Awal pagi Faizal sudah mengetuk pintu bilik.
Malam tadi dia buat keputusan untuk tidur di bilik Zaman. Dia tahu Amira tidak
akan selesa dengan dia di bilik tersebut. Zaman cuma ketawa menyambutnya.
Menggeleng-geleng dengan nasib sahabatnya yang masih tidak boleh tidur sekatil
dengan isteri sendiri.
Amira baru selesai lengkap berpakaian. Pagi
ini dia akan melakukan aktiviti snorkelling sebelum bergerak untuk pulang ke
Kuala Lumpur. Dia sudah menempah tiket penerbangan di sebelah petang. Paling
lewat, sebelum tengah hari dia perlu mengambil feri ke Kuala Besut.
Amira sangat bersyukur bila Faizal memilih
untuk tidur di bilik Zaman. Setelah mengetahui apa yang tersimpan dalam hati
Faizal, Amira perlu berhati-hati bila di samping Faizal. Dia tidak mahu begitu
mudah mendedahkan auratnya dan membiarkan Faizal menyentuhnya sesuka hati lagi.
*Sambungan Bab 46 dan seterusnya boleh di baca di Laman Facebook Lynn Suraya. https://www.facebook.com/profile.php?id=100009186749746