Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
Bab 20

Huzaiman tertidur apabila menunggu Natasha mandi terlalu lama. Ketika itu dia masih bertuala. Ingatkan lepas Natasha mandi, dia pula mandi tetapi gadis itu pula lama dalam bilik air.

Huzaiman tersedar apabila dia terasa sejuk.

“Natasha! Wafa Natasha!” panggil Huzaiman. Dia pergi ke bilik air. Natasha tiada di situ.

“Mana dia?” Huzaiman gelabah. Dia menelan liur. ‘Kalau aku tak jumpa Natasha dalam 30 saat, aku akan keluar mencari dia.’ Huzaiman nekad.

Huzaiman terus memanggil nama Natasha. Lagaknya seperti bilik hotel itu besar. Langkahnya terhenti apabila tiba di beranda. Rupanya Natasha di situ. Dia sudah lengkap berpakaian. Cantik!

Kebetulan hotel mereka berdekatan dengan pelabuhan. Dia sendiri tidak pasti. Maka, ada angin sepoi-sepoi bahasa menyapa Natasha.

“Sha!” Huzaiman terus menerpa ke arah Natasha. Dia memeluk gadis itu dengan erat sekali.

“Abang... Abang lepaslah.”

Huzaiman mencium Natasha.

“Nak peluk, peluk je la. Mulut tu jangan gatal sangat.” Natasha berhenti meronta. Dia hanya mahu ketenangan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk melupakan masa silam yang menakutkan.

Natasha mengeluh.

“Kenapa mengeluh?” soal Huzaiman. Dia suka jika Natasha mengikut semua kehendaknya tanpa banyak cakap.

Huzaiman memeluk belakang Natasha. Dia tidak melawan lagi. Huzaiman tersenyum.

Natasha keliru. ‘Perlukah aku memberitahu dia tentang masa silam aku? Tidak! belum tiba masanya lagi. Belum!’

“Jom keluar...” ajak Natasha.

“Ingatkan nak honeymoon dalam bilik. Tadi pun kita dah honeymoon dalam bilik air.” Usik Huzaiman.

Serentak itu wajah Natasha merah. Dia tidak sangka yang Huzaiman akan ada dalam bilik air itu.

“Comelnya insan bernama Wafa Natasha ni...” puji Huzaiman sambil mengerakkan Natasha supaya memandangnya.

Natasha terpaksa ikut. Wajahnya ditundukkan. Hatinya berdebar-debar. Dia menelan liur berkali-kali. Ligat otaknya memikirkan alasan untuk mengelak diri dari terus berada di situasi ini.

“Abang, ada bau busuk la.”

“Bau apa? Bau kentut?” Huzaiman buat lawak.

“Bau busuk abang la. Dah pergi mandi. Asar dah lama masuk. Asyik tidur je kerjanya. Cepat-cepat pergi solat.” Arah Natasha.

“Sejak bila pula Sha jadi GK ni?” Huzaiman tidak habis-habis mahu mengusik Natasha.

“Sejak zaman purba lagi. Kenapa? Cemburu ke?” Natasha pun melayan sahaja.

“Mestilah cemburu. Patutnya abang lagi berkuasa dalam rumahtangga.” Huzaiman mula rasa tidak selesa kerana kuasanya di ambil oleh Natasha.

“Gurau je la. Dah! Pergi mandi!” Huzaiman terus berlari ke bilik air.

Natasha tersenyum. Terlatah Huzaiman kadang-kadang mencuit hatinya. Tiba-tiba senyumannya mati. ‘Dendam! Tapi dalam hati aku ada dendam. Dendam pada suami dan keluarga suamiku sendiri. Dendam yang mungkin tidak akan terpadam selagi mereka semua tidak rasa apa yang aku rasa. Dendam. Hidup aku semata-mata dendam ini.’

Mood Natasha terus berubah.

*****

Amman dan Ammar menunggu mereka berdua dari tadi.

“Mana dia orang abang?” Ammar bertanya. Kesunyian dalam kereta membuat dia banyak bercakap. Matanya asyik memandang kereta Toyata Camry milik Putra Huzaiman.

“Abang, kenapa senyap dari tadi ni?” Ammar masih bertanya. Dia duduk di sebelah pemandu.

“Abang...” Ammar berpaling melihat abang kembarnya itu.

“Abang!” geram Ammar. “Sedapnya dia tidur! Jadi tadi adik membebel sorang-sorang la ya?” dia tolak-tolak badan Ammar supaya bangun.

“Jangan kacau abang.” Ammar tidur di tempat duduk pemandu.

Ammar geram! Dia menaikkan kerusi tempat duduk pemandu itu.

“Nak tidur tu ajak la kita!” manja sekali Ammar dengan abangnya itu.

“Abang kan memandu tadi. Adik kan takut memandu.”

“Adik bukan takut, tapi fobia.” Ammar hampir-hampir kemalangan di jalan raya. Sejak hari itu dia tidak berani mahu memandu di jalan raya lagi.

“Okey... Okey... Bagi abang berehat sekejap. Penat memandu tadi.” Kata Amman.

“Baiklah. Abang tidur. Adik perhatikan mereka.” Ammar mengalah. Kasihan melihat wajah Amman.

Di Zoo Melaka tadi pun mereka berdua hampir lupa matlamat mereka adalah mengintip Huzaiman dan Natasha. Ini kali pertama mereka pergi ke Zoo. Dapat melihat haiwan-haiwan. Sejak kecil mereka tidak pernah pergi tempat lawatan. Apabila ibu bapa mereka meninggal dunia, Dato Ismail pula mengambil mereka sebagai anak angkat.

Selepas masuk ke dunia Dato Ismail, mereka tiada rehat langsung. Tugas mereka mesti melindungi Putra Huzaiman. Itu yang mereka lakukan hingga sekarang.

Mereka rasa mahu berterima kasih pada Natasha kerana secara tak langsung membawa mereka ke Zoo Melaka kerana mereka pun tidak pernah dan tidak berpeluang untuk pergi ke tempat-tempat seperti itu.

Akhirnya Ammar juga tertidur akibat banyak termenung melihat kereta Putra.

*****

Huzaiman mengajak Natasha keluar selepas dia menunaikan solat.

“Kita nak ke mana?” soal Natasha. ‘Lebih-lebih pula mamat ni. Patutnya aku yang rancang honeymoon ni. Cepat betul dia suaikan diri dengan keadaan.’

“Abang baru je seacrh internet. Banyak tempat shopping kat sini. Jom! Abang belanja sayang...” kata Huzaiman. Dia tidak mahu melihat wajah mencuka Natasha. Tidak sanggup rasanya. Biarlah gadis itu terhibur sikit jika keluar seperti ini.

“Abang pandu!” kata Huzaiman dengan senyuman.

Natasha mengeluh.

Huzaiman menghidupkan keretanya.

Serentak itu Amman dan Ammar tersedar dari tidur yang lena.

“Abang, mereka nak keluar dah!” Ammar berkata.

“Ya! Abang nampak la adik...” Amman mula menghidupkan enjin kereta. Mengekori mereka berdua.

“Ke mana pula mereka nak pergi?” Ammar teruja untuk mengetahuinya. ‘Sambil-sambil tu boleh berjalan sekali.’ Dia suka kerja yang dia lakukan sekarang.

Ammar tersenyum gembira.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.