Hari ini Natasha bangun lambat gara-gara
kepenatan menyiapkan reka bentuk yang diminta oleh Huzaiman. Dia akan bersiap
ala kadar sahaja. Sarapan pun tidak sempat dibuat.
Tergesa-gesa
Natasha memakai tudung yang sudah disediakan semalam. Selesai bersiap, Natasha
bergegas membawa beg tangan serta beg yang mengandungi telekung ke tempat
kerja. Dia benar-benar lambat.
“Nasib
baik mesyuarat mula pukul 10 pagi.” Natasha menarik nafas lega sebaik sahaja
sampai di bangunan tempat kerjanya. Walaupun sudah tiba, dia tetap berlari
menuju ke bilik kerjanya. Dia kena bersedia dengan laporan maklumat yang
dimahukan oleh Huzaiman.
Natasha terkejut melihat
keadaan bilik kerjanya. Barulah dia tersedar yang biliknya begitu bersepah.
“Mana lakaran tu?” jantung
Natasha berdegup kencang. “Mana?” tangan Natasha pantas mengemas mejanya yang
agak bersepah. Pen warna ditolak ke tepi. Kertas-kertas lakaran yang tidak
berkaitan dicampak ke lantai. Satu
persatu lakaran dilihatnya.
“Mana? Semalam aku letak elok je
atas meja ni?” kepala Natasha mula pening. Sakit! ‘Penat datang lambat pun
belum habis. Ditambah pula penat mencari lakaran itu pula.’ Natasha membebel
dalam hatinya.
“Mati aku! Kena tadah telinga
lagilah.” Natasha mengeluh.
“Entah-entah ini kerja
Huzaiman. Dia dah ambil ke?” Natasha mula
berfikir.
‘Tak guna punya Huzaiman. Saja
nak sabotaj aku.’
Pintu biliknya diketuk.
“Masuk!” arah Natasha.
“Sha, apa dah jadi ni?” Ammar
terkejut melihat bilik Natasha bersepah. “Sha, okey?” bimbang juga melihat
keadaan adik angkatnya. Bagaikan tertekan dengan sikap majikannya itu.
“Okey!” sepatah sahaja Natasha
menjawab. Tubuhnya rasa tidak bermaya.
“Bos, panggil. Dia nak Sha
bentang reka bentuk produk yang dimintanya. Lakaran tu abang dah ambil sebab
bos dah minta.” Jelas Ammar.
“Dah agak dah!” kata Natasha.
Dahi Ammar berkerut. ‘Adik
angkat aku ni sihat ke tak ni? Macam dah tak berapa nak betul je. Ini yang
makin aku risau ni.’
Natasha berasa geram dengan
Huzaiman kerana selamba sahaja mengambil lakaran itu tanpa memberitahunya.
“Hmm, lakaran yang cantik dan
menarik. We can start now.” Kata
Huzaiman tanpa rasa bersalah.
‘Lelaki gila kuasa memang macam
ni ke? Lukai orang sekeliling tanpa dia sedar,’ bisik hati Natasha.
“Miss Natasha, you okay?” Huzaiman terasa pelik. Dia
pun menekan interkom.
“Amman, minta pak cik J buatkan
kopi untuk kami berdua.” Kata Huzaiman.
Tersentap hati Natasha. ‘Biar
betul lelaki ini? Semalam pun aku tak percaya. Masakan hari ni lagi aku tak
percaya. Tapi dia tak tahu ke yang aku ni tak minum kopi? Kasihan.’ Bisik hati
Natasha.
“Baiklah bos.” Balas Amman.
“Okay Miss Natasha, you can start. I hope this product
interesting.” Serius nada Huzaiman.
Natasha tersenyum
“Nama produk ini, Love In The
Sky Blue. Setiap perkataan ini mempunyai makna dan sebab mengapa dinamakan
begitu.” Kata-kata Natasha terhenti seketika apabila Pak Cik J masuk membawa
dua cawan kopi.
“Terima kasih Pak cik.” Ucap
Natasha. Pak cik J hanya tersenyum dan terus berlalu.
“Please continue.” Pinta Huzaiman.
Natasha memberi penerangan
tentang produk tersebut. Huzaiman pula berasa puas dengan produk kali ini.
“Baiklah. Saya luluskan produk
ini. Sila serahkan pada jabatan pemasaran dan yang berkaitan dengan kadar
segera. Saya tidak mahu ada sebarang masalah. Kamu boleh pergi.” Huzaiman
menyambung semula kerjanya yang tertangguh.
Natasha terkebil-kebil
mendengar arahan itu. ‘Lelaki ini ada perasaan atau tidak? Ucaplah terima
kasih. Sedaplah juga nak dengar.’ Natasha masih berdiri di situ.
“Ada apa lagi ni? Kamu nak saya
ucap terima kasih?” soal Huzaiman.
‘Macam mana dia tahu isi hati
aku?’ sedikit mushkil dalam hati Natasha. Natasha hanya mengangguk kepala.
“Natasha, kamu dibayar gaji
untuk membuat rekaan ini. Maka, itu memang tugas kamu. Tak perlu untuk saya
ucap terima kasih. Sekarang kamu boleh pergi. Saya banyak kerja mahu buat.”
Tegas sekali suara Huzaiman menerangkan hal sebenar.
Tersentap hati Natasha. Sombong
benar lelaki bernama Huzaiman. Siap kau!
“Tetapi dengan kata-kata terima
kasih itu mampu membuat pekerja itu rasa dihargai dan sekaligus dia akan cuba
meningkatkan prestasi kerjanya.” Jawab Natasha.
Huzaiman merenung tajam wajah
Natasha. Keberanian Natasha menjawab kata-katanya benar-benar menarik perhati
Huzaiman. Dia tersenyum sinis.
“Saya majikan dan bos kepada
pekerja. Saya yang membayar gaji pekerja. Kalau saya tak ucap terima kasih pun
mereka tetap akan kerja kerana gaji yang mereka terima setimpal dengan kerja
yang mereka lakukan.” Huzaiman merenung Natasha.
“Memang betul. Orang kaya macam
bos anggap wang adalah segala-galanya tetapi bagi kamu yang miskin ni, wang
tidak penting tapi hubungan seseorang atau hubungan dengan orang yang kita
sayang jauh lebih penting. Terima kasih bos. Saya keluar dulu.” Natasha terus
bangun dan keluar dari bilik tersebut.
Huzaiman tergamam.
“Wang adalah segala-galanya....”
Huzaiman berkata perlahan. Itu prinsipnya. Wang boleh membeli apa-apa sahaja.
******
Huzaiman masuk ke dalam bilik kerjanya. Kerja yang
berlambak ini harus diselesaikan dengan kadar segara. Tiba-tiba dia terpandang
satu surat atas mejanya. Dibacanya satu persatu perkataan yang ditulis dalam
kertas tersebut.
“Apa ni?”
Telinga
Huzaiman menjadi merah. Kemarahannya cuba ditahannya.
“Ammar,
masuk!” Huzaiman menekan interkom untuk memanggil setiausahanya. Dia
menyilangkan kakinya ketika duduk di sofa dalam bilik kerjanya.
“Baik
Bos!” sekelip mata sahaja Ammar sudah berada di depan Huzaiman.
“Siapa
tulis surat ni? Siapa?!” Marah Huzaiman. Tiada apa yang boleh membuat dia
mengamuk selain ini.
‘Aku tak dapat nak terima
kenyataan ini. Aku tak kisah dia nak tulis apa. Lantaklah! Tapi yang aku
kisahnya ialah ‘Suami Gila Kuasa’. Tak dapat dimaafkan lagi. Lagi satu, bila
pula aku bergelar suami ni? Benci!’
“Ammar?”
Huzaiman cuba meneka.
“Eh,
bukan saya, bos!” Ammar menidakkan. Dia menelan liurnya. Takut sungguh dengan
tuduhan majikannya itu. Dia cukup kenal dengan Huzaiman yang mudah mengamuk.
“Siapa
yang letak atas meja saya kalau bukan kamu? Kamu je yang boleh masuk bilik
saya.” Kata Huzaiman. Dia menjeling ke arah Ammar yang kini berdiri tegak bagaikan
patung yang sedang menundukkan pandangannya.
Ammar tidak sanggup untuk
memandang majikannya yang sedang mengamuk itu.
Tiba-tiba
Amman muncul yang sememangnya Ammar memberitahunya yang Huzaiman ingin
berjumpa. Mata Amman terkebil-kebil melihat raup wajah Huzaiman.
‘Dia tengah marah ke?’ Teka
Amman.
“Oh,
kamu yang letak atas meja saya ya?” tuduh Huzaiman pada Amman pula.
“Bukan
saya bos!” pantas Amman menjawab. Dia sememangnya tidak tahu apa-apa terkejut.
“Kalau
bukan kamu berdua, siapa?!” makin tinggi suara Huzaiman. Dia benar-benar marah.
“Saya
nak kamu berdua cari siapa yang letak surat ni atas meja saya.” Arah Huzaiman.
“Yes Bos!” jawab serentak si kembar
menjawabnya.
Amman dan Ammar segera keluar dari bilik
Huzaiman.
“Lagi satu.” Kata Huzaiman yang kini di luar
biliknya. “Kalau dah tahu siapa, bawa dia jumpa dengan saya.” Arah Huzaiman.
Huzaiman bangun dan duduk di kerusi kerjanya. Dia
menumbuk meja. Memang kuat bunyinya.
Ammar
dan Amman terkejut dengan bunyi yang kuat itu. Mereka mengurut perlahan dadanya.
Sakit jantung dibuatnya. Mereka berdua pun keluar dari bilik tersebut.
“Nasib badanlah jadi setiausaha bos macam ni.”
Kata Ammar.
“Nak buat camna? Sejak kecil lagi kita kena follow dia.” Amman pula menjawab.
Amman dan Ammar merupakan setiausaha Huzaiman dan
juga pemandu untuk ke mana sahaja majikannya mahu pergi. Itulah tugasnya seumur
hidup. Mungkin.
“Abang
Ammar dan abang Amman, apa yang bos mengamuk di pagi hari ni?” Natasha muncul
dengan tiba-tiba.
“Entah
makhluk tuhan mana yang letak surat misteri atas meja bos.” Kata Amman. Dia
menaip sesuatu di komputer.
“Hmmm,
pergilah korek, abang Amman. Mana tau surat tu ada rahsia terbesar bos.”
Natasha meneka.
“Banyak
la rahsia.” Amman tidak mahu masuk campur.
“Abang,
adik nak ke tandas sekejap.” Ammar terus berlalu.
Natasha menjeling ke arah Amman setelah Ammar
menghilang. Lelaki itu masih fokus pada kerjanya. ‘Aku ni macam menyibuk sahaja
di sini.’
Tiba-tiba
Huzaiman muncul.
“Oh, you Natasha! I have something want you
explain about Garden Love. Ada pelanggan di Putrajaya berminat dengan
produk ni.” Arah Huzaiman.
“Baik
bos.”
“Saya
memang baik. Kamu baru tau ke?” kata Huzaiman. Suka membanggakan diri. “Saya
nak ke tandas sekejap. Kamu tunggu kat dalam.” Huzaiman menghilang.
Natasha
masuk ke bilik Huzaiman. Dia ternampak suatu kertas. Natasha tersenyum.
Saya diam bukan bermakna saya tak boleh lawan cakap awak. Saya senyum bukan
bermakna saya rela di marah , di caci atau di maki oleh awak. Saya tunduk bukan
bermakna saya kalah. Tapi saya diam kerana saya tidak mahu menyakiti hati awak
seperti mana awak lakukan pada saya. Saya senyum kerana saya teringat nasihat
mak dan ayah saya supaya jangan tinggikan suara pada insan lain. Dan saya
tunduk kerana saya yakin ALLAH sentiasa ada bersama saya. Hakikatnya saya juga
seperti awak. Punya hati dan perasaan.”
Yang benar,
Calon isteri untuk suami gila kuasa
Dengan
pantas dia melihat komputer riba milik Huzaiman. Belum sempat dia berbuat
apa-apa, seseorang masuk ke bilik itu.
Natasha
cuba tersenyum. Dia pura-pura melihat pandangan dil uar melalui cermin tingkap
yang jernih itu.
“Senyum-senyum ni? Teringatkan
buah hati?” gurau Huzaiman.
‘Eh, pandai pula aku bergurau.
Bukankah aku ni seorang yang serius? Huzaiman mula rasa pelik.
Wajahnya
kembali serius.
“Saya
tak ada buah hati bos tapi bakal suami ada la.” Selamba jawapan Natasha.
Hati
Huzaiman tersentap. Dia berasa kecewa tetapi dia hanya serius.
“Nanti
kenalkan pada saya. Manalah tahu kenal.” Kata Huzaiman.
“Mestilah
bos kenal. Abang Amman.” Gurau Natasha.
‘Betul
ke aku dengar ni? Minah ni memang nak kena.’ Marah Huzaiman.
“Kamu
ni memang nak cuci tandas ya? Sudah! Kamu pergi ambil fail Garden Love, saya
nak buat penambahan sikit. Ini mengikut citarasa pelanggan kita dari Putrajaya
tu.” Arah Huzaiman.
“Baiklah
Bos.” Balas Natasha. ‘Tadi tak nak suruh aku ambil. Tengok dah buang masa nak
patah balik pergi bilik aku. saja nak mendera aku ulang alik.’ Natasha keluar
dari bilik tersebut.
Huzaiman
hanya tersenyum melihat wajah Natasha yang berkerut itu. Dia duduk dan membaca
dokumen yang ada atas mejanya.
Krek..
Bunyi
pintu dibuka dari luar.
“Cepatnya
kamu......” kata-kata Huzaiman terhenti di situ sebaik sahaja melihat siapa
yang masuk ke biliknya. Pada mulanya dia menyangka Natasha tetapi ternyata
silap.
“Puteri........”
mendatar sahaja suara Huzaiman. Dia bagaikan terkejut dengan kehadiran gadis
kacukan yang tidak mengenal erti aurat dan agama.
Puas
sudah Huzaiman memberi nasihat tetapi bagaikan mencurah air di atas daun
keladi. Sia-sia sahaja.