"Sebenarnya kami ada hajat," kenduri sudah hampir
selesai bila tiba-tiba beberapa buah kereta tiba di perkarangan rumah Amira.
Tetamu sudah makin berkurang, cuma keluarga dan jiran terdekat yang tinggal
untuk membantu mengemas. Ketika itu, rombongan Faizal.
Amira yang sedang mengemaskan lauk-pauk lebihan kenduri di
dapur hampir pengsan bila Liza memaklumkan ada orang datang meminangnya. Tanpa
berfikir panjang, Amira meluru ke hadapan dengan senduk masih di tangan.
Faizal, kerja gila apa yang dia cuba lakukan!
"Amira," Puan Fatimah, ibu Amira terus menarik
senduk di tangan Amira dan memberikan kepada Liza.
"Amira, naik atas dulu, tukar baju," Puan Fatimah
menarik tangan Amira. Amira masih
terkejut. Sepanjang kenduri, dia sibuk membantu dan baju kurung yang di pakainya
agak comot di sana-sini.
Puan Fatimah memilih baju dan menyuruh dia menyalin pakaian.
Amira menurut tana bantahan. Namun, dalam fikirannya ligat memikirkan apa yang
sedang berlaku.
"Mira kenal ke dengan Faizal?" Puan Fatimah
bertanya ketika Amira membetulkan tudung yang dipakainya. Tanpa sedar Amira
mengangguk.
"Eh, Mira kenal tapi kami kawan saja," Amira cuba
menjelaskan.
"Tak apa kita turun dulu dan cuba dengar apa yang pihak
mereka nak sampaikan," Puan Fatimah menarik tangan Amira keluar dari bilik
dan menuruni tangga.
"Itupun Amira, mungkin kita bagi ruang pada Faizal dan
Amira. Lainnya, bolehlah ke luar dulu menjamu selera. Lauk kenduri banyak
lagi," Encik Amir, ayah Amira mencadangkan. Tetamu yang memenuhi ruang
tamu beransur ke luar rumah. Tinggal Faizal yang duduk di sofa dan Amira yang
berdiri tegak di tepi tangga.
"Apa yang sedang berlaku Faizal?" Amira terus
menduduki sofa berhampiran Faizal. Pandangannya tajam tepat ke arah Faizal.
Faizal terdiam, dia sudah menerangkan apa yang berlaku kepada keluarga Amira
dan mereka kelihatan tidak menunjukkan sebaran penerimaan mahupun penolakan.
Keputusan memang terletak di tangan Amira. Amira yang perlu difahamkan dan
perlu dipujuk.
"Ayah saya sakit tenat dan ibu merayu-rayu meminta saya
berkahwin. Saya tak sampai hati dan Amira adalah satu-satunya yang boleh
membantu saya. Tolong ye Amira?" Faizal merenung wajah Amira dengan wajah
yang sayu. Amira kehilangan kata.
"Saya dah terangkan pada keluarga Amira yang kita
berjumpa sebulan yang lepas ketika Amira menemuramah saya dan kita mula
berkawan selepas itu. Kita keluar temu janji setiap jumaat malam. Ayah awak
kata, dia hairan bila awak balik lewat setiap jumaat malam dan tidak menyangka
awak sudah ada teman lelaki. Saya sudah katakan pada mereka yang saya sudah
melamar awak cuma awak masih mahu menunggu masa yang sesuai untuk berkahwin dan
saya setuju. Cuma, ayah saya sakit dan tak boleh menunggu lagi. Saya, saya
mengharapkan belas kasihan awak untuk tunaikan harapan orang tua yang tinggal
sedikit masa lagi di dunia ini dengan menerima pinangan saya," Faizal
menjelaskan panjang lebar. Amira merenung Faizal tidak percaya. Benar, setiap
butir bicara Faizal adalah benar cuma, Faizal langsung tidak menyebut tentang
hakikat sebenarnya bahawa mereka tidak percayakan perkahwinan dan mereka sama
sekali bukan kekasih!
"Saya faham kalau awak tak setuju, tapi saya harap
sangat untuk awak setuju. Saya akan terima apa saja syarat awak asal awak
kahwin dengan saya," Faizal merayu lagi.
"Hmm, Amira ke? Mak Cik Jamilah, ibu Faizal,"
seorang wanita lewat 60-an mendekati. Amira menoleh apabila Puan Jamilah
mengambil tepat di sisi Amira.
"Cantik Amira ni, pandai Faizal pilih menantu
ibu," pandangan Puan Jamilah menyeluruh ke wajah Amira sebelum tangan
tuanya menggenggam jari-jemari Amira. Amira tergamam. Bagaimana mungkin untuk
menolak bila bakal ibu mentuanya begitu mesra menerimanya?
"Mak Cik minta maaf sebab agak tergesa-gesa meminang,
tapi Amira setujukan? Amira setuju, apapun syarat Amira, Mak Cik
tunaikan," bersungguh Puan Jamilah meyakinkan cuma isi bicaraya seperti
telah di dengar. Amira menjeling Faizal yang sudah tersengih. Benar, sungguh
wanita yang sedang menggenggam erat tangannya dan merenung wajahnya itu ibu
kepada Faizal.
"Erm, Mak Cik, saya bukan tak nak kahwin, cuma kami
baru kenal..." Amira cuba memberikan alasan sebelum bicaranya selamba
dipotoong Liza, sepupunya yang paling rapat tapi paling ringan mulut
membocorkan rahsianya.
"Bukan Mira tak suka ke bercinta? Mira kan suka kahwin
dan bercinta selepas kahwin," Liza tersengih. Amira merenung Liza kurang
senang. Faizal tersenyum dengan pernyataan Liza, ya, memang Amira seperti itu.
Tapi, Amira dah berubah sekarang. Atau Amira masih tidak seperti itu.
Pandangannya jatuh kepada Amira yang masih menatap wajah ibunya dengan serba
salah. Faizal dipagut rasa bersalah. Maafkan saya Amira, saya terpaksa. Saya
berjanji saya akan tunaikan semua kehendak awak selepas ini. Faizal berbicara
sendiri. Entah mengapa dia seakan yakin Amira pasti bersetuju.
"Err.. baiklah. Saya setuju," Amira bersuara
perlahan. Namun, nampaknya didengari semua apabila ucapan syukur dan
Alhamdulillah bergema memenuhi ruang tamu rumah dua tingkat milik Encik Amir
dan Puan Fatimah.
Puan Jamilah memeluk erat Amira. Suaranya mengucapkan terima
kasih kedengaran serak. Puan Jamilah menahan tangis gembira. Amira terkaku
seketika.
"Kalau semua dah setuju, kita nikah terus malam
ni," Puan Jamilah menyarankan saat pelukan terlerai. Saranan yang
kedengaran umpama guruh di dada Amira. Faizal terkaku sejenak.
"Elok juga, dah ramai-ramai begini. Nikah ni mudah,
jadikan syarat mereka dah diikat. Kemudian baru diuruskan pendaftaran,"
ada suara yang Amira tidak pasti siapa. Amira menoleh memandang Faizal. Faizal
membalas pandangan memberi isyarat dia turut tidak tahu-menahu tentang
rancangan itu.
"Bagaimana Faizal, sedia nak akad nikah?" Encik
Amir pula bersuara khusus memandang Faizal yang masih termangu-mangu.
"Faizal, kamu nak kahwin ke tidak?" Puan Jamilah
pula menyergah.
'Nak, nak. Boleh, boleh," Faizal juga menjawab tanpa
sedar.