Amman dan Ammar terus mengekori Huzaiman dan
Natasha sehingga ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Mereka hilang jejak pasangan
itu semasa mencari tempat letak kereta. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk
berjalan-jalan di kawasan tersebut.
“Abang, seronok juga di Melaka
ni.” Ammar berkata. Huzaiman dan Natasha sudah lama hilang entah ke mana.
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sahaja tanpa
memikirkan mereka berdua.
Untuk pertama kali Ammar dan
Amman keluar bersama tanpa berpakai formal. Mereka hanya mengenakan t-shirt
biasa berwarna putih dan seluar panjang yang biasa serta bertopi warna hitam.
“Seronok...” segala penat
memandu bagaikan hilang. Mereka terus hilang dalam lautan manusia yang masih
berada di situ di waktu-waktu seperti ini.
Huzaiman tidak sekali-kali
melepaskan tangan Natasha walaupun sudah berkali-kali gadis itu meminta
tangannya di lepas. Tangan Huzaiman berpeluh sedikit. Mungkin penghawa dingin
dalam shopping mall ini tidak mampu menghilangkan peluhnya.
“Abang...” Natasha tetap
berusaha menarik tangannya.
“Biarlah abang pegang tangan
sayang. Kalau hilang macam mana?” soal Huzaiman.
“Sha yang hilang atau abang
takut abang yang sesat?” sengaja Natasha berkata begitu. Mood untuk kenakan
Huzaiman kembali.
“Mana ada!” Huzaiman menarik
tangan Natasha masuk sebuah kedai tetapi pantas tangan Natasha pula yang
menarik Huzaiman keluar.
“Kenapa?”
“Ish, abang tak malu ke masuk
kedai ni?” soal Natasha.
“Nak malu apa?” dahi Huzaiman
berkerut.
“Ish, tak nak la!” Natasha
berusaha juga menarik badan Huzaiman yang besar itu.
“Tak apa. Abang nak beli
beberapa pasang untuk isteri abang ni. Tadi pun abang tengok Sha pakai warna
hitam. Seksi juga. Abang nak tengok sayang pakai warna lain pula.” Usik Huzaiman.
“Gila!” Natasha menarik juga
tangan Huzaiman daripada masuk ke tempat yang menjual pakaian dalam wanita. Dia
tak sanggup. Malu!
“Gila apanya? Biarlah. Abang nak
beli juga. Kejap. Kalau saiz sayang ni....” terhenti kata-kata Huzaiman. Dia sedang
berfikir sambil merenung Natasha.
“Saiz apa ya?” akhirnya dia
bertanya pada Natasha juga. “Atau abang kena ukur kot.” Huzaiman terusan
mengusik Natasha.
Mata Natasha terbeliak. Dia menyilangkan
kedua tangannya di dada. “Abang, sudahlah tu!” wajahnya sudah merah.
‘Aku nak kenakan dia tapi dia
kenakan aku dulu.’ Desis hati Natasha. Dia tersepit. Dia benar-benar tidak mahu
masuk ke kedai itu.
Natasha berusaha menarik lengan
Huzaiman agar mengikut langkahnya. Dia menarik sekuat hati sehingga tangannya
terlepas dari pegangannya. Tubuhnya bila-bila masa akan merempuh dinding.
Pantas Huzaiman menarik tangan Natasha ke dalam pelukannya.
Natasha tergamam. Lagi sekali
perasaannya terusik. Hatinya berdebar-debar.
“Sha, okey?” Huzaiman mula
menggelabah. ‘Sejak bila aku ada penyakit gelabah ni? Mungkin sejak aku
mengenali apa itu cinta dan kasih sayang. Ya! Aku sayang pada isteriku. Aku cinta
pada isteriku sehingga aku tidak sanggup biarkan dia jauh dari aku. Aku nak dia
tengok aku seorang sahaja. Aku nak dia terus setia pada aku.’ pinta hati
Huzaiman. Dia merenung wajah Natasha.
Natasha meleraikan pelukan
Huzaiman.
“Kita balik...” ajak Natasha.
“Eh, dah ajak balik?! Dah tak
sabar nak bersama abang ke?” usik Huzaiman lagi.
Natasha tersentap. Dia tersalah
cakap.
“Tak! Bukan balik tapi pergi
makan. Lapar la.”
“Kita makan KFC, boleh tak?”
“Tak boleh!”
“Sebab?”
“Saja nak dera abang,” Natasha
gelak perlahan.
“Tengok sayang gelak pun, batin
abang dah terdera.” Kata Huzaiman dengan maksud yang tersirat.
Gelak Natasha mati. “Yalah! Kita
makan KFC.” Natasha mengalah.
Selepas makan, mereka berjalan
bersama. Natasha dapat idea untuk mengenakan Huzaiman. Dari tadi wajah lelaki
itu tenang sahaja tiap kali dia cuba idea barunya.
“Abang t-shirt couple ni
cantiklah.”
“Memang cantik tapi jenis
kainnya murah.” Katanya Huzaiman. Dia tidak akan sesekali beli.
“Tak apa, Sha belanja.” Natasha
sudah ke kaunter. Huzaiman tidak sempat menghalangnya.
“Abang tak pakai baju yang kain
murah macam ni.” Huzaiman masih tidak puas hati apabila Natasha membeli baju tersebut.
“Sampai hati tolak pemberian
Sha.” Sengaja Natasha menarik muncungnya.
Huzaiman serba salah. Dia bukan
tidak mahu memakainya tetapi badannya akan gatal jika pakai jenis kain yang
murah. Itu juga menjadi sebab dia jarang memakai t-shirt.
“Esok kita pakai baju ni ya?” Natasha
tersenyum puas sebab dapat melihat muka Huzaiman yang tidak menyukai baju
tersebut.
“Sha...”
“Nanti kalau abang pakai baju
tu, abang sakit. Sha kena bertanggungjawab tau.”
“Ya, Sha bertanggungjawab.” Selamba
Natasha menjawabnya tanpa berfikir kesannya di kemudian hari.
“Janji?”
“Ya, Janji!”
Selepas itu mereka berjalan di
bahagian baju lagi. Kali ini baju yang agak mewah sedikit.
“Abang pakai baju ni nampak
kacak tak?” soal Huzaiman sambil memadankan baju tersebut di tubuhnya.
“Tak kacak langsung!”
“Kejam punya ayat!” Huzaiman
masam.
“Mungkin baju ni...” sedang Natasha
membelek-belek baju yang tergantung di tempat lelaki itu dia tersiku seseorang
menyebabkan baju yang dipegangnya itu jatuh.
“Maaf encik!” Natasha meminta
maaf. Lelaki itu membelakangi Natasha.
“Kenapa Sha?” ada perasa
cemburu apabila Huzaiman melihat Natasha bercakap dengan lelaki lain.
“Sha tersiku lelaki ni.”
“Isteri saya minta maaf kan tu.”
Tegur Huzaiman.
“Hai bos...” lelaki itu
berpaling.
“Ammar!”
“Abang Ammar?” Natasha juga
terkejut dengan kehadiran abang angkatnya itu. Pasti Amman ada di sini juga.
“Abang buat apa kat sini?” soal
Natasha.
“Jalan-jalan.”
“Kalau nak jalan-jalan. Jauh la
sikit. Jangan rapat-rapat dengan isteriku ini.” Huzaiman menarik tangan Natasha
supaya rapat dengannya.
“Baiklah bos, kami pergi dulu.”
Amman yang baru sampai tergamam apabila Ammar sudah menarik tangannya supaya
meninggalkan tempat tersebut.
Mereka berdua sudah terkantoi!