Wafa Natasha mengeluh. Sudah tiga kali dia
masuk dalam bilik untuk mengejut suaminya bangun sahur. Itu je.
“Abang, bangun la. Malu sikit pada si
kembar. Boleh je bangun?” kata Wafa Natasha.
“Lor, abang ni jenis orang tak bangun sahur…”
kata Putra Huzaiman dengan mata terpejam. Sebelum tidur dia sudah berniat
puasa.
“Abang ni… Sahur tu penting. Dan sahur juga
ada kebaikannya. Bangunlah cepat!” pujuk Wafa Natasha. Inilah kali pertama
bulan Ramadhan disambutnya dengan status isteri dan bersama suami tercinta.
“Kalau sayang hebat, buat apa bangun?”
cabar Putra Huzaiman.
“Macam mana?”
“Kiss abang ke…” entah mengapa mengantuknya
hilang tetapi dia masih masih pejamkan mata. Menunggu tindakan isterinya.
“Ini kissnya…” Wafa Natasha meletakkan
tuala basah atas muka suaminya.
Terkejut Putra Huzaiman.
“Sejuknya!”
“Dah bangun pun. Jom!” Selamba sahaja wajah
Wafa Natasha.
Putra Huzaiman mengeluh. Ikuti juga langkah
si isteri.
Hari pertama puasa di sambut dengan
perasaan penuh kesyukuran. Wafa Natasha tidak pasti hari ke dua. Dapatkah dia mengejut
suaminya bangun.
Akhirnya dia mengambil langkah mencari
cara-cara mengejut orang bangun tidur di internet.
“Jumpa!” ada senyuman yang terukir. Perlahan-lahan
dia membacanya ruangan di satu blog ini.
TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak
MENCABAR hihi
khas utk org yg liat bangun sahur...
1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil
memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan
goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond
Tapi kalau still tak ada effect:
1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol
gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam
baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit
'tsunami!' tsunami!
Tapi kalau still tak ada effect gak:
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa
rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah
Yaasin!
Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni
je la cara terakhir:
1. Panggil je orang masjid atau surau untuk
uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji
un...
Ketawa Wafa Natasha bergema.
“Boleh ke aku kejut si Huzaiman guna cara
ni? Mahunya dia saman aku. Naya! Naya!” senyuman masih setia di bibirnya.
Selepas itu, bacaan Wafa Natasha beralih
kepada komen-komen yang ada. Ada satu komen begitu menarik perhatiannya.
Tips paling mudah
untuk bangun sahur ialah minum air banyak2 sebelum tidor....confirm bangun
sebab tak tahan nak kencing.......hahahahahaa....inilah cara yang paling
berkesan..... cara yang diajar oleh ustaz masa sekolah dulu dan cheq amalkan
sampai sekarang....moga Allah rahmati ustaz yang mengajar cheq dulu...
“Mungkin cara ini berkesan kot... Boleh
cuba ni!”
Lantas dia menutup komputer riba. Dia perlu
menyediakan juadah berbuka puasa. Nasib baik Datin Isma sudi membantu.
“Abang, cepatlah bersiap. Kita nak
terawih ni.” Wafa Natasha sudah lengkap dengan telekung di kepala.
“Abang ada meeting...”
“Meeting apa malam-malam ni abang?”
“Meeting dengan Allah. Kejap abang ambil
wuduk...” Segera Putra Huzaiman berlalu ke bilik air.
“Sempat lagi suami aku bergurau.”
Perasaan bahagia menyerap masuk ke dalam hatinya.
“Sayang tahu tak, apa kelebihan solat terawih
di bulan Ramadhan?” soal Putra
Huzaiman yang sedang memandu.
Amman dan Ammar hanya diam membisu.
Tiba-tiba sahaja Putra Huzaiman mahu memandu.
“Apa dia, abang?” sengaja Wafa Natasha
bertanya.
“Kita akan mendapat
pahala yang berganda...”
Wafa Natasha mengeluh. Jawapan suaminya
betul. Semua perkara yang baik yang kita lakukan, ada ganjaran dan pahalanya. Semoga
dipermudahkan segala urusan di bulan Mulia ini.
P/S : Cik penulis mengucapkan selamat
berpuasa kepada semua pembaca karya-karya di ILHAM terutamanya yang beragama
Islam. Semoga kita dapat memperbanyakkan amalan kebaikan di bulan yang mulia
ni... Tinggal tiga hari lagi...