SELEPAS menghantar Tasha di JB Central,Rifqie meminta izin untuk keluar dari liveKak Linda. Aplikasi Bigo ditutup. Lalu, dia menelefon Amilin. Sekadar inginberbual dengan gadis itu. Juga untuk melepaskan kerinduan. Beberapa minitkemudian, barulah panggilannya itu berjawab. Kedengaran suara Amilin di hujungtalian.
“Hai,Milin,” sapa Rifqie.
“Hai,”balas Amilin. Ada sedikit rasa kekok.
“Buatapa tu?” soal Rifqie.
“Barulepas makan. Rifqie?” Soalan berbalas soalan.
“On the way balik rumah. Jumpa kawantadi,” balas Rifqie.
“Oh…”
Sepiseketika.
“Emm…Milin berapa orang adik beradik?” Rifqie memulakan perbualan.
“Sayaada tiga adik beradik. Saya anak kedua. Dua perempuan dan seorang lelaki,”balas Amilin.
“Untunglahada ramai adik beradik. Saya anak tunggal,” balas Rifqie.
Amilinmengukir senyuman kelat. Kakak aku pun macam… Amilin melepaskan keluhan.
“Awakkerja apa?” Amilin mengubah topik perbualan.
“OperatorTerminal. Kerja kat Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah. Penat tau bilakerja ada shif ni. Tak cukup tidur dan rehat. Kalau shif pagi, mula kerja pukultujuh pagi dan habis pukul tujuh malam. Shif malam pula, mula kerja pukul tujuhmalam dan habis kerja pukul tujuh pagi,” cerita Rifqie.
Bulatmata Amilin. Kesiannya dia.
“Hari-harikena kerja ke?” tanya Amilin.
“Kalaushift pagi, lima hari kerja dan dua hari cuti. Kalau shift malam pula, limahari kerja dan tiga hari cuti,” balas Rifqie.
“Hmm…dua belas jam. Penatnya,” balas Amilin.
“Tahutak apa. Tu belum kerja malam lagi. Rifqie rasa macam burung hantu aje,” gurau Rifqie.
Amilintergelak.
“Takada orang marah ke bila awak whatsApps dan callsaya ni?” usik Amilin.
“Siapanak marah? Bukan ada orang suka saya pun,” balas Rifqie.
Amilinjungkit kening.
“Orangkacak macam Rifqie mesti ramai peminat,” puji Amilin.
Rifqieketawa.
“Manaada,” balas Rifqie. “Oh ya, saya plan nakturun KL masa bulan puasa nanti. Nak shoppingbarang raya kat sana. Saya nak pergi Sogo, Jalan TAR, Chow Kit, macam-macamtempatlah! Mungkin kita boleh jumpa. Siapa tahu? It can be our first date?” kias Rifqie.
Merahpadam wajah Amilin.
“Insya-ALLAH.Tapi, saya seganlah nak jumpa awak. Saya ni kan bambam. Rasa kekok bila nak berjalan sebelah awak. Orang gemukmacam saya ni mana layak bergandingan dengan lelaki kacak macam awak.” Sekalilagi Amilin merendah diri. Kekecewaan dahulu membuatkan dia berasa takut untukmeletakkan harapan pada lelaki. Sakit dikhinati, lebih sakit daripadaditinggalkan kekasih. Hancur lumat hatinya!
“Berhentiperlekehkan diri sendiri! Tak baik tau! Manusia ni bukannya sempurna.Masing-masing ada kekurangan. Saya pun ada cacat cela. Satu lagi, kita kenaikhlas bila berkawan. Kenapa nak kena pandang luaran seseorang? Persahabatanbukan diukur dari bentuk fizikal dan rupa paras, Milin,” balas Rifqie dengannada tegas.
Kalipertama bertemu Amilin, jujur hatinya sudah mula terpaut. Bagi Rifqie, Amilinada daya tarikan tersendiri meskipun bertubuh gempal. Ada satu senjata yangtelah menawan hati Rifqie. Tahi lalat di bawah bibir Amilin. Juga lesung pipit dikalagadis itu mengukirkan senyuman. Sangat manis dan cukup menggetarkan jiwalelakinya.
Amilinbagaikan terbius bisu. Kelu untuk membalas kata-kata Rifqie.
“Jadi,jangan pernah cakap macam tu lagi! Boleh?” Rifqie bersuara.
Amilintersenyum.
“Baiklah,”balas Amilin.
“Hmm…awak excited nak jumpa saya tak? Sayadah tak sabar nak luangkan masa dengan awak tau, Milin! Bolehlah kenal denganlebih rapat lagi. Nanti saya mohon cuti dulu okey? Tapi saya tak janji apa-apatau. Kebetulan raya untuk tahun ni serentak dengan cuti sekolah. Turn Rifqie cuti pula hari pertama Raya.Susah juga nak apply untuk bulanpuasa ni. Tapi, Rifqie cuba isi juga. Manalah tahu kot-kot rezeki cuti luluskan?” Rifqie mengubah topik perbualan.
Terangguk-anggukkepala Amilin.
“Agak-agakbila nak cuti?” tanya Amilin ingin tahu.
“Nantisaya confirm dengan awak ya?” balasRifqie.
“Okey!” Dalam diam, ada rasa sukamenyelit di hati Amilin. Dia tidak sabar ingin bertemu Rifqie.