Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
Bab 1

Natasha membetulkan topi birunya. Topi tersebut ayah yang belikan untuknya. Mana mungkin dia menghilangkannya. Dia tersenyum lebar. Rambutnya yang agak panjang itu diikat kemas dan dimasukkan sedikit ke dalam topi. Terserlah wajah yang ingin disembunyikan oleh mata-mata lelaki.

“Naz, kau nak ke mana ni?” soal Azlin. Perempuan itu sedang duduk di tepi longkang. ‘Melepak la katakan.’ Natasha sudah berada di atas basikal.

“Nak ke sekolahlah. Nanti pengawas gila kuasa tu tahan aku lagi.” Kata Natasha. Dia memandang Azlin yang sedang lepak-lepak di tepi longkang besar. ‘Macam tak ada tempat yang lebih elok ke?’

Natasha sudah bersiap sedia untuk mengayuh basikal.

“Tak payah pergilah. Meh ponteng dengan aku.” ajak Azlin.

Itulah Azlin, suka ponteng sekolah. Tidak padan dengan perempuan pun mahu ponteng sekolah. “Lagipun datang sekolah, membazir je.”

“Membazir apanya?”

Natasha pula berasa pelik.

“Yalah! Membazir duit mak ayah. Membazir masa aku. Membazir segalanya.”

Selamba sahaja Azlin berkata.

“Mak ayah hantar kita ke sekolah supaya kita dapat berfikir mana baik dan buruk. Bukannya datang sekolah main. Buat tak tahu je bila cikgu mengajar.” Pesan Natasha.

“Tapi kau kan kawan aku juga. Ikutlah aku.” ajak Azlin.

Azlin yakin yang Natasha akan menjadi pengikutnya seperti kawan-kawannya yang lain.

“Aku kawan dengan kau sebab aku nak tahu pasal dia, selebihnya aku tak nak campur. Goodbye!”

Natasha mengayuh perlahan basikal miliknya.

“Wait!”

Azlin mengejar Natasha tetapi gadis itu sudah meninggalkan dia. Azlin mengeluh.

‘Tak guna punya perempuan. Kalau takat nak tahu pasal lelaki itu, tak payah tanya aku tak apa. Ramai yang lebih tahu.’

Azlin terus berlalu pergi. Lantak kaulah perempuan. Tak ada kau pun aku boleh hidup! Geram Azlin. Dia akan mencari mangsa baru pula.

Selaju mungkin Natasha mengayuh basikal. Peluh mula mengalir ‘Alamak! Pintu pagar dah tutup.’ Dahi Natasha berkerut. Dari jauh Natasha sudah nampak kelibat pengawas yang dikatakan gila kuasa. ‘Aku cukup tak suka tengok muka mamat ni. Ada aje yang aku buat serba tak kena.’ Natasha berterusan membebel dalam hati.

Natasha menolak basikalnya perlahan.

‘Yalah segala jawatan dalam sekolah dia nak. Tapi yang aku tabik sangat pada dia ialah dia boleh uruskan semuanya dengan baik. So, aku sengih jelah bila jumpa dia.’ Natasha hanya menghadiahkan senyuman.

“Hai...” Ramah Natasha dan selamba dia masuk ke dalam sekolah.

So sweet your smile, honey.”

Dalam memuji, Huzaiman menyindir. Makin lebar senyuman Natasha yang hakikatnya dia sedar dirinya disindir.

Huzaiman maniskan wajahnya. Amman dan Ammar hanya memerhatikan sahaja mereka berdua.

Wajah Huzaiman menjadi serius dengan tiba-tiba.

‘Sakit perut ke mamat ni?’ Natasha rasa bimbang.

“Minah tomboi ni juga yang datang lambat. Kau suka cuci tandas hari-hari ya? Aku tahulah mak kau tukang kebun kat sekolah ni tapi tak perlu la sampai nak bantu mak kau cuci tandas.”

Huzaiman meletup! Kata-katanya amat pedas dan berbisa kali ini. Kebiasaannya lelaki itu hanya diam dan meminta pembantu peribadinya itu tuliskan nama sahaja tetapi ternyata hari ini sangat berbeza pada pendapat Natasha.

Natasha terasa sakit di hulu hatinya. ‘Kejam mamat GK ni! Dia ni dah masuk kes menghina orang yang aku sayang.’ Natasha tidak boleh bersabar lagi dengan lelaki gila kuasa ini.

‘Menyesal aku puji dia bagus. Tak guna kau!’ Amuk Natasha.

“Hoi pengawas! Kalau kau nak cakap pasal aku. Cakap aje! I don’t care but now! Kau cakap pasal mak aku! Mak aku!” Tinggi suara Natasha.

Huzaiman terdiam seketika melihat Natasha meninggikan suara.

”Yang kau mengada-ngada nak sebut pasal mak aku tu kenapa? Saja nak cari gaduh?” Marah Natasha. Dia memang pantang kalau yang melibatkan mak ayah. Sensitif betul!

Aku hanya a’da mak dan ayah sahaja dalam dunia ini. Hanya mereka berdua aku ada. Hanya mereka! Kau faham tak mamat gila kuasa!’ Natasha berperang sendiri dengan perasaannya.

Huzaiman tidak pedulikan semua itu. Wajahnya tetap serius. ‘Tapi kenapa pula wajah minah tomboi ni macam nak menangis?’ Merah padam wajah Natasha menahan marah.

“Kau punya kesalahan hari ni. Datang lewat dan lawan cakap pengawas. Ammar! Amman! Tulis nama dia.” Arah Huzaiman yang sememangnya tidak ingin tahu nama minah tomboi itu. Dia selesa memanggil begitu pada gadis di hadapannya kini.

“Lagi satu, kesalahan tiada tanda nama pun tulis juga. Aku nak jumpa pengetua sekejap.” Arah Huzaiman lalu meninggalkan Natasha.

“Awak sabar aje la dengan dia. Dia memang macam tu.” Kata Amman yang cuba memujuk.

Setelah menulis nama Natasha, mereka berdua pula berlalu pergi selepas pintu pagar ditutup rapat. Sekolah tersebut tiada kes pelajar datang lewat ke sekolah dan hanya Natasha sahaja yang suka menimbulkan masalah.

Huzaiman melihat buku catatan pelajar.

“Wafa Natasha....” kali pertama Huzaiman menyebut nama perempuan tersebut, ‘Hanya minah ini sahaja datang lewat ke sekolah.’ Dia memerhati minah tomboi tersebut. Rambut yang panjang itu diikat kemas. Agak rendah tapi ganas.

‘Aku rasa minah ni tingginya 150 sentimeter. Memang kecil dari aku yang tinggi 183 sentimeter. Baru ukur semalam.’ Huzaiman teringat akan wajah gadis itu menyembunyikan seribu rahsia yang sukar dikorek.

‘Sibuklah kau ni Man nak korek rahsia orang. Banyak lagi perkara yang boleh kau lakukan.’ Ada suara yang berkata dalam hati Huzaiman.

‘Betul juga!’ Huzaiman hanya mengia sahaja.

“Selalunya kau cuci tandas perempuan kan? Kali ini kau cuci tandas lelaki pula. Aku nak kau basuh, cuci dan bersih! Itu motonya. Tempoh masa aku bagi hanya setengah jam. Lepas itu kau boleh terus masuk ke kelas.” Arah Huzaiman.

“Yalah!”

Natasha sudah bersedia dengan peralatan mencuci yang diminta dari emaknya. Sempat lagi emaknya, Shahrin membebel padanya. Tadah telinga sahaja. Natasha suka apabila mendengar suara Shahrin membebel. Dia akan tersenyum sambil memandang wajah Shahrin, emak yang terbaik dalam dunia.

‘Mak, Natasha sayang mak!’ Jerit hati kecil Natasha.

“Cuci la! Termenung pula dia. Nanti aku akan pantau kau. Kau cuci, aku nak ke pejabat sekejap dan aku akan datang semula.” Kata Huzaiman lagi dan terus berlalu.

Huzaiman menghilang, barulah Natasha mula melakukan kerja-kerjanya.

“Busuknya!”

Natasha sendiri rasa pelik. Mungkin awal pagi sangat, makanya tidak dicuci lagi. Teka Natasha. Dia melihat keadaan tandas tersebut. Terdapat tiga buah tandas. Tandas yang pertama dan ketiga tiada pintu.

“Ganas betul budak lelaki sekolah ni.” Natasha mengomel sendiri. Dia mengemop seperti biasa. Sempat Natasha melihat cermin yang ada. Dia membetul-betulkan rambutnya yang panjang itu.

Sedang asyik dia mengemop, datang sekumpulan lelaki.

“Wah, ada minah dalam tandas lelaki.” Kata Jay.

Lelaki yang berbangsa Melayu kacukan itu memang terkenal dengan sikap suka ponteng kelas. ‘Kacukan? Kacukan dengan siapa ye? India kot?’ Natasha cukup kenal lelaki yang berada di tingkatan lima itu.

“Tepilah! Tak nampak ke aku nak cuci lantai ni.” Marah Natasha.

Jay sengaja menghalang Natasha.

“Comelnya dia marah.” Kata Jay sambil ketawa besar. Kawannya yang berada di kiri dan kanan Jay turut ketawa sama.

“Alex, kunci pintu tu.” Arah Jay.

“Hey, buka pintu tu. Kau nak buat apa ni?” Natasha sendiri dapat meneka apa yang Jay mahu buat dengannya.

Jay menghampiri Natasha tetapi gadis itu bertindak dengan mengetuk kepala Jay dengan batang mop dan menyiram dua orang kawannya dengan air sabun.

Kemudian, dengan pantas Natasha berlari masuk ke dalam tandas lelaki yang kedua kerana hanya tandas itu yang berpintu. Dia mengunci pintu itu dari dalam. Hatinya berdebar kuat.

Jay memang gila!

Jay cuba menendang pintu itu kuat-kuat tetapi tak berjaya. Natasha makin berasa gerun. ‘Aku benci kau, Jay! Aku benci kau sampai aku mati Jay!’

“Sayang....” panggil Jay manja. “Sayang nak main sorok-sorok ya? Tak apa, encik abang ni boleh carikan.” Jay berkata dengan nada yang nakal.

Natasha sekadar mendiamkan diri. Matanya sentiasa memandang ke atas kerana ada ruang untuk Jay masuk dari situ. Air liurnya ditelan berkali-kali.

Suasana menjadi sunyi. Natasha rasa pelik.

“Sayang!” Jay muncul di atas pintu tandas lelaki itu. Natasha tersentak.

Jay meloncat masuk ke dalam tandas yang sempit itu. Kedengaran ketawa dua orang kawan Jay dari luar tandas tersebut.

“Jangan takut sayang, sekarang ni cuma ada kita berdua aje.” Kata Jay sambil meraih tangan Natasha.

‘Ke mana lagi harus aku lari?’ Natasha sudah terperangkap dalam tandas ini.

“Lepaslah bodoh!” geram Natasha dalam ketakutan. ‘Siapa yang akan selamatkan aku?’

Kedua-belah tangan Natasha dicengkam kuat oleh Jay.

Bush! Bunyi pintu ditendang dari luar. Kemudian ada bunyi tumbukan yang didengari.

“Amman, panggil cikgu disiplin!” arah Huzaiman.

Jay mengeluh.

“Dia ni selalu kacau daun. Baru nak seronok dengan minah tomboi ni.” Jay membebel.

Disebabkan terlalu geram dengan perangai jahat Jay, Natasha mengambil kesempatan ini untuk menendang bahagian bawah milik Jay ketika lelaki itu leka.

“Auwh....” perlahan sahaja Jay mengaduh sambil memegang bahagian sensitif itu.

Natasha tersenyum puas. Dia membuka pintu tandas itu.

“Padam muka kau!” kata Natasha.

Huzaiman hanya mampu menggelengkan kepala sahaja apabila melihat keadaan Jay yang dalam kesakitan.

Sejak hari itu, Natasha berjanji tidak akan datang lewat lagi ke sekolah apatah lagi untuk memonteng kelas. Dia benar-benar mahu belajar bersungguh-sungguh.

Apa sudah jadi dengan Jay? Persekolahannya digantung kerana melakukan kesalahan berat. Dia tidak mahu mengambil tahu tetapi Amman dan Ammar yang beria-ia memberitahunya. Mereka berdua itu tingkatan 5 termasuk mamat gila kuasa. Natasha pula baru tingkatan 1.

Hari ini Natasha datang sekolah lebih awal dari biasa. Bangga pula terasa. Natasha sengaja menolak perlahan basikal yang ditunggangnya.

“Baguslah kalau datang awal. Kalau tak, nama kau aje yang selalu mencacatkan rekod kedatangan pelajar.” Kata Huzaiman yang sentiasa berbisa itu.

“Kau patutnya bersyukur sebab aku datang awal.” Nada Natasha sungguh bangga. ‘Ala, aku kan manusia biasa. Mestilah ada perasaan begitu.’

“Mestilah aku bersyukur, sebab aku tak payah nak tengok muka kau ni.” Lagi sekali mulut berbisa itu bersuara.

Natasha berasa geram. ‘Mulut ular!’

“Nanti dulu!” panggil Huzaiman sebelum sempat Natasha pergi lebih jauh.

Langkah Natasha terhenti.

“Rambut kau. Sepatutnya rambut kau tak boleh ikat satu macam ni. Kena ikat tocang dua. Kalau kau tak ikat sekarang. Aku tulis nama kau. Kalau tak nak ikut juga, esok datang pakai tudung!”arah Huzaiman.

“Pedas memang pedas mulut ular ni. Kalah sambal belacan mak aku buat ni.’ Bisik hati Natasha yang geram dengan Huzaiman.

“Eh, selama ini aku ikat macam ni, kau tak pernah tegur pun.” Natasha tak berpuas hati.

“Selama ini kau buat kesalahan yang lebih besar. So, kesalahan yang kecil ini, baru aku nampak.” Kata Huzaiman.

“Yalah encik pengawas!”

Natasha mengalah. Dia melepaskan rambutnya yang panjang.

Huzaiman tersentap melihat Natasha. Rambut yang dilepaskan itu lebih cantik. Hatinya berdebar hebat tatkala melihat Natasha begitu. Natasha bagaikan menggodanya.

Selepas selesai Natasha mengikat rambut menjadi tocang dua, Natasha terus berlalu pergi.

“Puas hati Pengawas GK!” geram Natasha.

‘Pengawas GK? Apa kebenda tu? Gagah kebijaksanaan ke?’ Huzaiman tidak mahu ambil tahu itu semua.

“GK tu apa?”

“Gila kuasa...” selamba Natasha berkata. Huzaiman buat muka geram,

“Lain kali pakai tudung. Itu lebih baik.” Sinidir Huzaiman lagi. Barulah dia rasa puas.

Pedih telinga Natasha mendengar nasihat Huzaiman itu. Dia tahu memakai tudung itu wajib tapi dia benar-benar belum bersedia. Dia berserah pada takdir.

Natasha terus berlalu tanpa membalas kata-kata Huzaiman.

Huzaiman pula hanya memerhati langkah Natasha yang memakai pakaian sukan lengkap. Kebetulan pula hari ini, adalah hari sukan sekolah. Tugas Huzaiman semakin berat kerana dia perlu pastikan semua pelajar berada di padang sekolah dan bukan di dalam kelas. Hal ini kerana, pada tahun lepas ada kes pelajar lelaki dan pelajar perempuan berdua-duaan dalam kelas.

Huzaiman perlu pastikan perkara itu tidak berlaku pada tahun ini. Tahun lepas dia sudah gagal dan dia berharap, operasi dia hari ini akan berjaya.

Natasha berada dalam sebuah kelas. Kakak seniornya meminta dia mengambil botol air yang ada di mejanya. Segera Natasha ke kelas itu walaupun dia rasa berat hati.

‘Memang rasa berat hati. Ini kan kelas si pengawas GK. Mana la tau kalau dia nampak, dia tuduh aku cuba buat sesuatu yang mengundang dia menulis nama aku dalam rekod disiplin. Dia tu memang sengaja nak cari pasal dengan aku. Carilah orang lain. Aku juga dia nak!’ Bebel Natasha sambil berjalan menuju ke kelas Huzaiman.

“Jay!” Natasha terkejut dengan kehadiran lelaki ini yang kini berada dalam kelas tersebut. Dia tahu yang Jay berdendam dengan dia.

‘Apa yang perlu aku lakukan? Aku dan dia ada dalam kelas ni. Dah la kelas si mamat gila kuasa ni. Baik aku cuba larikan diri kalau boleh.’

“Oh, aku dapat tahu yang kau siasat pasal aku? Kenapa? Kau dah jatuh cinta pada aku?” teka Jay. Jay mendapat tahu perkara ini dari Azlin. Natasha sedang menyiasat tentangnya. Semakin menarik ni!

“Bukan ke kau dah digantung sekolah. Buat apa datang sekolah lagi? Bila perlu datang sekolah, tak nak datang. Ponteng! Bila dah kena gantung, ada hati pula nak datang ya?” sempat Natasha membakar hati Jay dengan kata-katanya. Natasha cuba menahan marah. ‘Dia memang tak boleh tengok muka Jay. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk aje.’

“Pandai kau bercakap ya? Kenapa kau siasat pasal aku?” lengan Natasha sudah dicengkam kuat oleh tangan kanan Jay.

“Suka hati aku la. Aku nak kau merana sebab tuduh mak aku curi duit surau sekolah!” luah hati Natasha. Dia geram! Dia cuba menarik tangannya dari terus dicengkam oleh Jay tetapi tidak berjaya.

“Wah! Memang aku yang curi. Tapi orang kat sini semuanya percaya yang mak kau curi duit tu. Tak sangka anak seorang tukang kebun boleh bertindak sebegini. Kau tu perempuan. Buat cara perempuan!” kepala Natasha ditolak kasar oleh tangan kiri Jay.

“Ini dah kurang ajar! Kau ingat kepala aku ni apa!” marah Natasha.

Jay merenung lama wajah Natasha.

“Kau memang comel. Suatu hari nanti kau akan jadi hamba aku.” kata Jay. Dia sudah memasang janji.

“Tak ingin aku jadi hamba kau! Jijik!” kata Natasha berani.

Pang!

Pipi Natasha ditamparnya sehingga berdarah. Bibirnya pecah.

“Kau akan jadi hamba aku. Sekali aku jumpa kau, kau milik aku!” Jay melepaskan cengkaman di lengan Natasha dan dia menghadiahkan sekali lagi penampar.

Pang!

Jay terus meninggalkan Natasha di situ.

Natasha pengsan. Dia terbaring lemah dalam kelas 5 Sains Tulen.

“Amman awak pergi ke padang, cari Ammar. Saya ada hal penting nak beritahu dia. Saya nak ke kelas sekejap.” Arah Huzaiman.

“Baiklah Huzaiman.” Begitulah Amman dan Ammar akan memanggil nama apabila mereka berada di sekolah. Amman dan Ammar di ambil sebagai anak angkat untuk menjaga Huzaiman walaupun umur Huzaiman lebih muda setahun dari mereka berdua. Desakan hidup membuat Amman dan Ammar jadi begitu.

Huzaiman menuju ke kelasnya dan dia tersentap melihat sekujur tubuh terbaring atas lantai.

“Perempuan tu!” Huzaiman memang tidak mahu ingat nama gadis yang selalu melanggar peraturan sekolah itu.

Pipi Natasha yang merah itu dipandang oleh Huzaiman. Pantas dia mengangkat tubuh Natasha dan pergi ke bilik kecemasan yang sememangnya di buka untuk atlet yang cedera.

“Mila, tolong! Aku jumpa dia pengsan tadi.”

“Ya Allah! Bibir dia pecah.” Mila juga naik gelabah dibuatnya. Ini kali pertama dia berada dalam situasi begini. Menghadapi pesakit seperti ini.

Tanpa Huzaiman sedari dia mengharap Natasha tidak apa-apa.

Mila terpaksa memanggil guru yang lebih arif untuk menghadapi situasi seperti ini. Huzaiman masih setia menunggu di luar bilik tetapi kedatangan Amman dan Ammar membuat dia terpaksa meninggalkan bilik tersebut tanpa mengetahui apa yang berlaku pada Natasha.

Natasha tersedar. Guru-guru asyik bertanya apa yang berlaku tetapi Natasha hanya mendiamkan diri.

“Sha, apa dah jadi dengan anak mak ni?” soal Shahrin. Dia memeluk anaknya. Walaupun dah besar, Natasha sahaja anak yang dia ada. Itulah penawar dan itu juga racunnya.

“Sha okey mak. Jangan risau.” Natasha tersenyum. Dia juga berharap dirinya tidak berkeadaan begini. Dia tidak mahu Shahrin bimbang padanya tetapi siapalah dia. Segalanya sudah ditetapkan oleh Allah.

“Mak cakap aje, Sha senyum. Ini yang mak nak membebel. Cubalah cakap sesuatu untuk tenangkan hati mak.” Ada nada merajuk di situ.

“Ala, mak ni. Sha ni kuat. Takat kena tampar aje apa sakitnya.” Natasha berkata besar.

“Takat kena tampar ye? Sampai pengsan kat sekolah.” Sampuk ayah Natasha, Iskandar.

Lagi sekali Natasha tersengih. Hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan. ‘Siapa tak marah kalau harta kesayangannya dihina.’ Tiba-tiba wajah Jay hadir dalam ingatan Natasha. Wajah Jay ala-ala samseng dalam cerita ‘KL Gangster’ yang memegang watak Shark.

Rambutnya dibotakkan oleh guru disiplin. Itulah rupanya sekarang. Marah Natasha makin membuak-buak. Gara-gara lelaki durjana itu, hidupnya tidak tenang.

“Sha...” panggil Shahrin apabila melihat anaknya itu termenung.

“Ya, mak!” Natasha tersentap. Lenyap terus ingatannya pada Jay.

“Mana perginya ilmu pertahanan diri yang ayah ajar. Kamu dah lupa ye?” kata Iskandar pada anak perempuannya yang semakin meningkat remaja.

“Ala, mak ayah ni. Mak yang panggil, tapi ayah yang bertanya. So Sweet.” Natasha tersenyum lagi. Inilah penghiburnya. Di rumahnya tiada radio mahupun televisyen tetapi dia tetap bahagia. Hidupnya yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang ini yang membuat dirinya lebih berdikari.

Iskandar selalu menasihati Natasha supaya belajar dan belajar. Hanya ilmu yang dapat mengubah taraf keluarga mereka. Duit gaji Iskandar banyak digunakan untuk menampung perbelanjaan pelajaran Natasha.

“Mak, hari ni mak masak apa?” Natasha bertanya. Dia membuka saji makanan tetapi kosong.

“Hari ni mak masak ikan kering dan sayur pucuk ubi. Kita cicah kicap.” Kata Shahrin dengan nada yang lemah. Dia malu untuk menyediakan makanan seperti itu untuk anaknya yang satu ini.

“Wow! Sedap tu mak. Sha suka makan sayur pucuk ubi cicah kicap. Sedap.” Natasha memuji masakkan maknya itu.

“Sha...” lemah sahaja suara Shahrin.

“Tak apa. Kita pergi sembahyang asar dulu dan makan sama-sama okey.” Pujuk si ayah. Sebenarnya, Iskandar lagi rasa kecewa. Dia sebagai ketua keluarga tidak mampu memberi kehidupan yang lebih baik untuk isteri dan anaknya. Tetapi dia yakin yang Allah sudah tetapkan rezeki masing-masing cuma antara cepat atau lambat sahaja.

“Bersyukur dengan apa yang ada kan? Itu yang mak dan ayah selalu ajar Sha. Mana mungkin Sha lupa pesanan mak ayah.” kata Natasha. Dia tidak mahu mak dan ayahnya rasa bersalah dengan kekurangan ini. Kalaulah mereka tahu, yang mereka adalah harta paling berharga yang Natasha ada, betapa untungnya emak dan ayah ini.

Shahrin memeluk anaknya. Dia rasa bahagia dengan kata-kata anaknya itu yang sentiasa menyenangkan hati.

Selepas solat dan makan, Iskandar akan mengajak Natasha pergi ke kebunnya yang berada di belakang rumah. Alangkah terkejutnya apabila melihat banyak tanaman yang rosak.

Sayur yang baru sahaja boleh diambil hasilnya musnah begitu sahaja. Air mata Natasha mengalir kerana dia sudah bersusah payah mengusahakan kebun tersebut.

“Siapa yang tergamak lakukan semuanya ni, ayah.” Air mata Natasha yang mengalir itu disapu perlahan.

Iskandar tersenyum dalam keluhan. Dia harus memujuk anaknya.

“Mungkin bukan rezeki kita. Sabar ya nak. Kita lakukan dari mula, okey?” pujuk Iskandar.

Natasha terdiam. Dia ingin menuduh siapa? Dia sendiri tidak tahu siapa yang melakukannya. ‘Siapa?’ Hatinya resah. Menyusahkan!

“Baiklah ayah.” Kata Natasha.

Iskandar dan Natasha mulakan dari awal semua. Tiba-tiba Natasha terjumpa sesuatu. Kini dia tahu siapa yang melakukannya.

“Walaupun kita tahu siapa yang melakukannya. Maafkan sahaja. Berdendam ini hanya memakan diri sendiri. Membuat diri sendiri yang merana.” Kata Iskandar yang sedang mencabut sayur-sayur yang dipijak oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Dia redha apa yang berlaku.

Natasha tersentap. ‘Eh, ayah ni! Tahu-tahu je aku sudah tahu siapa yang lakukan semua ni. Dan juga tahu yang aku menyimpan dendam pada si pelaku. Ayah memang hebat. Walaupun ayah tidak mampu memberi aku kesenangan tetapi aku bahagia dengan apa yang dia lakukan untuk aku.’

“Sayang ayah!” jerit aku sambil memeluknya dari belakang.

Iskandar terkejut dengan tindakan anak gadisnya itu. Dia meleraikan pelukan Natasha.

“Jangan peluk lama-lama.” Pesan Iskandar dalam nada yang bergurau. Dia berpaling dan menatap wajah Natasha yang persis Shahrin. Cantik dan cantik.

“Ala kita sayang pada ayah. Itu je.” Ada nada merajuk.

“Hubungan ayah dan anak gadis ada batasnya. Sha faham kan apa yang ayah katakan?” Iskandar menaikkan sebelah keningnya.

“Ya, Sha faham. Sayang ayah!” lagi sekali dia menyatakan perasaan sayang pada Iskandar. Selepas itu dia pun teruskan mengemas dan membersihkan kebun untuk memulakan semula tanamannya.

“Tahniah anak ayah!” ucap Iskandar sebagai kata-kata semangat untuk Natasha. Mereka berdua berdiri tegak melihat kebun yang mereka usahakan kini sudah siap dikemas.

“Terima kasih ayah. Esok boleh la kita semaikan benih.” Kata Natasha.

“Ya, sayang. Jom balik. Nanti mak kamu risau pula.” Kata Iskandar.

“Yes bos!” gurau Natasha. Mereka berdua berjalan pulang ke rumah. Jarak rumah dan kebun hanya 100 meter sahaja.

Natasha tersenyum. Satu lagi kenangan manis yang tercipta antaranya dengan ayah. Itu yang dia mahukan.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.