Wafa Natasha tidak menyangka yang ramai orang
datang ke Zoo Melaka. Mereka sampai dalam pukul 11 pagi. Cuaca agak panas.
Huzaiman baru sahaja keluar
dari kereta mula rasa panas. Dia menanggalkan jaket kulit itu.
Mereka berdua berjalan kaki
untuk pergi ke kaunter membeli tiket.
“Panas la Sha.” Kata Huzaiman.
Mereka melalui kedai yang jual pelbagai barang. Huzaiman belikan topi yang comel
untuk Natasha.
Natasha rasa terharu pula. Tak
pernah orang belikan barang untuknya.
“Better abang pakai selipar,
kita kena berjalan sambil tengok haiwan-haiwan.” Nasihat Natasha. ‘Okey
sekarang seri. Satu-satu.’ Bisik hati Natasha. Dia tidak mahu terhutang budi
pada Huzaiman.
“Tak apa sayang.” Huzaiman
masih mahu memakai kasut kulitnya.
Natasha tersenyum. ‘Aku nak mudahkan kau. Tapi kalau kau terus
pakai kasut tu pun tak apa. Biar kau terseksa. Padam muka!’ gembira benar
Natasha. Kalau dia nampak tong sampah. Dia akan buang selipar ini.
Huzaiman pergi membeli tiket.
Natasha pula sibuk mencari tong
sampah. ‘Itu pun dia!’
Dia berjalan ke arah tong
sampah itu. Belum sempat Natasha membuangnya dia dapat rasakan ada satu tangan
memegang tangannya yang sedang pegang plastik yang ada selipar.
“Abang...” Natasha tersentap.
“Abang nak pakai selipar ni. Sakit
pula kaki abang.” Kata Huzaiman lalu mengambil selipar tersebut.
Natasha menyumpah-sumpah dalam
hatinya. ‘Kenapa aku tak buang cepat-cepat tadi? Gagal lagi aku nak buat dia
rasa sakit.’
“Sha okey?” soal Huzaiman sebaik
sahaja dia menukar kasut kepada selipar. Baru selesa kakinya
“Tak ada apa-apa. abang letak
mana kasut abang tu?” Natasha bertanya. Huzaiman hanya menunjuk ke arah sebuah
kedai.
Natasha hanya menggeleng
kepala.
Mereka mula berjalan. Haiwan pertama
yang menyambut kedatangan mereka adalah burung kakak tua.
Natasha suka tengok binatang. Dia
rasa gembira.
Huzaiman pula suka tengok wajah
Natasha. Dia rasa gembira.
Mereka berdua berjalan sambil
berpegangan tangan. Itu yang Huzaiman mahukan. Natasha terpaksa relakan.
Natasha perhatikan
sekelilingnya. Ramai kanak-kanak di sini. ‘Mestilah ramai. Kanak-kanak kan suka
tengok haiwan. Aku ni. Dah besar baru boleh datang zoo. Sedih pula rasa.’ Natasha
berkata dalam hati.
Mereka baru sahaja berjalan selama
dua puluh minit, Huzaiman sudah merungut.
“Penatlah Sha,” kata Huzaiman. ‘Nasib
baik aku pakai selipar. Kalau pakai kasut kulit tadi, pasti melecur kaki aku.’
Huzaiman duduk di satu tempat. Pantas
tangannya menarik tangan Natasha sekali supaya duduk bersamanya.
“Abang ni tak kuat la. Baru jalan
sikit dah penat.” Natasha sengaja mahu membakar perasaan Huzaiman. Memang dia
akui yang cuaca pada saat ini panas.
“Abang kuat tapi sekarang ni
penat.” Balas Huzaiman. Dia tersengih.
Natasha keluarkan sebotol air
mineral. Selamba dia minum depan Huzaiman.
Huzaiman pula hanya melihat Natasha
meneguk air. Dia menelan liur. Rasa dahaga pula.
“Untuk abang tak ada ke?” terus
terang Huzaiman bertanya.
Natasha tersentap.
Belum sempat Natasha bercakap,
Huzaiman terlebih dahulu berkata.
“Tak apa la. Abang minum air ni
je.” Huzaiman terus mengambil botol yang ada di tangan Natasha. Dia teguk
dengan rakusnya. Hilang rasa dahaganya. Habis sebotol air tersebut.
Natasha masih tergamam. Wajahnya
sedih.
“Sayang jangan sedih-sedih,
nanti abang pergi beli air yang lain
untuk sayang. Jom kita jalan lagi!” Huzaiman sudah berdiri. Dia berpeluh.
Baru Natasha tahu yang Huzaiman
seorang lelaki yang kuat berpeluh. ‘Patutlah suka hidup dengan penghawa dingin
je sehingga dalam bilik sendiri pun ada penghawa dingin.’
Tangan Natasha di tariknya.
“Sha suka pada haiwan?”
Huzaiman bertanya semasa mereka sedang berjalan. Ketika itu mereka sudah sampai
di bahagian harimau.
“Suka tapi suka tengok.” Jawab Natasha.
‘Takut pula tengok harimau ni. Garang. Mungkin si GK ni macam harimau kot. Yelah!
Nak kuasai orang je, kalau tak ikut, dia ngam.’ Pendapat Natasha sekadar dalam
hati.
“Tak suka nak bela. Contohnya
macam kucing ke?”
“Takut nak bela...”
“Kenapa takut?”
“Takut dosa. Sha kan sibuk
bekerja. Kalau Sha bela kucing, takut Sha terseksa dia pula.”
Ada satu hadis ini...
“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu
tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.”(Hadits riwayat
Ahmad)
“Takut... Takut dosa...”
“Kalau dosa derhaka pada suami,
tak takut?” saja Huzaiman bertanya begitu.
Natasha pula yang terdiam.
Kasihan pula Huzaiman melihat
wajah Natasha. Isterinya bagaikan tidak dapat menerimanya sebagai suami lagi. Dia
cuba bersabar.
“Sudahlah!” Huzaiman menarik
tangan Natasha agar lebih rapat dengannya. “Kalau masih tak dapat nak terima
suamimu yang gila kuasa ni, tak apa. Abang setia menanti sayang sebab abang
cintai pada sayang,” luah Huzaiman.
Langkah Huzaiman terhenti. Dia meluahkan
perasaan itu berdekatan dengan spesies monyet.
Hati Natasha berdebar kencang. Langkah
dia turut terhenti. Dia menelan liur. ‘Kenapa aku rasa macam ni? Aku gelisah. Gelisah
sebab dia cintakan aku,’ detik hati Natasha.
Huzaiman masih merenung wajah Natasha
yang jelas menunjukkan dia gelisah.
“Abang...” panggil Natasha
dengan nada yang lembut. Dia sendiri tidak pasti apa yang perlu dia jawab
tetapi yang pasti dia benci pada Huzaiman. Dia berdendam dengan keluarga
Huzaiman.
‘Mereka hidup bahagia sedangkan
keluarga aku merana. Ya Allah, ampunkan
segala dosaku.’ Doa Natasha sekadar dalam hati.
“Abang tu!” tiba-tiba Natasha
menunjukkan sesuatu yang bergayut. Dia tersenyum. “Itu geng abang kan? Suka menjerit-jerit.”
Monyet yang ditunjuk oleh Natasha sedang menjerit-jerit.
“Sampai hati kata tu geng
abang, nakal ya?” Huzaiman terus tarik Natasha dalam pelukannya.
“Abang ni...” Natasha malu
dengan orang sekeliling yang memandang mereka.
“Abang...” rayu Natasha lagi
dengan nada yang geram.
“Cepat tarik semula kata-kata
Sha tadi.”
Natasha mengeluh.
“Itu abang...” Natasha menunjuk
sesuatu di belakang Huzaiman.
Huzaiman berpaling.
“Itu monyet betina. Rupanya di
berpasangan dengan monyet yang Sha tunjuk tu.”
“Jadi?”
“Maknanya dia ada pasangan dan
abang pun ada pasangan. Pasangan abang tu, Sha.” Kata Natasha. ‘Harap-harap dia
faham dan tak buat perangai.’ Harap Natasha.
“Okey!” mereka berjalan semula.
Sebenarnya Huzaiman tidak faham
apa yang ingin Natasha sampaikan. ‘Tapi bunyi ayat tu sedap di pendengaran aku.
Tak kisahlah!’
Selepas dua jam berjalan,
barulah tamat perjalanan mereka. Huzaiman mengurut kakinya yang terasa lengguh.
“Sha boleh memandu?”
“Boleh...”
Sepanjang perjalanan mereka ke
penginapan iaitu Farmosa Garden Hotel yang agak jauh sedikit dari zoo Melaka,
mereka banyak diam sahaja.
Natasha fokus pada pemanduan
dan Huzaiman...
Natasha berkalih ke kirinya.
“Tidur....?”
Huzaiman sedang tidur. Mungkin dia
terasa penat kerana hampir dua jam mereka berjalan kaki.
“Biar ajelah.” Natasha terus
memandu. Dia harap apabila Huzaiman tersedar, dia akan sakit hati tengok hotel
itu. Dia berharap sangat.
Natasha ketawa dalam hati.