Putra
Huzaiman tidak sesekali melepaskan tangan Wafa Natasha. Tidak akan! Orang
sekeliling mereka memandang dengan pandangan yang dia sendiri tidak tahu
ertinya.
“Abang,
jangan pegang tangan Sha macam tu.”
“Kenapa
pula tak boleh?” Putra Huzaiman begitu rapat dengan Wafa Natasha. ‘Nasib baik
isteri aku ni bau wangi.’ Dia sukakan bau itu.
“Boleh
je tapi abang kena sedar sebab sekarang kita berada di pasar bukannya pantai.”
Wafa Natasha ingatkan suaminya itu.
“Biarlah!”
Putra Huzaiman tetap dengan apa yang dibuatnya. Dia rasa itu tidak menjadikan
satu kesalahan pegang tangan di pasar.
Wafa
Natasha hanya mengeluh.
“Abang
pernah makan ni tak?” Wafa Natasha tunjuk sejenis ulaman yang sedikit pelik. Mungkin
pelik bagi Putra Huzaiman.
“Tak
pernah pun...”
“Okey.
Kejap lagi Sha masakan untuk abang.” Wafa Natasha senyum dengan penuh makna.
Beberapa
minit kemudian.
“Ini
je sayang beli?” soal Putra Huzaiman bagaikan tidak berpuas hati.
“Ini
je la abang. Nak beli apa lagi. Sha masak untuk sarapan dan tengah hari je.”
Wafa Natasha berkata sambil merenung wajah suaminya dalam kesibukan pasar pada
pagi ini. ‘Rasanya penuh tangan laki aku ni dengan barang-barang. Ada buah,
ayam dan sayur. Apa lagi yang dia tak puas hati ni.’
“Malam?”
Putra Huzaiman menaikkan sebelah keningnya.
“Malam
tak payah makan!” Wafa Natasha melawak.
“Kalau
macam tu abang makan sayang la...” bisik Putra Huzaiman dekat dengan Wafa
Natasha.
“Silakan...”
sikit pun Wafa Natasha tidak terkejut.
Putra
Huzaiman tergamam. Dia tidak berpuas hati dengan tindak balas yang diberikan
oleh Wafa Natasha.
“Betul
ni?”
“Betullah.
Abang tak kerja ke? Selalunya kerja keutamaan abang.” Wafa Natasha bertanya
sambil tangannya pantas memilih bawang putih, bawang merah dan halia. Dia cuba
menukar topik. Dia tahu yang Putra Huzaiman suka bercakap tentang perkara
seperti ini. Dia jadi malu.
“Sekarang
sayang keutamaan abang.” Putra Huzaiman memeluk belakang Wafa Natasha.
“Abang!
Malulah orang tengok.” Larang Wafa Natasha. “Eh, mana barang-barang kita beli
tadi?” soalnya lagi apabila melihat Putra Huzaiman tidak membawa apa-apa. ‘Patutlah
bebas memeluk orang.’
“Tu!”
Putra Huzaiman tunjukkan di sebuah gerai mak cik tua yang menjual buah betik
dan rambutan. Dia meminta mak cik itu menjaga barang-barangnya sekejap dengan
upah RM50.
“Abang...”
geram Wafa Natasha. Selepas membayar harga bawang yang dibelinya, dia terus
menghampiri mak cik tersebut.
“Maaf,
mak cik. Menyusahkan mak cik menjaganya.” Pantas tangan Wafa Natasha mengambil
beg-beg plastiknya itu. “Terima kasih, mak cik.”
“Sayang...”
Putra Huzaiman merampas semua barang-barang itu dari terus di pegang oleh
isterinya. “Biar abang yang bawa.”
Wafa
Natasha masih geram dengan sikap Putra Huzaiman. Perasaan untuk membeli
terhapus. “Kita balik je la!”
“Nantilah
dulu...” Putra Huzaiman menghalang langkah Wafa Natasha.