WAFA NATASHA
Mentaati
ibu bapa dan menyayangi mereka.
Makin sakit hati Putra Huzaiman melihat senyuman pelajar
perempuan itu. Dia menambah lagi kata-kata bisanya. "Esok! Kalau kau
datang lambat lagi, aku suruh pengetua berhentikan mak kau kerja sebab anak dia
bermasalah!"
Wafa Natasha
tersentak. Rasa sakit di hulu hatinya. Kejam mamat GK ni! Dia ni dah masuk kes
menghina orang yang aku sayang. Lepas tu sedap-sedap hati nak berhentikan mak
aku kerja. Apa hak kau?! Wafa Natasha tidak boleh bersabar lagi dengan lelaki
gila kuasa ini.
Menyesal! Sungguh menyesal aku puji dia bagus tadi. Tak
guna kau! Amuk Wafa Natasha.
“Hoi
pengawas! Kalau kau nak cakap pasal aku. Cakap aje! I don’t care but now! Kau cakap pasal mak aku! Mak aku! Apa hak kau
nak berhentikan mak aku kerja!?” Tinggi suara Wafa Natasha. Mana boleh sabar!
Lagi pun pekerjaan mak salah satu punca pendapatan keluarga. Senang-senang hati
GK ni nak tutup periuk nasi orang lain.
Putra Huzaiman terdiam seketika melihat Wafa Natasha
bersuara lantang begitu. Selalunya perempuan ni tak pernah melawan. Hanya diam
membisu sambil tersenyum. Bukanlah seorang perempuan yang penyabar rupanya.
Entah mengapa dia menilai Wafa Natasha seperti mahu menjadi isterinya. Gila ke
kau ni, Putra Huzaiman?! Dirinya sendiri tertanya-tanya.
"Yang kau mengada-ngada nak sebut pasal mak aku tu
kenapa? Saja nak cari gaduh?” Bertambah marah Wafa Natasha. Dia memang pantang
kalau ada perkara yang melibatkan mak ayah. Sensitif betul!
Aku
hanya ada mak dan ayah sahaja dalam dunia ini. Hanya mereka berdua aku ada.
Hanya mereka! Kau faham tak mamat gila kuasa! Wafa Natasha berperang sendiri
dengan perasaannya. Hatinya terusik. Bila-bila masa sahaja dia akan mengalir
air mata. Dia bukan jenis yang kuat apabila berhadapan dengan hinaan seperti
ini.
....................................
“Mak cakap aje,
Sha senyum. Ini yang mak nak membebel. Cubalah cakap sesuatu untuk tenangkan
hati mak.” Ada nada merajuk di situ.
“Ala, mak ni.
Sha ni kuat. Takat kena tampar aje apa sakitnya.” Wafa Natasha berkata besar.
“Takat kena
tampar ye? Sampai pengsan kat sekolah,” sampuk Encik Iskandar.
Lagi sekali Wafa Natasha tersengih. Hanya itu sahaja
yang dia mampu lakukan. Siapa tak marah kalau harta kesayangannya di hina.
Tiba-tiba wajah Jay hadir dalam ingatan Wafa Natasha. Wajah lelaki itu ala-ala
samseng dalam cerita ‘KL Gangster’ yang memegang watak Shark.
Menghargai
pemberian orang lain.
Wafa Natasha membetulkan topi berwarna biru di kepala.
Topi itu diberikan oleh Encik Iskandar iaitu ayahnya. Ia amat berharga dan bermakna. Mana
mungkin dia menghilangkannya.
Suka
memberi nasihat
“Mak ayah hantar
kita ke sekolah supaya kita jadi bijak. Bila dah bijak tu, kita dapat berfikir
mana baik dan buruk. Bukannya datang sekolah main. Buat tak tahu saja bila
cikgu mengajar,” pesan Wafa Natasha. Dia merenung wajah sahabatnya yang sesat
itu. Tak dapat aku nak menolong.
Mudah
dibentuk peribadinya.
Tidak
menyukai Putra Huzaiman.
Selaju mungkin Wafa
Natasha mengayuh basikal. Peluh yang mengalir tidak dipeduli. Alamak! Pintu
pagar dah tutup. Dahi mula berkerut. Dari jauh kelibat seorang pengawas yang
dikatakan gila kuasa kelihatan.
Aku cukup tak suka
tengok muka mamat ni. Ada aje yang aku buat serba tak kena. Wafa Natasha
berterusan membebel dalam hati. Dia menolak basikalnya perlahan.
.................................................
“Baguslah kalau
datang awal. Kalau tak, nama kau aje yang selalu mencacatkan rekod kedatangan
pelajar,” kata Putra Huzaiman yang sentiasa berbisa itu.
“Kau patutnya
bersyukur sebab aku datang awal.” Nada Wafa Natasha sungguh bangga. Ala, aku
kan manusia biasa. Mestilah ada perasaan macam tu.
“Mestilah aku
bersyukur, sebab aku tak payah nak tengok muka kau ni.” Lagi sekali mulut
berbisa itu bersuara.
Wafa Natasha
berasa geram. Mulut ular! Asyik keluarkan bisa aje. nasib baik aku tak mati
bila kena.
Mudah
tersentuh.
Wafa Natasha masih
merenung bubur itu tetapi kini dengan wajah yang sedih pula.
Mesti Sha tak ada selera
nak makan bubur ni. Tambah-tambah aku yang masak. Hati Putra Huzaiman sedih
juga.
“Kau tak makan sejak
semalam lagi kan? Makan la dulu. Baru telan ubat,” arah Putra Huzaiman tapi
masih nada yang lembut. Dia tidak mahu Wafa Natasha terasa.
Putra Huzaiman gila
kuasa ni betul la. Ini pun nak bagi arahan ke? Dengan muka serius pula tu.
Akhirnya Wafa Natasha mengeluh.
“Sebenarnya ini kali
pertama orang jaga aku masa aku demam sejak mak ayah aku meninggal dunia.”
Perlahan suara Wafa Natasha. Dia tertunduk.
“Oh, macam tu. Aku pun. This the first time for me. You know,
aku kena masak. Aku ni tak pernah masak seumur hidup aku,” kata Putra Huzaiman
sambil pandang ke tempat lain. “And to do
things like this for some one.” Sambungnya lagi.
Wafa Natasha memandang Putra
Huzaiman yang kini memandang ke tingkap. Tak sangka Huzaiman seorang lelaki
yang boleh bertolak ansur seperti ni.
................................
Wafa Natasha terharu sebenarnya dengan
cara layanan PutraHuzaiman
terhadapnya.
“Kenapa
abang layan Sha baik sekali?” soal Wafa Natasha. Dia tidak dapat menahan air
matanya dari terus mengalir. Sebak rasa di hati.
“Sebab
Wafa Natasha adalah isteri Putra Huzaiman. Jadi, lelaki yang gila kuasa ini
akan terus melindungi sampai nyawanya terakhir. Faham?”
PutraHuzaiman tersenyum.
Wafa Natasha tersentak.
“Tapi Sha...”
Air matanya mengalir lagi.
Mudah
kecewa.
Bersikap
sederhana.
p/s: manuskrip hati suamiku Gk sudah selamat di hantar pada penerbit untuk penilaian... doakan cepat-cepat lulus dan cepat2 diterbitkan hihihi harap2 ia dipermurdahkan.. aamiin...lepas ni tak ada dah update ceritanya...tunggu dalam bentuk novel pula ye...terima kasih semua yang menyokong enovel ini...terima kasih...