Putra
Huzaiman yang tersenyum lebar memerhati tiga manusia yang sedang mencarinya. Tanpa
dia sedari ada seseorang dibelakangnya.
Mulutnya dicekup dari belakang dengan kain.
Putra
Huzaiman rasa pening dan terus pengsan.
“Mana
bos ni? Puas kita cari dia,” kata Amman sambil matanya meliar memandang
sekeliling. Mereka berjumpa semula setelah berpecah mencari majikannya itu.
“Sha
rasa tak sedap hati la...” entah mengapa Wafa Natasha rasa tidak tenang. Dia tahu
ada sesuatu yang berlaku pada suaminya itu.
“Tak
apa Sha, abang... Kita cari lagi,” pujuk Ammar apabila melihat dua orang yang
disayangi itu rasa bimbang.
“Baiklah!”
Mereka
berpecah lagi untuk mencari Putra Huzaiman.
Putra
Huzaiman tersedar. Kepalanya terasa pening. Dia cuba bergerak tetapi tidak
boleh. Rupanya tubuhnya sudah terikat kemas atas sebuah kerusi kayu.
“Siapa
yang ikat aku macam ni?” detik hatinya. Rasa menyesal apabila dia mengenakan
pekerjanya itu. Siapa akan menyelamatkan dirinya. Dia mengeluh sendiri.
“Dah
bangun pun, putera saya...” seorang perempuan yang wajahnya sangat tidak cantik
bagi Putra Huzaiman.
“Siapa
kau, cik Pasar?” soal kasar Putra Huzaiman.
“Cik
Pasar?”
“Yelah!
Cik Pasar tu macam kau. Pasarkan bising, tempatnya busuk dan macam-macam bau
ada.” Putra Huzaiman memang tidak suka pasar. Demi Wafa Natasha dia tahan diri
sahaja.
“Putera
tak boleh kata macam tu. Saya kan puteri awak?” Perempuan yang tidak dikenali
itu menghampirinya. Lehernya di peluk erat.
Putra
Huzaiman rasa mahu tercekik. Dia tidak suka berada dalam situasi ini. Pipinya
dicium oleh perempuan itu.
“Gila!”
Putra Huzaiman cuba melepaskan diri. Walaupun dia terikat dia cuba lepaskan
diri.
Perempuan
itu hanya tersenyum. Dia mencium rambut Putra Huzaiman pula.
“Tidak!”
Putra Huzaiman menjerit sekuat hati. Dia tidak rela tubuhnya di cium perempuan
busuk dan tidak cantik itu. Dia hanya mahu Wafa Natasha sahaja.
“Abang!”
Wafa Natasha muncul.