Huzaiman menyikat
rambutnya sebelum tidur. Entah mengapa dia berasa puas dapat mematahkan semua
kata-kata Natasha di kedai mamak tadi. Ia satu kepuasan yang teramat sangat.
Dapat melihat wajah monyok Natasha mampu membuat dia tersenyum sehingga tidur
agaknya. Muncungnya sudah sepanjang muncung itik. Huzaiman ketawa.
“Aku ada otak nak fikir. Kalau tak,
aku tak dapat kerja kat tempat kau.” Natasha masih mampu mengawal kemarahannya.
Dia menjeling tajam ke arah Huzaiman. ‘Lelaki tu tak habis-habis tersenyum.’
Geram sungguh Natasha dibuatnya.
“Amman
dan Ammar akan setia dengan aku. Aku suka kesetiaannya lebih dari seorang
kekasih atau isteri.” kata Huzaiman dengan megahnya. ‘Memang dia akui yang
Amman dan Ammmar sentiasa bersamanya bagaikan isi dan kuku. Eh, isi dan kuku
maksudnya saling perlu memerlukan. Mereka berdua perlukan aku ke?’
“Ini
dah melampau!” Natasha benar-benar tidak berpuas hati. Wajah gadis itu sedikit
kemerahan. Mungkin marah.
‘Macam
mana aku tak marah. Abang Amman dan abang Ammar pun ada kehidupannya sendiri.
Dia mahu keluar dengan kawan, kekasih dan sebagainya. Takkan mahu menghadap
muka orang gila kuasa ni. Kalau kacak tu tak apa la tapi ini muka macam tak
cukup sifat aje.’ Geram Natasha sekadar dalam hati.
“Biarlah.
Mereka dilahirkan untuk melindungi dan menjaga serta menurut segala perintah
aku.” sombong sekali Huzaiman. Sebaris gigi terserlah apabila Huzaiman
tersenyum. Natasha benci dengan apa yang dia lihat. Benci pada Huzaiman dengan
sesungguh hati.
Amman
dan Ammar hanya menundukkan kepala sahaja. ‘Over pula bos aku ni. Padahal
selama aku jadi pembantunya taklah macam ni. Baik aje bos layan aku.’ Amman
berkata dalam hatinya.
“Tuhan
marah orang yang sombong macam kau.” Natasha cuba memangkah kata-kata Huzaiman.
Natasha cuba menggunakan pendekatan Islam. ‘Biar mamat ni rasa terbakar sikit.’
Lelaki
itu hanya mampu tersenyum. Sikit pun dia tak terasa dengan kata-kata Natasha
malah dia ingin ketawa sekuat hati.
Natasha
rasa pelik. Rancangannya tidak menjadi. Huzaiman tidak terasa langsung.
“Tuhan
lebih tahu isi hati aku macam mana. Sombong atau tidak.” Huzaiman tidak kisah
dikatakan begitu. Dia sudah biasa. Jawapan itu khas untuk Natasha. Hati
Huzaiman benar-benar puas ketika melafazkannya.
“Ala,
manusia ni rambut sahaja sama hitam tapi hati kita tak tahu kan?” Natasha
memandang Amman dan Ammar tetapi si kembar itu tidak pula memandangnya.
Geramnya! ‘Mamat kembar ni senyap pula. Kenapa? Dia orang ni ada perasaan untuk
mempertahankan diri ke? Kesepianmu membuat aku makin geram la abang Amman dan
Abang Ammar.’
“Betullah.
Rambut saya warna hitam. Macam mana dengan rambut cik Natasha? Warna hitam juga
ke?” soal Huzaiman. Memandangkan Natasha memakai tudung, dia tidak tahulah
warna rambut gadis itu. Dulu rambut itu selalu dilihatnya. Kini, ia tersembunyi
di sebalik kain itu.
Disebabkan
terlalu geram, Natasha bangun ingin meninggalkan meja tersebut. Dia menolak
kasar kerusi itu. Hilang semua keayuan wajah Natasha. Baik aku tinggalkan
tempat ini dengan segera. Makin lama aku duduk sini, makin banyak aku kena
dengan mamat tak ada perasaan ini.
Huzaiman
melihat Natasha ingin meninggalkan meja ini. ‘Mesti minah ni sakit hati dengan
aku. Tengok muka pun dah tahu tengah hot tu.’ Ada senyuman dalam hati Huzaiman.
‘Sejak bila aku jadi kaki buli ni?’ Kadang-kadang Huzaiman tidak faham kenapa
dirinya begitu.
“Amman,
halang dia dari pergi.” Arah Huzaiman dengan wajah yang serius.
“Baik
bos.” Pantas Amman berdiri dan menghalang langkah Natasha. Dia terpaksa
mengikut arahan ketuanya. Walaupun Amman dan Ammar di ambil sebagai anak angkat
dalam keluarga tersebut tetapi tugas mereka berdua lebih kepada pengawal yang
mengawal keselamatan Huzaiman.
Natasha
mendongak memandang Amman. Dia rasa geram sebab lelaki itu berani
menghalangnya.
“Abang
Amman....” Geram Natasha.
Amman
hanya mengangkat bahu sahaja. Dia hanya mengikut arahan. Tambahan pula Huzaiman
memandang ke arah mereka.
“Duduk.
Makan dulu. Amman dan Ammar. Kamu berdua pun duduk. Kita makan sama-sama. Saya
belanja makan.” Ajak Huzaiman dengan tegasnya.
‘Makan
kat kedai mamak? Biar betul bos aku ni. Tak pernah-pernah seumur hidup aku
tengok dia makan kat sini.’ Amman dan Ammar pun melabuhkan punggungnya. Mata
mereka terkebil-kebil memandang Huzaiman.
Ammar
memandang dengan pandangan yang sangat pelik. Ini boleh pecah rekod.
“Ammar,
saya tahu yang saya ni terlalu pelik berpakaian macam ni tapi jangan pandang
saya macam tu.” Kata-kata Huzaiman membuat Ammar mengalihkan pandangannya
kepada Amman yang tersenyum manakala Natasha yang sudah membuat muncung yang
panjang.
‘Ada
orang kena paksa makan. Nasiblah!’ Bisik hati Ammar apabila melihat muncung
Natasha. Gadis itu duduk semula.
Akhirnya
Huzaiman sekadar minum air 100Plus tin sahaja. Dari situ Amman dan Ammar tahu
yang Huzaiman memang tidak sesuai makan di kedai mamak. Dan tidak akan sesekali
makan di kedai tersebut.
‘Kalau
dah memang tak biasa makan kat kedai macam ni, memang takkan biasa.’ Ammar
mengeluh.
Huzaiman
tersengih apabila melihat Amman dan Ammar. Dia dapat agak apa yang ada dalam
fikiran mereka berdua.
Lenyap
terus ingatannya pada Natasha. Dia berbaring atas katil. Melihat gambar
pemandangan yang tergantung dalam biliknya. Dia sukakan gambar tersebut.
Natasha
hadir dalam fikirannya. Huzaiman senyum lagi.
“Tengoklah
esok. Si Sha tu datang lambat atau cepat.” Huzaiman tidak sabar menanti esok.
Itu yang dia ingat apabila melihat Natasha. Pembulian yang menyeronokkan.
Huzaiman
memejamkan mata. Dia juga perlukan rehat yang secukupnya. Memikirkan tentang
Natasha membuat dia senyum tiba-tiba. ‘Ahh! Apa dah jadi dengan aku ni? Aku
bagaikan tidak sabar menanti hari esok. Sabarlah wahai hati okey?’ Akhirnya
Huzaiman terlelap. Dia mengharap dalam hati agar hari esok cepat tiba.
Natasha berasa
bersyukur yang dia tidak lewat ke pejabat hari ini. Dia dapat pulang kerja
dengan hati yang senang. Melihat wajah Huzaiman bagaikan tidak puas hati itu
membuatnya ingin ketawa. ‘Si GK ni nak buli aku aje. Macam la aku ni senang
dibuli. Dulu boleh la. Budak hingusan lagi tapi sekarang, jangan harap. Aku dah
matang. Ada faham?’ Bisik hati Natasha.
Malam ini Natasha ada temujanji
dengan seseorang yang penting. Dia memakai pakaian serba hitam. Tudung, cermin
mata gelap, baju t-shirt hitam, baju jaket hitam, seluar jean hitam dan juga
berkasut hitam. ‘Alamak! Semua hitam ni. Nasib baik aku putih dan lagi satu,
kereta aku tak hitam.’ Natasha tersenyum. Dia mengambil sesuatu dalam kotak
letak barang dalam keretanya itu. Dia tersenyum dalam duka.
Natasha
memandang gambar Shahrin dan Iskandar. Wajahnya mendung. Dia menanggalkan
cermin mata itu lalu di peluk gambar yang usang itu. Itulah satu-satunya gambar
yang terselamat dari kebakaran itu.
“Mak ayah. Sha rindu sangat pada mak
ayah.” Kata Natasha. ‘Kalau mak ayah masih hidup, mesti dia bangga dengan
kejayaan ini dan hidup kami semua tak susah lagi. Mak ayah, Sha akan balas
semua perbuatan mereka. Apa yang mereka dah lakukan pada keluarga kita. Sha tak
kan lepaskan mereka selagi mereka tak rasa apa yang Sha rasa. Sha perlu kuat
mak ayah. Sha akan jadi kuat.’ Kata hati Natasha dengan penuh semangat.
Natasha menyimpan kembali gambar
tersebut dan keluar dari kereta. Dia tahu ada seseorang yang sedang menantinya.
Hati Natasha berasa berdebar-debar saat ini kerana dia jalan bersendirian. Dia memandang
ke kiri dan ke kanan sebelum masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam. Dia
duduk dengan tertibnya.
“Bos...”
tegur Natasha. Seorang lelaki yang amat dia kenali sedang tersenyum manis
padanya. ‘Manis? Tak la manis sangat. Muka orang tua gatal ada la.’ Itulah
tanggapan Natasha terhadap orang
didepannya ini.
“Macam
mana? Naz dah dapatkan data yang kita perlukan tu?” soal lelaki misteri itu.
Dia sememang tidak sabar untuk mengetahui perkembangan rancangannya.
“Sudah
bos!” Penuh yakin Natasha menjawabnya tetapi ada sesuatu yang mengganggunya.
“Mana
data tu?” dahi lelaki tersebut berkerut sedikit. ‘Cakap ada tapi macam tak ada
aje. Biar betul si Naz ni.’
“Data
tu dalam pendrive saya bos.....” kata
Natasha sambil menundukkan wajahnya. Dia tidak berani nak melihat wajah lelaki
itu. Seram sejuk. Pernah sekali dia melihat lelaki ini memarahi pekerjanya.
Sudah macam singa kelaparan gayanya. Dimarahi tanpa sebarang alasan.
“So,
mana pendrive tu?” lelaki itu cuba
bersabar. ‘Naz ni macam nak main tarik tali dengan aku. Sabar-sabar. Naz adalah
lubuk kejayaan aku. Aku tak boleh buat dia rasa takut.’
“Sebenarnya
pendrive tu dah masuk virus, bos.
Saya kena beli pendrive baru.” Jujur
Natasha. Wajahnya serius.
Lelaki
itu mengeluh. ‘Aku dah agak dah.’
“Kau
ni, asyik panggil aku bos. Aku kan dah bagitau kau, panggil aku PK.” Kata
lelaki itu. Dia tidak jadi marah melihat wajah gadis yang cantik itu. Tanpa
Natasha sedari, PK ada perasaan untuk memiliki Natasha.
“PK?
Tak boleh bos. Nanti saya tak dapat nak berfikir.” Gurau Natasha.
“Naz...”
PK memanggil Natasha dengan nada yang geram. ‘Boleh gurau-gurau pula cik adik
manis ni.’
“Baik
PK. Ada apa-apa lagi yang saya perlu lakukan supaya dendam saya terbalas.” Soal
Natasha. Semua yang berlaku ini rancangan PK. Dia sangat berterima kasih pada
lelaki itu.
Natasha
memandang lelaki yang digelarnya PK. Lelaki itu banyak membantunya.
Sejak
Iskandar dan Shahrin meninggal dunia akibat kebakaran di rumah mereka, hidup
Natasha sentiasa tidak tenang. Ayah dan emaknya adalah insan paling Natasha
sayangi.
Natasha
membuat kesimpulan sendiri. Kematian ayah dan emaknya adalah kesalahan mereka
sekeluarga.
Shahrin,
emak Natasha merupakan adik bongsu dalam keluarga yang kaya. Datin Ismah iaitu
mama Huzaiman pula ialah kakak kepada Shahrin. Shahrin meninggalkan keluarganya
demi kehidupan bersama Iskandar. Dia tidak kisah hidup susah asalkan dia
bahagia disamping lelaki yang dia cintai.
Iskandar,
ayah Natasha pula Natasha tidak begitu mengenali saudara mara yang ada di belah
ayah. Yang dia tahu, dia ada saudara yang bernama Amir Azzri. Itu sahaja yang
ayah pernah cakap. Amir Azzri adalah abang kepada ayahnya.
Semasa
kematian ayah dan emak Natasha, keluarga Huzaiman sikit pun tidak simpati
dengan apa yang berlaku. Ketika itu, seorang gadis sudi menghulurkan bantuan.
Dia tidak akan lupa wajah gadis yang seksi itu. Walaupun seksi tetapi dia
seorang yang baik. Entahlah.
Selepas
beberapa hari, Natasha didatangi oleh seseorang yang mengelarkan dirinya PK.
Jika tidak berjumpa dengan PK, dia tidak akan tahu yang dirinya mempunyai
hubungan darah dengan keluarga Huzaiman. Ya! Dia tidak akan tahu jika PK tidak
memberitahunya.
Sejak
itu, Natasha menyimpan dendam terhadap keluarga kaya itu. Dendam yang tidak
akan padam selagi mereka tidak merasai apa yang telah Natasha lalui.
“Naz!
Naz!” panggil PK. “Berangan tak ajak saya.” Gurau PK.
Natasha
tersenyum. Lelaki dihadapannya hampir sebaya dengan ayahnya tetapi wajah lelaki
ini cukup kacak. Masih nampak muda. Dia senang berkawan rapat dengan PK. Lelaki
ini tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya, malah banyak membantu
dirinya.
“Tak
ada apa-apa. Saya pergi dulu. Pasal pendrive
tu, saya akan beli secepat mungkin. Okey bos?” Natasha meminta kepastian.
“Okey!”
PK tersenyum.
Natasha
pun membuka pintu kereta dan berlalu pergi.
“Tuan!”
kata pemandu PK.
“Biarlah
dulu. Perempuan tu tak dapat lagi data yang kita nak tu. Apa-apa pun aku nak
kau selalu perhatikan perempuan tu. Aku tak nak dia lepas.” PK berkata dalam
bentuk arahan.
“Baik
tuan!” balas pemandunya.
PK
tersenyum. Rancangannya berjalan seperti apa yang dirancang dari awal. Natasha
adalah watak pertama dalam ceritanya bagi menjayakan impiannya selama ini.
Terima kasih Natasha.
Natasha
memerhatikan sekelilingnya. Ketika itu dia sedang membeli novel di kedai buku.
Novel Kahwin Ganti dipegang oleh Natasha. Novel itu menjadi pilihannya
disebabkan tajuknya, kahwin ganti. Itu yang akan jadi dalam hidupnya tak lama
lagi.
Tiba-tiba
pandangannya jatuh ke wajah seseorang wanita yang lingkungan 50-an. Macam kenal
aje. Nak tegur ke? Natasha di lema. Akhirnya dia menyapa juga wanita tersebut.
“Auntie!”
tegur Natasha. Dia cuba senyum dengan seikhlas hati juga. Susah juga kalau kita
tak nak senyum tapi terpaksa senyum.
“Eh,
Sha! Dari mana ni? Meh datang rumah Auntie.” Ajak Datin Ismah. Dia teruja tiap
kali bertemu dengan Natasha. Senyumannya pasti akan lebar.
Natasha
bersalaman dengan Datin Ismah. Ramahnya mak cik Datin ni.
“Tak
apa Auntie, lain kali. Saya ada urusan lagi nak dibuat ni. Ni pun datang
singgah sekejap aje. Nak cari Novel,” kata Natasha pula. Dia menunjukkan novel yang dipegangnya ke arah Datin Ismah.
“Oh,
macam tu tak apa la. Auntie faham kamu.” Datin Ismah mengalah walaupun dia rasa
terkilan sedikit.
“Maaf
Auntie.” Natasha beramah.
“Auntie
teringin nak memperkenalkan kamu dengan anak auntie. Mesti dia gembira kalau dia
tapi yang dia ada sepupu perempuan yang cantik.” Kata Datin Ismah sambil
menarik lembut pipi Natasha. Geram benar melihat pipi Natasha.
Natasha
terasa bisa di pipinya. Dia tetap mempamerkan senyuman untuk Datin Ismah.
“Lain
kali ye auntie. Saya pergi dulu.” Kata Natasha meminta diri. Dia bersalaman
dengan Datin Ismah sebelum dia berlalu pergi.
Apa
kenalah mak cik seorang ni? Kalau dia tahu yang aku dah kenal anak dia, lagi
mudah kerja dia menyatukan aku dengan Huzaiman. Aku perlu merancangnya dengan
baik agar aku tak kan kegagalan.
“Kahwin
ganti?” lagi sekali Natasha melihat novel yang baru di belinya. Baik baca
novel, lagi bagus!