa untuk pulih kembali.”

“Tak kisahlah! Saya nak kamu berdua pergi cari Sha dan saya tunggu di kereta.” Putra Huzaiman mula naik rimas berada di pasar yang bising ini.

“Baiklah bos!”

Putra Huzaiman terus menghilang.

“Sha!” panggil Ammar.

“Abang Ammar...” terkejut melihat abang angkatnya berada di situ.

“Jom jumpa bos...” ujar Ammar.

“Tak nak! Kalau dia nak jumpa Sha, abang cakap je Sha kat kedai makan sana.” Wafa Natasha menunjukkan sebuah kedai makan yang berada dalam pasar tersebut.

“Ala, bos mesti tak nak pergi tempat-tempat macam tu. Sha macam tak faham je.” Ammar tahu perangai majikannya itu.

“Faham tapi Sha tetap nak dia datang makan kat situ.” Wafa Natasha terus berlalu.

“Sha, bos tak ada dalam keretanya...” Amman muncul tiba-tiba. Semput dia berlari mencari Ammar dan Natasha.

“Ke mana pula bos pergi?”

“Tak tahu la.”

Wafa Natasha mula rasa tidak sedap hati. Apa yang perlu dia lakukan? Cari Putra Huzaiman atau membiarkan sahaja?

“Jom cari dia!” Wafa Natasha memberi arahan.

Tanpa mereka bertiga sedari, Putra Huzaiman sedang memerhati mereka. “Risau la tu sebab aku dah hilang...” Putra Huzaiman tersenyum lebar.

Previous: PASAR part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.