Amira menjenguk di
dapur bila Puan Jamilah kelihatan sibuk menyiapkan juadah. Puan Jamilah
mengukir senyuman dan menggamit Amira mendekati.
"Tengok ni, ibu masak ketam masak lemak cili api, udang
sambal petai dengan pucuk ubi kayu rebus, semua ni masakan kegemaran Faizal.
Amira boleh tolong tumbukkan sambal beacan? Faizal suka sambal belacan tumbuk
dari yang mesin," Amira terkaku melihat juadah yang tersedia. Faizal
dengan masakan kampung? Boleh ke dia telan semua ni? Amira menyambut lesung
batu dari tangan Puan Jamilah.
"Sedapnya bau, ibu masak apa?" Faizal agak
terperanjat melihat Amira sedang menumbuk lesung di dapur. Puas dia mencari
Amira sebentar tadi, fikirnya Amira sudah melarikan diri. Faizal tersenyum
lega.
"Semua masakan kegemaran Faizal. Ayah pun dan keluar
wad, Faiza pun dah ada isteri, ibu gembira sangat. Tak sabar nak buat kenduri.
Amira, nak buat kenduri macam mana? Amira bagi tahu saja, nanti ibu siapkan,
duit jangan risau, duit Faizal tu bertimbun dia kirim setiap bulan ibu simpan
untuk buat kenduri," Puan Jamilah merenung Amira sambil tersenyum senang.
Amira membalas senyuman.
"Mira tak kisah, ikut ibu lah. Buat kecil-kecilan pun
Mira tak kisah, duit yang abang bagi tu untuk ibu guna bukan untuk buat kenduri
Mira," Amira bersuara lembut. Suara Amira yang pertama didengari Faizal
sejak mereka selamat menikah. Faizal terpegun dengan suara Amira yang
kedengaran gemersik di pendengarannya. Dan Amira menyebut 'Abang'? Faizal
tersenyum sendiri, Amira pandai pula berlakon.