Hamdan mendapat panggilan dari
seseorang. Segera dia ke dalam keretanya supaya tidak ada yang mendengar
perbualan dia.
“Kenapa papa call saya ni?”
Hamdan mengeluh hebat. Dia tidak suka. “Saya tengah sibuk buat kerja ni.”
Katanya.
“Sibuk buat kerja atau sibuk
kejar Natasha? Kamu ingat papa tak tahu yang kamu gilakan perempuan tu.” Kata
lelaki yang digelar papa oleh Hamdan.
“Biarlah. Siapa suruh papa
kenalkan dia pada saya. Tengok! Saya juga gila bayang.”
“Papa bagitau sahaja. Kamu tu,
yang pergi cari perempuan tu buat apa? Dia tak suka kamu. Sudah-sudah la tu.” Suara
itu lemah.
“Papa, sebab papa la saya tak
dapat mewarisi harta keluarga Dato Ismail ni.” Marah Hamdan.
“Manalah papa tahu kamu ni anak
papa.”
“Saya lagi tak tahu yang papa
ni papa kandung saya. Patut la saya ni mewarisi sikap miang papa. Tak padan ada
isteri, masih nak menggatal dengan isteri orang lain sampai jadinya saya.”
Geram Hamdan dengan mengungkit kisah lama.
“Sudahlah! Apa yang papa tahu,
kamu keluar dari rumah Huzaiman tu. Papa tak nak kamu rosakkan rancangan papa.”
Suara di hujung talian itu mengarah anaknya, Hamdan.
“Rancangan? Besar ke papa?”
soal Hamdan. Dia begitu tertarik apabila papanya berkata begitu.
“Besar juga. Kalau kamu tak
kacau rancangan papa, papa bagi kamu 20 peratus dari apa yang papa dapat.”
Tawar-menawar mula berlaku.
“20 peratus je. Mana cukup tu
papa.” Hamdan cuba mendapatkan keuntungan daripada rancangan papanya itu.
“Cukuplah untuk kamu yang tak
buat apa-apa. Nasib baik kamu seorang sahaja pewaris papa. Kalau tak, kamu tak
ada makna apa-apa pun.” Amaran papa Hamdan.
Hamdan tersenyum. Memang dia
seorang anak papa. Papanya sudah mandul. Tidak boleh buat anak lagi. ‘Beruntung
juga jadi anak tunggal ni.’
“Baiklah papa. Saya keluar dari
rumah ni sekarang juga. Jangan bimbang. Saya takkan ganggu rancangan papa.”
Kata Hamdan lalu menamatkan panggilan.
Hamdan menghidupkan enjin
kereta dan meninggalkan rumah banglo milik Huzaiman.
“Natasha, mungkin aku tak dapat
bersama dengan kau sekarang tapi aku yakin aku akan memiliki hati dan tubuh kau
nanti. Hanya untuk aku.” kata Hamdan untuk puaskan hatinya. Dia menekan minyak
dan keretanya terus memecut meninggalkan kawasan tersebut.
******
Huzaiman memandang muka Natasha
yang sedang melihat mukanya itu membuat hati Huzaiman semakin berdebar hebat.
‘Kenapa wajah isteri aku pucat
sangat? Kasihan melihatnya. Tak apa. Abang cuba buat terbaik untuk isteri
tersayang.’ Bisik hati Huzaiman.
“Sayang baring. Nanti susah
pula kalau sakit.”
“Sha dah sihat.” Kata Natasha
sebaik sahaja membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh PK. Segera dia memadam
mesej tersebut. Hamdan sudah tidak mengganggunya lagi. Hatinya benar-benar rasa
senang dan bebas.
Huzaiman memandang Natasha
dengan penuh minat.
Entah mengapa naluri lelakinya
begitu kuat untuk menyentuh Natasha saat ini. Dia cuba kuatkan diri dan emosinya
tetapi ternyata hampa apabila Natasha memberitahu dirinya sudah sihat. Ia
membuat naluri itu membuak-buak.
Natasha terasa pelik dengan
wajah Huzaiman yang serius benar. Memandangnya tanpa berkelip.
“Abang okey?” soal Natasha lalu
menyentuh lembut bahu suaminya itu.
Huzaiman mencapai tangan
Natasha yang berada di bahu lalu mengucupnya.
Tersentap Natasha. ‘Kenapa
dengan Huzaiman ni? Tiba-tiba je cium tangan aku? Rasa seram sejuk ni.’ Hati
Natasha berdegup hebat.
Pantas tangan kanan Huzaiman
memeluk pinggang Natasha. Natasha tergamam.
“Abang...” Natasha sudah
menggelabah.
Bibirnya menjadi mangsa bibir
Huzaiman. Kini bukan itu sahaja, tubuh Natasha dibaringkan atas katil. Rambut
panjang milik Natasha diciumnya penuh asyik.
Kini, Natasha tahu apa yang
diingini oleh Huzaiman. Dia menolak tubuh Huzaiman.
“Kenapa Sha?” soal Huzaiman
apabila Natasha menolak sentuhannya itu.
“Sha tak bersedia lagi.”
Natasha cuba memberi alasan. Dia memandang ke tempat lain.
“Alasan!” tiba-tiba Huzaiman
naik angin. Dia benar-benar rasa marah apabila kemahuannya ditolak oleh
Natasha. Ini sudah hari ke berapa entah, mereka berkahwin tapi masih belum ada
hubungan intim lagi. Macam mana mahu mendapat anak.
‘Anak pula yang aku fikir tapi
aku sakit hati bila Sha tolak kemahuan aku. Dia sebagai isteri kena layan suami
tak kira masa. Bukannya aku menyusahkan dia. Aku cuma mahu sedikit perhatian.’
Terkejut Natasha apabila
mendengar suara Huzaiman yang tinggi itu.
Huzaiman menarik Natasha dalam
pelukannya. Dia mencium Natasha tetapi ditolak kasar oleh Natasha.
“Jangan sentuh aku! Jangan!”
trauma Natasha sudah merasuk diri Natasha. “Jangan sentuh aku! Kau la punca
segala-galanya! Aku dah tak suci!” jelas sekali kata-kata Natasha.
“Kau tak suci?” dahi Huzaiman
berkerut. Dia bagaikan tak percaya yang wanita di depannya ini tidak suci.
Tiada dara.
“Dengan siapa kau buat? Cakap
dengan aku?” Huzaiman begitu marah. Dia tidak menyangka muka suci Natasha itu
sudah tiada dara. Dia mencengkam kuat bahu Natasha.
“Cepat cakap dengan siapa?!”
jerit Huzaiman. Dia tidak boleh sabar. Dia bukan kecewa disebabkan Natasha
tiada dara tapi dia marah ada lelaki yang tergamak melakukan zina.
“Aku kena rogol! Kau tak
selamatkan aku. Kau biarkan aku begitu sahaja. Aku benci kau!” kata Natasha.
Air matanya mengalir mengenang peristiwa hitam yang berlaku semasa kecil dulu.
Natasha teringat peristiwa itu
lagi.
Memang dia bermain di luar
seorang diri. Dia ternampak Huzaiman mengayuh basikal melepasinya. Dia kenal
lelaki itu. Dan ketika itulah lelaki yang tidak dikenali menangkap tubuhnya dan
dia pasti Huzaiman sedar akan perbuatan lelaki durjana itu dari terus memeluk
tubuhnya yang kecil. Huzaiman terus berlalu masa itu.
Betul! Ketika itu mereka tidak
kenal antara satu sama lain tetapi dia ingat muka Huzaiman. Mana mungkin dia
lupa seseorang yang tidak membantu dia dalam kesusahan. Mujur ayah datang
menyelamatkan dia ketika itu.
‘Betul ke aku tak suci? Atau
hanya khayalan aku sahaja. Aku rela berkata begitu dari terus menjadi alat
permainan lelaki.’ Bisik hatinya.
“Rogol?” lemah seluruh tubuh
Huzaiman. Dia terus keluar dari bilik tersebut. Perbincangan ini tidak akan
berhasil jika dalam keadaan marah.
Natasha menangis semahunya.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
‘PK?’ Segera Natasha menjawab panggilan itu.
“Rancangan kita sudah bermula.”
Kata PK.
“Rancangan kita?” Natasha
sedikit keliru.
“Rancangan pembunuhan Dato
Ismail dan Datin Isma.” Terus terang PK. Natasha tersentak.
‘Dah mula? Aku tak boleh
berundur sudah. Mereka berdua harus rasa apa yang ibu ayah aku rasa. Ya!’ hati
Natasha di rasuk oleh syaitan durjana.
“Dah berapa lama PK culik
mereka?”
“Sudah dua jam. Boleh terus
bakar rumah tu? Rancangan ni?”
“Baiklah PK. Jika Dato Ismail
dan Datin Ismah sudah ditangkap, teruskan je rancangan ini.” kata separuh hati
Natasha. Talian ditamatkan.
“Rancangan apa ni?” Huzaiman
yang berdiri depan pintu terkejut. ‘Apa makna ini semua?’ Huzaiman masuk semula
dalam bilik itu kerana ingin memujuk Natasha. Dia tidak kisah jika wanita ini
tidak suci. Dia cintakan Natasha dengan sesungguh hati. Seharusnya dia tidak
perlu ambil tahu mengenai itu tetapi dia terasa ada sesuatu yang Natasha
sembunyikan.
“Rancangan apa?!” jerkah
Huzaiman. Kali ini kesabarannya tiada. Kosong! “Tadi kau sebut pasal mama dan
papa aku kan? Apa kau dah buat pada mereka? Cakap!” marah Huzaiman.
Natasha bangun dan meninggalkan
Huzaiman tetapi Huzaiman tidak benarkan. Dia menarik tangan Natasha dan wanita
itu terduduk di birai katil.
“Selagi kau tak berterus
terang, aku tidak akan benarkan kau keluar dari bilik ini!” tinggi suara
Huzaiman membuat Natasha tergamam. Hatinya rapuh. Air matanya mengalir.
Natasha masih membisu. Dia
tidak akan memberitahu apa-apa mengenai rancangan itu. Tidak!
“Jika kejahatan dibalas dengan
kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan di balas dengan kejahanatan,
itu adalah satu kehinaan dan jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah satu
kemuliaan,” tergiang-ngiang kata ayah Natasha di telinganya.
Dia menangis semahunya.
Terlajak perahu boleh di undur
tetapi terlajak kata atau perbuatan, padah jawapannya. Natasha menangis.
Akhirnya dia pergi meninggalkan Huzaiman sendiri. Dendam yang ditanam dalam
hati kini telah meracun dirinya. Hatinya luka parah. Disebabkan dendam itu dia
melukakan orang yang benar-benar menyayanginya.