Tengku Shariff Fairy menghampiri Puteri yang masih
tidak sedar akan kehadirannya di situ. Dia pun dengan senyuman manja menegur
Puteri dengan mengejut.
“Cak!” Tengku Shariff Fairy tersenyum makin lebar. Sejak jatuh cinta pada
Puteri, hari-harinya dirasai sangat bahagia.
“Kau dah tak reti nak bagi salam ke?” marah Puteri.
Dia terkejut dengan kehadiran lelaki itu dengan tiba-tiba di restoran ini.
“Reti tapi aku nak kau bagi salam pada aku dulu. Boleh
kau dapat pahala lebih sikit.” Tengku Shariff Fairy melabuhkan punggungnya di
kerusi hadapan Puteri.
“Sindir aku ke? Aku tahulah, aku ni baru nak belajar
apa itu Islam. Jangan la kata begitu.” Kecil hati Puteri. Dia membetulkan
selendang di kepalanya.
“Mana ada sindir. Kau tahu tak yang kau pakai tudung
tu, nampak cantik sangat.” Puji Tengku Shariff Fairy.
“Playboy memang pandai memuji pun.” Geram Puteri.
“Cukuplah tu! Kau orang ni bulan puasa pun nak gaduh.”
Marah Putra Huzaiman yang baru tiba di situ. Dia menarik kerusi untuk Wafa Natasha
supaya duduk di sebelahnya.
“Sekali-sekala je aku gaduh dengan Puteri. Puteri, jom
kahwin dengan aku?” ajak Tengku Shariff Fairy. Entah kali ke berapa lamarannya
ditolak mentah-mentah oleh Puteri.
“Tak hingin aku!” balas Puteri dengan kasar.
“Sekarang kau tak hingin la. Nanti bila kau dah rindu
aku, baru kau kenal erti cinta sebenar.” Perasaan sedih tetap menapak dalam
hatinya. Walaupun Tengku Shariff Fairy melamar Puteri dengan nada gurau tetapi
dia maksudkan kata-kata itu.
“Ye ke? Aku tunggu bila aku boleh rindukan kau!”
“Dahlah tu. Rezeki depan mata. Kau puasa ke Shariff?”
soal Putra Huzaiman.
“Wei! Soalan apa ni? Aku playboy je, tapi aku puasa.
Lagi pun playboy aku dah tak ada sejak aku mahu mendirikan rumahtangga ni.” Tengku
Shariff Fairy tersenyum kembali sambil menjeling ke arah Puteri.
Puteri pula pura-pura tidak faham dan berbual dengan
Wafa Natasha.
Tengku Shariff Fairy rasa sakit hati. Tahulah diri ini
tidak dicintai tetapi jangan la bersikap macam ni sekali. Pedih hulu hati ini.
“Sorry. Dulu kau ni musuh aku. Sekarang dah menyibuk
masuk geng aku.” Geram Putra Huzaiman.
“Aku masuk geng kau pun sebab ada Puteri. Kalau tak,
dah lama aku tak kan join.” Jawab sambil merenung wajah Puteri yang sikit pun
tidak memandangnya. Kasihan.
Azan berkumandang. Putra Huzaiman membaca doa.
Mereka semua makan dengan tenang.
“Nah!” tiba-tiba Puteri hulurkan sesuatu. Bekas
makanan.
“Apa ni?” soal Tengku Shariff Fairy. Dia membuka bekas
makanan tersebut. Berkaca-kaca matanya.
“Aku tahu yang kau suka makan kuih Melaka. Jadi aku
buatkan untuk kau. Kalau tak sedap, kau jangan nak marah aku pula.” Kata Puteri
dan terus menyambung makan.
“Sedap ke atau tak sedap, aku bedal je.” Pantas tangan
Tengku Shariff Fairy mengambil kuih Melaka dan masuk ke dalam mulutnya. Pada
mulanya wajahnya ceria tetapi tiba-tiba berubah kelat.
“Kenapa keras?” soal Tengku Shariff Fairy. Terkejut
dia.
“Keras ke?” Puteri juga terkejut. Yelah! Dia main buat
je ikut resipi yang Wafa Natasha bagi.
“Keras?” Wafa Natasha mencarikkan kuih Melaka itu.
Memang keras. “Kak Puteri masukkan tepung pulut ke atau tepung beras?” soalnya.
“Eh, ada beza ye dua tepung tu?” soal Puteri
tersengih. Dia terlepas pandang kot. Mungkin dia tengok semua tepung sama
sahaja.
“Beza kak.”
“Alahai...” Tengku Shariff Fairy kecewa. Tidak dapat
dia rasa air tangan Puteri.
“Abang tak nak cuba kuih melaka keras?”
“Terima kasih je Sha...” tolak Putra Huzaiman.
Aku tak makan masakan minah ni! Tak kan! Tak kan! Tak
kan! Bisik hati Putra Huzaiman. Wajahnya serius walaupun hatinya merontak.
P/S: MAAF JIKA PENDEK...INI UNTUK MELEPASKAN RINDU PADA WATAK2 DALAM NOVEL INI...semoga ternibur membacanya...