‘Aku dah kata, kalau aku tak buat dia cuci
tandas, jangan panggil aku Huzaiman gila kuasa. Kena kau hari ni.’ Bisik hati
Huzaiman.
“Bos....”
Natasha memanggil. Dia sedikit megah kerana berlari. Dia memang rasa pelik
kerana Huzaiman berada di lobby syarikat. ‘Dia dah tukar bidang ke jadi
penyambut tetamu?’ Natasha rasa pelik kerana Huzaiman berada di situ.
“Kamu
lambat hari ni.” Kata Huzaiman dengan wajah yang serius.
Hati
Natasha tersentap. Dia bagaikan dapat meneka apa yang bakal lelaki gila kuasa
tu akan buat.
“Tapi
bos, selalunya lima minit saya lambat, bos bagi lepas aje.” Natasha mula
mempertikaikan.
“Hari
ini kamu lambat satu minit lima puluh lima saat. Tak boleh di maafkan.” Kata
Huzaiman lagi. Dia tidak mempedulikan kata-kata Natasha.
Mereka
berbual sambil berjalan. Natasha hanya mengikut dari belakang.
‘Dah
datang penyakit gila dia ni. Ingat ni zaman sekolah ke nak kena denda bila
datang lambat.’ Hati Natasha mengomel.
“Disebabkan
kamu datang lewat. Dendanya....” sengaja Huzaiman memanjangkan nadanya.
“Dendanya........”
Natasha mengulanginya. Dia memandang Huzaiman tanpa berkelip.
Entah
mengapa hati Huzaiman berdebar kencang
saat gadis itu memandangnya penuh asyik. Huzaiman mula perasan.
“Dendanya
kamu kena cuci tandas.” Kata Huzaiman dengan serius. Cuba menutup rasa debar
dihatinya.
“Ini
tidak adil, bos! Saya bantah bos!” kata Natasha. Dia bantah pun bukan
disebabkan jijik untuk melakukan kerja-kerja itu tapi dia tahu, Huzaiman memang
sengaja mahu mengenakan dia.
Baru
tiga hari lepas dia terserempak dengan Huzaiman di pantai. Masa itu niat di
hati hanya mahu bergurau tetapi lelaki ini ambil serius pula.
“Ini
arahan. Sila jalankan dengan baik dan cemerlang. Mari ikut saya.” Kata Huzaiman
yang mula berdiri. Dia berjalan ke arah pintu.
Natasha
terpaku. Dia hanya berdiri tegak dan tidak bergerak.
“Cik
Natasha. Hendak saya buat karpet merah baru kamu nak bergerak.” Sindiran
Huzaiman semestinya pedas dipendengaran Natasha.
Natasha
tersedar dan mula mengikuti Huzaiman. Amman dan Ammar turut sekali mengikut
ketua mereka.
“Kamu
cuci tandas lelaki.” Arah Huzaiman.
“Busuknya...
korang ni makan apa sampai bau busuk macam ni?” soal Natasha.
“Tak
tahu!” jawab Huzaiman dengan selamba. ‘Kalau minah ni tahu yang aku dah
keluarkan arahan jangan cuci tandas ni selama tiga hari, habis! Tentu minah ni
mengamuk. Yelah semua ni dirancang dengan rapi.’ Huzaiman tersenyum dalam hati.
“Amman
bagi peralatannya.” Arah Huzaiman lagi.
‘Mamat
ni hanya tahu bagi arahan je. Sah! Memang sah gila kuasa.’ Geram Natasha
sekadar dalam hati. ‘Nanti kalau aku cakap macam tu, kan tak pasal-pasal tandas
satu syarikat ni dia suruh cuci. Kes naya dah tu.’ Gerun Natasha memikirkannya.
Natasha
cuba tersenyum saat mata Huzaiman memandangnya.
“Lagi satu. Kamu tak payah
risau. Tak kan berlaku macam kes Jay dulu. Amman akan menjaga kamu dari luar.”
Huzaiman menyebut nama Jay.
Amman mengangguk kepalanya.
Kasihan dengan adik angkatnya itu.
Natasha
tersentap apabila nama Jay disebut. Hatinya berdegup kencang. Sebulan yang lalu
dia terserempak dengan Jay. Wajah lelaki itu semakin kacak tetapi dialah
penjahat yang paling jahat yang pernah dia jumpa. Menipu perempuan. Kalau tipu
duit sahaja tak kisah sangat tetapi maruah perempuan itu pun dipijak-pijak.
Dihina semahunya.
Dia
tahu sangat. Dia tahu sebab PK sudah siasat latar belakang Jay dan meminta
Natasha berhati-hati dengan Jay. Mungkin dia akan menyimpan dendam dengan
Natasha. Natasha rasa tubuhnya menggigil.
PK
menunjukkan rakaman mengenai Jay. Dia masih ingat. Lelaki itu pandai menyamar.
Sememangnya pihak berkuasa sedang mencarinya tetapi tiada siapa yang tahu di
mana Jay.
“Sha,
awak okey?” soal Amman apabila melihat tubuh Natasha yang menggigil.
“Sha....”
Suara Natasha bergetar. Mendengar orang sebut nama Jay sahaja mampu membuat
Natasha takut. Dia tahu dan dia yakin yang Jay akan mencarinya untuk membalas
dendam.
Huzaiman
memandang Natasha. ‘Kenapa dengan minah ni? Dia tahu pasal Jay?’ Huzaiman
tertanya-tanya. Huzaiman juga tahu mengenai kegiatan Jay dan dia sentiasa
berhati-hati dengan keadaan sekelilingnya. Dia akan pastikan Jay tidak akan
mengambil sebarang tindakan ke atasnya. Musuh seperti Jay harus dielakkan
dengan kadar segera.
“Sudahlah.
Amman, bawa dia berehat.” Huzaiman mengalah. Kasihan melihat wajah pucat
Natasha.
Bagi
Natasha, dia benar-benar takut kalau Jay berjaya mengesan dirinya. Dia
benar-benar takut.
“Amman,
bawa dia ke bilik kerja saya. Saya ada perkara mahu berbincang dengan Sha.”
Arah Huzaiman dan dia terus berlalu pergi.
“Sha...
Sha...” Panggil Amman.
“Abang
Amman!” Natasha tergamam. Dia merenung wajah Amman. Lantas dia memeluk tubuh
yang agak besar itu.
“Abang,
Sha takut!” kata Natasha. Dia tidak tahu siapa lagi yang dia boleh percayai dan
berlindung. Dia memeluk lagi erat. Dia mahu rasa selamat.
Huzaiman
pula berpatah balik semula untuk memberitahu bawa Natasha ke klinik jika perlu
tetapi dia tergamam melihat Natasha sedang memeluk Amman.
“Sha
takut!” itu sahaja yang Huzaiman dengar. Dia rasa cemburu. Sepatutnya Natasha
memeluknya tetapi itu tidak mungkin. Natasha benci padanya yang selalu membuli
segala yang dilakukan oleh gadis itu.
Akhirnya
dia mengambil keputusan membiarkan sahaja.
Natasha
tersedar. Dia meleraikan pelukkannya dan menjarakkan diri. Fikiran dia melayan
ke peristiwa hitam yang berlaku pada dirinya.
“Sha...”
makin takut Natasha rasa. Perasaannya tertekan. Takut pada Jay dan pada yang
sama peristiwa hitam itu menghantuinya.
“Sha,
sudahlah. Sha berehat sahaja. Mari abang bawa Sha ke bilik bos. Dia nak cakap
sesuatu pada Sha.” Pujuk Amman. Kasihan melihat keadaan Natasha. Dia sendiri
tidak pasti derita apa yang di alami oleh Natasha sehingga takut sedemikian.
Perlahan-lahan
Natasha mengikut Amman dari belakang.
“Sha,
kenapa ni?” tegur Ammar. Wajah pucat Natasha itu membuat dia bimbang.
“Sha
masuk dulu ya?” Amman membuka pintu untuk Natasha.
Huzaiman
memerhati Natasha yang melangkah perlahan dan semakin hampir dengan meja kerjanya.
Wajah itu sentiasa ditunduk. Tiba-tiba dia teringat akan surat misteri yang dia
dapat.
Saya diam bukan bermakna saya tak boleh lawan cakap awak. Saya senyum bukan
bermakna saya rela di marah , di caci atau di maki oleh awak. Saya tunduk bukan
bermakna saya kalah. Tapi saya diam kerana saya tidak mahu menyakiti hati awak
seperti mana awak lakukan pada saya. Saya senyum kerana saya teringat nasihat
mak dan ayah saya supaya jangan tinggikan suara pada insan lain. Dan saya
tunduk kerana saya yakin ALLAH sentiasa ada bersama saya. Hakikatnya saya juga
seperti awak. Punya hati dan perasaan.”
Huzaiman
mengeluh. Entah mengapa dia boleh ingat ayat tersebut dengan baik sekali.
‘Adakah Natasha yang tulis surat tersebut?’ perasaan Huzaiman kuat menyatakan
yang Natasha yang tulis surat itu.
“Duduk!”
sepatah sahaja arahan Huzaiman.
Natasha
duduk di kerusi hadapan meja Huzaiman. Wajahnya masih ditundukkan.
Huzaiman
merenung muka Natasha. Dia akui dalam hati yang Natasha seorang gadis yang
cantik. Ini kali pertama dia melihat Natasha dalam ketakutan. Rasa kasihan pula.
Kalau ikutkan hatinya yang gila kuasa ini, sudah lama Natasha dalam pelukannya
tetapi egonya lebih menguasai buat masa ini.
“Sha
ada masalah dengan Jay?” soal Huzaiman. Dia masih meratah seraup wajah yang
cukup mendamaikan hatinya.
Natasha
gelisah. Dia masih ingat kata-kata Jay yang lelaki jahat itu akan mencarinya
suatu hari nanti.
“Tak...
Tak ada masalah pun.”
“Kalau
tak ada masalah, kenapa pula jadi takut macam ni? Saya kenal Jay tu siapa. Dia
musuh dalam selimut. Sukar untuk di kesan di mana dirinya.” Huzaiman serius.
“Tak
ada apa-apa.” Natasha masih mahu menyembunyikan apa yang dia rasa.
“Okay, its fine with me if you don't want to tell me.
I don't mind and I don't care. But if you're in this shape its better you do
something about it.” Kata Huzaiman. Dia rasa marah pula.
“Amman
masuk!” Huzaiman menekan intekom.
“Ya,
bos!”
“Hantar
Natasha guna kereta dia dan balik sini semula dengan teksi. Pastikan Natasha
masuk rumahnya dulu baru balik.” Arah Huzaiman dengan tegas sekali. Sakit
hatinya kerana tidak berjaya mengorek rahsia Natasha. ‘Apa yang pasti dengan
cara paksaan memang tak akan dapat korek
la.’
“Baiklah
bos!” mereka berdua terus berlalu pergi.
*****
Huzaiman memeriksa dokumen penting dalam bilik
bacaannya. Dato’ Ismail pergi main golf bersama kawan-kawannya. Mama pula,
Datin Ismah sibuk di dapur. Mungkin.
“Hai
abang!” Haikal masuk ke bilik abangnya itu.
“Hai...”
Balas Huzaiman tanpa memandang wajah adiknya itu.
“Abang
ni, hujung minggu pun nak duduk dalam bilik yang bosan ni.” Haikal mengomel.
Dia duduk di sofa yang ada dalam bilik tersebut.
“Bosan?
Taklah. Abang suka bilik yang bosan ini.” Wajah Huzaiman masih menghadap
kertas-kertas yang ada atas meja tulisnya. Dulu dia tinggal di kondominiumnya
sendiri tetapi selepas didesak oleh Dato’ Ismail, dia kembali semula di rumah
banglo ini.
“Suka?
Tengok muka abang macam bosan je.” Teka Haikal. Wajah Huzaiman yang serius itu
membuat Haikal berkata begitu. Tanpa Huzaiman tahu, Haikal suka melihat wajah
abangnya berwajah serius. Tambahan pula, dia suka berlakon. Mahu lakonkan watak
serius seperti Huzaiman, memang payah. Sehingga kini dia masih tidak berjaya
melakonkan watak tersebut.
“Tak
la.” Mendatar sahaja suara Huzaiman.
“Tak
apa la abang. Adik nak pergi tengok kak Sha la,” kata Haikal yang sudah berada
di depan pintu.
“Natasha
ke? Eh, dia buat apa kat rumah kita ni?” soal Huzaiman. Barulah dia memandang
wajah adiknya itu. Terkejut punya pasal. Baru dua hari lepas dia melihat muka
pucat Natasha. Gadis itu ketakutan. Kasihan. ‘Terlalu banyak aku kasihan pada
dia, kenapa ye?’
“Ish,
abang ni! Macam duduk dalam tempurung je.” Belum sempat Haikal menyambung
ayatnya, Huzaiman sudah berkata terlebih dahulu.
“Itu
katak je yang duduk tau.” Selamba jawapan Huzaiman.
“Okey.
Okey. Hmm, kak Sha kan sepupu kita.” Jelas Haikal.
“Apa?!
Tak tahu pun.” Lagi sekali Huzaiman terkejut.
“Maknanya
abang tu la yang katak bawah tempurung.” Haikal mengenakan Huzaiman. Haikal
ketawa kecil. Suka pula dapat mengenakan abang sendiri.
Huzaiman geram. Adiknya mempermainkan dia. Dia
menaikkan sebelah keningnya.
Haikal tersengih.
“Sepupu tang mana tu, adik?” soalnya lagi. Dia
benar-benar ingin tahu.
“Adik mama yang nombor tiga, isterinya punya
sepupu adiknya dan mak dia.” Kata Haikal sambil melihat jarinya. Dia cuba memahami
apa yang Datin Ismah katakan sebelum ini.
“Pening la abang.” Dahi Huzaiman sudah berkerut.
“Adik pun pening. Senang-senang anggap la dia
sepupu kita. Itu kata mama. Adik pergi dulu.” Haikal menutup perlahan pintu
bilik bacaan tersebut.
Huzaiman menyambung semula kerjanya yang
tertangguh. Dia termenung dan termenung lagi.
‘Ish, minah ni! Sengaja buat kacau. Kacau fikiran
aku je.’ Huzaiman mula tidak senang duduk. Dia bangun dan mencari kelibat
Natasha.
Natasha ternampak Huzaiman. Wajah gadis itu ceria
dan tidak pucat lagi. Lega sedikit hatinya.
“Bos!! Bos buat apa kat sini?” soal Natasha tanpa
rasa apa-apa.
“Aku yang patut tanya kau. Kau buat apa kat sini?
Ini rumah aku tau.” Kata Huzaiman dengan geramnya. Dia pula yang dipersoalkan.
Padahal ini rumahnya.
“Rumah bos ke? Cantik rumah bos.” Puji Natasha.
“Memang cantik. Kau ni rindukan aku ke sampai
datang hujung minggu camni? Atau nak sambung cuci tandas rumah aku pula?”
Huzaiman mula menunjukkan belang kuasanya.
“Eh, tak la!” Natasha menidakkannya. Huzaiman tersentak.
Entah mengapa dia rasa sakit hati apabila Natasha tidak merinduinya.
“Kalau tak rindu, tak reti-reti nak balik.
Pergilah balik!” halau Huzaiman. Dia benar-benar geram dengan wajah Natasha
yang selamba.
“Man, yang kamu ni sedap sungguh menghalau bakal
menantu mama ni kenapa?” Muncul Datin Ismah.
“Bakal menantu?” Huzaiman terkejut. Menantu?
“Adik dah nak kahwin ke mama?” soal Huzaiman
macam orang bodoh.
“Ish, budak ni! Adik kamu tu baru saja habis
belajar,” kata Datin Ismah.
“So, mama?” Huzaiman menanti dengan sabar jawapan
daripada mulut Datin Ismah.
“Kamu la.” Datin Ismah menunjuk arah Huzaiman.
“Man mama? Man dengan Sha?” lagi sekali Huzaiman
terkejut. ‘Kalau setiap hari terkejut macam ni. Tak lama la aku atas dunia
ini.’
“Biar betul mama?” Huzaiman masih tidak percaya.
Dia hanya memandang wajah Natasha.
“Betul! Tak kan mama nak tipu kamu pula, Man.
Mama nak ke dapur sekejap.” Kata Datin Ismah.
“Mama, Sha ikut!” pinta Natasha. Dia benar-benar
rasa seram sejuk dengan pandangan Huzaiman yang tajam itu.
“Kau tunggu!” tegas suara Huzaiman.
Langkah Natasha terhenti. Datin Ismah sudah lama
menghilang ke dapur.
“Kau suka aku?” soal Huzaiman tanpa selindung
lagi.
“Suka!” jawab Natasha secara spontan.
“Betul suka ni?” tegas suara Huzaiman.
‘Nak tanya orang suka dia pun nak serius ke? Cuba
la tanya elok-elok sikit.’ Natasha mengomel dalam hati.
“Betullah suka!” jawab Natasha.
“Tipu!” Huzaiman tidak mahu percaya.
“Betullah!” kata Natasha sambil melangkah ke
dapur.
Huzaiman tidak berpuas hati. Dia mengekori Natasha
sehingga ke dapur.
“Tipu!” kata Huzaiman.
“Mama tengoklah anak mama tu. Dia tak percaya
yang Sha suka dia.” Kata Natasha pada Datin Ismah.
“Mengada-ngadalah kamu ni, Man. Syukur sikit ada
orang suka kamu. Kamu tu gila Kuasa. Tak ada gadis nak ke kamu.” Datin Ismah
mula membebel.
Sakit telinga Huzaiman
mendengar Datin Ismah membebel.
Pantas Huzaiman meninggalkan
mereka berdua.
*****
Natasha termenung di jendela biliknya. Melihat
lampu neon di bandar itu membuat hatinya sedikit tenang.
Rancangannya
semakin penghujungnya. Tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Huzaiman.
“Bagaimana
dengan kehidupan aku selepas berkahwin dengan lelaki gila kuasa tu?” soal
Natasha sendirian. Dia sendiri tiada jawapan.
Natasha
mengambil buku ‘Jangan bersedih’ yang ditulis oleh Dr. Aidh bin abdullah
Al-Qarni. Ada satu tajuk ini begitu menarik perhatiannya.
Natasha
membacanya.
“Jangan
bersedih, dengan perilaku manusia terhadapmu, tetapi perhatikanlah tingkah laku
mereka terhadap Allah.” Tersentap hati Natasha.
Dia
teringat Huzaiman. Walaupun lelaki itu sombong dan gila kuasa tetapi apabila
tiba masa sembahyang, lelaki itu dan dua orang yang setia dengannya akan keluar
menuju ke surau syarikat. Acap kali juga Natasha terserempak dengan mereka.
“Ya
Allah, aku tidak bersedih tetapi perasaan dendam dalam hati ini tidak dapat aku
hapuskan. Semakin lama, makin membara. Aku tidak boleh berpatah balik Ya Allah.
Kau ampunkan dosa-dosaku.” Doa Natasha.
Akhirnya
dia lena atas katil tetapi seketika sahaja.
Ring...
Ring... Ring...
Telefon
bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.
Natasha
mengeluh. Dia baru sahaja mahu lelap.
“Huzaiman?
Buat apa mesej aku malam-malam ni.” Segera Natasha membuka mesej pesanan itu.
Betul ke kau suka aku?
-Huzaiman-
Natasha
mengeluh apabila membaca mesej tersebut.
“Tak
habis-habis lagi ke tanya soalan ni? Ini mesti kes tak pernah ada orang
perempuan kata suka kat dia. Yelah gila kuasa katakan. Mana ada perempuan suka
kecuali gilakan duit lelaki tu.” Natasha tidak membalasnya.
Natasha
bangun dari pembaringannya lalu menuju ke dapur. Dia terasa dahaga pula.
Apabila
dia kembali semula, dia melihat skrin telefon bimbitnya.
“Tujuh
misscall?” terkejut Natasha. Huzaiman menghubunginya. Nasib baik Natasha buat
dalam mood senyap. Akhirnya dia terus tidur tanpa mempedulikan Huzaiman.