Ruang apartment Faizal kelihatan ringkas. Sesuai dengan
penghuninya seorang lelaki, tidak terlalu sarat dengan hiasan dan perabot.
Namun, Amira rasakan sudah lengkap keperluan yang ada untuk sebuah rumah. Amira
masih ragu-ragu, jujurnya dia takut untuk tinggal berdua bersama lelaki itu.
Benar, Faizal memang tidak suka pada perempuan dan Faizal nampaknya melayannya
dengan hormat. Walaubagaimanapun, Faizal
masih lelaki. Tidak pernah seumur hidup Amira berada sebegitu rapat dengan
mana-mana lelaki kecuali ahli keluarganya. Bagaimana dia boleh bekongsi ruang
ini dengan seorang lelaki yan terlalu baru dikenali.
"Duduklah, apa yang awak tercegat dekat situ?"
Faizal menunjukkan sofa panjang berbetuk L di ruang tamu yang menghadap skrin
40 inci tv LCD. Amira mengerutkan dahi, perlahan melangkah dan mengambil tempat
berhati-hati. Apa yang sedang dia lakukan? Perkahwinan secara tiba-tiba mungkin
satu hal, tapi tinggal bersama? Amira
masih tidak boleh menerima.
"Awak nak minum apa?" Faizal bertanya, tapi belum
sempat Amira menjawab lelaki itu sudah hilang dari pandangan. Amira sendiri
tidak ada masa untuk memikirkan jenis minuman yang dia inginkan.
"Saya cuma ada air mineral," Faizal tersengih
mennyuakan botol mineral 250 ml kepada Amira. Dia memang tidak menyimpan
sebarang minuman lain di rumah selain mineral dan peket kopi 3 in 1. Dia tidak
minum minuman lain selain air mineral dan kopi yang kadang-kala diambil bila
perlu berjaga malam menyiapkan kerja. Amira menyambut perlahan.
"Awak ok tak?" Faizal mengambil tempat di hujung
sofa. Menghadap Amira yang menunduk sambil meramas-ramas botl mineral. Dia
sedar Amira masih keberatan untuk berpindah. Mungkin Amira betul, mereka tak
wajar untuk tinggal bersama lagi. Terlalu awal bagi mereka.
"Saya tak akan paksa untuk awak pindah. Jujurnya, saya
pun tak tahu sama ada saya boleh tinggal bersama awak. Ini kali pertama saya
buat keputusan untuk tinggal bersama seseorang yang asing dan seorang perempuan,"
Faizal tersenyum sambil berbicara lembut. Amira memandang Faizal dengan wajah
yang masih berkerut. Ya, Faizal juga tidak mudah membuat keputusan ini.
"Nanti saya akan jelaskan pada mak dan abah tentang
ini. Awak tak perlu risau, saya akan terangkan supaya mereka faham keadaan
kita," Faizal bersuara meyakinkan. Amira merenung dalam wajah Faizal. Dia
menghargai kesudian Faizal, namun, apa pula tanggapan ibu bapanya kepada Faizal
jika Faizal tidak membawanya berpindah dari rumah ibu bapanya.
"Apa yang awak akan beritahu mereka?" Amira
bertanya ingin tahu. Mungkin mereka boleh fikirkan jalan agak tidak ada yang
bersalah dalam hal ini.
"Erm, saya tak fikir lagi. Awak ada cadangan?"
Faizal mengurutkan dahinya seperti berfikir. Memang dia belum ada idea lagi.
"Selain keluarga, rakan-rakan saya semua masih belum
tahu yang saya sudah berkahwin. MUngkin bila kita sudah buat kenduri, dan semua
orang tahu pasal perkahwinan kita. Waktu itu, barulah saya akan berpindah ke
rumah awak. Bagaimana?" AMira mencadangkan. Walaupun, Amira masih ragu
jika dia sudah boleh
berpindah ke rumah Faizal ketika itu. Biarlah, selagi waktu itu belum tiba, dia
akan cuba mempertimbangkan. Faizal mengangguk-angguk dengan cadangan Amira. Ada
logiknya di situ.
"Ok, boleh tahan juga idea awak,"Faizal memutuskan
untuk menerima. Amira tersenyum, kini dia berasa tenang sedikit. Faizal
tersenyum melihat wajah berkerut Amira sudah mulai hilang.
"Apa yang awak takut sangat duduk dengan saya?"
Faizal sengaja mahu menduga Amira. Amira menjeling, terasa seperti Faizal mula
mahu mempermainkannya.
"Yalah, saya bukan kenal sangat awak, mana tahu awak
kaki pukul ke? Awak yang kata awak tak suka perempuan, mana tahu ada ketika
awak boleh jadi sampai pukul saya? Sekarang ini, banyak kes keganasan rumah tangga
yang berlaku," Amira sengaja memberikan penjelasan yang membuatkan wajah
Faizal berubah. Entah kenapa walaupun Amira masih takut untuk tinggal bersama
Faizal, dia seakan yakin Faizal bukan lelaki seperti itu. Faizal
menggeleng-gelengkan kepala sebelum tersenyum sinis.
"Ada juga benarnya kata awak. Nasib baik awak berikan
alasan seperti itu. Saya bimbang kalau awak katakan yangg awak takut kalau
tiap-tiap hari jumpa saya, awak akan jatuh cinta pada saya. Bukankah saya
lelaki pertama yang rapat dengan awak? Tak mustahil untuk awak jatuh cinta pada
saya. Atau awak sebenarnya sudah jatuh cinta? Sebab itu awak beria tidak mahu
tinggal dengan saya? Takut saya akan sedar tentang perasaan awak?" Faizal
masih tidak mahu mengalah dan bila Amira menuduhnya sebegitu, rasanya dia perlu
membalas. Amira mengerutkan kening tidak percaya.
"Awak jangan perasanlah! Saya tak akan jatuh cinta
dengan awak! Tak mungkin!" Amira pantas membalas. Faizal sedikit terkejut
dangan kenyataan yang begitu yakin dari Amira. Entah mengapa seperti ada yang
tidak kena di hatinya mendengar jawapan Amira itu. Adakah dia sudah mula
menyayangi Amira. Faizal mengerutkan wajah. Dia juga tidak boleh jatuh cinta
dengan Amira!
"Saya pun tak akan jatuh cinta dengan awak!"
Faizal menjawab dan hatinya semakin sakit.