Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 41
DR. QASYIFUL menayang memek muka selambanyaapabila melihat gaya Erena melantak makanan di dalam pinggannya. Macam orang zaman dulu kala.Baru pertama kali jumpa makanan. Hisy… hisy…Teruknya perangai! Tunang siapalah tu agaknya ya?

Walaupun Dr. Qasyiful hanya membiarkan sahaja Erenadengan perangai gilanya, namun dalam hatinya mengutukmaha hebat. Teruk bebenor perangai tunang manja aku ni.Macam orang tak pernah jumpa makanan, kutuk Dr. Qasyifuldalam hati.

Tiba-tiba, sesuatu terlintas di fi kiran Dr. Qasyiful. Janganjangan…ni cuma rancangan dia untuk buat aku tarik diridari pertunangan ni? Kalau betul sangkaan aku, jangan harapaku akan ikut rancangan kau, Erena Amani. Pertunangan kitatetap akan diteruskan hingga ke jinjang pelamin.

Erena mengerling sekilas wajah encik tunangnya itu. Dia mengukir senyuman sinis. Aku akan pastikan, plan D ni mesti menjadi! Lepas ni, gerenti kau tarik diri punyalah! gerutuhatinya yakin.

Erena memandang wajah Dr. Qasyiful. “Qasy…” Dengansisa makanan yang masih penuh di dalam mulutnya, diamenegur Dr. Qasyiful.

Dr. Qasyiful memandang tunang manjanya. “Hmm…”jawabnya. Hisy… tak senonoh betul budak manja ni! Telanlahdulu makanan dalam mulut tu, lepas tu barulah bercakap.Geli ooo…

Erena menelan sisa makanan di dalam mulutnya, laludia menyedut air limau aisnya dengan penuh rakus. “Sorry laQasy. Saya tahu, awak terkejut bila tengok gaya saya makan,”ucapnya selamba. He he he… apa agaknya reaksi kau, Dr.serious?

Dr. Qasyiful tersenyum. “Tak apalah, Rena. Awak makanlah sampai kenyang,” balasnya. Dia siap menayang muka selamba lagi.

Erena terpempan. Hah?! Sahlah, kau memang tak adaperasaan! Aku makan macam ni pun, kau masih tak kisahlagi? Kau ni normal ke tak normal hah? gerutu hatinya hairan.

Erena cuba berlagak selamba. Masih berharap agarrancangannya dapat membuahkan hasil. “Takkanlah awaktak rasa apa-apa kot? Yalah… saya kan makan macam budak kecil, siap tumpah lagi tu. Awak tak kisah ke?” duganya lagi.

Dr. Qasyiful menggeleng. “Saya tak kisah, Rena. Janjiperut awak kenyang. Bila awak kenyang, hati saya punsenanglah,” jawabnya lagi. Siap menayang muka tak adaperasaan lagi.

Erena ternganga luas. Aik, biar tembikai? Betul ke apayang aku dengar ni? Hisy, takkanlah… no way! Aku kenacari jalan lain. Lalu, Erena memotong kek pavlovanya danmenyuap ke dalam mulut. “Qasy?” panggil Erena lagi.

Dr. Qasyiful memandang Erena. “Hmm…” balasnya acuh
tidak acuh.

Erena tetap meneruskan suapan kek pavlovanya ke dalammulut. “Saya peliklah dengan awak ni, Qasy.”

Dahi Dr. Qasyiful berkerut. “Kenapa pula?” tanya Dr.Qasyiful hairan.

Erena membetulkan duduknya. Sisa makanan dimulutnya hanya dibiarkan sahaja. “Yalah… bila saya shoppingsampai lupa dunia, awak tak kisah. Then, bila saya makanmacam budak kecil, the answer is still same,” balasnya lagi.

Dr. Qasyiful menayang senyuman sinis. “Habis tu, awaknak saya buat apa?” duganya. Sengaja mahu melihat reaksitunang manjanya itu.

Sisa kek pavlova yang masih ada di dalam piring kecilnyadiambil lalu disuap ke dalam mulut. “Kalau lelaki lain kan,mesti dah naik hantu. Yalah… tunang kaki shopping, manja,kebudak-budakan, kaki makan, macam-macamlah. Tapi…awak masih boleh tayang muka selamba lagi. Takkanlah awaktak rasa apa-apa kot?”

Dr. Qasyiful tergelak sinis. “Macam yang saya cakaptadilah, saya tak kisah. You can do whatever you want it,Erena Amani. I don’t care,” balasnya selamba.

Erena terus tersedak. Merah padam mukanya. Diamemandang encik tunangnya. Aku tak boleh mengalahdengan mudah! “Awak tak pernah terfikir ke, Qasy?”

Dr. Qasyiful berkerut dahi. “Terfikirkan apa?” Walaupun sudah dapat menduga apa yang bakal terkeluar dari mulut Erena, namun dia mahu mendengarnya sendiri.

Erena menarik nafas panjang, lalu menghembusnyaperlahan. “Terfikir untuk menarik diri dari pertunangan kitainilah.”

Dr. Qasyiful terkesima. Serta-merta, dadanya berombakkencang. Napkin di pehanya diangkat lalu diletakkan di atas meja. Dia merenung tajam wajah tunang manjanya.
Wajahnya bertukar serius bagai nak rak. “Awak buatlah apapun Rena, saya tak kisah. Datuk Harris dan Datin Katrina dahamanahkan saya untuk menjaga awak.” 

Lalu dia bangun danmeninggalkan Erena sendirian di situ.Erena sesak nafas. Terkesima apabila mendengar kata-kata berupa amaran itu. Sahlah, Dr. serious memang hatikering! omelnya geram. Dia mengeluh laju. Huh, gagal lagi!



ERENA melabuhkan duduknya di hadapan Fina.Mulutnya memuncung panjang. Fikirannya menerawangmengingati peristiwa tadi. Tiba-tiba kata-kata mamat serius24 jam itu menyinggah ke cuping telinganya.

“Awak buatlah apa pun Rena, saya tak kisah. DatukHarris dan Datin Katrina dah amanahkan saya untukmenjaga awak.”

Erena mengeluh panjang. Hisy… hati kering betullah!Macam-macam aku dah buat, tapi semuanya gagal! Aduh,serabut oooo… bebel hatinya geram.

Fina menayang memek muka hairan. Kenapa pula ni?Asal tayang muka depan aku aje, tak lain tak bukan denganmasalah. Hisy… tak ada orang lain ke, hah? Pening kepalaaku nak melayan karenah kau, mak cik! bebel hatinya geram.

Fina memandang wajah kusut masai Erena. Macamorang baru kematian suami. Padahal baru aje bertunang,belum bernikah lagi. Erena… Erena… teruk bebeno gayanya!Ehem! 

Fina berdehem. “Kau ni dah kenapa, mak cik?Ingat lawa sangat ke tayang muka monyok macam tu, hah?Sakit otak aku tengok muka kau tau!” tanyanya ingin tahu.Siap menyindir gadis itu lagi.

Erena mendengus. Dia menjeling tajam. Ada juga yangkena makan penampar karang! “Seriuslah sikit, Fina! Janganmenambah sakit hati aku lagi! Aku dahlah tengah hot and spicy,” marahnya.

Kening Fina terjungkit sebelah. “Laa… kenapa pula?Siapa punya kerja ni? Dr. Qasyiful?” soalnya. Padahal, diasendiri sudah tahu jawapannya. Siapa lagi kalau bukanDr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serious. Atau dalam bahasaMelayunya, mamat serius 24 jam. Hambik kau! Macammacamada… ha ha ha…

Erena menarik muncung panjang. “Hmm…”

Fina mencebik. “Apa lagi masalah kau, Rena?”

Erena mengeluh panjang. “Kenapa semua yang akurancang tak menjadi, Fina? Macam-macam plan aku buat, tapisatu pun tak berhasil. Bencilah kalau macam ni!” bentaknyabagaikan anak kecil. Argh…

Kening Fina terjungkit sebelah. “Plan apa?” tanyanyaingin tahu. Dia tayang muka hairan.

Erena tersentak. Dia menjeling geram. Hisy, dia ni…ketuk dengan hammer baru tau! “Kau ni… memang tak tahuke, atau sengaja buat-buat tak tahu? Plan nak buat Dr. seriousmenarik diri dari pertunangan inilah!” marahnya geram.

Fina mengangguk selamba. Siap menayang muka blurlagi. “Oh… macam tu ke? Hmm…”

Erena ternganga luas. “Macam tu ke?” Erena tersenyumkelat. “Itu aje kau boleh cakap. Kau memang tak boleh naktolong aku, kan? Aku dahlah tengah serabut! Tolonglah aku,Fina!” rayunya bersungguh-sungguh.

Fina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.“Ceritalah dulu apa masalah kau, Rena. Barulah aku tahumacam mana nak tolong kau!” balasnya geram. 

Hisy… minahni, otak senget betul! Huhh!

Erena melepaskan keluhan panjang. Lalu, diamenceritakan peristiwa yang berlaku tengah hari tadi.

Spontan, Fina tergelak besar. Geli hati apabila mendengarcerita Erena. “Ha ha ha… padan muka kau, Rena! Sibuk sangat nak buat Dr. Qasyiful putuskan pertunangan kau orang, kan? Sekali dia keluar statement macam tu, apa puntak boleh!” sindirnya pedas, sengaja mahu menyakitkan hatikawan baiknya itu.

Erena ternganga luas. Agak terkejut apabila mendengarsindiran Fina. “Kau perli aku, kan?” marahnya.

Fina tergelak sinis. “Kau makan cili ke? Sebab itulah kaurasa pedas, kan? Haa… maknanya, memang aku perli kaulahtu,” sindirnya lagi. Dush! Ambil kau, tak pasal-pasal kenasebijik lagi! Padan muka!

Erena menjeling tajam. “Kau memang, kan? Tak bolehtolong langsung! Tak apalah. Macam inilah kawan, kan? Akublah dululah!” balasnya geram, lalu dia segera melangkahpergi meninggalkan Fina.

Fina tercengang. Aik, sejak bila pandai touching-touchingni? “Oii, aku gurau ajalah! Rena?! Rena?!” jeritnya.Namun, panggilannya tidak dipedulikan. Sebaliknya, semakinjauh gadis itu melangkah pergi meninggalkannya.

Fina mengeluh. Susah betullah kawan dengan budakmanja ni. Apa pun tak boleh! Huhh! marah hatinya geram.Lalu, kakinya segera mengejar jejak Erena yang semakin jauhitu.

“Rena!” jerit Fina lantang. Hisy, minah manja inilah…aku sekeh karang, baru tau! bentak hatinya geram.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.