“Jangan ingat Sha boleh
terlepas. Kita sambung kat rumah pula,” Putra Huzaiman masih geram dengan sikap
isterinya itu. Suka benar buat dirinya geram tetapi pada masa yang sama dia
rasa gembira.
“Baiklah Putra
Huzaiman.” Kata Wafa Natasha. “Sha nak minta izin abang, abang Ammar deman,
baru masuk wad tadi.”
Hati Putra Huzaiman
berdebar hebat. Dia sendiri akui yang pembantu peribadinya itu jarang demam.
Kalau seumur hidup berkhidmat dengannya, boleh bilang dengan jari berapa kali
mereka demam.
“Teruk ke?” Putra
Huzaiman bimbang. Susah juga tiada mereka berdua ni.
“Tak tahu la abang. Itu
pasal Sha minta izin abang nak pergi tengok abang Ammar.”
“Lunch nanti kita pergi
tengok.”
“Okey. Sayang abang.”
“Baru nak sayang ke?”
Putra Huzaiman menjeling isterinya.
“Dah lama sayang. Saje
tak nak beritahu abang.” Sengih Wafa Natasha.
“Tengok tu, nak kenakan
abang je kerjanya.”
“Kerja Sha jadi
setiausaha abang kan hari ni. mana ada kerja lain dah.” Wafa Natasha masih mahu
bergurau dengan suaminya. Hatinya benar-benar terhibur.
“Pandailah dia...”
Manakala kembar.
Amman merenung wajah
adiknya pucat. Rupanya gastrik. Ini mesti adik kelentong yang dia dah makan
semalam. Padahal busy siapkan minit mesyuarat tu. Hish geramnya!
“Terima kasih doktor.
Kalau tak. Teruk adik saya ni.”
“Tak apa. Itu kan dah
jadi tanggungjawab saya sebagai doktor.”
“Assalamualaikum...”
Tiba-tiba ada orang memberi salam. Amman dan Doktor Hana tersentak tetapi
mereka menjawab salam tersebut.
“Kakak!” Doktor Hana
terkejut.
“Izzah!” Amman juga
terkejut. Perempuan yang melanggar keretanya pagi tadi.
“Encik Amman kenal ke
kakak saya ni?”
“Pagi tadi Izzah
terlanggar kereta saya.” Jelas Amman. Entah mengapa baru sekarang dia
berpeluang untuk memandang seraup wajah milik Izzah.
“Oh...”
“Assalamualaikum...”
Wafa Natasha muncul.
Mereka bertiga menjawab
salam.
“Sha...” Amman
terkejut. Belum sempat dia mahu menanyakan tentang Putra Huzaiman, lelaki itu
sudah muncul di belakang Wafa Natasha. Dia menelan liur. Wajah ketuanya itu
serius pula. Ini melawat orang sakit ke orang yang dia dendam ni? Amman keliru.
“Doktor, macam mana
dengan abang saya?” soal Wafa Natasha dengan lembutnya.
“Pesakit hanya sakit
gastrik sahaja. Selepas berehat, makan ubat dan menerima suntikan, pesakit akan
pulih semula.” Doktor Hana tersenyum dan kemudiannya dia meminta diri. Dia
menghilang bersama Izzah.
Amman hanya memandang
Izzah dari jauh sahaja.
“Abang Ammar tak makan
ke semalam?”
“Katanya makan tapi
abang rasa dia tak makan la.” Jelas Ammar.
“Degil!” Putra Huzaiman
hanya duduk bersilang kaki. Sejak bila Ammar jadi begitu. Amman hanya tertunduk
sahaja. Setiap kata Putra Huzaiman hanya mampu membuat dia terdiam. “Esok saya
nak kamu masuk pejabat.” Arah Putra Huzaiman.
“Tapi Ammar?”
“Dia akan sembuh. Petang
nanti dia dah boleh balik. Mak Mah akan tengok-tengok dia.” Makin serius sahaja
suara Putra Huzaiman. Sebenarnya tanpa Ammar, segala urusan pejabat terbantut. Hari
ini pun nasib baik mesyuarat berjalan dengan lancar disebabkan minit mesyuarat
yang dibuat oleh Ammar.
“Doktor Hana tak cakap
apa-apa pun.”
Putra Huzaiman diam. Dia
yang keluarkan arahan itu, bukannya
doktor. Macam aku pula doktor.
“Abang ni melampau la!”
tiba-tiba Wafa Natasha duduk di sebelah Putra Huzaiman sambil berbisik.
“Kenapa?” Putra
Huzaiman pun berbisik. Kiranya seperti menghormati pesakit.
“Kan abang Ammar masih
perlukan rehat.” Geram Wafa Natasha.
“Dia lelaki, dia kuat
la.”
“Dah abang ni lelaki,
tak kuatlah? Tak boleh hidup tanpa kembar.” Wafa Natasha terlepas kata. Pantas dia
menutup mulutnya.
Putra Huzaiman
mendengus kasar. Dia bangun lalu keluar dari bilik wad tersebut.
“Alamak, dia dah
merajuk!”
Wafa Natasha memandang
Amman tetapi lelaki itu mampu mengangkat bahu sahaja.
p/s : merajuk dah si putra huzaiman....wafa sendiri tak tahu nak buat apa...apatah lagi kembar...cian kembar....