Huzaiman ke pejabat lebih awal
dari biasa. Dia pergi tanpa memberitahu Ammar dan Amman. Nasib baik Amman dan
Ammar perasan kereta Toyota Camry milik bosnya itu sudah tiada di tempat letak
kereta. Itu tandanya ketuanya pergi ke tempat kerja sendirian.
Kini, Amman dan Ammar sudah tiba di pejabat. Dia
sudah menyediakan laporan yang Huzaiman minta semalam. Ammar membaca laporan
tersebut manakala Amman masih di tandas.
Huzaiman termenung walaupun laporan yang ada dibuat
oleh Ammar dibuka luas untuk dibaca tetapi fikirannya melancong jauh pada
Natasha. Wanita itu sudah banyak berubah. Dulu bukan main tomboi, ganas dan
suka datang lambat ke sekolah.
Huzaiman tersenyum mengenangkan Natasha sebelum ini.
Memang mencuit hatinya.
Tetapi...
‘Semalam...’ hati Huzaiman berdebar. Semalam adalah
yang pertama kali dia pernah melakukannya terhadap seorang wanita. Rupanya
Natasha masih suci. ‘Apa motif dia cakap yang dia tak suci dulu? Untuk balas
dendam yang belum habis lagi ke? Lupakan
je! Sekarang aku kena fikir cara terbaik untuk mendekati Sha. Aku rindukan saat
di awal perkahwinan.’ Dahi Huzaiman berkerut. Dia masih merenung laporan itu.
‘Aku belikan dia bunga...’ hati Huzaiman berkata.
“Boleh ke macam tu?” tiba-tiba Huzaiman bertanya.
Ammar tersentap.
“Apa yang boleh, bos? Penerangan saya salah ke?”
Ammar mula keliru.
Jelas sekali Huzaiman sedang berfantasi seorang diri
sehingga Ammar yang berada di hadapannya itu tidak dipedulikan. ‘Apa kena
dengan Putra ni?’
“Bos....” lagi sekali Ammar memanggil Huzaiman.
“Saya cuma bercakap pada diri sendiri. You can continue with your report.”
Huzaiman cuba fokus.
“Oh, okey! Saya sambung. Peratus jualan produk kita
semakin meningkat terutamanya Garden love.” Belum sempat Ammar menerangkan yang
seterusnya, Huzaiman menyampuk.
“Garden Love?
Ciptaan Natasha kan?” soal Huzaiman. ‘Ala Natasha lagi. Apa kena dengan aku
ni?’ Huzaiman mula marah.
“Ya, bos!” jawab Ammar.
“Damn it!”
marah Huzaiman.
Ammar terkejut. ‘Sah! Bos aku tak sihat hari ni.’
Ammar tidak berani mahu menegur Huzaiman lagi.
Huzaiman cuba membaca laporan yang disediakan oleh
Ammar tetapi dia tidak dapat memberi perhatian. Dia teringat air mata Natasha
yang mengalir semalam.
‘Tentu Sha benci dan sakit hati dengan aku. Aku
ganas sangat ni. Dah la gila kuasa. Semua aku nak dalam kawalan aku. Siapa yang
tak sakit hati... Suami ada tapi risaukan orang lain. Aku tak boleh juga nak
salahkan Sha, dia tertekan tu dengan kata-kata aku sebelum ni. Hish! Siapa
suruh paksa aku buat macam tu? Tak guna!’ Wajah Huzaiman makin berkerut. Makin kuat
dia berperang dengan perasaan sendiri.
Muka Huzaiman berpeluh memikirkan Natasha yang akan benci
padanya.
Tiba-tiba, Amman masuk ke dalam bilik Huzaiman.
Tugasnya sudah selesai. Serentak dengan itu, Huzaiman pun bersuara.
“Saya nak tanya kamu berdua.” Huzaiman menutup
laporan yang dibuat oleh Ammar. Amman yang baru masuk itu tergamam.
“Katakanlah kamu berdua ni bersahabat dan lepas itu
salah seorang dari kamu berkahwin. Adakah sahabat lebih penting daripada isteri
kamu sendiri? Cepat jawab dengan penuh kejujuran.” Tegas sekali kata-kata
Huzaiman.
Ammar dan Amman tersentap. Amman masih lagi keliru
memandangkan dia baru sahaja masuk dalam bilik tersebut.
“Pastikan kamu jawab betul-betul. Siapa lagi yang
kamu percaya?” wajah Huzaiman sangat serius.
‘Apa kena bos aku ni tanya soalan cepu cemas? Muka
macam pembunuh bersiri pula. Pelik. Nak kata bini hilang, dah jumpa dah! Apa
yang tak puas hati lagi ni. Nasiblah dapat bos macam ni.’ Kelu kesah Ammar
sekadar dalam hati.
Ammar cuba menjawabnya.
“Saya akan percaya pada sahabat saya sebab saya dah
lama kenal dia, lagi pun isteri boleh dicari.” Kejam jawapan Ammar
dipendengaran Huzaiman.
Kembang kempis saja hidung Huzaiman. Dia benar-benar
tidak menyukai jawapan tersebut.
“Sudahlah! Saya rasa saya nak balik rumah. Tak perlu
hantar saya. Hari ni balik sendiri. Kamu jangan lupa. Pastikan Garden Love terus mendapat sambutan
okey?” Huzaiman sudah memakai kot yang tergantung di kerusinya itu.
Huzaiman baru sahaja sampai pejabat dalam setengah
jam sudah mahu pulang semula ke rumah. Ammar benar-benar keliru dengan sikap
majikannya itu pada pagi ini.
Huzaiman terus berlalu.
“Abang, kenapa dengan Putra kita tu?” soal Amman.
Dia masih dalam keadaan keliru tetapi ingin tahu itu amat kuat. “Dia ada
masalah jiwa kot.”
“Entahlah! Semalam okey je.” Balas Ammar.
“Dia dah kena sampuk dengan jin ke?”
“Mungkin dik tapi jin apa ya?”
“Jin gila kuasa.” Kata Amman.
Amman dan Ammar saling berpandangan. Akhirnya mereka
berdua ketawa.
“Tak payah disampuk jin pun, Putra kita memang sikap
dia macam tu.” Kata Ammar. Amman hanya mampu tersenyum. Mereka menyambung kerja
mereka yang tertangguh.
*****
Natasha terasa tubuhnya sangat sakit apabila tersedar. Dia tidak
menyangka yang Huzaiman akan memaksanya sedemikian. Dia memakai semula baju
tidur milik Huzaiman itu. Dia tidak tahu pakaiannya di mana Huzaiman letak.
Natasha termenung tepi katil.
‘Mana Azlin? Betul ke dia jual aku? Kalau betul
macam mana? Azlin sampai hati kau buat aku macam ni.’ Kepala Natasha terasa
pening. Dia gagahi juga menuju ke dapur. Terasa dahaga.
Huzaiman sudah sampai di depan pintu kondominiumnya.
‘Aku tak sepatutnya paksa dia semalam. Dia kan masih
dalam keadaan terkejut.’ Huzaiman mengeluh.
Perlahan-lahan Huzaiman membuka pintu yang berkunci
dari luar itu. Kasihan Natasha dikurung oleh Huzaiman.
Huzaiman perasan ada seseorang di dapur. Dia pasti
itu Natasha. Gadis itu kelihatan sedang memegang secawan mug. Jelas sekali
tangan gadis itu menggigil ketika mengerakkan mug tersebut ke mulut.
Huzaiman berasa bimbang.
Belum sempat Natasha meneguk air tersebut, dia
terkejut dengan teguran Huzaiman.
“Kau okey, Sha?” tegur Huzaiman yang membuat Natasha
terkejut dengan kemunculan dengan tiba-tiba.
Pada masa yang sama, mug di tangan Natasha terlepas
lalu pecah. Makin takut Natasha rasakan saat itu. Tambahan lagi, dia sudah
pecahkan mug tersebut.
“Maaf! Maaf!” pinta Natasha. Pantas dia duduk untuk
mengutip serpihan kaca tersebut.
“Auwwh!” jari Natasha terluka sedikit terkena kaca.
Pantas Huzaiman menyentuh tangan Natasha tetapi
pantas juga Natasha menarik kembali tangannya dari disentuh Huzaiman. Natasha
berasa takut dengan sentuhan Huzaiman.
Tubuh Natasha mula menggigil.
Wajah Natasha penuh dengan ketakutan dalam pandangan
Huzaiman.
Natasha benar-benar takut pada Huzaiman. Dia takut
Huzaiman bertindak seperti semalam.
“Aku... Aku minta maaf..” terketar-ketar suara
Natasha. Dia ingin mengutip serpihan kaca mug itu.
Natasha berpaling dan membelakangi Huzaiman.
Huzaiman hanya melihat belakang Natasha. Entah
mengapa perasaan untuk memeluk Natasha begitu kuat dalam hatinya.
‘Apa dah jadi dengan aku ni? Tolonglah! Aku tak nak
sakiti dia tapi aku tak dapat nak kawal diri ini lagi. Nak berjauhan dengan Sha
pun terasa payah.’ Kata hatinya yang sedang berperang hebat.
Huzaiman teringatkan peristiwa semalam.
Huzaiman malu. Wajah Natasha begitu cantik dengan
mata yang terpejam. Pantas dia memeluk Natasha dari belakang.
Natasha terkejut dengan tindakan Huzaiman. Dia
menolak tubuh lelaki itu sambil berdiri lemah.
“Huzaiman.... Kau....” teragak-agak Natasha berkata.
Dia takut Huzaiman bertindak ganas seperti semalam.
“Bagi aku tengok tangan kau. Luka atau tak?”
arah Huzaiman apabila Natasha
menjarakkan sedikit dirinya dari Huzaiman.
Natasha melihat jarinya. Terluka sikit. Pantas dia
menyorokkan tangannya itu ke belakang.
Huzaiman menghampiri Natasha tetapi dia berundur ke
belakang.
“Aku tak apa-apa, Huzaiman.”
“Kalau kau tak apa-apa. Kenapa kau sorokkan tangan
kau dari aku?” soal Huzaiman.
“Tak la. Mana ada aku sorok.” Sangkal Natasha.
Seperti angin lalu, tangan Natasha ditarik oleh
Huzaiman.
‘Panas!’ detik hati Huzaiman.
Cepat-cepat tangan Huzaiman sebelah lagi menyentuh
dahi Natasha.
“Kau demam!” terkejut Huziaman. Dia menarik Natasha
ke dalam pelukannya. ‘Aku akan jaga kau!’ Kata Huzaiman sekadar dalam hati.
Dia rasa tidak tenang apabila mengetahui yang
Natasha demam. Dia rindukan Natasha yang selalu mengenakan dia. Dia rindukan
suasana itu. Saat mereka bahagia.
‘Natasha...’