Sekianlama baru kusedari.
Kaubertakhta di jiwa ragaku.
Kujuga kasihi.
Kasihtiga sahabat yang ada di sisiku.
Dan…jauhilah sifat cemburu itu.
Keranacemburu itu bakal membunuh cinta.
PETIKANjarisekali gus mematikan lamunan Amilin Saffiya.
“Milin, dah siap ke bungkusanroti krim untuk sarapan untuk murid-murid kita ni? Lepas ni bas dah nakbergerak ke Kidzania ni! Kau berangan apa ni, dik? Ingat orang tersayang ketu?” Dalam bebelan, terselit ayat gurauan. Itulah Cikgu Hanis, Guru PrasekolahAdik Pintar, seorang Guru yang Amilin sudah dianggap seperti seorang kakak.
Seperti biasa, Amilinmembalas dengan sengihan.
“Siapalah yang nak katMilin ni, kak? Milin ni bukannya cantik mana pun. Dahlah tembam tak terkiraberapa kilogram. Muka pun tak comel. Orang buta aje yang nakkan Milin ni.”Amilin merendah diri.
“Haip!” Satu pukulanhalus singgah di pinggang Amilin. “Suka cakap macam tu kan? Milin seolah-olahpersendakan ciptaan ALLAH!” marah Kak Zulaikha, pembantu kelas Prasekolah AdikCerdik.
“Tulah!” Giliran CikguHanis pula cubit lengan Amilin. Cubitan manja. “Siapa kata adik kami ni takcantik? Amilin Safiya ni ada manisnya. Senyuman menawan, pipi gebu, baik hati,suka budak-budak, ada banyak kelebihan tau!” sambung Cikgu Hanisbersungguh-sungguh.
“Betul! Meh sini akaktonyoh cili kat orang yang kutuk adik kami ni! Biar padan muka dia!” bebel KakZulaikha pula.
Amilin tertawa.
“Hisy akak berdua ni,seriusnya. Milin gurau ajelah,” balas Amilin.
Cikgu Hanis cekakpinggang.
“No no gurau. Sentapmak!” Seperti biasa, Cikgu Habis membuat aksi tangan di dada, dan matadijulingkan ke atas.
Mereka sama-sama ketawa.
“Dah! Tok sah buat dramalagi aih. Jom kita pack bekal budak-budak ni. Lagi cepat siap, lagibagus. Boleh sambung bebel kat budak-budak pula.” Sepantas kilat, Kak Zulaikhamemasukkan roti krim dan air mineral ke dalam plastik berwarna merah jambu.
Amilin dan Cikgu Hanisturut bersama memasukkan bekalan itu ke dalam plastik.
“Haisy, lepas ni nakmelayan drama budak-budak pula. Ada yang nak buang air kecillah. Nak merengekikut mak dah ayah la. Mak bertambah pening. Hai!!!” Cikgu Hanis berseloroh.
“Apa susah? Kita standby botollah. Buat emergency. Kot-kotlah nak terrrr atas bas.Senang.” Kak Zulaikha dah bantai gelak.
“Milin?” Sesudah siapmembungkus bekalan, Cikgu Hanis menegur Amilin.
Amilin menoleh memandangCikgu Hanis.
“Ya, kak?” balas Amilin.
“Akak nak minta tolongMilin. Minta budak-budak beratur depan kelas kita. Beritahu Kak Wan sekali.Akak nak pastikan jumlah murid yang akan ikut rombongan ni cukup,” pinta CikguHanis.
“Beres!” Amilin bangunlalu segera beredar ke kelas.
“Ika, bawa first aidkit and hand sanitizer sekali ya?” Sempat Cikgu Hanis meninggalkan pesanpada Kak Zulaikha sebelum wanita itu beredar ke kelas Adik Cerdik.
Cikgu Hanis menarik nafaspanjang.
“Ya ALLAH, permudahkanlahurusan rombongan ini. Amin,” doa Cikgu Hanis. Dia ikut sama bangun dan beredarke kelas.