Huzaiman mengeluh berat melihat perempuan yang
berada di hadapannya. Dia sebenarnya kurang suka dengan sikap dan perangai
Puteri. Dia pun pura-pura tidak mempedulikan Puteri. Dia membaca dokumen yang
ada di atas mejanya.
“Hey,
Huz! Janganlah sombong sangat. Syukurlah kau ada kawan yang sudi datang melawat
kau.” Puteri berkata sambil duduk di sofa yang berada dalam bilik tersebut.
‘Sangat selesa.’ Dia menanggalkan kasut tumit tingginya itu.
“Aku
rela tak ada kawan.” Kasar kata-kata Huzaiman. Tetapi bagi Puteri itu hanya
sekadar angin lalu di pendengarannya. Dia sudah biasa dengan sikap Huzaiman
yang dingin tapi dia tahu yang Huzaiman seorang lelaki yang baik.
“Eleh,
kau tu ada si kembar. Kalau tak ada mereka. Kau pun keseorangan.” Selamba juga
Puteri berkata. Huzaiman memandang tajam Puteri. Dia berasa geram dengan
kata-kata Puteri.
“Pandanglah
puas-puas. Kalau tak puas juga, meh aku cium.” Kata Puteri dengan nada yang
ceria. Dia ketawa kecil.
Huzaiman
mengeluh. ‘Main-main pula minah ni.’
Tiba-tiba
Puteri bangun dari sofa tersebut dan menghampiri Huzaiman. Makin lama makin
hampir. Dahi Huzaiman pun semakin berkerut.
“Eh,
tolong jangan rapat dengan aku! Aku ni anti, elergik, sakit jiwa dan fobia bila
kau dekat dengan aku. Tolonglah jauh dari aku.” Kata Huzaiman sambil berdiri
tegak. Lagak seperti mahu melarikan diri.
Puteri
tersenyum. Suka benar melihat wajah kalut Huzaiman. ‘Yalah, seorang yang
gilakan kuasa boleh sekalut ini. Memang lucu. Nasib baik aku jatuh cinta dengan
orang lain. Kalau dengan kau, sia-sia je hidup ini.’ bisik hati Puteri.
“Ala,
macam ini ke kawan baik?” Puteri bersandar di meja Huzaiman. Dia membetulkan
sedikit pakaiannya yang ketat itu terutamanya di bahagian dada Puteri.
“Baiklah
sangat...” Huzaiman memandang ke tempat lain. Tidak sanggup melihat tingkah
laku yang tidak sopan itu. “Hmmm, apa hal kau datang jumpa aku ni?” soal
Huzaiman sambil duduk semula di kerusinya.
“Rindu....”
Sepatah sahaja Puteri menjawab. Dia membetulkan sedikit gelang tangannya
berwarna putih. Pemberian seseorang yang istimewa.
Puteri
tersenyum lagi.
“Rindu
aku ke?” Huzaiman mula tersengih.
Puteri
memandang Huzaiman. Lama sekali.
“Tak
la. Rindu si kembar yang kacak tu.” Kata Puteri sambil membelakangi Huzaiman
semula. Dia tersenyum. Senyuman itu Huzaiman tidak nampak.
‘Ish,
minah ni!’ Huzaiman rasa tercabar pula. Dia berasa sakit di hati.
“Aku
datang ni cuma nak jemput kau datang ke majlis hari lahir aku.” Puteri berdiri
tegak. Dia duduk di kerusi depan Huzaiman sambil menyilangkan kakinya. Dia
tersenyum lagi.
“Ish,
tak malu! Hari lahir sendiri pun nak jemput orang datang.” Kata Huzaiman.
“Suka
hati akulah. Kau ada masalah ke?” Puteri mula bercakap dengan cara samseng.
Hilang sudah semua keayuannya.
Belum
sempat Huzaiman berkata, pintu biliknya diketuk dari luar dan muncul seorang
gadis iaitu Natasha.
Natasha
terus masuk ke dalam. Dia tidak sedar yang Huzaiman ada tetamu ketika itu.
“Bos,
ini fail yang bos nak saya ambil tu.” Selamba Natasha berkata. Dia menghampiri
meja kerja Huzaiman.
Puteri
pula hanya memandang gadis yang baru sahaja menapak di sebelahnya. Dia seperti
mengenali gadis tersebut.
“Eh,
gadis comel ni kerja kat sini rupanya!” kata Puteri.
Natasha
tersentap. Barulah dia perasan yang Huzaiman ada tetamu.
“Kak
Puteri!” Jerit Natasha. Dia bersalaman dengan Puteri. “Sukanya dapat jumpa
dengan akak yang baik hati ini.” puji Puteri. Tanpa pengetahuan sesiapa, Puteri
pernah membantu Natasha semasa ayah dan emak Natasha meninggal dunia dulu.
Gadis inilah yang banyak membantu dia dan memberi semangat sebelum dia berjumpa
dengan PK.
Bukan
mudah untuk dia bangkit semula setelah rebah sekali. Kata-kata semangat Puteri
sentiasa diingatinya.
“Natasha!”
panggil Huzaiman.
“Kenapa
bos?” pandangan Natasha kini pada Huzaiman.
“Siapa
bagi kebenaran kamu masuk ke bilik saya?” soal Huzaiman. Puteri sudah
tersengih. Faham sungguh dengan sikap Huzaiman.
Natasha
berasa pelik.
“Tadi,
bos juga yang nak jumpa saya sangat. Sampai minta saya ambil fail Garden Love
ni.” Jelas Natasha.
“Memang
saya nak jumpa kamu tapi kamu ni tak reti-reti ke yang saya ni ada tamu. Main
masuk sahaja.” Marah Huzaiman.
‘Tu
pun nak marah?’ bisik hati Natasha.
“Amman
masuk!” Huzaiman menekan interkom.
“Ya,
bos. Ada apa?” Amman kini di hadapan Huzaiman. Wajah lelaki itu serius. ‘Apa
pula yang tak kena dengan bos aku lagi ni?’ Amman kerisauan.
“Kenapa
kamu bagi Natasha masuk ke dalam bilik saya? Kamu tahu yang saya ada tetamu
kan?” soal Huzaiman.
Pandangan
mata Huzaiman bagaikan singa yang kelaparan. Itulah yang digambarkan oleh Amman
kini.
“Sha
kata, bos nak jumpa dengan dia dengan kadar yang segera.” Jawab Amman dengan
teragak-agak.
“Amman,
awak makin kacaklah?” tegur Puteri. Dari tadi dia memandang Amman. Dia amat
menyukai si kembar itu. Puteri menghampiri Amman. Dia menarik perlahan tali
leher Amman agar rapat dengannya.
Amman
menelan liur. Dia tahu sikap puteri memang seperti itu tetapi dia sendiri masih
belum biasa. Amman hanya tersengih lalu meleraikan tangan Puteri yang memegang
tali lehernya.
Puteri
memandang Amman dengan pandangan yang manja. Dia tersenyum manis.
Kepala
Huzaiman semakin bercelaru. Dengan sikap Puteri yang gedik ini, Natasha yang
tidak menghormati tamunya dan Amman yang masih keliru itu membuat Huzaiman
ingin menjerit sekuat hari.
“Keluar
semua!!!” Jerit Huzaiman. Dia menolak Amman, Puteri dan Natahsa keluar lalu
menutup pintu dengan kuat.
Mereka
bertiga berasa pelik.
“Sha,
tak apa. Jom, akak nak ke bilik kamu pula. Biarkan lelaki gila kuasa tu. Ingat
dia bagus sangat!” kata Puteri.
Amman tersengih mendengarnya.
Faham sangat dengan sikap Puteri terhadap Huzaiman.
“Lagi
pun urusan akak dah selesai kat sini. Sekarang akak ada urusan baru.” Katanya
lagi
“Maksud
akak?” Natasha bertanya.
“Urusan
dengan kamu la, Sha.” Puteri tersenyum sambil memeluk lengan Natasha. Puteri
mula mengedik. Sememang sikapnya begitu tidak kira dengan lelaki atau
perempuan.
Natasha
menggaru kepalanya dan mengikut kehendak Puteri.
*****
Huzaiman baru sahaja pulang dari kerja. Memang
penat tapi dia gembira melakukan kerja-kerja di pejabat. Tiba-tiba Huzaiman
teringat akan kedatangan Puteri pada siang tadi. Wajahnya kembali berkerut.
“Perempuan
gedik!” kata Huzaiman dengan geramnya sambil memejamkan mata.
“Bos!”
panggil Amman yang sedang membuka pintu kereta untuk majikannya itu.
“Hmmm,
kamu berdua pergilah berehat.” Arah Huzaiman.
“Terima
kasih Bos!” serentak mereka berdua berkata. Huzaimn tersenyum. Dia terus masuk
ke dalam rumah.
“Mek
Teh, kenapa rumah ni sunyi? Mana
Haikal?” soal Huzaiman yang berlalu terus ke dapur.
“Haikal
tak balik lagi Man.” Meh Teh tertunduk.
“Hah,
kamu dah pulang Huzaiman! Papa ada perkara nak bincang sikit. Mengenai
syarikat.” Tegur Dato’ Ismail sebaik sahaja mendengar suara anaknya dari ruang
dapur. Dia mengajak Huzaiman berbincang di ruang tamu. Dato Ismail melabuhkan
punggungnya di atas sofa.
“Apa
dia papa?” Huzaiman turut sama duduk lalu merentap kasar tali lehernya. Dia
pejamkan matanya seketika.
“Papa
nak Haikal kerja dengan kamu.” Dato’ Ismail membetulkan cermin matanya.
‘Biasalah, dah tua-tua ni rabun sikit.’
Huzaiman
terkejut. Dengan pantas dia mencelikkan semula matanya.
“Apa
papa? Haikal? Mana boleh. Syarikat tu dah dua tahun Man usahakan. Tak boleh.”
Pangkah Huzaiman. Dia mula gelisah. Takhtanya bakal dirampas oleh Haikal?
Tidak! Tidak!
“Man,
papa bukan suruh kau jadikan Haikal tu pengurus. Cukuplah jawatan yang
setanding dengan pendidikannya.” Dato’ Ismail tersenyum. Kenal sangat dengan
sikap anaknya. Gila kuasa. ‘Kuasa tu memang milik dia pun nak berebut lagi
dengan adiknya. Susah juga anak lelaki aku yang seorang ini. Ikut perangai
siapalah?’
Sejak
kecil lagi Huzaiman mempunyai sikap gila kuasa. Semasa di sekolah menengah,
semua aktiviti dan program akan diceburi. Yang pasti dia akan menjadi nombor
satu. Pengerusi, ketua pelajar, ketua pengawas. ‘Kalau boleh ketua pengawas
pusat sumber pun dia nak tibai tapi tak boleh sebab pihak sekolah tak bagi. Tak
pasal-pasal aku yang kena panggil pergi sekolah. Anakku oh anakku.’ Dato Ismail
menggelengkan kepalanya.
“Oh,
macam tu? Faham dah. Boleh-boleh.” Huzaiman berasa sedikit lega. Dia berdiri.
“Man naik atas ya papa. Nak mandi dan solat.” Katanya meminta izin. Dato’
Ismail hanya mengangguk.
“Penatnya...”
Lepas
mandi dan solat, Huzaiman sengaja menjenguk bilik Amman adan Huzaiman. Bilik
Amman di belah kiri bilik Huzaiman dan bilik Ammar di belah kanannya.
Huzaiman
akan dahulukan abang kembar iaitu Amman.
Perlahan-lahan
pintu bilik tersebut dibuka. Mereka berdua memang tidak dibenarkan mengunci
pintu tersebut.
Huzaiman
mengintai. ‘Alamak, dia tengah solat. Tak baik kacau.’ Huzaiman menutup kembali
pintu milik tersebut.
Dia
menuju ke bilik Ammar pula. Lelaki itu sedang membaca. Huzaiman mengeluh. Dia
tidak mahu mengganggu mereka berdua.
Akhirnya,
Huzaiman mengambil keputusan untuk meronda sahaja malam ini.
“Motor!!!”
jerit Huzaiman dalam hati.
Dia
keluar senyap-senyap dengan motor berkuasa tinggi yang dihadiahkan oleh Dato
Ismail.
Dia
terus berlalu meredah malam.
Huzaiman
berhenti di suatu tempat. ‘Eh, ada orang lain.” Dahinya berkerut. “Natasha!
Minah ni buat apa kat sini?” Huzaiman tertanya-tanya.
“"Gunakan
akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.” Natasha menulisnya di
atas pasir pantai.
Huzaiman
menghampiri Natasha.
“Bos!”
terkejut Natasha apabila melihat majikannya berada di situ.
“Kau
buat apa kat sini sorang-sorang? Bahaya tau!” Soal Huzaiman. Bagi Huzaiman, di
pejabat dia perlu profesional tetapi di luar seperti ini, tidak perlu untuk dia
formal sangat.
“Saja
ambil angin pantai ni.” Jawab Natasha.
“Kenapa
kau tulis ayat ni?”
“Sebenarnya
ayat ni untuk bos!” kata Natasha lalu berlari ke arah motor berkuasa tinggi
miliknya. ‘Padahal aku pinjam dengan PK.’
Huzaiman
yang mendengarnya terasa marah. ‘Minah ni memang suka cari pasal dengan aku. Esok
kau cuci tandas, Natasha. Kalau kau tak cuci tandas esok, jangan panggil aku
lelaki gila kuasa!’ sumpah Huzaiman. Dia tidak sempat mengekori motor Natasha.
Huzaiman
duduk sahaja di tempat Natasha duduk lalu melihat tulis yang ditulis kemas oleh
Natasha.
“Gunakan
akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.” Huzaiman tersenyum.
“Akal manusia? Akal itu anugerah istimewa daripada Allah S.W.T. Akal juga yang
membezakan manusia dengan haiwan. So, akal ni pentinglah kejadiannya. Maka,
seharusnya digunakan dengan cara yang betul. Macam aku ni. Gila kuasa. Guna
akal tau untuk terus berkuasa.” Huzaiman mula tersenyum.
Dia
mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengambil gambar tulisan pasir itu. Tanpa
dia sedari, ada senyuman yang terukir di bibir Huzaiman. Mungkin senyuman itu
untuk Natasha? Mungkin.