Huzaiman rasa sangat berdebar. Dia berharap dapat berada di sisi Natasha
selalu dan menjaganya. Melihat wajah mendung Natasha membuat hatinya tidak
keruan.
Dia teringat kehidupannya tanpa Natasha di sisinya.
Selepas dia pengsan di hospital, Amman dan Ammar datang
dan membawanya ke wad kecemasan untuk dirawat.
Dia demam.
Seminggu Huzaiman terperap dalam bilik. Dia hanya
melihat gambar perkahwinan dia bersama. Pelbagai peristiwa dan kenangan Natasha
mengimbau hebat dalam kotak fikirannya.
Paling Huzaiman ingat adalah bulan madu mereka di
Melaka. Dia membuka album gambar mereka berdua. Betul-betul depan kedai itu
Huzaiman memaksa Natasha bergambar bersamanya.
“Ish, abang tak malu ke masuk kedai ni?” soal
Natasha.
“Nak malu apa?” dahi Huzaiman berkerut.
“Ish, tak nak la!” Natasha berusaha juga menarik
badannya yang besar itu.
“Tak apa. Abang nak beli beberapa pasang untuk
isteri abang ni. Tadi pun abang tengok Sha pakai warna hitam. Seksi juga. Abang
nak tengok sayang pakai warna lain juga.” Sengaja Huzaiman ingin mengusik Natasha.
“Gila!” Natasha menarik juga tangan Huzaiman
daripada masuk ke tempat yang menjual pakaian dalam wanita. Dia tak sanggup.
Malu!
Huzaiman ketawa sekuat hatinya. “Rupanya Sha seorang
pemalu. Dia sangat pemalu. Sha, abang rindukan Sha. Kenapa Sha tinggalkan abang
sebelum meluahkan apa yang Sha rasa. Abang rasa sunyi tanpa Sha. Abang suka Sha
mengusik abang. Abang rindukan Sha...”
Huzaiman bercakap seorang diri.
Dia cuba untuk bertenang tetapi gelora di hati tiada
siapa yang tahu. Hanya satu perkara yang membuat dia kembali kepada sikap
semula jadi Huzaiman semula. Hanya satu sahaja...
Kenangan Natasha...
Huzaiman kembali ke dunia nyata. Kini, Natasha sudah
berada di hadapannya. Tidak mungkin dia akan lepaskan Natasha lagi. Pelukannya
makin dieratkan.
“Bodoh! Apasal kau bangun dari katil?! Kau tu tak
sihat!” Marah Huzaiman setelah meleraikan pelukannya.
Natasha terdiam. Dia terkaku.
Huzaiman mencengkam bahu Natasha ketika itu.
“Tengok! Tangan kau pun dah luka!” bebel Huzaiman sambil menunjukkan jari Natasha yang luka.
‘Aku tahulah jari tu yang luka. Tak payah la nak
tunjuk-tunjuk.’ Kata hati Natasha. Tidak pernah dia melihat Huzaiman membebel
seperti mak nenek. Dia benar-benar tergamam. Mata Natasha terkebil-kebil
dibuatnya.
Tiba-tiba Huzaiman mengangkat tubuh Natasha. Natasha
lagi sekali tersentap. Dia di bawa ke katil.
“Aku akan bawakan kau kotak kecemasan. Kau baring
dulu.” Pesan Huzaiman. Natasha hanya mengangguk. Dia selesa kalau Huzaiman
melayannya begitu. Huzaiman tersenyum tetapi senyuman itu terus mati dengan
tiba-tiba dan diganti dengan peluh yang mula mengalir di dahi.
‘Eh, mana aku letak benda alah tu?! Aduh! Macam mana
ni?’ bisik hatinya. Huzaiman mengaru kepalanya. ‘Dah lama aku tak sakit atau
luka. Mana nak cari ni?’
Huzaiman mencari di bawah katil yang Natasha sedang
baring.
‘Tak ada!’
Huzaiman pergi pula ke almari bajunya. Semuanya
bersepah dibuatnya. Natasha hanya memerhati dari jauh. Terbongkok-bongkok
Huzaiman tunduk mencarinya.
‘Tak ada juga! Mana ni? Jatuh imej aku macam ni.’
Wajah Huzaiman makin berkerut.
“Kalau tak jumpa, tak apa Huzaiman. Aku okey.” Kata
Natasha lemah. Dia kasihan melihat Huzaiman yang bersungguh-sungguh mencari
kotak kecemasan.
“Jari kau luka tu. Aku tak kira! Jari kau kena sapu
ubat jugak!” katanya Huzaiman yang kini menjejak kaki di dalam bilik air yang
luas itu. Dia agak, mungkin ada di sana.
‘Alahai gila kuasanya dah datang. Pasal ini pun nak
gila juga ke?’ Natasha mengeluh. Tidak berubah langsung. Entah mengapa ada
senyuman meniti di bibir Natasha tanpa Huzaiman sedari.
“Ish, mana benda ni sembunyikan diri?!” marah
Huzaiman. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Ammar?” Huzaiman terasa pelik. “Kenapa kau call di
saat kecemasan macam ni? Kau tahu tak yang aku ni sedang mencari kotak
kecemasan?” Huzaiman tidak berpuas hati.
Akhirnya dia jawab juga.
“Aku tengah sibuk ni. Kalau ada masalah yang timbul,
kau selesaikan macam mana pun atau aku bunuh kau nanti!” Marah Huzaiman. Bahasanya sudah bertukar kasar.
Gara-gara tidak jumpa kotak kecemasan, Ammar menjadi
mangsa kemarahan Huzaiman. Kasihan Ammar.
Ammar terkejut dimarahi sedemikian. ‘Asyik nak
membunuh je Putra ni. Kalaulah dia tahu aku ni abang angkat dia, pasti perasaan
hormat tu lebih ada. Tak apa. tunggu papa yang
beritahu sendiri.’
“Tapi bos....” Ammar cuba untuk memberitahu masalah
yang timbul.
“Yalah! Yalah! Apa dia? Hurry up and speak!” arah Huzaiman. Dia mendengar sambil melihat
wajahnya di cermin dalam bilik air.
“Tengku Shariff Fairy buat hal. Dia nak order Garden Love dengan nilai lima juta.
Lelaki itu...” belum sempat Ammar berkata, Huzaiman sudah bersuara.
“Lelaki itu memang gila! Dia tu nak beli Garden Love ke atau sengaja nak tunjuk
dia lebih berkuasa dari aku?” Huzaiman tidak berpuas hati.
Ammar pun menerangkan panjang lebar tentang Tengku
Shariff Fairy yang merupakan musuh utamanya dalam perniagaan.
“Baiklah Ammar. Okey, kamu buat apa yang saya
cakap.” Huzaiman cuba bertenang. Jika dia tidak tenang, dia sendiri pun tidak
dapat berfikir dengan baik.
“Baiklah bos!” Ammar setia menanti penyelesaian dari
majikannya.
“Kamu cuba tanya pada dia..........” kata-kata
Huzaiman terhenti di situ kerana pada masa yang sama dia berkata, dia sedang
membuka laci yang ada dalam bilik air. Dia ternampak kotak kecemasan itu.
Matanya membuntang. Geram!
“Kat sini rupanya kau! Jumpa pun!” Huzaiman sudah
jumpa kotak kecemasan yang dicarinya.
“Bos! Panggil Ammar yang masih dalam talian. “Jumpa
apa ni?” Ammar masih dalam keadaan keliru. Makin keliru dengan sikap majikannya
sejak berjumpa semula dengan isteri, Natasha.
Tut Tut Tut
Talian diputuskan.
‘Kenapa dengan Putra ni?’ Ammar tergamam. ‘Apa aku
nak buat dengan lelaki gila ni? Suka cari pasal dengan adik angkat aku ni.’
Ammar buntu. Abangnya, Amman pula sudah pergi melawat tapak pembinaan di
Selayang. Kerja sampingan yang Huzaiman lakukan. Akhirnya dia membiarkan dulu
masalah itu dan menunggu Huzaiman masuk ke pejabat.
Pantas Huzaiman membuka kotak kecemasan tersebut.
Alangkah kecewa hatinya apabila melihat ubat luka dalam kotak kecemasan sudah
tiada. Cuma ada panadol dan beberapa ubat yang tidak berkaitan.
Kemudian Huzaiman membawa kotak tersebut ke katil.
Natasha bangun dari berbaring.
“Mari aku balut jari kau dengan kain pembalut ni.”
Arah Huzaiman. Serius! Dia tidak pernah buat kerja-kerja seperti ini dan
perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam hidupnya.
“Balut dengan kain pembalut luka ni?” soal Natasha.
Dia sendiri pelik dengan sikap Huzaiman.
“Ya la. Tak kan nak balut muka kau pula.” Marah
Huzaiman.
“Tapi kan. Luka aku ni kecil je. Kalau guna plaster
luka itu pun cukup.” Takut-takut Natasha suarakan pendapatnya.
“Oh ye ke?” Huzaiman tergamam. ‘Bodoh juga aku ni.’
Bisik hatinya.
Huzaiman letakkan plaster luka itu pada jari Natasha
yang luka. Dia hanya melihat ubat panadol tersebut. ‘Sesuai ke ubat ni dengan
Sha?’ Dia tertanya-tanya.
Natasha hanya memerhati Huzaiman yang termenung itu.
‘Bodohnya aku! Jatuhlah imej aku macam ni depan Sha.
Kenapalah aku tak pergi beli kat kedai je. Bodoh memang bodoh! Susah payah aku cari
benda alah ni.’ Bisik hati Huzaiman. Dia benar-benar macam orang bodoh. Tidak
dapat berfikir dengan baik.
“Aku keluar sekejap!”
“Kau nak ke mana?” soal Natasha.
“Nak beli ubat demam untuk kau.” Kata Huzaiman.
“Ubat panadol tu sesuai untuk orang yang demam.”
Kata Natasha.
Huzaiman pula yang tergamam.
‘Jelas sekali! Kebodohanku terserlah!’ geram
Huzaiman. ‘Apa kena denan aku ni? Sebelum ni tak pernah-pernah jadi bodoh macam
ni. What wrong with me?’ Serabut
kepala Huzaiman.
“Kau makan penadol ni dulu okey?” arah Huzaiman. Dia
menghulurkan panadol tersebut tetapi dia menarik semula tangannya.
“Kejap ya?” katanya.
Dia keluarkan kertas yang ada dalam kotak kecemasan
tersebut. Dia membaca satu persatu yang ditulis. Biasanya Ammar dan Amman yang
buat ini semua tiap kali dia tidak sihat. Tetapi kini dia sendiri yang buat.
Ego dia menghalang untuk menyuruh Ammar dan Amman yang membantunya.
Akhirnya dia menghulurkan semula ubat tersebut.
“Terima kasih.” Ucap Natasha.
Ketika itu Huzaiman sedang membaca sesuatu dan pada
masa yang sama Natasha sudah bersedia untuk masukkan ke dalam mulutnya. Pantas
Huzaiman menghalangnya dengan memegang tangan Natasha.
“Tunggu!” kata Huzaiman.
Natasha tersentap. Dia menarik laju tangannya dari
disentuh oleh Huzaiman.
Huzaiman juga tergamam dengan tindakan Natasha.
Gadis itu bagaikan tidak suka disentuh olehnya.
Mata
Natasha terkebil-kebil. Dia terasa pelik dengan tindakan Huzaiman. Dia tidak
jadi makan ubat tersebut.
“Aku
kata tunggu! So, kau tunggu la!” Marah Huzaiman. Mungkin dia lebih marah
apabila Natasha tidak suka disentuh olehnya.
Huzaiman
berlari ke dapur. Dia perlu masakkan sesuatu untuk Natasha makan. Natasha tidak
makan apa-apa sejak semalam.
“Kejap!
Kejap! Aku ni pandai ke masak?” Huzaiman tertanya-tanya. Selama ini pun dia
tidak pernah memasak pun. Tidak seperti lelaki kaya yang lain yang anggap
memasak satu perkara yang perlu.
Ada
juga yang menyatakan lelaki yang pandai masak ialah lelaki yang romantik. Betul
ke? Memasak untuk orang yang disayangi.
“Aku
mana ada masa nak belajar memasak ini. kehidupan aku penuh dengan urusan kerja.
Rehat aku apabila dating dengan Allah sahaja.”
“Macam
mana ni?” Huzaiman gelabah. Dia mahu memasak untuk Natasha tapi bagaimana
caranya?
Pantas
Huzaiman menghubungi Amman. Baru dia teringat yang Amman pernah masak bubur
semasa pergi kem di sekolah dulu.
“Amman,
dulu kau pernah masak bubur kan? Cepat ajar aku masak!” mood Huzaiman memang
berbeza dari hari biasa.
Tanpa
salam, tanpa apa-apa pun, tiba-tiba tanya pasal bubur. Amman sedikit keliru.
“Apa
bos? Bubur?” Amman bertanya. Dia yang berada di tapak pembinaan segera bergerak
ke kereta kerana di situ bising sedikit.
“Ya,
bubur.”
“Buburlah
benda paling mudah nak masak.”
“Amman..............”
marah Huzaiman.
“Okey!
Maaf bos! Ada ayam tak kat apartment bos tu? Saya rasa, baru semalam saya beli
ayam.” Kata Amman. Seingatnya la.
“Ada!
Ada!” kata Huzaiman. Dia membuka peti ais ketika itu. Memang ada ayam yang
sudah siap di potong. ‘Nasib baik tak perlu aku potong!’
“Okey,
bos ikut je arahan saya. Insya allah, siap!” kata Amman.
Huzaiman
sudah tersenyum lebar. Terasa bangga kalau dapat menyiapkan bubur ayam untuk
Natasha.
Natasha
yang menanti ini terasa pelik tetapi dia tahu yang Huzaiman sedang memasak
sesuatu untuknya.
Fikiran
Natasha jauh memikirkan tentang PK, Hamdan dan Azlin. Mereka semua hanya tahu
mengambil kesempatan ke atas diri ini.
Badan
Natasha menggigil apabila teringat peristiwa hitamnya pula. Lelaki itu! Lelaki
itu ada parut di pahanya. Dia akan ingat sampai bila-bila. Lelaki itu!
Air
matanya mengalir.
‘Lebih
baik aku tidur’ Natasha yakin, Huzaiman akan mengejutkannya nanti.
“Baiklah
bos, bos potong bawang besar, bawang putih dan sedikit halia.” Arah Amman.
“Potong?
Kejap!” Huzaiman membuat pembesar suara. Maka dia dapat mendengar suara Amman
dengan jelas.
Huzaiman
mengaru kepalanya. ‘Nak potong camne?’ Dia keliru. ‘Tembak je la!’ Dia memotong
bentuk dadu.
“Lepas
tu?”
“Lepas
tu bos ambil air dan biar mendidih kejap?” Amman rasa berdebar. ‘Jadi ke Putra
masak ni? Dia mana pernah buat kerja-kerja dapur ni.’
Huzaiman
ternampak kuali. ‘Nak guna kuali ke? Macam pelik je.’ Dia cuba mencari periuk
di dalam almari. Akhirnya dia jumpa.
“Lagi!”
“Bos
masukkan beras, kacau dan didihkan sekali.”
Huzaiman
mencari tong beras. Nasib baik dia nampak ada tong di penjuru dapur. Ingatkan tong
sampah. Teruknya aku!
“Untuk
kebersihan, lebih baik aku basuh.” Dia membasuh beras tersebut. Baju kemejanya
sudah lama dibukanya dan digantikan dengan apron.
“Bos
mesti besarkan sedikit api dapur tu.” Amman berpesan.
“Next!”
“Masukkan
ayam. Kalau ada kentang pun elok.”
“Ayam
dan kentang?” Huzaiman keliru.
Dia membuka
pintu peti ais. Ayam yang tinggal hanya bahagian kepak. Akhirnya dia ambil tiga
kepak ayam lalu dibasuhnya. Kemudian barulah di masukkan ke dalam bubur yang
baru mahu mendidih.
“Lagi!”
“Tambah
perasa. Bos tambah la garam dan kiub ayam. Kalau ada lada putih ke, lada hitam
ke okey gak.” Jelas Amman.
“Dah
buat!”
“Okey
lepas ni dengar betul-betul. Ini penting. Bos kena perlahan sikit api dapur tu.
apabila bubur tu kelihatan pekat dan kembang. Lepas tu tambah air kalau tekstur
beras tu macam nasi. Kena kacau sekali sekala,” panjang lebar penerangan Amman.
“Faham!”
itulah kelebihan Huzaiman. Dia mudah mempelajari sesuatu dengan cepat.
“Nanti
bos rasa-rasa la sikit. Kalau ayam tu dah agak-agak masak, kiranya dah siaplah.”
“Okey.
Ada apa-apa yang penting lagi?”
“Tak
ada.”
“Okey.
Urusan pejabat kamu uruskan ya? Apa-apa call.” Huzaiman terus tamatkan
panggilan.
“Tak
berubah langsung Putra ni.”