Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
DITERBITKAN
Hati Suamiku GK
Azalea Eshal


RM 25.90
ISBN: 978-967-0535-96-8
~604 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Apr 2014

Sinopsis

Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ‘Gila Kuasa’ tetapi dia tidak kisah semua itu. Tiba-tiba hadir seorang gadis bernama Wafa Natasha. Gadis itu cukup selamba dengannya membuatkan dia berasa geram. Tanpa disedari, sikap selamba itulah menarik perhatian si GK ini untuk terus memiliki gadis itu.

Wafa Natasha seorang gadis lincah dan tiada apa yang dapat menggembirakan hatinya kecuali dapat melihat senyuman ayah dan emak tercinta. Itulah harta yang paling berharga yang pernah dia miliki sejak dilahirkan. Suatu hari, di saat dia gembira dengan keputusan SPM yang cemerlang, dia dikhabarkan berita kematian ayah dan emaknya akibat kemalangan jalan raya. Namun kehadiran seseorang memberitahunya bahawa keluarga Putra Huzaiman penyebab kemalangan itu. Dia menyimpan dendam pada keluarga itu yang dikatakan ada hubungan keluarga dengan arwah emaknya.

Segala perancangan dilakukan dengan teliti oleh Wafa Natasha demi sebuah dendam. Demi sebuah dendam dia sanggup berkahwin dengan Putra Huzaiman. Demi sebuah dendam dia sanggup dilukai. Dan demi sebuah dendam dia sanggup korbankan cintanya. Adakah dendamnya terbalas? Antara dendam dan cinta, apa yang menjadi pilihan Wafa Natasha?

"Kalau apa-apa yang terjadi pada mama dan papa aku, aku takkan maafkan kau, Sha. Takkan! Walaupun aku mencintai kau selamanya." - Putra Huzaiman

Aku nak Man sayang aku seorang. Aku seorang aje. Tapi... mahu ke Man terima aku semula setelah apa yang aku lakukan? - Wafa Natasha

Putra Huzaiman, kau takkan selamanya dapat memiliki Wafa Natasha. Dia milik aku! - Hamdan

p/s: akhirnya! terbit juga novel ini. mesti ramai yang nantikan penamat cerita ini. Boleh dapatkan di pesta buku hujung bulan 4 ni. Saya juga ada menjual tshirt Hati suamiku Gk dengan harga rm15 sahaja. jika berminat boleh hubungi saya selagi boleh tempah ini....terima kasih...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.